All Posts By admin

Didik Anak Cergas Dan Cerdas – Tips Ke Tujuh Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Setiap ibubapa mengimpikan anak-anak membesar dengan baik mengikut acuan terbaik, supaya kelak dewasa mereka jadi insan terbaik dunia akhirat.

Disini Aida kongsikan 7 tips didik anak jadi cergas dan cerdas. Sama-sama kita amalkan dari sekarang.

1. Curahkan kasih sayang sepenuhnya

Walau sibuk macam mana pun ibu ayah wajib tunjukkan dan ucapkan kata-kata sayang pada anak. Setiap hari.

Biasanya diawal pagi bila nak kejutkan Nu’man bangun aida akan peluk dan cium Nu’man. Bagi aida cara ni wajib, bagi booster semangat anak diawal pagi.

2. Jangan gunakan bahasa negatif pada anak

Ibu ayah bila marahkan anak elakkan menggunakan bahasa negatif seperti

Pemalas
Bodoh
Penakut
Lembap

Dan sebagainya. Ayat-ayat seperti ini akan buatkan anak hilang keyakinan diri. Risau, ayat-ayat dari ibu ayah menjadi doa pada anak. Nauzubillah.

3. Galakkan Membaca

Nak galakkan anak membaca, ibu ayah kena mula dulu. Anak belajar dari apa yang dilihatnya. Mungkin boleh buat satu sesi membaca setiap hari bersama keluarga.

Dengan membaca, anak dapat input-input baru bagus untuk perkembangannya.

4. Jaga pemakanan Anak

Nak ada cergas dan cerdas, dalaman anak perlu dijaga. Berikan makanan seimbang pada anak. Ada anak takut makan sayur.

Mungkin boleh iktihar berikan vitamin atau buatkan jus buah-buahan untuk tarik minat anak makan atau minum.

5. Bagi peluang anak berdikari

Ibu ayah boleh berikan tugasan kecil seperti angkat kain, basuh pinggan atau kemaskan katil pada anak. Bukan membebankan anak.

Tapi untuk memupuk sifat tanggungjawab dan berdikari dalam diri anak. Masa ini anak-anak belajar banyak perkara.

6. Biarkan anak meneroka

Beri peluang anak bebas bermain. Melompat, berlari, memanjat dan sebagainya.

Proses meneroka akan menstimulasi memori dan beberapa fungsi kognitif yang lain dimana ia penting bagi IQ anak.

7. Selami Emosi anak

Bila anak sedih atau gembira, cuba tanyakan kenapa mereka begitu. Semua ini bagus untuk perkembangan emosi dirinya.

Malah anak akan membesar menjadi insan yang sensitif dengan perasaan orang sekeliling.

Mari kita amalkan ! Gunakan peluang duduk di rumah ni untuk eratkan lagi hubungan antara ibu ayah dan anak-anak.

Share

Nak Mula Mengajar Anak Membaca ? Mulakan Dengan 5 Tips ini

Bagaimanakah cara terbaik untuk anak boleh cepat membaca?

Apakah langkah-langkahnya?

Pastinya ramai ibubapa yang selalu terfikir perkara ini, kan? Banyak kelebihannya kalau anak dapat membaca di usia awal. Lagi cepat lagi bagus kerana boleh dapat banyak pengetahuan melalui buku dan internet. Tapi harus diingat, jangan pula kita paksa anak ya. Biarlah proses belajar membaca ini jadi suatu proses yang menggembirakan.

Ok, jomlah kita tengok macam mana nak memungkinkan anak cepat baca.

1. Biasakan dengan buku

Sebelum boleh membaca, anak-anak mesti sudah dibiasakan dengan buku dari usia bayi lagi. Jangan bila nak ajar baca tu lah, baru kita nak keluarkan buku. Memang tak jadi kalau begitu.

Apabila dah dibiasakan dengan buku sejak kecil, anak dengan sendirinya akan pandai menyelak helaian-helaian mukasurat di dalam buku. Pada peringkat awal, mereka akan hanya melihat gambar. Seterusnya masuk fasa boleh faham cerita melalui gambar. Dan kemudian barulah akan datang minat untuk membaca tu.

2. Ibubapa rajin membaca

Yang ni paling utama. Kalau kita lambakkan buku-buku depan anak, tapi kita sendiri tidak membaca buku di rumah, bagaimana anak mahu mencontohi perlakuan kita? Bagaimana anak nak suka pada buku? Pastikan kita juga meluangkan masa lebih banyak dengan buku di rumah, berbanding dengan memegang handphone.

3. Rajin bacakan buku pada anak

Yang ni tak susah nak dibuat, tapi rasanya ramai yang ‘malas’ nak buat betul-betul.

Anak-anak kecil ni sangat suka mendengar cerita. Banyak yang kita boleh sampaikan melalui penceritaan yang bersemangat dan dengan intonasi suara yang sesuai. Jadikan sesi baca buku ini sebagai rutin harian, tak kisahlah waktu bila pun. Di dalam kereta pun boleh. Biar anak terbiasa dengan buku dan sukakan buku, barulah boleh latih supaya cepat membaca.

4. Mulakan dengan buku tulisan sendiri

Hah? Anak kecil dah ada buku sendiri? Ya, benar. Kita boleh karang sebuah buku ringkas, berkisahkan perihal kehidupan seharian anak dan apa yang disukainya. Kita berbincang dengan anak apa yang ingin dimasukkan ke dalam buku itu.

Contoh:

Mukasurat pertama

Ilyas suka main.

Mukasurat dua

Ilyas suka main di padang.

Mukasurat tiga

Ilyas suka lari di padang

Mukasurat empat

Ilyas seronok main di padang.

Setiap mukasurat, hanya satu ayat sahaja. Tulis besar-besar, biar jelas anak nak baca. Ingat ya, penglihatan anak kecil tidak sama seperti orang dewasa yang boleh membaca tulisan yang halus dan kecil.

Sertakan gambar yang menarik pada setiap mukasurat, yang berkaitan dengan ayat dalam cerita tadi.

Siap projek tulis buku dengan anak. Baca buku ini dengan anak untuk beberapa sesi dan kemudian bolehlah dibuat buku mudah yang baru.

5. Gunakan buku Bacalah Anakku

Buku ini memang dah terkenal sebagai buku permulaan untuk mengajar anak cepat baca. Untuk sesi ini, tidaklah perlu terlalu lama. Bagi anak-anak yang sudah boleh bercakap, sekitar 3 tahun, kita boleh buat sesi pendek 5 minit setiap kali. Pagi dan petang. Cukup dah.

Kemudian ulang sahaja nanti esoknya. Boleh masuk mukasurat baru sekiranya anak dah nampak ok dengan yang lama, tak perlu perfect pun. Pengulangan yang berkali-kali nanti akan buat anak mahir. Bagi anak yang lebih besar, usia 5 tahun ke atas tu, boleh panjangkan sedikit tempoh masanya. 10-15 minit setiap sesi,setiap hari.

Anak cepat baca memang idaman kebanyakan ibubapa. Tapi harus diingat, setiap anak itu, keupayaannya tidak sama. Jangan kita terlalu memaksa anak untuk cepat membaca sehingga ianya jadi pengalaman yang tidak seronok bagi anak.

Raikan setiap kejayaan kecil anak dalam perjalanan membacanya. Reward sticker comel pun dah cukup bermakna bagi anak. Anak yang seronok dengan buku sejak dari awal lagi, akan lebih mudah untuk dilatih cepat membaca. Tugas kita sebagai ibubapa untuk menjadikan rumah kita ‘syurga’ buku bagi anak-anak dan kita sendiri perlu tunjukkan contoh rajin membaca kepada anak.

Barulah menjadi ‘plan’ kita ni, insyaAllah.

Share

“Ayah Saya Awesome” – 5 Tips Jadi Ayah Yang Terbaik Untuk Anak

Jadi ayah bukannya mudah. Satu tanggungjawab yang sangat berat. Semakin ramai anak, semakin banyaklah ‘fail-fail’ tanggungjawab yang akan dibuka dan disoal di akhirat nanti.

Seorang ayah, tidak cukup sekadar sediakan rumah tempat berteduh dan sediakan makanan sahaja untuk anak. Bukan setakat itu tanggungjawabnya. Anak adalah amanah dari Allah, yang boleh jadi aset yang membawa kita ke syurga, atau menjadi asbab kita terjerumus ke dalam neraka.

Bagaimana Ciri Ayah Yang Baik Itu?

Ayah yang baik adalah…

1. Ayah yang taat pada Allah

Bagaimana mahu memimpin keluarga kalau si ayah pun engkar dan sambil lewa dengan perintah Tuhan? Ayah yang baik amat menjaga hubungannya dengan Allah. Bersolat 5 waktu dan kaya dengan amalan-amalan sunat yang lain.

Solat adalah kunci kedamaian dan kelancaran hidup di atas dunia. Tanpa solat, segala yang lain menjadi sia-sia sahaja. Ayah yang menjaga solatnya telah menunaikan hak anaknya untuk mendapat ayah yang baik. Baik di sisi Tuhan, InsyaAllah baik juga di sisi manusia.

2. Ayah yang rajin

Ayah yang baik adalah ayah yang sentiasa rajin berusaha dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Ayah yang baik, sangat rajin dan sentiasa rajin membuat perkara-perkara kebaikan.

Rajin beribadat

Rajin membantu urusan rumahtangga

Rajin mengurus dan bermain dengan anak

Rajin membaca

Rajin menolong jiran dan masyarakat setempat

Rajin berkerja mencari rezeki yang halal dan berkat

3. Ayah yang ada matlamat

Bagaimana seorang kapten kapal, mahu membawa semua penumpang dengan selamat, kalau dia sendiri pun tidak tahu mana yang hendak ditujunya?

