All Posts By admin

Resdung Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Resdung dalam kalangan kanak-kanak. Mungkin kita biasa dengar penyakit resdung ini dikalangan dewasa sahaja. Tetapi sebenarnya kanak-kanak pun cenderung juga mengalami penyakit ini.

Jadikan kita akan bincangkan apa faktor, kesan dan rawatan yang kita boleh lakukan.

Apa itu sinus ?

Sinus adalah rongga berisi udara di dalam tengkorak manusia. Ia berfungsi menjadikan tengkorak lebih ringan dan membantu menghasilkan suara yang lebih lunak.

Membran pada sinus tersebut menghasilkan mukus untuk melindungi hidung daripada habuk dan bakteria.

cara hilangkan resdung
Perbezaan rongga sinus yang sihat dan yang mengalami radang (resdung)

Apa itu radang sinus atau resdung ?

Menurut portal MyHealth radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak.

Statistik masalah resdung dalam kalangan kanak-kanak adalah 20 peratus sahaja. Kadar keterukannya pula ada ada yang sedikit, kadang-kadang dan paling teruk ialah setiap hari mengalami simptom resdung.

Selain itu masalah resdung ini lebih tinggi dijangkiti oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah asthma. Hal ini kerana ia berkaitan dengan hypersensitivity yang dialami oleh penghidap asthma.

Faktor penyumbang kepada resdung

Faktor pertama disebabkan oleh persekitaran. Iaitu terdedah kepada udara yang tercemar.

Faktor kedua disebabkan oleh imun sistem yang lemah. Kanak-kanak yang kurang diberi pendedahan pada persekitaran luar boleh menyebabkan mereka sangat sensitif dengan persekitan luar rumah.

Faktor keturunan. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau salah seorang dari mereka ada masalah resdung cenderung untuk mempunyai masalah yang sama.

Namun begitu, masalah resdung ini boleh berkurang apabila umur semakin meningkat. Hal ini kerana respon kepada hypersensitivity semakin berkurang berkadaran dengan usia.

Simptom resdung kalangan kanak-kanak

  • Kerap bersin atau selsema di waktu pagi
  • Hidung tersumbat
  • Rasa gatal pada hidung, mata, lelangit, tekak dan telinga anak
  • Nafas berbau
  • Sakit kepala atau muka
  • Letih dan lesu
  • Jerawat pada muka
  • Hilang deria rasa dan bau

Tanda resdung pada kanak-kanak

  • Selsema atau simptom alergi yang berlarutan selama lebih 14 hari
  • Lendir tebal dan berwarna hijau atau kuning gelap yang keluar dari hidung
  • Batuk berpanjangan lebih daripada 10 hari
  • Demam panas

Kesan masalah resdung pada kanak-kanak

Bila ada antara simptom diatas terus rujuk pada yang pakar. Dapatkan nasihat doktor sebelum masalah resdung menjadi makin parah.

Terutama pada kanak-kanak, ia menganggu kesan kualiti kehidupan pada kanak-kanak. Sebagai contoh ketidakselesaan pada mereka.

Selain itu, lebih parah lagi ia boleh menyebabkan komplikasi masalah kesihatan dan  kuman merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian  tersebut.

Apabila kuman  merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran.

Jika tiada rawatan segera, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.

Langkah pencegahan

  • Hindari haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.
  • Elakkan pengambilan makanan yang boleh meransang alergik seperti makanan laut udang dan sotong.
  • Persekitaran yang bersih dapat mengelak sebarang jangkitan.
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.

Kesimpulan

Sebelum masalah ini menjadi lebih bahaya, eloklah dapatkan nasihat dari yang pakar dahulu. Doktor akan nasihatkan rawatan dan pencegahan yang sesuai buat anak. Elak sebelum masalah resdung ini menjadi lebih parah sehingga perlu menjalani operasi pembedahan.

Baca juga Combo Anti Resdung Ikhlas Herbs Cara Terbaik Hilangkan Resdung

Share

Ambil Tahu Sebelum Terlambat ! Tanda Resdung Teruk

Jika anda sering bersin, hidung berhingus serta tersumbat selain mata berair dan kelihatan lesu, ia mungkin tanda resdung teruk.

Nama lain bagi resdung ialah sinusitis. Resdung ialah satu tindak balas sistem imun manusia di mana ia lazimnya melindungi tubuh daripada alergen berjangkit dengan tubuh.

Antara alergen ialah debunga, hama, bulu haiwan dan asap.

Punca resdung

Tanda Resdung Teruk

Ini antara punca yang menyebabkan resdung menjadi lebih teruk, tanpa sedar anda sendiri yang penyebabnya. Mari baca apa punca resdung jadi lebih teruk.

  • Menggunakan ubat nasal terlalu kerap. Ubat nasal ini mempunyai bahan kimia yang memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.
  • Tidak minum air secukupnya. Badan perlukan air untuk kekal terhidrat. Badan yang cukup air semasa resdung boleh menipiskan mukus.
  • Tidak cukup tidur. Tidur yang cukup penting untuk kuatkan sistem imun anda.
  • Udara terlalu sejuk. Udara sejuk mempunyai udara yang kering. Ini akan meradangkan resdung dan memburukakan lagi gejala.

Pelbagai faktor lain penyumbang kepada keseriusan resdung ini. Anda harus peka dengan keadaan kesihatan sendiri.

Baca sini Punca Resdung.

Tanda resdung

Tanda resdung nampak seperti tanda penyakit lain. Tandanya juga berbeza untuk setiap individu. Berikut merupakan tanda-tanda resdung teruk yang mungkin anda alaminya sekarang

Selsema yang terlalu lama

Ini antara tanda biasa dan kerap berlaku pada penghidap resdung. Sekiranya selsema yang dialami sudah lama dan berpanjangan dan anda tidak dapat menahannya lagi, eloklah terus berjumpa pakar.

Sakit kepala

Sakit kepala yang berpanjangan. Ada yang keliru dengan sakit kepala biasa namun sebenarnya ia adalah sakit kepala resdung.

Sakit dibahagian muka

Sakit ini biasanya seperti sakit di sekeliling mata, bawah mata, dahi dan sekeliling hidung juga boleh dirasai bersama-sama dengan sakit kepala. Selain itu, ada juga yang merasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi.

Hidung berair dan tersumbat

Ini juga antara gejala biasa berlaku pada yang ada resdung. Hidung akan berair dan tersumbat setiap masa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran bernafas.

Tidur berdengkur

Segelintir penghidap resdung ada masalah ini. Tidur berdengkur kerana saluran pernafasan pada hidung tersumbat. Masalah tersumbat ini pula disebabkan lendiran yang banyak.

Demam dan sakit tekak

Ada yang mengalami masalah resdung yang sehingga menyebabkan demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan. Juga sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang.

Masalah jerawat

Muka akan dinaiki jerawat yang agak teruk sama ada di bahagian muka atau dibahagian badan. Masalah ini berpunca dari lendiran yang tersumbat sehingga menyebakan masalah jerawat.

Kesimpulan

Perhatikan gejala atas ini, jika anda ada seperti tanda diatas ini, cari solusi untuk merawat masalah resdung. Masalah resdung yang terlalu lama boleh menyebabkan masalah yang lebih serius lagi.

Seperti jangkitan pada mata sehingga sebabkan nanah. Ia boleh menjadi punca buta. Selain itu, nanah dari resdung ini juga boleh memenuhi ruang otak. Sekiranya ini berlaku pembedahan perlu dibuat.

Pantau kesihatan anda sebaiknya. Ambil langkah awal sebelum ia nya menjadi melarat. Berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat.Kemudian iktiharlah dengan rawatan yang membantu melegakan atau merawat resdung.

Baca juga Cara Hilangkan Resdung.

Share

Ini Perkembangan Bayi 6 Bulan Yang Ibu Ayah Wajib Tahu

Ibu ayah perlu peka tentang perkembangan bayi. Ini penting untuk ketahui sama ada ia normal atau tidak. Ini perkongsian perkembangan bayi 6 bulan yang ibu ayah wajib tahu.

Bila bayi sudah capai umur 6 bulan, ibu ayah pasti gembira. Banyak perubahan atau perkembangan yang dah dicapai oleh bayi.

Lagi-lagi melihat teletah bayi yang mencuit hati. Tetapi adakah perkembangan bayi seiring dengan umur mereka?

Perkembangan bayi 6 bulan

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibubapa. Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.

Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

Setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Kredit kepada My Portal Health.

Perkembangan fizikal

Pada umur 6 bulan secara purata bayi akan mempunyai berat sekitar 6 hingga 10 kg bagi bayi lelaki manakala 5 ke 9.9 kg bagi bayi perempuan. Kebiasaannya berat bayi pada umur ini dua kali ganda dari berat masa bayi lahir.

Selain itu, bayi umur ini sudah boleh tidur sekitar 6 hingga 8 jam pada sebelah malam.

Perkembangan kognitif

Kemampuan kognitif bayi adalah cara bayi dalam belajar berfikir, mengingat, membayangkan dan mengumpulkan maklumat.

Antara perkembangan kognitif bayi 6 bulan ialah seperti berikut

  • Tahu apabila nama di panggil
  • Mengenali wajah yang selalu bersama atau berinteraksi dengan mereka
  • Mula belajar mengekspresikan emosi seperti gembira dan sedih
  • Suka meneroka sekeliling dengan menyentuh dan merasa
  • Mula buat bunyi-bunyi seperti “eh”, “oh”, “ah”
  • Membuat bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b” seperti memanggil “mama” dan “baba

Perkembangan motor

Antara perkembangan yang berlaku pada sekitar bayi usia ini ialah

  • Boleh duduk dengan sendiri/ duduk dengan soongan
  • Mengambil dan membawa barang dekat ke badan
  • Mengalihkan objek seperti mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Menyokong badan dengan sendiri jika diduduk kan

Selain itu deria penglihatan bayi juga bertambah baik. Bayi mudah tertarik dengan objek yang berkilat dan berwarna-warni.

Perkembangan lain bayi 6 bulan

Pada umur 6 bulan bayi suka berinteraksi dengan orang yang di kenali nya. Terutama ibu dan ayah. Jadi ia masa yang sesuai bagi ibu ayah meluangkan masa untuk bermain dengan si manja.

Sesi bermain bersama ibu ayah akan menjadi sesi perkembangan bahasa untuk bayi belajar. Ibu ayah boleh tunjukkan gambar haiwan dan sebutkan nama. Sesi seperti ini pasti menyeronokkan !

Selain itu, peringkat umur 6 bulan ini bayi sudah pun boleh diberi makanan pepejal. Baca Jadual makan bayi 6 bulan.

Kesimpulan

Apa yang dikongsikan ini ialah perkembangan bayi 6 bulan secara umum. Jika perkembangan bayi lewat jangan risau, setiap anak itu perkembangan nya berbeza.

Untuk ibu ayah yang kurang yakin perkembangan bayi boleh berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk dapatkan nasihat dari yang pakar dan jangan lupa ikuti pemeriksaan bulanan bayi setiap bulan di klinik.

Moga perkongsian ini membantu ibu ayah.

Share

Jadual Makan Bayi 6 Bulan Panduan Untuk Ibu

Teruja nya! Bayi dah pun genap 6 bulan. Ibu dah tak sabar nak perkenalkan solid food pada bayi. Ini jadual makan bayi 6 bulan. Perkongsian ringkas untuk panduan ibu-ibu.

Setiap ibu pasti teruja apabila si manja telah pun masuk 6 bulan. Lagi-lagi untuk first mom. Nak perkenalkan si manja dengan perkara baru.

Persediaan makan bayi 6 bulan

Dalam keterujaan, ibu mestilah mencari ilmu terlebih dahulu untuk perkenalkan bayi dengan solid food buat kali pertama. Ada nya ilmu yang betul barulah ibu-ibu tahu apa DO and DON’T untuk bayi mula makan.

Zaman teknologi canggih ini, pelbagai wadah ilmu boleh ibu dapatkan untuk bayi mula makan.

Saya banyak belajar ilmu baby mula makan ini dari kelas dan penulisan Dr Amalina Mohd Daud di social media.

Tanda bayi bersedia untuk makan

jadual makan bayi 6 bulan

Mengikut guideline dari American Academics of Pediatrician (AAP) waktu sesuai memulakan pemakanan bayi adalah dari umur 6 bulan.

Selain itu, tanda anak bersedia untuk makan ialah;

  • Mampu mengawal leher kiri dan kanan
  • Boleh duduk dengan sokongan
  • Tidak kenyang dengan hanya minum susu/ semakin kerap menyusu dari biasa
  • Pandai menolak susu apabila kenyang
  • Mula memasukkan tangan ke dalam mulut

Teknik makan bayi

Dari perkongsian Dr Amalina, barulah saya tahu rupanya teknik untuk beri makan bayi ini ada dua, iaitu;

  • Teknik Puree
  • Teknik Baby Led Weaning (BLW)

Kedua-dua teknik ini mempunyai kelebihannya yang sendiri. Ibu-ibu bolehlah belajar lebih lanjut mengenai teknik ini. Kemudian pilih teknik yang mana nak diamalkan buat si manja.

Apa yang penting menurut Dr Amalina, jangan beri bad experienced semasa proses bayi makan. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan pada bayi.

Antaranya ialah bayi akan jadi tidak seronok untuk makan. Lagi-lagi apabila ada sesi memaksa bayi makan.

Jadual makan bayi 6 bulan hingga 10 bulan

jadual makan bayi 6 bulan

Pasti ibu-ibu tertanya-tanya berapa kali sehari patut si manja diberikan makan, menurut Dr Amalina secara umum;

  • Bayi usia 6 bulan patut makan sehari SEKALI
  • Bayi usia 7 bulan patut makan sehari DUA kali
  • Bayi usia 8 bulan patut makan sehari TIGA kali
  • Bayi usia 9 bulan patut makan sehari EMPAT kali
  • Bayi usia 10 bulan patut makan sehari LIMA kali

Tapi apa pun ia bergantung juga pada selera makan si manja. Sesetengah bayi usia 6 bulan perlukan lebih dari sekali makan dalam sehari.

Ibu-ibu perlu perhatikan cue (isyarat) lapar bayi.

Waktu sesuai beri bayi makan

Waktu sesuai untuk beri makan pada bayi adalah pada waktu pagi sama ada satu jam selepas atau sebelum bayi minum susu.

Menurut Dr Amalina, beliau lebih galakkan ibu beri sarapan terus barulah beri susu sejam kemudian. Sarapan hanya simple sahaja.

Apa yang penting jarakkan waktu makan dengan susu lebih kurang sejam untuk pastikan bayi tidak terlalu kenyang dengan susu sahaja dan menolak pemberian makanan pula.

Untuk ibu-ibu yang nak belajar lebih lanjut mengenai baby makan boleh follow Dr Amalina Mohd Daud di Facebook atau Instagram beliau. Sangat berbaloi melabur masa untuk beri yang terbaik untuk si manja.

Checklist barang untuk bayi mula makan

Ibu pasti ada pelbagai idea resepi nak disediakan buat si manja. Ini saya kongsikan barang keperluan untuk bayi mula makan. Ia mudahkan ibu untuk buat persediaan bayi makan.

Baby food processor

Ibu boleh gunakan jenama Samu Giken harganya berpatutan dan mudah sangat untuk digunakan. Apa penting ada warranty.

Baby food processor ini senangkan ibu-ibu nak steam dan blend puree. Dapatkan DI SINI

Baby food processor

Kerusi khas untuk bayi makan

Kerusi makan yang khas memudahkan ibu dan bayi semasa proses makan. Ia juga beri isyarat buat bayi, waktu makan sedang berlansung.

Ibu boleh dapatkan kerus makan bayi ini, ia mudah dilipat dan dibawa kemana-mana. Juga boleh digunakan untuk makan di lantai atau atas meja bersama ibu ayah. KLIK SINI

Kerusi makan bayi

Pinggan mangkuk bayi

Ada banyak jenis mangkuk bayi dan semuanya comel-comel. Yang penting ia selamat untuk kegunaan bayi. Dapatkan DI SINI

Mangkuk bayi

Cawan khas bayi

Untuk ajar baby minum, boleh gunakan Richell AQ Straw Training Mug ini. Bila bayi dah pandai minum menggunakan cawan, cawan ini boleh diletakkan straw. Untuk ajar bayi menyedut pula.

Dapatkan DI SINI

Sudu bayi

Sudu ini saiz nya bersesuaian dengan genggaman tangan bayi. Bagi ibu yang mahu ajar anak suap sendiri sangat digalakkan menggunakan sudu ini.

Boleh dapatkan DI SINI

Sudu bayi

Kesimpulan

Moga perkongsian ini membantu ibu dalam mencari input buat persediaan bayi belajar makan. Apa yang penting ibu jangan stress apabila anak reject makan.

Bayi masih dalam proses belajar lagi. Berikan masa pada bayi untuk terima perkara baru dalam hidup mereka.

Untuk info ibu, bayi boleh merasakan vibes dari ibu. Jadi elakkan beri tekanan pada bayi semasa proses makan. Jadikan proses makan sesuatu yang FUN untuk bayi !

Baca mengenai tips hilangkan kahak anak DI SINI.

Share

Cara Buang Kahak Kanak-Kanak Dari Rumah

Cara buang kahak kanak-kanak, ini adalah perkongsian buat ibu ayah. Kanak-kanak tak seperti orang dewasa, belum pandai buang kahak sendiri.

Lendiran kahak terhasil secara semula jadi oleh tubuh manusia. Fungsi lendir kahak ini adalah untuk melindungi dan melembapkan, serta memerangkap perengsa yang mengganggu sistem tubuh kita.

