Anak Susah Nak Ikut Arahan Cuba 5 Perkara Ini

Macam mana kita ibu bapa boleh kendalikan tingkah laku anak yang mencabar contohnya macam tantrum, tidak dengar kata dan melawan. Maknanya anak buat lain dari yang kita mahu.

Saya nak kongsikan 5 cara macam mana kita nak becakap dengan anak supaya boleh mengurangkan stress kita sebagai ibubapa agar kita sendiri tak tantrum seperti anak juga.

Tantrum maksud disini ialah mengamuk, meragam.

Kalau kita terbawa atau terikut-ikut dengan anak kecil ini especially yang bawah 6 tahun yang masih otak kanan ini kita pun terbawa dan kita pun jadi tantrum macam anak kita.

Perkara yang boleh lakukan, boleh teruskan bacaan sehingga habis.

1. Elakkan Perkataan “Jangan”

Contohnya anak berlari kita kata “jangan berlari”. Bila hujan turun anak saja main bawah hujan biasa kita cakap “jangan main hujan”. Kalau anak lompat atas sofa kita kata ” Jangan lompat atas sofa” jadi kita ubah, kita stop, kita elak gunakan perkataan “jangan”.

Sebabnya bila kita kata jangan anak-anak kecil ini dia tak nampak apakah itu jangan tapi dia nampak bila “jangan berlari” dia nampak berlari maka dia akan lagi berlari. Jadi semua orang pun tahu bila kita sebut jangan itulah yang anak-anak akan buat. Jadi kita elakkan perkataan “jangan”.

2. Terus Sebut Apa Yang Kita Mahu Anak Lakukan

Contohnya, saya masih ingat masa anak saya setahun lebih suami nak tangkap gambar dia ramai-ramai dengan kanak-kanak lain suami kata, “jangan bergerak” jadi budak-budak ni pun bergerak-gerak, saya kata dengan suami, “abang tak boleh sebut jangan”. Suami fikir sekejap dan suami kata, “okey berdiri tegak”. Jadi budak-budak pun terus berdiri tegak.

Sebabnya kita terus beritahu apa yang anak-anak kena lakukan. Jadi katalah dia lompat atas sofa, kita terus kata”lompat dekat lantai”. Terus sebut apa yang kita nak anak lakukan.

3. Sebut Apa Yang Kita Tidak Mahu Anak Lakukan Disusuli Dengan Apa Yang Kita Mahu Dia Lakukan

Contohnya masa anak saya belajar toilet training dulu masa dua tahun lebih dia kerap kali tercicir kencing, biasa saya sebut “kencing dalam tandas sahaja, kencing dalam tandas”.

Tapi bila saya belajar teknik menyebut peraturan yang betul pada kanak-kanak, saya belajar untk sebut tidak disusuli apa yang boleh iaitu “tidak boleh kencing di ruang tamu, ruang makan tetapi hanya kencing di tandas”. Saya sebut peraturan itu dan Alhamdullilah success.

So anak faham apa yang tidak boleh dalam masa yang sama anak faham tahu yang dia boleh. Tidak boleh lompat atas sofa atau katil tapi boleh lompat atas lantai.

Yang itu untuk anak yang dah 2 tahun lebih nak dekat 3 tahun sebab mereka dah mula nak boleh berfikir tetapi untuk anak yang kecil iaitu 2 tahun kebawah terus beritahu apa yang kita nak dia buat.

4. Beritahu Awal Sebelum Kita Nak Pergi Atau Lakukan Sesuatu

Contohnya kita nak pergi rumah uncle A, ” jadi main elok-elok dengan kawan nama B”. Kita beritahu awal supaya kita dan anak bersedia.

“Ok, kita nak pergi stesen minyak hanya boleh beli air kotak warna putih satu sahaja”

“Kita nak pergi Giant, boleh beli mainan satu sahaja”

Maknanya beritahu sebelum, bila beritahu sebelum kanak-kanak bersedia jadi kuranglah tantrum atau perkara yang diluar jangkaan. Jadi anak sudah tahu apa batasan yang ibu bapa telah letakkan.

5. Buat Closure Sebelum Balik

Buat closure sebelum kita balik sebab anak bila dah attached atau tengah gembira, jadi anak-anak kadang-kadang tak nak lepaskan atau tak nak balik.

Contoh, anak main di taman permainan, dia sangat happy. Kita kata, ” ok! lagi 1 minit” dan kita kata, ” bye bye taman permainan, minggu depan saya datang lagi”.

Ulang dan ulang perkataan ini, nanti inshaAllah anak akan ulang semula apa yang kita perkatakan. InshaAllah anak 2 tahun lebih ke 3 tahun lebih boleh ulang perkataan kita.

Kelebihan teknik closure ini anak akan rasa tidak terkilan sebabnya anak dah “let go” dan dah bersedia. Jadi lebih mudah, makanya tidak berlakulah tantrum.

Moga tips ini membantu para ibubapa untuk menguruskan anak dengan lebih baik. Boleh share entry ini untuk manfaat bersama.

Ikhtihar atasi tantrum anak dengan calm time balm dari Tasneem Naturel

Sumber : Puan Maznah Ibrahim

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

0
Your Cart