10 Cara Semula Jadi Kurangkan Selsema Dan Batuk Bayi Rahsia Zaman Berzaman

“Kesian ibu tengok bila adik asyik menangis tak selesa bernafas bila diserang selsema dan batuk. Nak tidur pun tak selesa, asyik terjaga sahaja. Nak diberi ubat masih kecil. Bayi bawah umur 2 tahun tidak digalakkan makan ubat sebarangan
Pening ibu nak cari ikhtiarnya.”

Menurut Jabatan Kesihatan Malaysia penyebab utama gejala selsema dan batuk di sebabkan virus yang menjangkiti saluran penafasan di atas hidung, faring (tekak) dan laring. Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus penyebab utama jangkitan.

Jadi disini dikongsikan 10 cara dan bahan semulajadi untuk menghilangkan selsema dan batuk anak.

Semoga bermanfaat.

1. Tepuk Precious

Tepukan precious ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi.

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan secara melengkung.

2. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala

Tidur bayi akan terganggu apabila diserang selsema. Ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.

3. Kerapkan Penyusuan Susu Ibu

Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

4. Mandian Lemon

Ibu boleh memandikan anak dengan beberapa hirisan buah lemon. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.

5. Kunyit Hidup

Secara tradisional kunyit boleh digunakan untuk membantu bayi selsema. Ibu hanya perlu menumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung, belakang badan dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali ulang, hingus akan kering dan melegakan pernafasan

6. Minyak Bawang Putih

Untuk mendapatkan minyak bawang putih, ibu hanya perlu membakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan.

7. Bawang Merah

Ibu hanya perlu mengupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan air bawang. Ibu hanya letak kan air bawang tersebut berdekatan tempat tidur bayi bawah dua tahun. Ini dapat mengeringkan selsema bayi.

8. Lemon , Halia, & Madu

Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

9. Spray Hidung

Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Spray ini dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

10. Gunakan CF-Rub Balm

Ibu juga boleh ikhtiar dengan CF-Rub Balm dari Tasneem. Cf balm akan membantu mengeringkan selsema, melegakan batuk bayi dan membantu menurun suhu anak ketika demam.

CF-Rub balm kaya dengan essential oil seperti shea butter, eucalyptus dan carrier oil. Malah diperkayakan dengan lemon dan oranges. Bayi dari awal kelahiran (newborn) hingga dewasa boleh menggunkannya. Tidak panas, tak melekit dan bau yang menyenangkan.

Opss.. Jika ibu ayah rasa leceh dan malas nk sediakan mandian lemon untuk mandian anak, boleh cuba ikhtiar dengan CF Bath Tasneem juga.

CF Bath adalah mandian yang membantu anak untuk mengurangkan suhu ketika demam, batuk, selsema dan berkahak. Ibu ayah tidak perlu bersusah payah untuk keluar rumah mencari lemon lagi, hanya picit sahaja Cf Bath untuk mandikan anak. Mudah sangat!

Untuk mendapatkan CF-Rub balm dan CF-Bath dari Tasneem Naturel ibu boleh klik link dibawah untuk info lanjut.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart