Anak Mengamuk? Ibubapa Wajib Ambil Tahu Tips Ini Untuk Tenangkan Anak

Anak mengamuk tak kira masa atau tempat, paling mencabar kalau anak mengamuk ditempat awam. Boleh sebab ibu atau ayah tebal muka dengan orang sekeliling. Ini tips tenangkan anak.

Perangai “mengamuk” atau tantrum tak boleh dipisahkan daripada kanak-kanak. Ia sebahagian daripada proses membesar. Ray Levy, seorang pakar psikologi klinikal dan pengarang buku menjelaskan –

Kanak-kanak – yang berusia dalam lingkungan umur setahun hingga 4 tahun, akan sering mengamuk kerana mereka masih dalam proses mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah.

Apa yang penting apabila melalui situasi anak mengamuk ini, perkara pertama ibu ayah kena lakukan ialah SABAR dan TENANG, jangan sampai ibuayah yang hilang kawalan. Selain itu, ibu ayah boleh amalkan tips ini untuk tenangkan anak yang sedang mengamuk.

5 Cara Tenangkan Anak Yang Mengamuk

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi.

1. Tentukan apa punca anak mengamuk

Tentukan sebab anak itu tantrum atau mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan  emosinya.

Ibu ayah perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.

2. Sibukkan anak dengan perkara lain

tips tenangkan anak

Sebenarnya, anak mengamuk mungkin sebab bosan. Itu yang kadang-kadang mereka saja nak tarik perhatian ibu ayah dengan buat sepah, pecahkan barang dan sebagainya.

Untuk elak mereka bosan, ibu ayah boleh cuba aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca. Ini antara contoh sibukkan anak dengan perkara lain.

3. Tegaskan suara untuk dapat perhatian anak

Jika anak mengamuk dan ibu ayah pula menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata ibu ayah kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan ibu ayah tidak mengawal keadaan dengan baik.

Namun, ibu ayah boleh naikkan suara ibu ayah sedikit, to match suara anak, contohnya, panggil nama anak kuat sikit. Tapi BUKAN dengan nada marah sekadar dapat match suara ibu ayah dengan suara anak. Bila dapat attention anak, kemudian teruskan kata-kata ibu ayah dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.

4. Peluk anak dan bacakan surah Toha ayat 1-5

Minta izin anak dahulu untuk peluk. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham ‘space’ mereka. Walaupun ibu ayah berniat baik, namun, ibu ayah perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.

Semasa peluk, bisik ke telinga anak yang ibu ayah sayang dan sangat faham dengan perasaannya. Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak.

Kemudian tenangkan anak dengan kata-kata kasih. Jangan memukul anak, memukul anak hanya akan menjadikan anak menjadi seorang pengecut atau semakin suka memberontak.

tips tenangkan anak

5. Tidur

Pastikan anak-anak dapat tidur yang mencukupi. Kadang, sebab tak cukup tidur anak mengamuk. Semakin cukup waktu tidur, semakin banyak tenaga mereka boleh dapat. Maka, mood mereka juga akan lebih baik. 

Jangan risau sangat. Biasalah anak-anak yang sedang membesar. Tapi, oleh sebab mereka tengah membesar tak bermaksud mereka tak boleh dikawal dan dilatih.

Bantu anak tidur dengan sleep time balm dan kurangkan anak mengamuk dengan sapuan balm berasaskan essential oils.

Semoga ini akan dapat membantu anda mengendalikan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang suka mengamuk.

Boleh dapatkan calm time balm dan sleep time balm ini di shopee, Klik dibawah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1
Your Cart