Petua anak tidur lena sangat sesuai untuk dibaca oleh ibu ayah yang dah lama mencari solusi bagi anak yang ada masalah tidur tak lena. Moga membantu ibu ayah.
Adakah anda tahu kenapa bayi tidak tidur lena kerana ianya boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan pada si manja jika mereka kurang tidur malam.
Malah kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kesan ke atas pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. Oleh itu sangat penting si manja anda untuk dapat tidur yang cukup dan ianya memberi kesan positif pada perkembangan si manja anda.
9 Petua Anak Tidur Lena
Terdapat beberapa punca kenapa bayi tidak tidur lena, ibu ayah wajib ambil tahu untuk si manja anda. Jika ibu ayah dapat kenal pasti punca ini, ia membantu menyelesaikan masalah si manja. Bayi tidur lena, ibu ayah pun happy.
1. Pastikan bayi tidak selsema dan batuk
Petua pertama anak tidur lena, jika si manja mengalami selsema dan batuk, maka tidur si manja juga tidak nyenyak kerana sering terjaga dan tidur tidak lena. Apabila hidung tersumbat, ianya akan menjadikan si manja sukar untuk bernafas. Perkara ini sangat menganggu kualiti tidur si manja anda.
2. Pastikan bayi anda tidak kembung perut
Kira-kira 20% bayi akan mengalami masalah kembung perut. Keadaan ini biasanya berlaku antara minggu 2 dan 4 selepas kelahiran.
Untuk mencegah kembung perut, pastikan susu formula yang diberikan sesuai dengan si manja atau boleh merujuk pada doktor susu apa yang sesuai untuk si manja anda. Jika menyusu susu ibu, ibu perlu menjaga makanan supaya susu yang diterima oleh si manja adalah susu yang terbaik untuk si manja
3. Petua anak tidur lena, pastikan bayi kenyang
Sesetengah bayi, mereka akan terjaga pada waktu malam kerana lapar. Untuk memastikan si manja anda kenyang dan tidak lapar, anda harus menyusukan mereka sehinggalah mereka betul betul kenyang. Jika si manja menyusu badan, susukan si manja sehinggalah si manja sendiri berhenti menyusu.
Bagi si manja yang menggunakan susu formula, anda haruslah menetapkan kuantiti yang sesuai dan cukup untuk si manja bertahan sehingga keesokkan harinya.
Bagi ibu-ibu yang telah mula memberikan makanan pepejal kepada si manja mereka, anda digalakkan untuk memberi si manja makan 2 jenis makanan yang berbentuk pepejal setiap kali makan sehinggalah si manja kenyang. Ini kerana sesetengah bayi akan bosan asyik makan makanan yang sama dan tidak kenyang jadi, adalah lebih baik sediakan dua jenis makanan yang berbeza untuk mereka.
4. Pastikan lampin bayi ditukar dan punggung bayi tidak terkena ruam
Secara purata, bayi yang berumur bawah 6 bulan. Lampin mereka akan basah kira-kira 5 hingga 7 kali setiap malam. Ibu bapa perlu ambil perhatian untuk perkara ini kerana jika terlambat menukar lampin, didapati punggung bayi berlakunya ruam lampin.
5. Puting Bayi
Bayi yang menggunakan puting sebenarnya lebih susah untuk tidur nyenyak dengan menghisap puting. Menghisap puting sebenarnya akan mengganggu rutin tidur mereka.
Selalunya, jika anda menggunakan puting dengan kerap bayi akan menjadi lebih kerap lapar. Ini akan menyebabkan susu yang diminum dicerna dengan cepat dan akan membuatkan mereka cepat lapar. Semestinya, mereka akan bertambah lapar dengan ketiadaan puting di mulut.
6. Tempat tidur bayi
Untuk bayi, bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk. Selain itu, pastikan tempat tidur bayi anda sentiasa bersih.
7. Alunan zikir ketika tidur si manja
Alunan zikir sangat membantu memberi kesan tenang pada si manja. Tambahan pula, secara automatik ibu ayah install perkara positif dalam minda anak seawal usia. Ini bagus develop perkembangan positif anak.
8. Menggunakan balm Sleep Time Tasneem Naturel
Fungsi balm sleep time adalah bantu anak tidur lena, tiada lagi anak terjagatengah malam, bantu anak supaya mudah tidur, bantu anak bangun dalam mood ceria serta bantu untuk dapat tidur yang berkualiti.
Panduan penggunaan Sleep Time Balm
sapu nipis dan urut dibahagian belakang telinga, tulang belakang, pergelangan tangan, tapak kaki. Rujuk gambar dibawah.
Beri anak hidu. Pakaikan sebelum hendak tidurkan anak dan sediakan keadaan sekeliling yg membantu anak untuk tidur. Malapkan lampu. Untuk bayi kecil, pastikan bayi dalam keadaan selesa, sudah ditukar pampers, perutnya kenyang dan jika bayi selesa dibedung, sila bedungkan bayi. Sapukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil positif.
Bahan-bahan dalam Sleep Balm
Sleep Time Balm diadun dari 8 jenis Essential oils khas untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus. Bahan-bahan yang digunakan dijamin selamat dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ylang-ylang EO terbaik untuk masalah insomnia. Ianya bantu menenangkan dan beri rasa rileks pada badan dan minda.
Lavender terkenal dengan anti-stress. Ianya juga bantu memperlahankan sistem saraf serta beri rasa rileks,meningkatkan kualiti tidur, mood yang stabil, serta bantu meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur.
9. Petua anak tidur lena terakhir, menggunakan Calm Time Balm
Selain itu penggunaan balm Calm Time bantu memberi keselesaan pada anak, bantu mengurangkan tekanan serta bantu anak lebih tenang jika sedang tantrum dan menangis tanpa henti.
Bahan-bahan dalam Calm time balm
FRANKINCENSE. Jika dihidu aromanya, ia boleh mengurangkan kadar degup jantung dan tekanan darah.
BERGAMOT. Bersifat anti-depressant. Ia membantu merangsang hormon domamine & serotonin yang memberi rasa tenang dan gembira.
LAVENDER. Harumannya membantu mengurangkan stress & kebimbangan.
Feedback pengguna sleep balm & calm balm
Semoga dengan tips ini dapat memberi manfaat pada semua anda. Bagi anda yang ingin ikhtiar dengan balm Sleep time & Calm time ni, boleh klik link dibawah.
Atau boleh terus dapatkan set ini di SHOPEE, KLIK SINI
Alamak! Baby kuning ? Apa punca bayi kuning dan cara rawatan nya? Baru beberapa hari jenguk dunia, baby pula disahkan jaundice. Bacaan pulak tinggi, sampai buatkan ibu tersangat susah hati.
Mana tak susah hati bila tengok bayi asyik menangis tiap kali kena ambil darah. Lagi meruntun hati ibu, bila ada yang share dalam media social tangan bayi membengkak biru, bila terlalu kerap diambil darah.
Agaknya apa punca bayi kuning dan cara rawatan nya bagaimana?
Pengalaman seorang ibu, bacaan kuning bayi tinggi
Pengalaman ini, berlaku pada saya sendiri. Bila Mana bayi yang dilahirkan normal tanpa sebarang masalah. Namun bila masuk hari ketiga, bacaan kuning bayi semakin tinggi. Bacaan mencecah 285 dan hampir kena warded masa ni. Hati ibu mana tak resah bila memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan. Ditambah pula, ibu masih dalam fasa untuk pulihkan tenaga akibat dari proses bersalin.
Memikirkan keadaan semasa bayi dan ibu yang merumitkan pelbagai ikhtiar dilakukan bagi membantu bacaan kuning bayi turun pada paras normal. Air tawar atau air jampi diambil dari ustaz-ustaz, ibu pun kerap menyusukan bayi dengan harapan bayi kerap membuang dan kuning akan cepat turun. Namun semua hampa.
Tertarik dengan perkongsian beberapa sahabat dalam media sosial, yang mana ramai berkongsi tentang T-RUB balm dari Tasneem Naturel yang dapat membantu bacaan kuning bayi turun dengan cepat.
Syukur hasil penggunaan balm tersebut sangat membantu bacaan kuning bayi turun dengan cepat.
Punca demam kuning berlaku pada bayi baru lahir
Kebelakangan ini boleh dikatakan 80% bayi yang dilahirkan akan menghadapi masalah demam kuning atau jaundis yang tinggi. Namun masih ramai yang tak tahu, adakah jaundise dikalangan bayi baru lahir adalah normal?
Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail, demam kuning atau jaundice adalah masalah biasa yang dialami oleh hampir 70% bayi yang baru lahir.
Demam kuning ini biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan di dalam darah. Potensi bayi yg mendapat jaundise adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mempunyai kumpulan darah O. Umumnya, masalah demam kuning ini lebih mudah dikesan dalam cahaya semulajadi (cahaya tanpa bantuan lampu) dan biasanya ianya sukar dikenal pasti bagi bayi yang berkulit agak gelap.
Gejala bayi kuning
Punca demam kuning
Ramai yang tidak sedar demam kuning dalam kalangan bayi ini jika tidak dicegah atau dirawat dengan segera akan mengganggu perkembangan fungsi otak bayi, antaranya akan mengakibatkan sawan dan otot akan menjadi lemah serta beberapa kesan lain lagi.
Sungguh pun jaundis ni dianggap normal dalam kalangan bayi. Namun kita juga perlu tahu,apakah punca yang menyebabkan jaundis ini?
Bayi pramatang – dilahirkan tidak cukup bulan atau sebelum 37- minggu kehamilan
Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula yang mencukupi. Ia sama ada kerana kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu
Bayi yang mempunyai jenis darah yang tidak sesuai dengan jenis darah ibunya.
Bagi bayi jenis darah tidak sesuai dengan ibu mereka boleh mengembangkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin secara tiba-tiba.
Selain itu punca lainnya juga adalah seperti :-
Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain
Masalah hati
Jangkitan
Kekurangan enzim (G6PD)
Kelainan pada sel darah merah bayi
Selain diambil darah pada bayi, kuning pada bayi juga dapat dikenalpasti dengan cara menekan jari secara perlahan pada bahagian kulit bayi (pipi, badan). Jika tekanan itu menyebabkan kulit bayi menjadi kuning, itu bermakna bayi anda ada jaundis.
Kita juga dapat kenal pasti pada habit bayi. Yang Mana, bayi yang ada jaundis kebiasaannya tidak aktif dan suka tidur selain sangat sukar untuk menyusu.
Rawatan untuk bayi kuning
Rawatan yang selalu dilakukan adalah seperti berikut
Fototerapi
Fototerapi ialah rawatan yang meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.
Susu ibu
Susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan agar paras bilirubin dapat dikurangkan dengan lebih cepat.
Jika kita perasan bayi yang terkena jaundice lebih suka tidur berbanding berjaga. Apa yg perlu dilakukan adalah kejutkan bayi sekerap yang mungkin untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.
T-Rub balm dan Calm Time balm bantu bayi lawas
T-rub balm ini balm untuk bantu baby lawas, bila baby banyak berak, kuning memang turun sebab bilirubin itu keluar melalui najis dan air kencing. Selain itu, T-rub ni mmg balm penting untuk baby tak perlu sapukan minyak telon lain lagi.
Paling best baby insyaAllah tak kembung langsung.
Calm time balm pula, dalam balm ini ada Essential oil geranium. Essential Oil geranium ini memang ada fungsi untuk hati. Untuk masalah hati seperti jaundice, itu sebab saya sapukan calm balm sekali. Calm ni kena sapu pada area hati bayi
Set baby kuning
Ini berdasarakan pengalaman dan iktihar yang saya lakukan semasa anak ketiga saya dilahirkan. Alhamdullilah membantu. Apa pun yang penting ialah susu ibu itu sendiri. Cabaran bila bayi kuning, bayi lebih kerap tidur dari berjaga. Jadi ibu-ibu perlu kejutkan bayi. Apa yang saya buat, saya gelikan tapak kaki bayi.
Kuning baby turun
Perkongsian ibu lain yang menggunakan T-rub balm sebagai iktihar kuning
Semoga dari perkongsian saya ini dapat memberi bermanfaat untuk semua ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin iktihar menggunkan T-Rub Balm boleh terus klik gambar whatsapp dibawah. Semoga baby kita semua dipelihara kesihatan ya.
Lagi beberapa bulan dah nak bersalin ke tu mama? Dah ready barang-barang untuk bayi dan mama sendiri? Jangan risau Kak Nor nak share sedikit tips persediaan bersalin yang mama boleh sediakan sebelum masuk labour room.
Barang Keperluan
Mama pun mesti pening fikirkan macam mana nak siapkan barang-barang untuk masuk labour room nanti, nak fikir bersalin kat mana ? Apa yang terbaik untuk pemilihan barang-barang baby kan?
Kak Nor percaya semua mama nak yang terbaik untuk anak-anak kan? Meh Kak Nor share tips persediaan bersalin kepada bakal mama terutamanya yang bakal menimang cahaya mata yang pertama.
Beg sandang
Pertama, tips persediaan bersalin ialah sediakan beg sandang. Eh nak buat apa beg ini? Apa kena mengena dengan nak bersalin nanti?
Ha ! Beg sandang ini semestinya untuk menyimpan segala dokumen penting seperti Kad pengenalan, buku pink (wajib bawa), telefon bimbit dan pengecas telefon bimbit.
Ibu belum ada lagi ke? Ibu boleh dapatkan di Shopee, KLIK SINI.
Harga berbaloi-baloi.
Travelling beg/Beg balik kampung
Tips persediaan bersalin yang kedua ialah ibu harulah sediakan travelling beg/beg balik kampung untuk mengisi keperluan dan kelengkapan mama dan baby yang bakal lahir nanti. Ibu boleh guna satu beg untuk isi keperluan baby dan ibu.
Atau sediakan dua beg. Satu untuk ibu dan satu lagi untuk baby. Jika asingkan lebih bagus, bila nurse minta bag baby, ibu dah boleh terus serahkan beg tersebut.
Boleh dapatkan beg baby di Shopee, comel sangat. KLIK SINI
Kelengkapan bayi
Seterusny, tips persediaan bersalin bagi baby ialah
Selepas lahir – baju, lampin pakai buang dan bedung
Hari pertama – satu set baju tidur dan set baju siang
Hari kedua – satu set baju siang dan baju keluar hospital (biasanya akan discharge pada hari kedua untuk mereka yang bersalin normal dan tiada komplikasi)
Baju extra – sekiranya berlaku apa-apa kecemasan
Mitten dan booties
Minyak telon dan balm untuk bayi
Selimut atau bedung
Lampin pakai buang
Untuk mereka yang bersalin dihospital swasta hanya perlu sediakan baju semasa discharge hospital sahaja bergantung kepada pakej yang disediakan oleh hospitan berkenaan.
Keperluan wajib mama
Tips persediaan bersalin yang wajib bagi mama pula ialah
Tampon/Pada
Baju semasa discharge – digalakkan untuk menggunakan kain batik kerana sangat memudahkan pergerakkan mama
Stokin
Selipar Jepun untuk mudahkan pergerakkan mama ke tandas
Manual Breast Pump (optional) – ada mama yang meransang penghasilan susu dengan menggunakan manual breast pump. Kalau breast pump automatic kurang sesuai untuk mama yang belum keluar susu sebab akan rasa sedikit sakit.
Barangan lain untuk mama dan bayi
Kelengkapan botol susu dan susu FM – sekiranya tiada penghasilan susu ibu dan terpaksa menggunakan susu FM. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk berusaha untuk mengeluarkan susu ibu. Susu ibu tetap adalah pilihan yang terbaik.
Tisu basah – Nampak remeh, tapi hakikatnya tisu basah penting untuk hygene dan mama perlu tahu tandas dengan katil mama bukan dekat yer. Takkan mama nak jalan jauh kan? Dapatkan di shopee. KLIK SINI
Bakul makanan – boleh isi roti atau biskut, air mineral, minuman 3 in 1 milo, thermos, gelas minuman, buah-buahan. Kalau nak bawa bekas makanan pun boleh incase tak sempat nak makan sebab anak meragamkan, boleh simpan dulu sebelum nurse ambil.
Baby Bath – yang ni optional jugak sebab baby baru lahir ni wangi je. Tapi jika ibu nak buat persiapan untuk kegunaan baby akan datang, boleh dapatkan baby bath Tasneem ini. Sesuai untuk semua jenis kulit baby, dapatkan di SHOPEE, KLIK SINI
Carseat (optional) – ada hospital swasta yang mewajibkan anda untuk memiliki carseat. Tak semua tapi ada.
Lebih kurang ni lah semua persiapan yang mama boleh sediakan. Tapi ada dua situasi tau mama. Kalau bersalin dihospital swasta lagi sikit barang yang nak kena bawa. Tapi banyak duit perlu disediakan.
Bersalin Hospital Kerajaan Atau Swasta ?
Tidak dinafikan ramai juga yang bertanya nak bersalin di hospital kerajaan atau swasta yang bagus?
Pengalaman Kak Nor yang pernah check in kedua-dua tempat ini. Ikutlah kemampuan masing-masing. Tidak dinafikan bersalin di hospital swasta sangat memudahkan mama. Nurse akan tolong dari semua aspek. Mama lepas ceaser pun nurse akan tolong lap-lapkan badan mama.
Cuma nasihat Kak Nor kalau nak bersalin di hospital swasta kena check hospital tu ada pakar pediatrik tak?
Incase berlaku kejadian yang tidak diingini hospital ada pakar yang akan buat tindakan pantas buat baby kita dan Kak Nor akan search hospital ini ada buat kempen derma darah atau tak? Kiranya kalau berlaku tumpah darah ke, pihak hospital ada tabung darah tersendiri.
Betul tak? Tapi kalau bersalin di KPJ, PCMC, Andorra atau Gleanegel memang tak perlu ragu-ragu.
Hospital kerajaan pula, mama kena berdikari. Kena belajar buat sendiri itu dan ini. Kadang-kadang ada nurse yang akan membantu. Kadang-kadang ada nurse yang kurang membantu. Tapi itu baby kita, kita mesti akan sedaya upaya buat yang terbaik kan?
Kelebihan hospital kerajaan ni murah of course. Pakar pun ramai. Tapi selain kena berdikari kita tak boleh pilih doctor. Hospital swasta boleh pilih doctor yang kita nak. Kalau suami mama tak nak mama dibersalinkan oleh doctor lelaki, suruh suami buat simpanan banyak-banyak untuk bersalin dihospital swasta. Yang penting, jangan keringkan simpanan untuk bersalin dihospital mewah tau. Sebab lepas tu kita perlukan duit jugak untuk proses penjagaan pula.
Breastpump
Kak Nor dulu guna breastpump anakku je. Harga seratus lebih ada manual dan auto gitu. Bagi Kak Nor, tak semestinya kena pilih jenama yang mahal-mahal. Pemilihan breastpump kena tengok saiz cup tu dan fungsi. Sakit juga kalau tak sama saiz ni. Tapi itu terpulang kepada mama tau. Ada breastpump mahal tapi still tak selesa untuk kita, ada breastpump murah tapi selesa.
Ada juga mama yang suka manual. Kak Nor sendiri lepas bersalin guna manual je untuk ransang susu keluar.
Carseat
Kak Nor pilih carseat anakku dapat harga RM 499.00 sebabnya carseat ni ISOFIX, convertible, boleh guna 0-36 KG dan paling penting ECE R44 yang telah disarankan oleh kerajaan.
Bukan nak promote produk ni sebab bagi kak Nor carseat ni tidak berapa sesuai untuk newborn. Kak Nor pakaikan untuk anak selepas anak 2 bulan dan keatas. Memang selesa dan terbaik. Sebenarnya baby sesuai diletakkan pada ‘carrier’. Cuma carrier ni tak boleh guna lama, bila anak dah besar kena tukar carseat yang sesuai dengan umur dan berat baby.
Kononnya nak berjimat sebab tulah pilih yang convertible. Apapun, kalau keliru dengan pemilihan carseat,mama boleh serach Group FB Malaysian Carseat Support Group untuk ilmu yang lebih terperinci tentang carseat baby. Tapi nasihat Kak Nor, belilah carseat untuk keselamatan anak. Kak Nor selesa sangat balik kampung letak anak di carseat dan Kak Nor pun boleh tidur dengan tenang.
Baby Carrier
Pemilihan baby carrier pun kena ambil peduli juga dengan ciri-ciri keselamatan baby. Paling penting pilih yang ERGONOMIC. Kak Nor pilih cuddleme_Malaysia . memang Ergonomic, material selesa dan adjustable. Untuk pemilihan babycarrier boleh sertai Group FB Malaysian Babywearers.
Minyak dan Balm Bayi
Skeenz Balm Untuk ruam lampin bayi
Banyak produk baby yang ada dalam pasaran Malaysia. Tapi kak Nor akan suggest satu produk ni iaitu Tasneem naturel. Pengalaman kak Nor sendiri, dulu Kak Nor tercari-cari produk apa yang sesuai untuk anak kak Nor. Macam-macam Kak Nor cuba.
Tapi nak dijadikan cerita, anak Kak Nor kena ruam lampin yang sangat teruk. Kak Nor nak basuh pun kesian sebab anak kepedihan. Kak Nor jumpa produk Tasneem ni. Mula-mula kak Nor sendiri rasa mahalnya produk ni. Tapi masa tu Kak Nor terdesak sangat nak cuba sebab anak dah sampai macam tu. Kak Nor belilah Balm Skeenz produk Tasneem ni. Kak Nor tutup mata dengan harga demi anak RM 55.00 je pun.
Hari pertama ruam tu kering dalam 20%, hari ketiga 70% hari keempat alhamdulillah sembuh sepenuhnya. Kak Nor happy sangat-sangat. Bila kak Nor kaji balm Skeenz ni bukan sahaja untuk ruam, tapi gigitan serangga pun ye juga. Tengok lah gambar anak kak nor kena gigit serangga.
Kak Nor perasan anak gigitan ni masa maghrib, Kak Nor sapu skeenz cepat-cepat alhamdulillah nak masuk Isya, kesan gigitan dah baik. Sekarang barulah Kak Nor tahu Balm Tasneem ni berasaskan Pati naturel (essential Oil) memang berbaloi sangat dengan harga dan boleh guna 3 hingga 6 bulan. Tapi Kak Nor boleh sampai 8 bulan.
T-Rub dan Calm Time Balm
Balm Tasneem mana pulak yang sesuai untuk Newborn?
Kak Nor nak cakap semua sesuai sebab setiap produk Tasneem mempunyai solusi untuk setiap masalah baby. Untuk newborn kak Nor cadangkan mama pilih T-RUB dan Calmtime. Sebab apa, baby ni perut masih “FRAGILE” mudah kembung, sebu, sembelit malahan 70% – 80% baby akan kena DEMAM KUNING. Salah satu ikhtiar untuk demam Kuning ni sapu dengan T-RUB disamping kerapkan penyusuan susu ibu.
Jangan bagi susu FM kat baby tau melainkan susu Ibu tak cukup untuk bagi baby kenyang. Bila baby kenyang kita sapu dengan T-Rub, baby akan membuang dengan mudah dan Bilirubin (kuning) akan keluar bersama-sama dengan najis baby. Sebab tu siapa yang ada pengalaman warded sebab anak kuning atau JAUNDICE, Nurse akan monitor berapa kerap mama bagi susu dan baby berak/kencing. Mama kena susukan baby setiap 2 jam tau, kalau baby tidur kejutkan.
Ramai juga cakap Kak Nor baby kembung sebab tak barut. Salah tu Mama, bukan barut sahaja penyelesaian untuk kembung. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas lagilah baby tak selesa. Nanti baby berpeluh timbul pulak ruam-ruam kat badan baby. Sapu TRUB je Mama.
Mama pernah dengan baby kolik atau sawan tangis? Baby yang nangis je. Mama sedang berpantang tapi mama stress sebab anak kuat nangis dan meragam. Sebenarnya baby tak selesa mama. Sebelum ini baby dalam Rahim duduk tenang je, bila dah keluar baby tak dapat sesuaikan diri. So cara yang boleh mama buat, mama sapu CALMTIME kat baby dan bedung . Lepas tu boleh lah bagi dengar ‘ambient music’. Alunan ayat-ayat suci al-quran juga antara “ambient’ music yang sangat membantu.
CF-Rub dan Sleep Time Balm
Alhamdlillah Kak Nor sangat berpuas hati dengan produk Tasneem naturel ni. Dulu anak Kak Nor tidur buai, sekarang dah tidur tilam dah Mama. Kak Nor sapukan sleeptime kat anak. Konsisten sapu je. Cumanya, sebelum tidur kena off skrin sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur, jangan bagi makan manis-manis, pastikan perut anak kenyang dan selesa (sapu dengan TRUB)dan pakaian anak juga bersih dan segar.
Selain itu, balm wajib ada dirumah pula adalah CF-RUB ni. Kita tak tau bila anak akan batuk, demam dan selsema. Bagi Kak Nor, WAJIB ada CF-RUB ni dirumah.CF-RUBni sebenarnya ada extract Lemon dan Eucalytus (kayu putih) ada 7 sebenarnya tapi Kak Nor nak highlight yang ni je sebab dua ni orang selalu sebutkan kalau anak demam, selsema, batuk dan berkahak. Mama tak perlu susah-susah dah. Kalau anak demam ringan mama sapu je di pelibat peha, siku,ketiak, dada dan belakang anak. Mama pantau suhu tau, kalau panas sangat cepat-cepat bawa ke hospital.
Okeylah, sampai disini sahaja coretan dan perkongsian dari Kak Nor. Apa yang Kak Nor kongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan diharap membantu mama yang sedang buat persediaan. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari Kak Nor. Kak Nor doakan mama sentiasa dipermudahkan urusan. Kak Nor juga boleh bantu mama yang nak dapatkan Produk Tasneem naturel tau. Semoga jumpa lagi.
Ibu boleh terus dapatkan barangan Tasneem Naturel di Kedai Shopee KakNor. KLIK SINI
Kak Nor berkongsi kisah pengalaman bersalin dan persiapan menjadi ibu. Boleh follow kak Nor di Facebook Norihan Watinin.
Boleh juga terus whatsapp kak Nor, dengan klik gambar dibawah yer.
Saya Fatimah binti Ismail. Saya pengedar Tasneem Naturel untuk kawasan Beranang dan sekitarnya. Bagaimana saya mula tertarik denganTasneem Naturel? Saya mendapat mesej umum dari seorang kawan saya tentang balm bayi Tasneem Naturel. Kawan saya berkongsi manfaat produk tasneem kepada kenalan beliau, salah seorangnya ialah saya.
Oleh sebab saya seorang yang berminat dengan kesihatan , saya tertarik untuk mencuba. Dulu masa saya di usia muda, saya suka membaca artikel kesihatan dan penyembuhan dari bahan-bahan alam semula jadi. Balm Tasneem Naturel ini tiada bahan kimia yang berbahaya, menambah minat untuk mencuba sangat sesuai pula dengan “passion” saya yang sukakan natural produk.
Produk Tasneem ada pelbagai jenis, ada losyen, minyak telon dan mandian. Semuanya dari bahan semula jadi.
Saya paling suka balm calm time dan Trub dari Tasneem Naturel. Yang bagus tentang produk Tasneem ini, ia boleh digunakan untuk semua peringkat umur dari newborn hingga dewasa kecuali bayi pramatang perlu tunggu umur 6 bulan keatas baru sesuai guna. Kalau cuba balm Trub tu , memang berdesup-desup angin keluar. Sendawalah biasanya bagi orang dewasa. Bagi bayi, Trub ini mengurangkan kembung perut dan sembelit bagi sesetengah bayi.
Set tidur lena Tasneem Naturel
Calm time pula selalu saya pakai untuk tidur. Bagi saya calm time balm cukup untuk beri deep sleep bagi saya, jadi saya tak perlu sleep balm. Bagi yang ada insomnia saya cadangkan guna calm time balm dan sleep balm, inshaAllah membantu. Kadang-kadang saya pakai juga spray Sleepy Mist bau seperti lavender yang menenangkan.
Awal-awal lagi saya memang mencuba untuk diri saya dan serasi. Saya pun ambil keputusan jadi ejen Tasneem Naturel. Masa tu saya jadi ejen Tasneem Naturel untuk kawasan Kota Bharu. Di Kota Bharu, saya dapat membantu segelintir ibu dan bapa menyelesaikan masalah seperti kembung perut, meragam dan sukar tidur anak mereka. Alhamdulillah ala kulli hal.
Ejen Tasneem Naturel Beranang
Sekarang saya ejen Tasneem Naturel Beranang dan kawasan sekitarnya. Menjadi ejen Tasneem Naturel, saya diajar pelbagai teknik perniagaan antaranya teknik mendapatkan pelanggan. Kelas yang diadakan ada ‘online’ dan ada yang ‘offline’ . Terdapat ketua yang digelar Master Leader dan leader yang tak jemu menitipkan nasihat dan berkongsi ilmu serta pengalaman.
Puan pengarah Tasneem Naturel, Puan Haridah Shahri dan staf ibu pejabat pun selalu buat perkongsian pelbagai ilmu teknikal dan bukan teknikal.
Itu sahaja perkongsian saya. Sesiapa yang berminat mencuba produk Tasneem Naturel, bolehlah menghubungi saya. Kita iktihar, Allah izinkan keserasian.
Ini saya kongsikan tips atasi sembelit. Tetapi apa itu sembelit?
Sembelit adalah gejala biasa yang membuat ramai orang tidak selesa. Seseorang itu dikatakan mengalami sembelit apabila najisnya keras, kering dan sukar setiap kali ingin membuang air besar. Kekerapan membuang air besar juga kurang dari 3 kali seminggu. Kebiasaannya, kerap berlaku pada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas.
Kesan biasa yang berlaku:
Menyebabkan bau mulut
Tidak mampu memberi tumpuan/mengantuk
Kelesuan/malas
Hilang selera makan
Buasir
Risiko pundi kencing tersumbat
Sembelit berisiko dapat KANSER. Bagaimana?
