All Posts By admin

Tips Mengajar Anak Mengaji Sejak Dari Bayi Lagi

Masa mula-mula dapat baby memang niat nak mengajar anak mengaji sendiri. Biarlah anak mengenal huruf Al Quran dari ibu ayahnya dahulu. Moga menjadi pahala buat kami nanti.

 

Jadi Aida nak share beberapa tips yang aida buat sepanjang proses mengajar anak mengaji.

1) Buat flash card dari kertas A4 dan tulis huruf jawi menggunakan pen marker hitam kemudian tampal di dinding bilik anak selalu berada. Sambil mendukung anak, sebut bunyi huruf tersebut dan tunjukkan. Masa ni Nu’man dalam 6 bulan keatas umurnya.

2) Menggunakan set Al Furqan, set ini memperkenalkan sebutan bunyi setiap huruf dan baris dahulu. Setiap pagi Aida akan buka VCD lagu Al-Furqan. Secara tak lansung anak akan terikut dengan lagu ini. Bunyi pertama Nu’man sebut ialah “Ba, Da & Na”. Aktiviti ini semasa Nu’man berumur 6 bulan dan sehingga 2 tahun lebih.

Set ini akan memperkenalkan bunyi huruf yang mudah disebut oleh anak kecil dahulu kemudian barulah bunyi sebutan yang lain. Contoh, “Ba, Da & Na ”

3) Ajak anak main plastesin atau tanah liat untuk bentukkan setiap huruf dan baris. Kemudian meneka bunyi jika baris diubah-ubah. Aktivi ni sesuai masa anak dah setahun lebih dan keatas. Beraktiviti dengan tanah liat bagusnya juga untuk perkembangan sensory anak.

 

4) Mewarna bersama anak setiap huruf jawi sambil sebutkan bunyi.

 

5) Kukuhkan bacaan anak dengan guna pelbagai buku. Umur Nu’man 3 tahun lebih dah habis baca buku 2 Al Furqan, aida lompat ajar anak buku Iqra pula. Target untuk anak betul-betul mengenal huruf dan bunyi. Jadi belajar dari Iqra satu.

Sehingga sekarang masih belajar buku Iqra, bila aida betul-betul yakin tengok proses anak mengaji baru sambung semula buku Al Furqan 3.

 

Aida tak paksa anak untuk mengaji, tapi selalunya akan pujuk dan bagi pujian kalau dia nak mengaji. Kanak-kanak ada pasang surut mood nya. Kadang nak mengaji tak perlu diajak dan kadang terpaksa juga keluarkan segala umpan untuk ajak anak mengaji.

Sehingga sekarang, Nu’man masih dalam proses mengenal sebutan dan huruf. Mungkin tips Aida share ini membantu kalian untuk mula mengajar anak mengaji.
.
.
.
Syuhaidah Norazrin
Dalam proses belajar

Share

Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Bayi

Bila anak yang masih kecil terkena selsema selalunya, mak tak akan dapat tidur lena sebab risaukan bayi. Biasanya bayi yang tidak sihat juga akan mudah meragam dek kerana hidung yang tersumbat asbab dari selsema tersebut.

Oleh sebab ini jugalah ibu-ibu akan berusaha pelbagai cara, tips atau petua untuk menghilangkan selsema pada bayi sekaligus untus mengatasi masalah hidung tersumbat. Bermacam-macam petua seperti letak bawang atau sapu ibu kunyit di hidung untuk melegakan selsema si kecil.

Sebenarnya ada teknik urutan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu untuk mengatasi masalah hidung bayi tersumbat kerana selsema.

Ibu-ibu yang ada anak kecil wajib tahu cara urutan ini. Paling best ia hanya memerlukan masa satu minit sahaja untuk dilakukan. Apa yang diperlukan hanyalah minyak bayi atau pun ibu-ibu boleh menggunakan CF-RUB Balm dari Tasneem Naturel untuk membantu melancarkan urutan dan mencairkan mukus selsema bayi.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT :

Langkah 1 : Baringkan bayi dan ratakan minyak/balm pada tangan ibu. Letakkan tangan pada dada bayi lalu gosok dengan gerakkan bentuk hati.

Langkah 2 : Selepas itu gosok bahagian dada bayi dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.

Langkah 3 : Akhir sekali letakkan kedua jari telunjuk ibu pada bahagian atas hidung bayi, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, nelakang telinga dan leher. Ulang gerakan ini sebanyak 3 kali.

