7 Tips Bercakap Dengan Anak Secara Positif Dan Terbaik

Mendidik anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah memerlukan kemahiran komunikasi yang tepat dan baik apabila berdepan dengan anak-anak.

Kemahiran berkomunikasi secara positif sememangnya wajib dilakukan oleh ibubapa. Ini saya kongsikan, tips dari Dr Norzila Zakaria dari Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia.

1. Jadilah pendengar yang baik

Fikirkan bahawa kita mahu mendengar masalah dan membantu anak menyelesaikan masalah tersebut. Berikan sepenuh perhatian kepada perkara yang anak cuba sampaikan.

Pandang matanya, biar kita sama paras dengan anak ketika itu. Jika anak duduk, kita juga perlu duduk. Jika anak berdidri jadi kita perlu rendahkan badan supaya sama paras dengan anak. Mata kita setentang mata anak.

Tunjukkan wajah yang kita bersedia mendengar luahan hati anak.

2. Beri perhatian kepada emosi anak

Bila kita memandang wajah anak, analisa emosi mereka. Adakah mereka dalam keadaan terkejut, gembira, sedih, malu, takut, marah dan sebagainya. Emosi anak boleh juga dikesan dari intonasi suara dan gerak tubuh mereka.

Kita boleh bertanya mengapa mereka kelihatan sedih seperti itu.

3. Akui emosi anak

Bila mereka memberikan jawapan tentang emosi atau perasaan mereka, akuilah perasaan itu dan jangan sesekali menidakkannya seperti “Ala… macam tu pun nak kecil hati?” tetapi hendaklah kita tanyakan semula benarkah mereka merasa demikian. “Oh jadi abang rasa kecil hati bila ayah kata begitu ya?”

Pengesahan emosi yang mereka sedang alami ini akan memudahkan kita menyelesaikan masalah mereka. Jika mereka takut, kita tenangkan. Jika mereka marah, kita redakan.

Namun adalah sukar untuk memahami emosi anak yang pendiam dan tidak mahu bercerita. Dalam hal ini kita mungkin pelu meneka emosi mereka berdasarkan reaksi mereka pada soalan kita.

4. Tangguhkan pembetulan dan dapatkan maklumat lanjut

Sebagai ibu bapa, kita jangan terlalu cepat memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah tanpa mengetahui cerita lanjut. Anak pasti akan kecewa kerana mereka mempunyai sudut pandangan mungkin berbeza daripada apa yang kita lihat.

Mereka mahu memberitahu isu lain tetapi oleh kerana kita terlalu cepat memberikan respon, masalah sebenar tidak kita dengari dan ini menyebabkan anak-anak kecewa.

5. Lihat situasi itu dari sudut pandang anak

Banyak kali kita bertindak kepada anak-anak kita seolah-olah mereka adalah orang dewasa. Anak-anak jadi bingung dengan tidakan ibu bapa. Contohnya mereka tidak faham mengapa mereka perlu masuk tidur pada jam 9 malam. Kita sepatutnya belajar untuk menerangkan kepada anak dengan baik. Terangkan satu persatu mengikut tahap umur mereka.

6. Elakkan memalukan anak, fokus kepada tingkahlakunya

Ramai dalam kalangan ibu bapa memalukan anak-anak tanpa disedari. “Maaflah anak saya terjatuhkan buku ini, Siti ni macam tak ada mata, tak tengok mana nak letak”

Adalah lebih baik jika kita kata, “Maaflah anak saya terjatuhkan buku ni,dia tak perasan meje tu senget”. Kemudian bercakap pula dengan anak kita, “Siti letak elok-elok buku tu ya”. Dengan berkata begitu kita mengakui kesilapan anak kita dan memberikan keyakinan kepada anak kita bahawa kesilapannya itu boleh diperbetulkan.

7. Galakkan anak berfikir secara proaktif

Bila anak mengadu atau bertanya, galakkan anak-anak memberi pilihan jawapan. Dengarkan jawapan dan cadangan dari anak-anak kita. Kemudian berbincanglah dengan mereka. Lihat bagaimana mereka seronok memberikan pandangan dan terasa dihargai bila pandangan mereka diambil kira dalam membuat keputusan.

Ini pastinya memberikan keyakinan kepada anak-anak untuk menyuarankan pendapat pada masa akan datang.

Sumber : Siti Ramlah Mahmud (penulis)

Moga dengan tips ini dapat kita pelajari cara berkomunikasi dengan baik dengan anak. Sedangkan Rasullulah saw dulu pun sangat meraikan kanak-kanak. Kita contohi tauladan dari Rasullulah saw.

Anak susah ikut arahan cuba baca sini. Ikhtiar dengan Calm Time balm untuk anak mudah tantrum.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart