
“Kesian ibu tengok bila adik asyik menangis tak selesa bernafas bila diserang selsema dan batuk. Nak tidur pun tak selesa, asyik terjaga sahaja. Nak diberi ubat masih kecil. Bayi bawah umur 2 tahun tidak digalakkan makan ubat sebarangan
Pening ibu nak cari ikhtiarnya.”

Menurut Jabatan Kesihatan Malaysia penyebab utama gejala selsema dan batuk di sebabkan virus yang menjangkiti saluran penafasan di atas hidung, faring (tekak) dan laring. Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus penyebab utama jangkitan.
Jadi disini dikongsikan 10 cara dan bahan semulajadi untuk menghilangkan selsema dan batuk anak.
Semoga bermanfaat.
1. Tepuk Precious
Tepukan precious ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi.
Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan secara melengkung.

2. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala
Tidur bayi akan terganggu apabila diserang selsema. Ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.

3. Kerapkan Penyusuan Susu Ibu
Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

4. Mandian Lemon
Ibu boleh memandikan anak dengan beberapa hirisan buah lemon. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.

5. Kunyit Hidup
Secara tradisional kunyit boleh digunakan untuk membantu bayi selsema. Ibu hanya perlu menumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung, belakang badan dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali ulang, hingus akan kering dan melegakan pernafasan

6. Minyak Bawang Putih
Untuk mendapatkan minyak bawang putih, ibu hanya perlu membakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan.

7. Bawang Merah
Ibu hanya perlu mengupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan air bawang. Ibu hanya letak kan air bawang tersebut berdekatan tempat tidur bayi bawah dua tahun. Ini dapat mengeringkan selsema bayi.

8. Lemon , Halia, & Madu
Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

9. Spray Hidung
Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Spray ini dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Untuk lebih daring, sedutlah hingus anak sendiri dengan mulut!

10. Gunakan Pelekat Batuk

Ibu juga boleh ikhtiar dengan Pelekat batuk No More Cough Relief. Pelekat batuk dari herba ini akan membantu mengeringkan selsema dan melegakan batuk bayi. Pelekat ini sesuai dari bayi 3 bulan sehingga dewasa. Bagi anak-anak yang takut makan ubat, bolehlah di iktihar lekatkan pelekat dari herba ini.

Pelekat batuk ini mengandungi pelbagai herba semula jadi yang membantu melegakan batuk dan juga kahak. Bayi seawal 3 bulan hingga dewasa boleh menggunakannya. Pelekat ini tidak panas apabila ditampal dan bau herba dari pelekat ini sangat menenangkan.
Selain itu, ibu ayah boleh sapukan wagas oil iaitu minyak cengkih pada anak. Cadangan penggunaan, sebelah siang sapukan wagas oil ini. Kemudian di sebelah malam lekatkan pula pelekat ini. InshaAllah iktihar ini membantu anak-anak yang batuk.

Wagas Oil ini dapat melegakan masalah hidung tersumbat, melegakan masalah pernafasan dan melegakan batuk. Untuk mendapatkan pelekat batuk dan wagas oil ini ibu boleh klik link dibawah untuk info lanjut.
Atau ibu ayah boleh dapatkan terus dari shopee. Klik logo shopee dibawah.