Biasanya kahak akan terhasil apabila tubuh manusia mengalami gejala berikut :

  • Selsema
  • Alahan
  • Mempunyai keradangan sinus
  • Terdedah kepada asap atau pencemaran

Warna kahak boleh berubah bergantung kepada elemen yang mempengaruhi seperti jangkitan kuman, masalah kesihatan dan sebagainya. Baca lebih lanjut mengenai warna kahak di Hello Doktor.

CARA BUANG KAHAK KANAK-KANAK

Berikut adalah cara buang kahak kanak-kanak dari rumah yang mengalami batuk, selsema atau hidung tersumbat, moga membantu ibu ayah.

1. Sapuan minyak atau balm

Sapuan minyak atau balm ini membantu untuk memecahkan lendiran kahak dalam tekak atau badan anak. Lendiran kahak yang pecah ini akan lebih mudah keluar.

Antara ibu ayah boleh gunakan ialah minyak cengkih. Minyak cengkih ini membantu memecahkan kahak. Sapukan minyak cengkih ini di dada, tapak kaki, belakang badan dan leher anak.

Ibu ayah juga boleh sapukan minyak ini di hidung anak yang tersumbat. Ia memberi keselesaan pada anak untuk bernafas.

Boleh dapatkan minyak ini di SHOPEEKlik SINI

2. Tepukan precussion

Teknik tepukan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam badan. Kanak-kanak masih tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa.

Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk menyenangkan ia nya keluar.

Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak anak muntah susu.

Ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Bentukan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan berentak pada depan, belakang dan sisi anak.
  2. Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk. Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
  3. Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
  4. Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
  5. Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.

3. Nasal Spray

Nasal spray atau semburan hidung ini boleh didapati di farmasi dan klinik. Ia nya dapat membantu anak mengeluarkan hingus atau lendiran di hidung.

Kandungan nasal spray ini ialah cecair yang membantu melegakan hidung tersumbat yang diakibatkan oleh alergi ataupun demam. Ada pelbagai jenis semburan hidung yang ada di pasaran.

Cara gunakan semburan hidung ini ialah :

  1. Masukkan spray ini ke lubang hidung yang tersumbat.
  2. Sebelum spray cecair tersebut, tutup lubang hidung yang tak dimasukkan cecair ini.
  3. Tarik nafas dalam-dalam sambil picit botol. Kemudian, jauhkan botol daripada hidung dan cuba bernafas sekali atau dua kali.
  4. Boleh ulang langkah sama 1-3 untuk lubang hidung yang sebelah lagi.

Apa-apa pun sebelum menggunakan spray ini pastikan ibu ayah dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

nasal-spray-cara-hilangkan-kahak-kanak-kanak

4. Minum air secukupnya

Ibu ayah pastikan anak-anak minum air kosong yang secukupnya dan bagusnya air ini diambil suam. Ini penting untuk mengalirkan kahak (mukus) yang ada dalam badan anak.

Air mampu mengusir kahak, ia boleh melembapkan kesesakan anak. Ia juga penting untuk pastikan anak sentiasa terhidrasi.

5. Mandi wap

Mandi wap ini membantu buang kahak anak dengan mudah. Ibu ayah boleh stim kan bilik mandi secara selamat sebelum mandikan anak. Caranya, ibu ayah buka air panas atau shower, tutup pintu dan duduk bersama anak dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit.

Atau ibu ayah boleh juga mandikan anak dengan air suam. Ia juga berfungsi seperti mandi wap.

6. Pelekat batuk

Pelekat batuk pula ibu ayah boleh tampal kan di dada dan belakang badan anak. Ianya sesuai digunakan untuk bayi 3 bulan dan keatas.

Terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung di dalam pelekat ini seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.

Boleh dapatkan pelekat ini di SHOPEEKlik SINI

Ibu ayah boleh baca lebih lanjut mengenai pelekat batuk ini di No More Cough Relief Patch Pelekat Batuk Herba.

RUMUSAN

Kahak secara semula jadi sebenarnya baik untuk melindungi badan manusia dari diceroboh oleh virus atau bakteria.

Biasanya, apabila sihat, kahak tidak mendatangkan mudarat pada badan. Tetapi pada waktu tidak sihat kahak boleh jadi menebal dan ia menyebabkan ketidak selesaan pada anak-anak.

Rawatlah masalah kahak ini dengan segera. Moga ia memberi keselesaan pada anak-anak kita.

Share

Combo Anti Resdung Ikhlas Herbs Cara Terbaik Hilangkan Resdung

Sengsara akibat resdung ? Rasa tidak selesa sehingga kan hidung berair dan muka naik berjerawat. Ini perkongsian cara hilangkan resdung dengan menggunakan Kombo Anti Resdung dari Ikhlas Herbs.

Apa itu Resdung?

Menurut Portal Myhealth resdung ialah keradangan pada selaput yang menutupi sinus iaitu rongga berudara pada bahagian pipi dan dahi. Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung dan sinus.

Resdung berlaku kerana jangkitan yang disebarkan ke dalam sinus apabila selaput sinus bocor. Jangkitan boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat. Selain itu, alahan, iritasi kimia dan ketumbuhan dalam hidung juga boleh sebabkan masalah resdung.

Cara rawat resdung mungkin berbeza mengikut keseriusan simptom yang dialami seseorang individu.

Tanda-tanda resdung

Selalunya antara tanda resdung ia mirip dengan demam selesema iaitu kerap bersin dan hidung gatal serta berair.

Melalui laman portal Hello Doktor, jika mengalami penyakit resdung, gejala akan muncul beberapa jam setelah terdedah kepada sebarang jenis alergen. Masalah ini boleh mengakibatkan gejala seperti:

  1. Rasa gatal pada mulut, mata, tekak atau kulit
  2. Tidak dapat menghidu dengan baik
  3. Hidung berair
  4. Mata berair
  5. Kerap bersin

Antara tanda resdung yang teruk pula ialah

  1. Hidung tersumbat
  2. Telinga tersumbat
  3. Tidak dapat menghidu dengan baik
  4. Kerap batuk
  5. Sakit tekak
  6. Lingkaran hitam pada bahagian bawah mata
  7. Mata menjadi sembap
  8. Pening kepala
  9. Sering letih 
  10. Cepat marah

Cara hilangkan resdung

Individu yang mengalami tanda resdung yang teruk perlulah terus mendapatkan rawatan daripada doktor. Biasanya doktor akan berikan suntikan atau ubat sesuai dengan masalah resdung.