Apabila sembelit, najis yang mangandungi toksin tidak dinyahkan dengan sempurna untuk keluar dari badan. Seterusnya, menyebabkan paras molekul radikal bebas meningkat. Toksin dalam aliran darah sebabkan beban meningkat kepada hati untuk proses penyahtoksinan.
Najis mengeras dan mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Seterusnya, menyebabkan pembentukan KANSER usus besar dan kantung terbentuk pada kolon. Toksin terus menerus akan mengitari seluruh tubuh.
Jangan Panik! Cegah sebelum terlambat!
Tips atasi sembelit, cara-caranya:
Banyak minum air. Berapa liter? Perhatian kepekatan air kencing. Jika kuning pekat, maka perlu minum lebih banyak air.
Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin, kekacang dan sayur sayuran. Selain itu, buah buahan seperti prune dan tembikai. Karbohidrat kompleks seperti roti, gandum dan nasi.
Lakukan senaman dengan kerap. Senaman boleh tingkatkan kadar metabolisme tubuh dan seterusnya akan kuatkan otot perut dan usus untuk membantu membuang air besar lebih mudah.
Ambil makanan herba seperti halia dan kunyit untuk kuatkan hati dan cegah sembelit.
Cara mudah dan selamat yang lain adalah guna balm T-rub Tasneem. Khasiat 8 essential oils yang sangat membantu ada dalamnya. Antaranya, wildmint yang boleh membantu penghadaman dan mengendurkan otot usus. Serai dan halia yang kedua duanya berfungsi membantu sistem penghadaman dan membuang toksin dari badan. Juniper yang tak ramai orang sedar, mampu merangsang enzim pencernaan. Seterusnya, khasiat Juniper adalah mencegah jangkitan bakteria dan membantu menyerap protein, lemak dan nutrien daripada makanan.
“Saya sembelit tadi terus sapu T-rub, dah boleh membuang dah. Alhamdullilah. Berkesan T-Rub balm ni”
“Anak saya umur sebulan lebih, tidur malam susah sangat. Pukul 12 malam dia akan bangun sampai pukul 5 pagi. Tak nangis, tapi terjaga je. Saya pula yang risau nak biar baby seorang terjaga dan saya juga penat nak tunggu sampai pukul 5 pagi.”
“Apa perlu saya buat untuk betulkan waktu tidur baby saya? Saya tak larat dah, lagi-lagi dalam berpantang ni.”
Ini antara keluhan ramai ibu-ibu diluar sana apabila melibatkan jadual tidur baby yang masih normal lagi. Jangan risau! Anda tidak bersendirian. Kebanyakkan bayi terutamanya yang baru lahir kerap terjaga malam, baby tidak tahu dan tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur waktu malam.
Kenapa baby baru lahir sepanjang malam tak tidur ?
“Saya baru je bersalin tapi bayi saya susah betul tidur. Sampai saya tak cukup rehat dalam pantang ni. Kenapa ye baby susah tidur?”
Ibu dan ayah jangan risau, sebenarnya bayi susah tidur atas sebab beberapa perkara. Berikut adalah beberapa kemungkinan
1.Tidak boleh membezakan antara siang dan malam
Selama 9 bulan bayi duduk dalam kandungan ibunya tanpa tahu bila berlakunya malam dan bila berlakunya siang. Jadi ibu jangan risau, kalau melihat bayi malam tidak tidur, siang pula tidur terlalu lama. Sedikit demi sedikit boleh perbaiki pola tidur bayi nanti.
2. Bayi tidak selesa dengan suhu bilik
Sebagian bayi baru lahir sangat peka terhadap suhu. Mereka boleh rasa sangat tidak selesa bila suhu bilik terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Ini menyebabkan bayi tidak boleh tidur dengan lena. Jika tidur pun, mungkin mudah terjaga.
Apa yang ibu boleh buat tengok suhu bilik, jika terlalu panas, pasangkan kipas dan pakaian nipis sahaja kepada bayi. Jika terlalu sejuk pakaikan bayi dengan pakaian yang lebih tebal sedikit.
3. Merasa lapar atau terlalu kenyang
Bayi baru lahir akan kerap bangun untuk menyusu, bayi minum susu tidak terlalu banyak tetapi kerap. Jika bayi terlalu lapar pula, pasti akan membuatkan tak lena tidur malah meragam atau menangis minta susu.
4. Mengalami masalah kesihatan
Bayi juga seperti orang dewasa, jika demam pasti buatkan tidur tak lena. Selain itu, bayi juga mudah kembung perut. Jadi periksa perut bayi dan amalkan sapuan minyak telon yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan bayi ibu ayah kembung perut.
Apa yang harus saya lakukan? Ada beberapa perkara yang boleh ibu-ibu usahakan untuk bantu betulkan waktu tidur baby. Bukan mudah tapi inshaAllah boleh diiktiharkan. Jika selepas beberapa minggu masalah baby tidur malam susah masih berterusan, ibu cuba lakukan rutin ini :
Bangunkan baby pada waktu ibu biasa terjaga
Biasanya ibu-ibu akan bangun pada waktu pagi. Jadi jangan biarkan baby bangun lambat, walaupun malam tadi baby dah berjaga sampai pagi. Kejutkan baby. Jika ibu-ibu membiarkan baby tidur waktu pagi, ini akan menyukarkan ibu pada belah malam nanti.