Ayah yang baik, jelas matlamat hidupnya, jelas tujuan dia di dunia dan jelas apa yang mahu dicapai pada destinasi akhirnya di akhirat sana. Ayah yang baik akan menjaga perintah Allah yang menyuruhnya memimpin keluarga dengan sebaik-baiknya supaya terhindar semuanya daripada azab api neraka dan seterusnya dapat masuk syurga bersama-sama.

Ayah yang baik bukan hidup semata-mata mencari kekayaan dunia sampai terlupa tanggungjawab dan matlamat sebenar memimpin diri sendiri dan keluarga ke jalan yang Allah redhai.

4. Ayah yang penyayang

Kita tidak boleh mengemis kasih sayang seorang anak di hari tua kita nanti sekiranya kita sendiri telah awal lagi ‘derhaka’ kepada mereka. Kasih sayang yang kita tumpahkan dengan ikhlas hati pada anak, semata-mata mengharap rahmat dan kasih sayang Allah, insyaAllah satu usaha yang Allah pandang dan takkan disia-siakan.

Ayah yang baik akan sentiasa berusaha untuk create bonding dengan anak

Ayah yang baik akan tidak kekok untuk memeluk anak

Ayah yang baik akan selalu melayan cerita-cerita yang ingin disampaikan oleh anak.

5. Ayah yang selalu berdoa untuk anak

Doa ialah cakap-cakap kita dengan Tuhan. Apa saja urusan kita, kita kembalikan pada Allah untuk menguruskannya. Begitu juga dengan hal anak kita. Anak kita milik Allah selamanya dan tiadalah daya kita menguruskannya dengan sendiri begitu sahaja tanpa pertolongan Allah.

Ayah yang baik selalu mohon supaya diberi anak yang soleh

Ayah yang baik selalu mohon supaya anaknya jadi hamba Allah yang bermanfaat untuk ummah

Ayah yang baik selalu mohon perlindungan dan penjagaan Allah untuk anaknya di mana-mana pun

Ayah yang baik selalu mohon anaknya dikurniakan ilmu yang bermanfaat

Ayah yang baik akan mohon anaknya dikurniakan kawan-kawan yang soleh

Begitulah.

Bukan senang nak jadi ayah. Dan bukan senang nak jadi ayah yang baik pula. Banyak usahanya, banyak kerjanya. Janganlah kita sebagai ayah, hanya tahu menuntut ‘kesolehan’ daripada anak tanpa kita sendiri lalai, alpa dan malas berusaha menjadi ayah yang soleh dan baik terlebih dahulu.

Wahai ayah, ayuh berusaha jadi ayah yang baik, yang paling baik. Moga Allah beri ganjaran yang sebaik-baiknya atas usahamu, di dunia dan di sana nanti.

Share

Isteri, Ibu Bukan Robot – Duhai Kaum Hawa Ambil Sedikit Masa Untuk Diri Sendiri

“We cannot pour from empty cup”

Pernah dengar tak ungkapan ini?

Maksudnya, kita ni, sebelum boleh ‘memberi’ kasih sayang pada orang lain, kita perlu penuhkan tangki emosi kita sendiri dengan perkara-perkara yang membahagiakan kita. Mommies sekalian adalah tonggak penting dalam keluarga. Kalau mommies sakit dan tak bahagia, semuanya yang di dalam rumah akan turut terkena tempiasnya. Mommies memang ‘cahaya’ yang menyinari seluruh rumah, jadi jangan lupa jaga diri ya!

Jom kita lihat apa yang mommies boleh buat untuk selfcare – jaga diri supaya sihat, bahagia dan ceria sentiasa.

1. Tidur

Ya. Sangat faham, bagi mommies yang beranak kecil, sangat susah nak dapatkan waktu tidur yang teratur dan tidur yang mencukupi. Kadang tu sampai jadi mata panda dan dah rupa zombie dah sebab tak cukup tidur.

Apa yang mommies boleh buat?

Mommies beritahu semua ahli rumah, termasuk si kecil, yang mommies nak tidur sekejap. Nak rehat, nak recharge supaya mommies kuat nak berkhidmat untuk semua orang. Kalau ada anak yang besar, minta tolong tengokkan adik-adik sekejap. Kalau suami ada, gunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk ‘pass baton’ sekejap pada suami, minta dia jaga anak. Tidurlah sekejap tanpa gangguan. Mohon pada Allah, biar tidur yang sekejap ini berkat dan dapat bangun dengan segar.

2. Raikan Kejayaan Kecil – Hargai Diri Sendiri

Biasakan mencatat kejayaan-kejayaan kecil yang mommies berjaya buat untuk hari tu. Contohnya,

Berjaya ajar anak konsep tambah tolak, anak faham dengan baik

Berjaya baca 10 mukasurat buku

Berjaya hafal surah lazim yang belum pernah hafal

Begitulah.

Catatlah dan kemudian raikan diri sendiri. Beri hadiah untuk diri sendiri. Tak perlu hadiah mahal pun. Dapat belanja diri sendiri aiskrim pun dah happy dah.  Nanti tukar- tukar dengan hadiah lain pula. Siapa lagi yang nak raikan diri kita, nak hargai diri kita, kalau bukan kita sendiri, kan?

3. Relax

Ya. Bertenang sekejap wahai mommies. Biarkan dan tinggalkan segala tugasan sekejap. Mommies pergilah ke spa, atau panggil tukang urut ke rumah. Atau mommies yang suka buat facial, boleh je pilih yang itu.

Kalau tak suka keluar, mommies boleh manjakan diri di rumah. Buat foot massage, foot bath, mandi lama-lama tanpa terkejar-kejar, urus diri mommies, pakai cantik-cantik wangi-wangi walaupun hanya  duduk di rumah. Mommies boleh juga gunakan khidmat essential oil untuk menenangkan mommies. Buat urutan lembut dengan menggunakan essential oil atau pun gunakan diffuser untuk dapat manfaat essential oil. Mommies boleh pilih produk mana yang disukai.

4. Exercise 

Kenapa exercise? Kerana exercise boleh merangsang pengeluaran hormon ‘gembira’ dalam badan. Exercise juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Nak jaga keluarga tu, bukan satu tugas yang ringan. Mommies perlu fit, sihat dan cergas. Kalau asyik lemah, lesu, hidup pun terasa tak best.

Mommies boleh pilih untuk buat jenis-jenis exercise mengikut keupayaan dan tahap kesihatan. Mulakan dengan rutin yang ringan dan cukup sekadar 30 minit. Kemudian boleh tambah lagi kadar intensitinya dan tempoh masanya bila dah biasa nanti.

5. Nutrisi

Makan makanan yang berkhasiat. Pastikan hidangan seharian mommies lengkap semua sumber nutrient yang diperlukan badan. Sayur hijau baik untuk bekalkan zat besi yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan membekalkan vitamin C. Pilih karbohidrat kompleks yang memberi efek kenyang lebih lama. Protein juga sangat penting untuk proses pembinaan dan pembaikan sel-sel badan.

Jika perlu, mommies boleh topup nutrient yang diperlukan badan dengan pengambilan suplemen, mengikut bajet dan keperluan.

Mommies biasa buat yang mana? Kalau belum pernah buat satu pun yang di atas, cubalah pilih satu dulu. Kemudian tambah lagi. Selfcare tu penting sangat. Jaga diri kita dengan baik dulu sebelum jaga orang lain. Mommies bukan robot. Robot pun boleh ‘crashprogramming nya kalau kerja tak berhenti. Rehatlah mommies. Ambil masa untuk diri sendiri sekejap. Bukannya maksud mommies ni pentingkan diri, tak peduli keluarga. Mommies berhak untuk dapatkan selfcare terbaik, untuk recharge energy, untuk jadi lebih bermanfaat buat semua nanti. Mommies bahagia, semua yang dalam rumah akan turut bahagia.

Percayalah!

Share

“Masalah Ruam Pada Anak Punca Perubahan Dalam Hidup Saya, Saya Berjaya Capai Income 3 Angka Dari Business Tasneem” – Ejen Tasneem Naturel Semenyih, Selangor

Saya Yuhana Armen, mula-mula saya kenal produk Tasneem Naturel ini dari kawan sekolah. Masa tu belakang badan anak naik ruam ruam merah. Kebetulan masa tu kawan up status dekat FB pasal balm tasneem. Cuba la balm Skeenz sebab balm ni sesuai untuk kulit sensitif. Alhamdulillah, hari ni apply. Esok terus baik. Risau jugak kalau naik ruam tu atas faktor lain tapi untung sangat ada Skeenz.

Lepas tu kawan update status dekat FB, siapa nak jadi ejen tasneem? Kita pun komen la kata nak join. Then dari situ la dapat join tasneem. Mula-mula tu dalam diri ni, asyik malu je. Dekat dalam group semua orang yang hebat-hebat. Tak tau nak menyelit part mana. Masa tu mampu jadi silent reader je. Hari-hari up status whatsapp pasal balm tapi mula-mula orang nak percaya tu makan masa. Tapi Alhamdulillah syukur. Alhamdulillah balm trub ada balm pertama yang terjual. Syukur sangat sangat.

Tahun 2019, ada peningkatan. Bila dekat group team semua dok bahaskan, jadi silent reader nak buat apa. Cuba join team borak dekat dalam group tu. Kalau tak faham tanya je. Dari situ, semuanya bermula. Tak faham, tanya leader. Tahun lepas jugak pada bulan 10, julung-julung kali nya dapat lock bonus 3 angka. Rasa macam tak percaya. Masa tu, memang guna untuk on IG Ads & tambah stock balm. Sebelum dan selepas dapat bonus ni pun, konsisten jugak dpt bonus tapi tak banyak la.

Perlahan2 join kelas yang HQ buat. Untuk tambah lagi ilmu. Untuk tanam benih yang positif. Ada coaching. Kami juga diajar setiap hari untuk kami muhasabah diri. Kelas online & offline dengan Founder Hadirah Sahri. Maksudnya semua nya biar selari dengan ilmu Tahun lepas jugak dapat jumpa family tasneem yang hebat2. Circle yang sangat-sangat positif. Sistem tasneem juga sistematik. Tiada istilah berebut beli stock balm. Sangat memudahkan.

Niat join tasneem asbab nak tambah side income. Nak ada simpanan sendiri. Walaupun bekerja, gaji yang ada memang cukup cukup untuk komitmen bulanan. Balik pada niat tadi, kalau kita nak rezeki Allah bagi kita rezeki. Kita perbaiki diri kita dlu. Yang syok nya dengan tasneem ni, ada untung runcit. Ada bonus. Lagi ramai yang kita bantu, InsyaAllah lagi bnyk rezeki yang Allah akan bagi. Percaya pada rezeki Allah.

Mari join team Yun. Kita sama sama2 bantu keluarga kita serta timba ilmu. KLIK gambar dibawah

Share

“Bayi Dalam Pantang Kena Batuk Selsema, Anak Yang Sulung Kena Asthma, Risau Saya” – Ejen Tasneem Alor Gajah Melaka

Salam kenal dari saya, Nana Fendi, seorang ibu kepada dua cahaya mata. Saya mula menggunakan balm Tasneem Naturel apabila bayi saya batuk selsema dalam pantang. Pada masa yang sama, anak sulung saya ada asthma, jadi saya ikhtiar untuk kedua dua anak saya. Anak yang sulung sejak umur 10 bulan dah kerap keluar masuk hospital dan ambil neb sehinggalah umurnya 2 tahun.

Saya terjumpa posting mengenai CF Rub balm Tasneem Naturel dalam FB page Momqhalif. Saya pun terus pm admin page dan dia menerangkan saya tentang fungsi dan kandungan dalam balm Tasneem Naturel. Dan saya bertanyakan harga sekali. Memang saya berminat sangat tapi bagi saya mahal sebab saya belum cuba. Saya bertanya pada suami, suami kata ” beli lah untuk anak anak kita juga”. Saya dengan teruja terus pm admin page saya semula dan buat pembayaran.

Bila balm sampai, saya terus konsisten sapu pada kedua dua anak saya sebab kebetulan dua dua tak sihat juga. Alhamdulillah mereka serasi, lebih lebih lagi anak yang sulung. Asthma dia dapat dikawal dan seterusnya tiada sampai ke hari ini. Memang saya rasa gembira tak terkata sebab saya dah tak sanggup tengok anak kena selalu cucuk dan ambil neb.

Kini doktor pakar dah jarakkan tarikh appointment dari 3 bulan ke 4 bulan sekali untuk pantau lagi. Insyallah doktor kata kalau dia tengok perkembangan dia sentiasa baik, kes anak saya akan ditutup. Alhamdulillah. Anak yang nombor dua tu pun mestilah serasi sangat guna Cf Rub balm tu, memang tak bagi ubat batuk pun sebab umur dia masih 1 tahun. Sekarang bagi saya mahal tapi berbaloi apa salahnya kan,semuanya demi kesihatan anak anak.

Bermulanya asbab itu, saya terbuka untuk sebarkan manfaat balm Tasneem Naturel kepada ibu bapa diluar sana yang anak anak saya sendiri peroleh dan bantu mereka yang ada anak sama macam masalah anak anak saya.

Adatlah dalam berbisnes macam macam dugaan. Soal harga memang ada yang pertikaikan kerana katanya mahal dan tak mampu. Ada yang kata saya ni menjual semata mata sebab nak duit. Tapi tu semua tak patahkan semangat saya untuk bantu ibu bapa diluar sana. Saya tetap teruskan dengan niat saya. Saya tahu Allah kan ada. Alhamdulillah semakin hari semakin orang sekeliling kenali saya sebagai agent Tasneem Naturel dan anak anak saya pengguna tegar produk Tasneem Naturel. Bukan mudah nak dapat kepercayaan mereka, bila saya berjaya bantu mereka saya rasa bersyukur sangat.

Tasneem Naturel juga banyak buat kelas online dan offline, cuma kita ni ” rajin atau malas” je. Nak berjaya kena lah rajinkan. Bila saya dalam Family Tasneem Naturel, saya berada dalam circle yang positif sangat. Founder kami pula, Puan Haridah Sahri adalah orang yang sangat merendah diri dan tak kedekut ilmu untuk share pada semua anak anak team dia. Pihak HQ pula pun peramah dan rajin respond jika kami ada pertanyaan. Tasneem Naturel juga menggunakan sistem, jadi tiada unsur unsur penipuan. Dalam Tasneem ada untung runcit dan bonus bulanan tau, itu belum termasuk reward dari HQ atau Founder. Dengan adanya untung runcit dan bonus, dapatlah saya tambah duit poket dan belanja anak anak sebab saya suri rumah sepenuh masa.

Rezeki Allah itu luas dan ada di mana mana. Saya percaya kalau kita rajin dan berusaha, rezeki itu sendiri datang pada kita. Insyallah. Dan saya percaya satu hari nanti impian saya akan tercapai bersama Tasneem Naturel.