Jika resdung tidak terlalu teruk bolehlah iktihar legakan resdung dengan rawatan tanpa ubat.

Combo Anti-Resdung Ikhlas Herbs

combo anti resdung-cara hilangkan resdung

Cara hilangkan resdung, anda boleh gunakan set combo ini.

Combo Anti Resdung merupakan gabungan bahan semula jadi yang dijadikan sebagai penyelesaian untuk masalah resdung sejak turun-temurun lagi tanpa perlu makan ubat.

Kelebihan Combo Anti Resdung ini ialah

  • Mengurangkan masalah resdung
  • Memberikan kelegaan pada hidung
  • Membersihkan wajah dari kotoran
  • Menghilangkan parut jerawat

Dalam set kombo ini terdapat dua item iaitu Ikhlas Oil dan Sabun Citrus Oyen.

Ikhlas Oil – cara hilangkan resdung

Bahan-bahan yang terkandung dalam minyak ini ialah peppermint, cinnamon, winterfield, floral oil dan menthol.

Kebaikan Ikhlas oil ini dalam merawat masalah resdung seperti

  • Melegakan pening kepala akibat resdung
  • Menghilangkan kegatalan di hidung
  • Menghentikan bersin yang berterusan
  • Melegakan hidung tersumbat

Cara penggunaan minyak ini juga mudah sahaja. Ikuti langkah dibawah :

  1. Cuci tangan dan muka sehingga bersih dan lap kering
  2. Roll kan ikhlas oil di tempat bermasalah seperti hidung, zon T, atas kening dan kiri kanan kepala.
  3. Biarkan ikhlas oil meresap seketika
  4. Urut perlahan arah jam
  5. Guna 2 kali sehari siang dan malam

Sabun Citrus Oyen – cara hilangkan resdung

Sabun citrus oyen ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi seperti madu, ekstrak oren, kayu manis, olive oil dan shea butter.

Kebaikan sabun ini ialah

  • Mengecilkan pori
  • Agen anti penuaan
  • Melembapkan kulit wajah
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mampu menghilangkan parut jerawat
  • Mengawal minyak di muka
  • Mengatasi masalah kulit kering

Cara penggunaan sabun ini mudah sahaja :

  1. Potong dahulu sabun kepada 9 bahagian (1 bahagian tahan 1 minggu)
  2. Basahkan muka terlebih dahulu
  3. Ambil sabun yang dah dipotong. Gosokkan pada tapak tangan 3,4 kali. Kemudian sapukan pada wajah
  4. Bilas muka sehingga bersih dan lap sehingga kering

Set combo Anti-Resdung ini adalah solusi buat mereka yang mahu legakan resdung tanpa ubat. Set ini juga ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Testimoni pengguna set Combo Anti Resdung

Lepas pakai Combo Anti Resdung lendir hingus senang keluar. Hidung adik dah tak tersumbat dan selesa sangat

Kesimpulan

Individu dengan ciri-ciri resdung yang tak teruk boleh mencuba set ini. Jangan abaikan masalah resdung.

Pelbagai komplikasi berpunca dari masalah resdung seperti asma berulang, terjadinya resdung kronik atau jangka panjang, jangkitan akan merebak ke dinding otak yang akan menyebabkan meningitis, merosakkan organ penglihatan, serta menyebabkan berlaku jangkitan telinga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Bagi anda yang ingin mendapatkan set Combo Anti Resdung boleh terus dapatkan di kedai shopee kami. Klik dibawah.

Baca cara menaikkan berat bada bayi. Klik SINI

Share

Anak Batuk ? Ini Petua Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan

Anak batuk ? Batuk jadi kencang lagi-lagi sebelah malam. Sampai susah nak tidur. Kesian sangat anak. Ini petua hilangkan batuk budak. Mudah sangat untuk diamalkan dari rumah sahaja.

Apa itu batuk ?

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Petua hilangkan batuk budak

Cuaca tak menentu, lagi dengan musim jerebu. Anak mudah sangat terdedah dengan pencemaran, mudah pula dijangkiti batuk.

Paling kesian sebelah malam pasti batuk jadi lagi kencang. Sehingga kan tidur anak jadi terganggu. Tambahan, jika anak dah mula bersekolah pasti tertinggal pelajaran di sekolah.

Ini petua boleh anda amalkan hanya dari rumah sahaja.

1. Madu

Kajian menunjukkan bahawa madu boleh mengurangkan batuk dan meningkatkan kualiti tidur, terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami batuk. 

Madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan.

Ada beberapa cara boleh dibuat menggunakan madu. Paling mudah suapkan satu sudu madu ke mulut anak. Amalkan pengambilan madu ini sehingga sembuh.

Selain itu boleh diamalkan dengan campuran air suam dan lemon.

Diingatkan madu TIDAK SESUAI untuk anak setahun kebawah. Ini kerana boleh berisiko mendapat botulisme.

2. Air garam

Menggunakan air garam dengan cara berkumur-kumur.

Berkumur dengan air garam suam boleh membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan untuk sakit tekak yang dialami oleh anak.

Campurkan 1/2 sudu teh garam dalam segelas air suam dan kumur selama 15-30 saat sebelum meludahkannya.

3. Ubat titis hidung

Di pasaran terdapat pelbagai jenama ubat titis hidung ini. Ubat titis hidung ini sangat membantu ketika hidung anak tersumbat.

Terutama sebelah malam, suhu agak sejuk. ia menyebabkan hidung tersumbat. Ini menyukarkan anak untuk bernafas dengan selesa. Jadi titiskan ubat ini untuk beri kelonggaran pada rongga hidung.

4. Air rebusan buah pear (Chinese White Pear)

Tahukah anda buah pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak dan batuk dari segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak-kanak secara semulajadi tanpa ubat.

