Anak Demam – Ini Tips Mudah Apa Perlu Ibu Ayah Buat Di Rumah

Sebagai ibubapa, kita pastinya sentiasa berusaha supaya anak sentiasa dalam keadaan sihat. Walaubagaimanapun, anak-anak masih akan ada fasa di mana mereka jatuh sakit.

Siapa yang tak risau kalau anak demam, kan?

Suhu badan yang normal ialah sekitar 36 ke 37 darjah Celsius. Demam berlaku apabila suhu badan lebih tinggi daripada 37 darjah Celsius. 

Demam adalah mekanisme semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman. Kuman ini boleh jadi dalam bentuk bakteria atau pun virus. Apabila kuman menyerang, hypothalamus yang bertindak mengawal suhu badan, akan memberi isyarat supaya suhu badan dinaikkan supaya kuman berasa ‘tidak selesa’ dan tidak dapat survive di dalam badan.

Dalam fasa demam ini, anak-anak mungkin mengalami perkara-perkara seperti di bawah:

  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Batuk
  • Sakit badan
  • Letih dan tidak aktif
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit
  • Muntah

Mesti sangat tidak selesa, kan? Jadi, sebagai ibubapa, apa yang boleh kita buat pada masa ni.

Jom baca panduan menjaga anak yang demam di bawah.

Thermometer Sebagai Rakan Baik Anda

Sentiasa pantau suhu anak dengan menggunakan thermometer. Boleh guna mana-mana jenis pun, ikut keselesaan dan kemampuan. Rekodkan suhu anak mengikut jam dan perhatikan bagaimana respon anak, aktif atau tidak aktif ketika itu.

Air Yang Secukupnya

Anak yang demam, biasanya kurang selera makan. Tapi kita perlu pastikan yang anak tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan mineral dalam tubuh. Boleh ingatkan anak untuk minum air kosong dalam sela masa tertentu. Boleh juga sediakan ‘popsicle’ atau aiskrim Malaysia dalam bentuk yang sihat, bagi anak-anak yang susah nak minum air kosong. Sup juga adalah cecair. Boleh hirup kuah sup untuk ‘top up’ kandungan air dalam badan.

Bagi anak yang masih menyusu, kerapkan penyusuan. Susu ibu mempunyai antibodi baik yang membantu melawan kuman dalam badan anak yang demam.

Lap Badan/Tepid-Sponging

Sediakan air suam dan sehelai tuala kecil untuk mengelap badan anak. Kenapa air suam dan bukan air sejuk? Supaya badan anak yang demam, tidak ‘terkejut’ dan suhu turun mendadak.

Fokuskan untuk lap di kawasan pelipat kaki, belakang badan dan bawah ketiak. Boleh juga letakkan tuala lembap pada dahi anak untuk beri kelegaan.

Berendam

Yang ni memang kegemaran semua anak-anak. Sediakan besen dan masukkan air suam dalam tu. Boleh gunakan lemon sebenar yang dihiris ke dalam air tadi atau nak mudah mandikan dengan CF Bath dari Tasneem Naturel, mandian yang membantu melegakan selsema batuk dan demam. Biar anak main air dan berendam seketika. Buat aktiviti ini bila anak nampak gelisah dan tidak selesa.

Pakaian Longgar

Pilih jenis kain yang selesa dan tidak menyerap haba. Kain kapas adalah pilihan terbaik. Pilih baju dan seluar yang longgar.

Matahari

Kita perlu pastikan yang anak yang demam ini mendapat cahaya matahari pagi yang secukupnya setiap hari untuk proses pemulihan berlaku dengan cepat. Boleh duduk sekejap di kawasan depan rumah, atau pun bagi yang tinggal di apartment, duduk sekejap di balkoni, tentulah dengan pemantauan ibubapa.

Bergerak

Jangan biarkan anak terbaring sahaja bermain tablet digital atau pun menonton tv. Ajak anak dan bantu mereka untuk bergerak, melakukan regangan ringan dan berjalan di sekitar rumah. Ini penting untuk merangsang pengaliran darah yang optimum ke seluruh badan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Sapu CF-Rub Balm

CF-Rub balm dari Tasneem Naturel mengandungi Essential oil atau minyak pati tumbuhan. Pati tumbuhan ini mempunyai bahan aktif yang bersifat menenang dan melegakan.  Ia membantu anak untuk lebih tenang dan boleh tidur dengan selesa sepanjang tempoh demam tu. Rehat yang secukupnya membantu badan pulih dengan cepat.

Tasneem Naturel menyediakan pilihan balm berasaskan essential oil semulajadi yang boleh memberi manfaat kepada anak yang demam. Sapukan dan buat urutan lembut ke tapak kaki dan belakang badan. Boleh ulang sapu selepas beberapa ketika, untuk hasil yang lebih baik.

Langkah-langkah di atas hanyalah sebagai panduan umum untuk ibubapa yang perlu menjaga anak yang demam, supaya lebih bersedia dan tidak panik.

 Walaubagaimanapun, dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya ada keraguan tentang keadaan anak , anak kelihatan tidak aktif atau terlalu letih tidak bermaya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CF Rub Balm dan CF-Bath, klik gambar dibawah

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

0
Your Cart