Share

“Bermula Dari Anak Demam Dan Batuk Kahak Bermulanya Perubahan Besar Dalam Hidup Saya”- Stokis Tasneem Naturel Klang

Macam mana boleh terjebak dengan menjual Tasneem Naturel ?

Pada permulaannya, saya mencuba Tasneem Naturel sebab anak yang sulung . Dia menghidap asthma yang teruk, kerap mengambil neb sehingga dimasukkan ke wad hospital . Macam-macam cara sudah saya ikhtiar , tapi tidak berhasil .

Akhir sekali terjumpa posting kakak sepupu mengenai balm CF Rub untuk batuk berkahak, selsema , demam dan asthma . Terus saya beritahu suami niat ingin mencuba .Kemudian suami saya cakap “cubalah tanya harga berapa?” .

Saya pun terus whatsapp kakak sepupu dan bertanya mengenai balm Cf Rub itu . Selepas mendapat sedikit info, saya terus buat payment . Alhamdulillah, penggunaan yang konsisten setiap hari mula menunjukkan perubahan pada anak dan yang paling best bagi saya anak sudah bebas asthma . Apabila sampai masa bertemu doktor untuk follow up check up, doktor mengesahkan anak sulung saya bebas asthma. Terus tutup kes hospital . Hati ibu mana yang tidak seronok apabila anak sihat kan ?

Bermula dari situlah saya nekad nak menjual Tasneem . Saya tahu ramai lagi anak-anak di luar sana mengalami masalah yang sama macam anak saya . Dari situ saya mula menyebarkan manfaat balm keluaran Tasneem. Dari situ juga bermula cabarannya 😅. Yes ! Semua benda ada cabaran , apatah lagi dalam perniagaan .

Antara cabaran yang saya terima , ada orang mengatakan produk Tasneem mahal dan tidak mampu milik .Tetapi , saya tidak give up dan terus memberitahu sebab produk mahal dan saya berjaya mengubah mindset orang yang berkata tidak mampu itu sehingga membeli . Alhamdulillah, apabila niat kita baik semua urusan menjadi jadi mudah . Best nya lagi , setelah sign up sebagai agen Tasneem, banyak input yang saya dapat .

Banyak kelas online dan offline yang Tasneem anjurkan . Bak kata orang “rajin dengan tak je kita nak follow” . Memang best dengan Tasneem Naturel . Founder Tasneem Puan Haridah Sahri sendiri pun memberi ilmu direct kepada anak-anak team . Staff HQ pun rajin respond membantu agen-agen . Selain itu, Tasneem Naturel mempunyai sistem perniagaan yang mantap. Sistem yang adil dan saksama .

Kalau hendak ikutkan semua perniagaan ada untung runcit tetapi dengan Tasneem Naturel ada extra keuntungan yang diperoleh iaitu bonus yang diberi . Bonus mengikut level daripada 15% – 50%. Tasneem Naturel memberi kesan positif dalam kehidupan saya dan keluarga . Kehidupan saya menjadi lebih selesa. Kalau dulu hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata, kini tidak lagi . Saya ada bonus Tasneem yang alhamdulillah banyak membantu .

Tasneem ini ibarat overtime lah bagi saya , lebih banyak kita usaha lebih banyak kita dapat . Alhamdulillah, kini merasa bonus sekarang 4 angka dengan Tasneem Naturel . Pepatah Melayu ada mengatakan ” Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang” dan “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Saya percaya, dengan izin Allah ditambah berkat usaha dan sokongan perniagaan Tasneem kejayaan pasti dicapai.

Jika anda nak capai apa yang saya dah capai KLIK gambar dibawah.

Share

Khas Untuk Suri Rumah, Nak Jana Pendapatan? – Stokis Tasneem Naturel Ipoh Perak

Bagaimana saya bermula?

Assalamualaikum. Saya Dr Ummu, Stokis Tasneem Naturel, berasal dari Ipoh Perak. Nak bercerita sikit tentang malang tidak berbau yang menimpa saya. Hujung bulan Ogos 2019, musibah menimpa apabila niat kejar anak nak main-main, tapi terjatuh dalam keadaan ankle terlipat dan terduduk. ‘Pop’ bunyi dia. Confirm ligament koyak.

2 minggu pertama MC habis macam tu je, bisnes yang sedia ada pun terabai. Sampai lah husband tegur, kenapa buang masa, naikkan lah business tu sementara tengah tak buat apa-apa ni. Dalam cuba nak naikkan business, terjumpa kawan tempat kerja menjual Tasneem Balm.

Mula berminat nak research product ni. Pergi website, youtube dan FB pages. Nampak sangat menarik. Banyak content-content marketing yang disediakan. Nampak leaders yang komited. Terasa semangat kekeluargaan dalam mereka. Sembang dengan husband  dia kata dah lama join, cuma belum menjual. Lone Ranger katanya.

Saya guna akaun dia dan masuk. Hari pertama memang tak dapat tidur, sebab terlalu banyak ilmu dalam group Tasneem. Daripada marketing langit, marketing bumi, personal branding, penjagaan rohani dan banyak lagi!