Selain itu buah ini juga mampu menurunkan suhu demam kerana sifatnya yang sejuk. Cara pengambilannya buat anak hanya makan terus buah ini atau boleh buat potongan kecil. Memudahkan anak makan.

5. Pengambilan air yang cukup

Air suam atau ari sejuk boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk.

Pengambilan air mencukupi juga membantu memastikan anak kekal terhidrat. Berikan mereka air sejuk, jus sejuk atau suam, mahupun teh herba suam tanpa kafein.

6. Sapu minyak cengkih

Minyak cengkih ini mampu melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan membantu tidur lebih lena.

Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.

Anda boleh gunakan minyak cengkih Wagas. Ia nya sangat membantu ketika anak batuk selsema. Selain itu, jika anak ada hidung tersumbat boleh juga sapukan minyak wagas ini. Baca lebih lanjut mengenai Minyak Wagas.

Dapatkan minyak wagas (minyak cengkih) di shopee. KLIK SHOPEE dibawah.

7. Pelekat batuk

Anda boleh iktihar lekatkan pelekat batuk No More Cough Relief Patch ini. Dalam pelekat ini terdapat pelbagai herba semula jadi.

Antara nya ialah  Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.

petua hilangkan batuk budak dengan pelekat batuk
Terdapat dua jenis pelekat. Hijau untuk kulit normal manakala warna merah jambu untuk kulit yang sensitif.

Cara penggunaannya pun mudah sahaja, lekatkan pelekat ini di belakang dan dada anak sahaja. Jangan risau ibu ayah, pelekat ini tidak panas. InshaAllah seawal 3 hingga ke 4 hari boleh tengok perubahan pada anak.

Boleh dapatkan pelekat ini di shopee. KLIK DIBAWAH.

8. Air Kelapa

Ini salah satu petua untuk hilangkan batuk budak. Anda boleh beri anak minum air kelapa yang asli tanpa campuran gula, ianya sangat membantu kahak keluar melalui hingus atau najis. Tetapi air kelapa ini tidak sesuai lagi untuk bayi 6 bulan kebawah.

9. Thermal steam therapy

Kaedah ini memerlukan, anak untuk duduk berdekatan dengan air humidifier beberapa minit atau letak muka diatas permukaan mangkuk air panas. Ini bertujuan untuk dapatkan wap dari air panas tersebut.

Anda juga boleh titis sedikit minyak cengkih kedalam air panas, supaya khasiatnya sampai melalui wap tersebut.

10. Cough Remedy

Cough Remedy ini menggunakan bahan alami yg dikongsi Dr Rizal Abu Bakar.

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  6. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya seperti ubat batuk, tujuan cough remedy ini untuk keluarkan kahak dengan mudah inshaAllah. Petua ini sudah biasa diamalkan orang barat. Bolehlah cuba di rumah.

Kesimpulan

Ini antara iktihar anda boleh amalkan dirumah. Ia nya mudah dan tak memerlukan bahan yang susah dicari. Moga ini membantu anda melegakan batuk anak-anak di rumah.

Cuma diingatkan, pantau tahap kesihatan anak. Lihat tanda-tanda yang membimbangkan. Bawalah ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan dari doktor.

Hal ini kerana batuk juga ada pelbagai jenis. Jika ia berlarutan terus berjumpa doktor.

Share

Cara Menaikkan Berat Badan Bayi

Saya kongsi kan sedikit cara menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu. Tips ini atas pembacaan saya sendiri. Kebetulan check up bayi 5 bulan yang lepas nurse tanya kenapa berat bayi saya naik sedikit sahaja.

Biasa lah ibu-ibu, bila jadi macam ini terus risau dan mula lah pencarian macam-macam petua dan tips.Sebelum itu, cara ini lebih fokus kepada ibu-ibu yang direct breastfeeding atau pun menyusukan bayi secara terus ke payudara.

Baca juga : Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Semasa 6 Bulan Pertama

Cara menaikkan berat badan bayi

Tips atau cara ini sesuai untuk bayi 6 bulan kebawah iaitu yang masih menyusu susu ibu secara 100% . Moga membantu ibu-ibu.

1. Berikan susu ikut permintaan bayi

Berikan susu pada bayi bila-bila sahaja bayi minta. Perhatikan isyarat bayi yang ingin menyusu. Antara isyarat yang boleh diperhatikan ialah bayi mula menangis atau memasukkan tangan ke dalam mulut. Kemudian, susu kan bayi tanpa had masa.

2. Susu kan bayi sehingga payudara ‘kosong”

Ibu perlu susu kan bayi disebelah payudara sahaja sehingga “kosong”. Hal ini kerana, pada penghujung sesi penyusuan barulah bayi akan mendapat “hindmilk”. Hindmilk ini mempunyai kandungan yang lemak yang tinggi membantu menambah berat badan bayi. Selepas itu, barulah susu kan bayi di payudara satu lagi.

Hindmilk

  • Dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara.
  • Warnanya adalah lebih pekat berbanding foremilk dan agak kekuningan.
  • Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi.
  • Ia berfungsi untuk memberikan tenaga, membantu tumbesaran serta lebih buat bayi kenyang

Foremilk

  • Dikenali susu awal yang berada di hadapan payudara
  • Terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air.
  • Kandungan laktosa yang tinggi di dalam foremilk ini adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga bagi menghilangkan dahaga bayi.

Kredit kepada : Hello Doktor

3. Urut payudara

Semasa bayi menyusu secara direct dari ibu, ibu boleh urut lembut atau tuam payudara ibu. Ia membantu meransang lebih banyak kandungan lemak di dalam foremilk (susu awal).

4. Sesi penyusuan yang lama

Berikan bayi menyusu dan melepaskan sendiri puting. Sesi penyusuan yang lama membantu bayi mendapatkan hindmilk. Kemudian barulah alihkan bayi pada payudara sebelah lagi.

