Masalah sembelit dikalangan bayi atau anak kecil biasa berlaku. Masalah ini semestinya mendatangkan kegusaran dikalangan ibu-ibu. Apa tidaknya melihat si manja menangis, meragam sambil memegang perut tanda tak selesa ketika membuang.
Merah-merah muka si manja meneran tapi najis tak juga keluar. Masalah sembelit ini biasa berlaku pada anak yang menyusu susu formula dan sudah mula makan makanan pejal. Jarang pula berlaku pada anak yang menyusu badan.
Sembelit berlaku apabila anak tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan,ibu ayah perlu membawa anak untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptom yang boleh dilihat termasuklah:
- meragam, sakit abdomen dan gastrik;
- abdomen yang keras;
- sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
- najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
- najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.
Tips Atasi Sembelit Si Manja Anda
1. Buat gerakan kayuh basikal
Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
2. Tukar susu formula
Jika anak menyusu susu formula, cuba tukar susu lain. Mungkin ibu perlu tukar beberapa kali susu si manja.
3. Minum banyak air
Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar untuk anda anda. Serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya.
4. Yogurt
Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.
5. Serat Larut
Berikan si manja anda serat larut, serat larut ini boleh didapati di farmasi. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda. Tapi ingat! Serat larut ini tak sesuai untuk bati bawah usia satu tahun.
6. Urut Anak Dengan T-rub Balm
Ibu-ibu boleh cuba urutkan si manja secara perlahan-lahan untuk berikan kelegaan pada anak, caranya ialah
- Beri mereka mandian suam untuk tenangkan mereka dan sediakan diri untuk diurut.
- Baringkan anak atas katil.
- Sapu T-rub balm pada perut si manja dan urut perut anak perlahan-lahan dengan urutan ‘I LOVE U”.
- Gabungkan urutan dengan gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal
What do you think?