Tak tahulah darah manis newbie baru join ke apa, bulan pertama sebagai Stokis Tasneem Naturel Ipoh, sales dah RM4000! Jual hmpir 100 balm seorang diri. Best ke best sangat! hahaha. Excited to the max masa tu. Bonus pun dapat dekat RM1000. Untung runcit lagi RM1000. Haruslah melompat bahagia! Lupa jap kaki ku masih belum elok. haha

Tapi dah nama business ada naik turun dia. Tapi banyak yang naik. Dan turun tu sebab diri sendiri tak fokus betul-betul dan buat apa yang diajar. Lama-lama nekad nak fokus pada Tasneem sahaja sebab nampak future lebih cerah, bukan dari segi kekayaan fizikal je, tapi kekayaan rohani jugak.

Kenapa saya kata rohani? Dalam banyak-banyak business yang saya pernah buat, Tasneem je jarang cakap mengenai teknikal dan cara buat duit. Mereka ajar satukan jasad dan roh, sedekah subuh, tahajjud, istighfar 10k dan banyak lah lagi amalan yang makin ditinggalkan ramai. And bila buat, somehow sale masuk. Ada je orang pm mintak Balm. Tanya orang sebelah, “Ko hado?”

Banyak perubahan positif sejak join sebagai Stokis Tasneem Naturel ni. Solat awal waktu, Tahajjud hampir setiap hari, Istighfar atleast 500 sehari, hati sentiasa tenang, dan rasa mudah je urusan harian. Ada jugak hari yang terkejar-kejar buat task founder bagi. Haha. Tapi seronok. Circle yang positive dan high energy sentiasa.

Menyesal tak join awal-awal dulu, alau tak, sale mesti dah juta-juta sekarang macam Mami Min tu. Kalau ada kawan-kawan yang tengah baca ni and tengah rasa-rasa nak buat bisnes, jangan lengah-lengah tau. Lagi lama tunggu, lagi rugi, sebab kita bukan makin muda. haha.

JOM KAYA DAN BERJAYA BERSAMA USPIRE! KLIK SINI atau IMAGE DIBAWAH untuk info lebih lanjut mengenai Bisnes Tasneem Naturel.

Dr Ummu, Stokis Tasneem Naturel Ipoh Perak

Share

Anak Demam – Ini Tips Mudah Apa Perlu Ibu Ayah Buat Di Rumah

Sebagai ibubapa, kita pastinya sentiasa berusaha supaya anak sentiasa dalam keadaan sihat. Walaubagaimanapun, anak-anak masih akan ada fasa di mana mereka jatuh sakit.

Siapa yang tak risau kalau anak demam, kan?

Suhu badan yang normal ialah sekitar 36 ke 37 darjah Celsius. Demam berlaku apabila suhu badan lebih tinggi daripada 37 darjah Celsius. 

Demam adalah mekanisme semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman. Kuman ini boleh jadi dalam bentuk bakteria atau pun virus. Apabila kuman menyerang, hypothalamus yang bertindak mengawal suhu badan, akan memberi isyarat supaya suhu badan dinaikkan supaya kuman berasa ‘tidak selesa’ dan tidak dapat survive di dalam badan.

Dalam fasa demam ini, anak-anak mungkin mengalami perkara-perkara seperti di bawah:

  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Batuk
  • Sakit badan
  • Letih dan tidak aktif
  • Kurang selera makan
  • Cirit-birit
  • Muntah

Mesti sangat tidak selesa, kan? Jadi, sebagai ibubapa, apa yang boleh kita buat pada masa ni.

Jom baca panduan menjaga anak yang demam di bawah.

Thermometer Sebagai Rakan Baik Anda

Sentiasa pantau suhu anak dengan menggunakan thermometer. Boleh guna mana-mana jenis pun, ikut keselesaan dan kemampuan. Rekodkan suhu anak mengikut jam dan perhatikan bagaimana respon anak, aktif atau tidak aktif ketika itu.

Air Yang Secukupnya

Anak yang demam, biasanya kurang selera makan. Tapi kita perlu pastikan yang anak tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan mineral dalam tubuh. Boleh ingatkan anak untuk minum air kosong dalam sela masa tertentu. Boleh juga sediakan ‘popsicle’ atau aiskrim Malaysia dalam bentuk yang sihat, bagi anak-anak yang susah nak minum air kosong. Sup juga adalah cecair. Boleh hirup kuah sup untuk ‘top up’ kandungan air dalam badan.

Bagi anak yang masih menyusu, kerapkan penyusuan. Susu ibu mempunyai antibodi baik yang membantu melawan kuman dalam badan anak yang demam.

Lap Badan/Tepid-Sponging

Sediakan air suam dan sehelai tuala kecil untuk mengelap badan anak. Kenapa air suam dan bukan air sejuk? Supaya badan anak yang demam, tidak ‘terkejut’ dan suhu turun mendadak.

