5 Cara Merawat Anak Sembelit Dengan Bahan Semula Jadi

“Makkk, adik nak yakkk! Akittt!”

Kerapkali ibu ayah berhadapan dengan situasi anak meneran sehingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki dikepitkan dan menangis tatkala membuang air besar?

Jika setiap kali anak perlu berdepan dengan kesukaran membuang air besar, ini bermakna anak ibu ayah mengalami sembelit. Statistik menunjukkan 15-19% rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak mengalami sembelit.

Sembelit disifatkan sebagai gejala dan bukanlah sejenis penyakit merbahaya bagi setiap individu yang pernah dan berhadapan dengan situasi ini. Pun begitu, ramai ibu ayah yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berkonklusi boleh diselesaikan dengan banyak minum air.

JOM SEMAK TAHAP KESIHATAN USUS ANAK ANDA

Ibu ayah boleh mengenal pasti tahap kesihatan usus anak anda melalui 3 perkara ini:

  1. Warna
  2. Bentuk
  3. Bau

Sembelit dikalangan anak-anak adalah mengganggu, walaupun biasanya tidak serius. Sesetengah ibu ayah berikhtiar dengan pelbagai ubat semula jadi atau tradisional untuk merawat sembelit, termasuk perubahan diet, senaman, dan makanan tambahan serat.

Berikut adalah cara semulajadi ibuayah boleh lakukan untuk merawat sembelit anak secara semulajadi.

TOP 5 PETUA BAGI MERAWAT SEMBELIT ANAK

1. AIR

Kekurangan bendalir badan atau dehidrasi merupakan punca utama kepada masalah sembelit. Pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya  satu hingga 1.5 liter air sehari. Air yang cukup di dalam badan dapat menghindari masalah susah untuk buang air besar.

TIPS: ibu ayah boleh cuba untuk meletakkan hirisan kecil buah lemon dalam segelas air suam jika anak-anak mengalami masalah sembelit.

2. BUAH BUAHAN

PISANG: Kaya dengan serat dan pectin yang membantu untuk mengurangkan sembelit. Pectin di dalam pisang bagus untuk membantu pergerakan yang lancar dalam usus untuk menyingkirkan bahan buangan. Tapi hati-hati yaa ibu ayah. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan sembelit anak-anak menjadi lebih teruk lagi.

TIPS: 2 biji pisang bersaiz sederhana sehari boleh membantu melembutkan najis.

PRUN: Penawar paling “legend” untuk sembelit adalah buah prun. Kemanisan dan tekstur buah prun bukan sahaja menjadi kegemaran anak-anak, malahan ibu ayah juga. Prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan baik dalam membantu melembutkan najis.

AWAS: Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan anak-anak mengalami sakit perut.

EPAL: Ramai ibu ayah yang tidak mengetahui bahawa epal juga mengandungi serat yang tinggi. Rasa yang enak dan rangup sudah pasti menjadi kegemaran anak-anak.

TRIVIA: An apple a day, keep a doctor away.

OREN: buah yang tidak asing lagi bagi kita. Selain dari kaya dengan vitamin C untuk kulit, ianya bagus untuk kesihatan dalam anak juga.

FAKTA: Terkenal dengan panggilan “Agen Julap Semulajadi” yang dapat membantu megurangkan sembelit anak.

3. MINYAK ZAITUN

Ibu ayah boleh suapkan sesudu minyak zaitun kepada anak di waktu pagi untuk melancarkan penghadaman mereka. Minyak zaitun juga boleh dicampur sesudu kecil di dalam masakan yang disediakan kepada anak-anak seperti dicampurkan ke dalam bubur nasi.

TIPS: Untuk melegakan ketidakselesaan akibat sembelit, ibu ayah perlu beri sesudu minyak zaitun pada waktu pagi ketika perut anak-anak masih kosong.

4. YOGURT

Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Yogurt mempunyai bacteria baik yang membantu supaya system penghadaman anak-anak sentiasa mudah dan lancar ketika membuang air besar.

TIPS: Untuk mengurangkan rasa masam yogurt, ibu ayah boleh berinovasi dengan membuat smoothies buah-buahan dengan mencampurkan sedikit yogurt dengan strawberi, mangga ataupun blueberi. Sedapkan?

5. CYCLING MOVEMENT

Pergerakan seperti mengayuh basikal atau cycling movement juga dikatakan di antara cara yang paling efektif dalam mencegah sembelit dikalangan anak-anak. Ianya boleh dilakukan sendiri setiap kali menukar lampin pakai buang ataupun setiap kali lepas mandi. Kaedah ini dikatakan membantu memudahkan pergerakan najis di dalam usus anak-anak anda.

TIPS: Cycling movement ini boleh digabungkan dengan urutan “I Love You” (sila rujuk gambar)

NOTA KAKI : Bagi ibu ayah yang bekerjaya, kekangan masa untuk menyediakan keperluan di atas sangat difahami. Namun, ibu ayah tidak perlu gusar. Salah satu cara MUDAH untuk membantu melancarkan penghadaman anak-anak adalah dengan menggunakan ramuan minyak pati.

Balm T-Rub by Tasneem Naturel mempunyai ramuan istimewa dan khas bertujuan untuk membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam T_Rub balm adalah:

emoga bermanfaat perkongsian kali ini.

Untuk dapatkan TRub balm dari agent sah Tasneem Naturel, klik disini.

WHATSAPP
XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1
Your Cart