5. Kerapkan penyusuan

Susukan bayi dengan lebih kerap terutamanya di sebelah malam. Kejutkan bayi yang tidur untuk menyusu. Ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin banyak terhasil dan kandungan lemak dalam susu juga meningkat.

6. Banyak berehat dan jangan stress

Tips keenam ini khas untuk ibu. Untuk ibu yang menyusukan bayi, haruslah mendapat rehat yang cukup. Ia membantu penghasilan susu yang cukup untuk bayi. Juga pastikan ibu tidak stress. Hormon stress yang tinggi mengganggu penghasilan susu badan.

7. Makan makanan berkhsiat

Ibu wajib makan makanan berkhasiat dan seimbang. Ini penting untuk tenaga seharian dan memastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti. Ibu boleh juga amalkan makanan tambahan seperti milk booster yang ada di pasaran. Boleh dapatkan di SHOPPE, KLIK SINI

Kesimpulan cara naikkan berat bayi

Apa yang boleh saya simpul kan, penting untuk bayi dapatkan susu berkualiti yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi membantu penambahan berat badan bayi.

Cara ini sesuai buat bayi 6 bulan kebawah yang masih menyusu susu ibu secara eksklusif. Bagi bayi dah pun mula makan, ibu perlu pastikan bayi mendapat zat yang seimbang dan cukup buat bayi.

Share

Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Selamat

Perkongsian ini adalah cara hilangkan kahak bayi dengan selamat. Cara ini sangat sesuai buat bayi setahun kebawah. Caranya selamat dan mudah tetapi wajib ibu ayah perhatikan keadaan kesihatan bayi dari semasa ke semasa.

Bila sebut sahaja bayi ada kahak, semestinya ia mendatangkan kerisauan buat ibu ayah. Jika tidak dibendung dari awal masalah kahak ini, ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih serius lagi buat si manja. Lebih-lebih lagi si manja yang masih berumur setahun dan kebawah.

Ini saya kongsikan beberapa tips atau petua yang boleh ibu ayah lakukan.

7 Cara hilangkan kahak bayi dengan selamat

Berikut adalah cara buang kahak bayi yang mengalami batuk, selsema atau hidung tersumbat, moga membantu ibu ayah.

1. Kerapkan susu

Bayi bawah setahun akan mendapat khasiat dari susu ibu, walau dalam keadaan bayi tak sihat, bayi masih mendapat susu yang cukup. Jadi pantau jadual penyusuan bayi supaya bayi masih mendapat susu yang cukup.

Ibu juga perlu makan makanan berkhasiat terutamanya yang kaya vitamin C, ini membantu meningkatkan kualiti susu ibu.

2. Mandi wap

Mandi wap ini membantu buang kahak bayi dengan mudah. Ibu ayah boleh stim kan bilik mandi secara selamat sebelum mandikan bayi. Caranya, ibu ayah buka air panas atau shower, tutup pintu dan duduk bersama bayi dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit.

3. Tepuk Percussion

Teknik tepukan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam badan. Bayi masih tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa.

Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk menyenangkan kahak keluar.

teknik tepukan bantu legakan batuk kahak

Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak anak muntah susu. Ikuti langkah dibawah;

  • Bentukan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan berentak pada depan, belakang dan sisi anak.
  • Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk. Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
  • Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
  • Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
  • Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.

4. Sedut hingus

Jika bayi ada hingus, perlu untuk ibu ayah sedut hingus bayi. Ini akan memberi keselesaan pada bayi. Terutamanya semasa bayi menyusu. Hingus yang terlalu banyak akan menyukarkan bayi untuk menyusu dan tidur.

Ibu ayah gunakan alat yang sesuai untuk sedut hingus bayi. Elakkan mengguna mulut terus ke hidung bayi. Hal ini kerana mulut orang dewasa terdedah dengan bakteria. Jadi risau ia memberi jangkitan lain pula pada bayi.

Boleh dapatkan alat ini di SHOPEE. KLIK SINI

alat-sedut-hingus-bayi

5. Sapu minyak cengkih

Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Antaranya batuk, selsema, kahak dan sakit tekak.

Sapukan minyak cengkih ini di dada, tapak kaki, belakang badan dan leher bayi. Jika hidung bayi tersumbat, boleh sapukan sedikit di batang hidung supaya dapat memberi keselesaan pada bayi.

minyk-cengkih-hilangkan-kahak-bayi

Minyak cengkih No More Cough ini tidak panas, tidak melekit dan sesuai digunakan dari newborn hingga dewasa. Ia mengandungi peppermint essential oil, clove bud oil, coconut oil dan vitamin E.

Boleh dapatkan minyak ini di SHOPEE. Klik logo shopee dibawah.

6. Pelekat batuk

Pelekat batuk pula ibu ayah boleh tampal kan di dada dan belakang badan bayi. Ianya sesuai digunakan untuk bayi 3 bulan dan keatas.

cara-hilangkan-batuk-bayi

Terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung di dalam pelekat ini seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.

Boleh dapatkan minyak ini di SHOPEE. Klik SINI

Ibu ayah boleh baca lebih lanjut mengenai pelekat batuk ini di No More Cough Relief Patch Pelekat Batuk Herba

7. Gas Nebulizer

Gas nebulizer ini berfungsi mencairkan kahak dan biasanya diberikan pada kanak-kanak yang mengalami wheezing paling teruk hingga mengeluarkan bunyi dari paru-paru ketika bernafas.

Kesimpulan

Setiap bayi berbeza-beza. Maka, mungkin cara buang kahak bayi yang lebih berkesan buat sesetengah bayi juga berbeza. Paling penting ibu ayah adalah alert dan cepat bertindak dalam apa jua situasi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah. Jika ada sebarang cadangan atau petua lain ibu ayah boleh juga berkongsi dengan kami.

Share

Petua Hilangkan Demam Dan Batuk

Petua hilangkan demam dan batuk ini saya kongsi berdasarkan pengalaman saya sekeluarga semasa disahkan positif Covid-19 tahun lalu. Ia satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Saya kongsi kan disini moga membantu anda diluar sana yang mengalami demam batuk biasa atau terkena jangkitan covid-19 atau seangkatan dengannya.

Pandemik Covid-19

Pandemik COVID-19 di Malaysia merupakan sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang melanda seluruh dunia berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2)

Ia merupakan satu fenomena yang menggerunkan seluruh dunia. Sehinggakan, banyak negara lumpuh dari segi ekonomi akibat dari merebaknya wabak ini.

Mungkin ada tertanya, apakah simptom-simptom Covid 19 ini pada orang dewasa dan kanak-kanak ? Boleh rujuk poster dibawah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.

Tanda-tanda orang dewasa dijangkiti covid-19
Tanda-tanda kanak-kanak dijangkiti covid-19

Moga ini boleh menjadi panduan semua. Simptom inilah yang berlaku pada saya sekeluarga, dari simptom ini kami buat ujian saringan. Dari ujian saringan tersebut kami didapati positif Covid-19.

Perasaan ketika itu tak dapat saya gambarkan. Paling merisaukan saya ialah kesihatan anak-anak. Jadi dari pengalaman inilah kemudian nya saya mula amalkan petua hilangkan demam dan batuk.

Iktihar untuk sihatkan diri dan keluarga disamping mengambil ubat-ubatan yang doktor sarankan pada kami sekeluarga.

Petua hilangkan demam dan batuk

Pengalaman saya sekeluarga alami batuk berpanjangan selepas disahkan positif covid-19 tahun lalu. Ini antara apa yang kami lakukan dan amalkan.

Selepas saya sekeluarga pernah disahkan positif covid dulu, anak-anak mudah sangat dijangkiti demam, selsema dan batuk berkahak.

Paling susah hati bila batuk yang dialami sukar sembuh dan berpanjangan berbulan-bulan. Ada ketika batuk sembuh, tapi selang beberapa hari mula batuksemula. Kadang buntu kami sekeluarga, sebab ubat hospital pun dah ambil, keadaan masih sama.

Malah makin menjadi-jadi. Mungkin disebabkan antibodi kami tak kuat.

petua-hilangkan-demam-dan-batuk

Betul lah orang kata, Untuk kesembuhan kita boleh amalkan tips secara moden dan juga tradisional. Asalkan tips yang di amalkan tidak memudaratkan.

Pengambilan Vitamin C

Ini salah satu petua hilangkan demam dan batuk yang saya amalkan. Alhamdullilah ia membantu boost kesihatan dan antibodi saya.

Saya amalkan pengambilan Vitamin C setiap hari iaitu makan buah-buahan yang tinggi vitamin C seperti buah oren dan nenas. Juga amalkan pengambilan vitamin C Shaklee.

Antara kelebihan Vitamin C ini ialah memperkuatkan sistem pertahanan tubuh badan dari dijangkiti dan melawan penyakit.

Petua-hilangkan-demam-dan batuk

Berkumur dengan air suam dan garam

Petua ini saya amalkan setiap pagi sepanjang kena covid dulu. Saya berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam.

Berkumur air garam dapat membantu mengatasi infeksi dengan mencegah infeksi menjadi bertambah parah. Infeksi yang dimaksud termasuk infeksi virus atau bakteri.

Makanan Sunnah

Selain itu, saya banyak juga amalkan pengambilan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan kurma Juga saya elakkan makan makanan segera.

Boleh dapatkan makanan sunnah ini di shopee. KLIK SINI

Petua-hilangkan-demam-dan-batuk

Pelekat batuk No More Cough

Pelekat batuk ini memang saya sediakan dirumah. Membantu sangat buat saya dan anak-anak yang kadang kala susah untuk makan ubat.

Pelekat batuk No More Cough ini diperbuat dari 100% herba. Sesuai digunakan bermula bayi umur 3 bulan sehinggalah dewasa. Cara penggunaan nya pun mudah sahaja. Hanya tampalkan depan dan belakang badan. Biasanya saya tampalkan sebelum tidur.

Pelekat batuk ini juga terdapat dalam 2 pilihan iaitu untuk kulit sensitif dan juga kulit normal. Jadi boleh pilih mana yang sesuai dengan kulit.

Pelekat ini agak susah juga nak cari, sebelum ini hanya dapat dari klinik. Jadi anda bolehlah dapatkan di SHOPEE, KLIK SINI

Sapu Minyak Cengkih

Untuk petua seterusnya, saya sapukan minyak cengkih wagas oil. Minyak ini membantu meredakan batuk, sakit tekak dan juga kahak.

Minyak cengkih ini saya sapukan sekerapnya. Terutama belah siang. Minyak ini tidak panas, ia sesuai digunakan dari newborn hingga dewasa. Bila hidung tersumbat pun saya sapukan minyak ini.

Saya gunakan minyak cengkih dari Ikhlas Herbs iaitu Wagas Oil. Jika anda mencari wagas oil ni berhati-hati. Dipasaran banyak yang jual fake.

Jika nak yang original boleh dapatkan di sini SHOPEE. KLIK SINI

Cough Remedy

Cough Remedy ini menggunakan bahan alami yg dikongsi Dr Rizal Abu Bakar. Dsini saya kongsikn cara membuatnya, moga bermanfaat untuk semua.

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  6. Ambil satu sudu dan minum.
cough-remedy-petua-hilangkan-batuk

Rasanya seperti ubat batuk, tujuan cough remedy ini untuk keluarkan kahak dengan mudah inshaAllah. Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai amalkan sudah lama. ‘Homemade remedy’ untuk batuk. Bolehlah cuba di rumah.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, apa yang dikongsikan ini adalah antara ikhtiar untuk mengurangkan demam, batuk, kahak dan selsema.

Apa yang penting adalah rawatan atau pemeriksaan doktor wajib dibuat terlebih dahulu. Ini penting untuk mengetahui tahap kesihatan kita dapat dikenal pasti. Terutamanya anak-anak yang masih kecil.

Jika ada yang nak bertanya lebih lanjut pengalaman saya ini boleh juga whatsapp saya. Klik logo whatsapp dibawah.

Perkongsian ini dari penulis Puan Buyana Yahya.

Share

1
Your Cart