Fokuskan untuk lap di kawasan pelipat kaki, belakang badan dan bawah ketiak. Boleh juga letakkan tuala lembap pada dahi anak untuk beri kelegaan.

Berendam

Yang ni memang kegemaran semua anak-anak. Sediakan besen dan masukkan air suam dalam tu. Boleh gunakan lemon sebenar yang dihiris ke dalam air tadi atau nak mudah mandikan dengan CF Bath dari Tasneem Naturel, mandian yang membantu melegakan selsema batuk dan demam. Biar anak main air dan berendam seketika. Buat aktiviti ini bila anak nampak gelisah dan tidak selesa.

Pakaian Longgar

Pilih jenis kain yang selesa dan tidak menyerap haba. Kain kapas adalah pilihan terbaik. Pilih baju dan seluar yang longgar.

Matahari

Kita perlu pastikan yang anak yang demam ini mendapat cahaya matahari pagi yang secukupnya setiap hari untuk proses pemulihan berlaku dengan cepat. Boleh duduk sekejap di kawasan depan rumah, atau pun bagi yang tinggal di apartment, duduk sekejap di balkoni, tentulah dengan pemantauan ibubapa.

Bergerak

Jangan biarkan anak terbaring sahaja bermain tablet digital atau pun menonton tv. Ajak anak dan bantu mereka untuk bergerak, melakukan regangan ringan dan berjalan di sekitar rumah. Ini penting untuk merangsang pengaliran darah yang optimum ke seluruh badan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Sapu CF-Rub Balm

CF-Rub balm dari Tasneem Naturel mengandungi Essential oil atau minyak pati tumbuhan. Pati tumbuhan ini mempunyai bahan aktif yang bersifat menenang dan melegakan.  Ia membantu anak untuk lebih tenang dan boleh tidur dengan selesa sepanjang tempoh demam tu. Rehat yang secukupnya membantu badan pulih dengan cepat.

Tasneem Naturel menyediakan pilihan balm berasaskan essential oil semulajadi yang boleh memberi manfaat kepada anak yang demam. Sapukan dan buat urutan lembut ke tapak kaki dan belakang badan. Boleh ulang sapu selepas beberapa ketika, untuk hasil yang lebih baik.

Langkah-langkah di atas hanyalah sebagai panduan umum untuk ibubapa yang perlu menjaga anak yang demam, supaya lebih bersedia dan tidak panik.

 Walaubagaimanapun, dapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya ada keraguan tentang keadaan anak , anak kelihatan tidak aktif atau terlalu letih tidak bermaya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CF Rub Balm dan CF-Bath, klik gambar dibawah

Share

Agen Balm Tasneem Naturel Kawasan Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum

Hai mommies gojes semua,

Salam kenal dari saya. Nama saya Elly. Tapi dah biasa sangat orang gelar Ummi EL. Ummi ni asal-asalnya minat barang natural. Kalau ubat-ubat ni, risau sikit nak bagi pada anak. Itu yang awal dulu tu, sibuk mencari-cari kat facebook apa yang boleh bantu anak kalau sakit demam atau meragam.

Di takdirkan terdetik nak cuba balm Tasneem Naturel. Awal tu beli CF-Rub balm. Sapu-sapu pada anak yang selalu selsema bila tinggal kat nursery, wow cepat pula kering hingusnya. Ummi pula kerja shift, anak malam-malam nak berjaga. Bayangkan, esok macam mana penatnya nak bangun pagi? Haru.

Jadi ummi cuba pula Sleep Time Balm. Alhamdullilah, balm yang ini pun menjadi juga pada anak! Kagum sungguh ummi masa ni.

Ape lagi, ummi terus daftar ejen Tasneem Naturel masa ni. Rupanya, bukan ummi je ada masalah anak susah tidur atau anak selsema batuk, ramai je lagi ada masalah yang sama. Ramai je ibu-ibu yang lain mencari balm Tasneem Naturel ni. Alhamdulillah. Setakat ni dah ramai ibu-ibu yang telah dibantu dengan tasneem ni. Kadang ada yang sanggup datang pick up.

Ummi turut rasa happy kalau dapat membantu. Iye la, barang baik perlu dikongsi. Kita sama-sama sebarkan manfaat dari alam semulajadi ni ke merata tempat yang lain pula. Bahan yang digunakan dalam balm Tasneem Naturel ini adalah dari bahan semulajadi, tiada paraben, SLS atau SLES.

Anak sihat, mak happy, poket jimat. Sebab satu balm ini boleh jimat sehingga 2 hingga 3 bulan. Guna sikit pun dah berkesan. Memang sangat berbaloi.

Ok la, ummi rasa mengancam sangat la dengan keluaran tasneem ni.

Kalau nak cepat, ummi boleh hantarkan. Senang saja hubungi je nombor ini ya 0189574042 atau boleh juga godek Facebook Ummi EL dan lawat Instagram ummi iaitu, tasneemnaturel_kotabharu.

Papp terpampang nanti wajah-wajah kita 👇🏼👇🏼👇🏼😝

Share

0
Your Cart