Sebagai ibubapa, kita pastinya sentiasa berusaha supaya anak sentiasa dalam keadaan sihat. Walaubagaimanapun, anak-anak masih akan ada fasa di mana mereka jatuh sakit.
Siapa yang tak risau kalau anak demam, kan?
Suhu badan yang normal ialah sekitar 36 ke 37 darjah Celsius. Demam berlaku apabila suhu badan lebih tinggi daripada 37 darjah Celsius.
Demam adalah mekanisme semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman. Kuman ini boleh jadi dalam bentuk bakteria atau pun virus. Apabila kuman menyerang, hypothalamus yang bertindak mengawal suhu badan, akan memberi isyarat supaya suhu badan dinaikkan supaya kuman berasa ‘tidak selesa’ dan tidak dapat survive di dalam badan.

Dalam fasa demam ini, anak-anak mungkin mengalami perkara-perkara seperti di bawah:
- Sakit tekak
- Hidung tersumbat
- Sakit kepala
- Menggigil
- Batuk
- Sakit badan
- Letih dan tidak aktif
- Kurang selera makan
- Cirit-birit
- Muntah
Mesti sangat tidak selesa, kan? Jadi, sebagai ibubapa, apa yang boleh kita buat pada masa ni.
Jom baca panduan menjaga anak yang demam di bawah.
Thermometer Sebagai Rakan Baik Anda

Sentiasa pantau suhu anak dengan menggunakan thermometer. Boleh guna mana-mana jenis pun, ikut keselesaan dan kemampuan. Rekodkan suhu anak mengikut jam dan perhatikan bagaimana respon anak, aktif atau tidak aktif ketika itu.
Air Yang Secukupnya

Anak yang demam, biasanya kurang selera makan. Tapi kita perlu pastikan yang anak tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan mineral dalam tubuh. Boleh ingatkan anak untuk minum air kosong dalam sela masa tertentu. Boleh juga sediakan ‘popsicle’ atau aiskrim Malaysia dalam bentuk yang sihat, bagi anak-anak yang susah nak minum air kosong. Sup juga adalah cecair. Boleh hirup kuah sup untuk ‘top up’ kandungan air dalam badan.
Bagi anak yang masih menyusu, kerapkan penyusuan. Susu ibu mempunyai antibodi baik yang membantu melawan kuman dalam badan anak yang demam.
Lap Badan/Tepid-Sponging

Sediakan air suam dan sehelai tuala kecil untuk mengelap badan anak. Kenapa air suam dan bukan air sejuk? Supaya badan anak yang demam, tidak ‘terkejut’ dan suhu turun mendadak.
Fokuskan untuk lap di kawasan pelipat kaki, belakang badan dan bawah ketiak. Boleh juga letakkan tuala lembap pada dahi anak untuk beri kelegaan.
Berendam

Yang ni memang kegemaran semua anak-anak. Sediakan besen dan masukkan air suam dalam tu. Boleh gunakan lemon sebenar yang dihiris ke dalam air tadi. Mandian lemon membantu melegakan selsema batuk dan demam. Biar anak main air dan berendam seketika. Buat aktiviti ini bila anak nampak gelisah dan tidak selesa.

Pakaian Longgar

Pilih jenis kain yang selesa dan tidak menyerap haba. Kain kapas adalah pilihan terbaik. Pilih baju dan seluar yang longgar.
Matahari

Kita perlu pastikan yang anak yang demam ini mendapat cahaya matahari pagi yang secukupnya setiap hari untuk proses pemulihan berlaku dengan cepat. Boleh duduk sekejap di kawasan depan rumah, atau pun bagi yang tinggal di apartment, duduk sekejap di balkoni, tentulah dengan pemantauan ibubapa.
Bergerak

Jangan biarkan anak terbaring sahaja bermain tablet digital atau pun menonton tv. Ajak anak dan bantu mereka untuk bergerak, melakukan regangan ringan dan berjalan di sekitar rumah. Ini penting untuk merangsang pengaliran darah yang optimum ke seluruh badan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Sapu Wagas oil dan Pelekat Batuk No More Cough
Boleh cuba iktihar lekatkan pelekat batuk ini. Terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung di dalam pelekat ini seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam. Pelekat batuk ini sesuai digunakan seawal bayi 3 bulan sehinggalah ke orang dewasa
Selain itu, ibu ayah boleh sapukan wagas oil iaitu minyak cengkih pada anak. Cadangan penggunaan, sebelah siang sapukan wagas oil ini. Kemudian di sebelah malam lekatkan pula pelekat ini. InshaAllah iktihar ini membantu anak-anak yang batuk.
Langkah-langkah di atas hanyalah sebagai panduan umum untuk ibubapa yang perlu menjaga anak yang demam, supaya lebih bersedia dan tidak panik. Walaubagaimana pun, dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya ada keraguan tentang keadaan anak , anak kelihatan tidak aktif atau terlalu letih tidak bermaya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan No More Cough Patch dan Wagas Oil, klik gambar dibawah
Atau boleh terus buat pembelian di kedai shopee Momqhalif

akubiomed
February 27, 2020Anak kecil kalau jatuh sakit tak pandai nak maklum apa kesakitan yang dialami. Adanya thermometer di rumah mudah untuk ambil suhu badan.
akubiomed recently posted…Basikal lipat GTE mampu milik buat kayuh di petang hari