Mudah sahaja kan? Jadi mulai hari ini, bolehlah ibu-ibu hafal cara urutan ini untuk dipraktikkan bila anak terkena selsema.

Untuk lebih jelas ibu-ibu boleh lihat gambar.

Share

Ada Ijazah Tapi Jadi Suri Rumah ?

Usahawan Tasneem, balm bayi. Bermula sebagai pengguna balm kemudian menjadi usahawan.

“Ada ijazah tapi jadi suri rumah, rugi!”

Siapa pernah kena dibawangkan macam ni? Hehe. Okay tarik nafas dan bawa bertenang. Saya dulu pun pernah juga orang sekeliling selalu cakap macam ni, even sekarang pun masih ada lagi yang bercakap.

Namun, nak buat macam mana? Haha mulut tempayan kitab oleh tutup, mulut orang? Jadi yang kita boleh buat adalah tutup telinga dan move one sahaja.

Bila saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa, saya juga bersedia untuk maklum saya tetap kena cari income dari rumah. Niat nak bantu suami dan keluarga, juga untuk ada duit poket sendiri. Selain tu untuk isi masa lapang yang terluang, jadi tak adalah sunyi atau bosan sangat bila kat rumah kan.

Jadi saya pun bermula dengan menjadi dropship. Cari punya cari, saya terjatuh cinta dengan business Tasneem Naturel.

Sebenarnya dah banyak saya cuba buat business online, macam-macam produk dan jenama saya cuba namun tak memberi pulangan yang memuaskan. Mungkin masa tu belum ada ilmu business sangat dan juga dari sikap diri sendiri yang tak serius masa tu.

Dengan Tasneem Naturel, memang Founder korek dan korek Big Why kenapa kita nak berniaga. So dari situ, nampaklah matlamat kenapa aku kena berniaga dan secara tak lansung melalui Tasneem Naturel juga saya belajar pelbagai ilmu business.

Bukan sekadar belajar buat copywriting untuk pasarkan produk di Facebook dan Instagram je tapi sehingga bagaimana untuk membeli hartanah menggunakan income business.

Nampak serius kan? Haha Memang kak Idah (founder Tasneem Naturel) ajar sungguh-sungguh ejen bawah untuk berjaya sampai boleh beli rumah guna duit business. Semuanya terpulang pula pada diri sendiri.

Nak atau tak nak je.

Alhamdullilah setelah hampir 2 tahun sertai keluarga Tasneem Naturel ini, dengan status surirumah sepenuh masa saya juga mampu mempunyai income 4 angka seperti orang yang bekerja. Daripada menjadi dropship sahaja, kini saya dah bergelar Executive Leader.

Kalau dahulu ada yang mengata, “tak bekerja rugi duit mak ayah je”. InshaAllah dari apa yang ada sekarang dapat buktikan pada mereka bahawa dengan duduk dirumah sahaja kita mampu menjana pendapatan yang berlipat ganda.

Bukan nak mendabik dada, tapi sekadar menukar persepsi masyarakat bahawa isteri tak bekerja juga mampu menjana pendapatan dari rumah. Tiada istilah “rugi belajar tinggi-tinggi tapi duduk dirumah”.

Teringat kalau dulu pencetus nak guna balm Tasneem Naturel ni adalah sebab nak wean off anak, tak sangka dari titik permulaan itu mengubah hidup saya hari ini dan orang sekeliling. Alhamdullilah, tiada yang mustahil.

Allah kan Maha Kaya.
.

.
Syuhaidah Norazrin
Ada yang nak sertai team MomQhalif?

Share

Pengedar Balm Tasneem Naturel Sg Besi Dan Sekitarnya

Assalamualaikum wbt

Nama saya Syuhaidah Binti Norazrin, berumur 30 tahun. Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki. Tujuan website ini diwujudkan adalah untuk berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibu bapa diluar sana.

Saya juga adalah pemilik page FB MomQhalif dan instagram tasneemnaturel_sg_besi

Saya amat meminati aktiviti homeschooling dan disebabkan inilah, saya menceburi perniagaan online menjual educational toys dan buku untuk anak-anak pada permulaan awal saya menceburi business ini.

Disamping itu, saya juga pengedar sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Sg Besi dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak saya kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebarang pertanyaan atau pembelian educational toys dan balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 017 345 3305 (Aida).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Share

0
Your Cart