Mandikan bayi
Mandikan bayi selepas dikejutkan tadi.Ini bantu baby rasa segar dan pakaikan pakaian siang.
Bermain dengan bayi
Berminlah dengan bayi sekerap yang mungkin pada waktu siang, walaupun baby sedang tidur nyenyak. Bangunkan baby menyusu ikut jadual.
Suasana bising dan terang
Buka langsir dan buatlah kerja-kerja biasa ibu-ibu buat. Buka TV atau radio, tak mengapa jika bising. Ini untuk melatih baby tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar bunyi.
Aktiviti malam hari
Pada sebelah malam, elakkan bermain dengan baby. Tutup lampu dengan pencahayaan yang sedikit. Ibu-ibu juga harus bertenang dan senyap. Bergerak dan cakap perlahan-lahan.
Rutin tambahan untuk tidur
Tambahan itu, ibu-ibu boleh juga amalkan rutin tidur malam ini untuk bayi, seperti;
Mandikan baby dengan air suam atau lapkan badan baby. Boleh mandikan baby dengan Calm Bath Tasneem Naturel. Mandian ini bantu baby rasa tenang, inshaAllah bila baby tenang lebih mudah baby tidur.
Massage atau urut baby sebelum tidur. Boleh sapukan Resty Oil atau Calm Time Balm Tasneem Naturel. Ini membantu baby rasa lebih relax dan tenang, inshaAllah baby akan kurang meragam. Bila baby kurang meragam, lebih mudah dia untuk tidur.
Selepas sapu Resty Oil atau Calm Time balm, sapukan pula Sleep Time Balm, balm bantu baby tidur lena. Balm ini ada kandungan essential oils seperti lavender, cedarwood, ylang ylang, Marjoram, Orange, Bergamot, Veltiver dan Roman Chamomile membantu memperbaiki pola tidur anak dengan lebih teratur.
Set Tidur Lena untuk si manja anda
InshaAllah lama-kelamaan baby akan mula belajar waktu siang untuk bermain manakala belah malam adalah untuk tidur. Proses ini mengambil sedikit masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika tidak diusahakan sekarang, bila lagi?
“Ibu baru lepas bersalin, dapat rehat secukupnya bila bayi pun tidur lena di malam hari”
“Syukur sangat, anak tidur lena sepanjang malam dengan asbab sleep time balm dan calm time balm ni”
Sanggupkah ibu, tidur lewat bersama-sama bayi? InshaAllah sedikit usaha ini mampu mengubah rutin tidur bayi untuk akan datang. Jangan ambil ringan masalah tidur bayi. Bayi yang cukup tidur, tumbesaran berlaku dengan baik inshaAllah.
Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur yang mencukupi serta berkualiti untuk merangsang perkembangan otak. Tidur yang mencukupi juga membantu memastikan perkembangan otak dan tubuh bayi membesar dengan baik, selain meningkatkan kecergasannya. Baca lebih lanjut disini.
Nak dapatkan Set Sweet Dream dari Tasneem Naturel, dapatkan di SHOPEE. Klik SINI.
Baby demam ? Suhu tinggi. Selsema batuk mula menjengah. Masa ini ibu mana yang tak risaukan. Tambahan lagi, yang demam itu bayi lagi. Kebiasaanya, petua yang boleh ibu-ibu buat untuk turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.
Tapi dikala kecemasan, jarang buah lemon ada di dapur dan nak menyediakannya pun agak leceh. Oleh sebab ini, Tasneem Naturel mengeluarkan produk mandian bayi berasaskan essential oils yang membantu melegakan batuk selsema dan demam.
Cara menggunakannya pun semudah ABC.
CF Bath Mandian Legakan Demam Bayi
CF bath dirumus dari ekstrak sireh dan tea tree oil sebagai antiseptik. Mandian ini juga mempunyai ekstrak strawberry yang merupakan agen pembersih kulit yang sangat bagus.
Selain itu, mandian ini juga terdapatnya
Lemon Oil : Boleh membantu menurunkan suhu ketika demam, dah tak perlu perah-perah lemon dah kan.
Orange Oil : Manfaat : Kaya dengan haruman sitrus yang meningkatkan semangat, membantu menghapuskan toksin dalam badan, membantu mengurangkan tekanan, membantu melegakan selsema dan asthma dan banyak lagi.
Cypress : Antivirus, antikuman dan melegakan sakit kepala dan migrain
Eucalyptus : Melegakan batuk dan kahak
Frankincense : Melegakan stress dan kahak
Tea Tree : Antivirus , membantu melegakan batuk kahak dan demam.
Fungsi CF-Bath Tasneem Naturel
CF-bath berfungsi untuk membantu menurunkan suhu badan. Selain itu, ia dapat membantu untuk melegakan batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan pernafasan dan membantu untuk mengurangkan kahak anak.
Cara penggunaannya pun mudah sahaja, mandikan anak dengan mandian ini, biarkan seketika biar khasiat essential oils meresap kedalam badan anak. Selepas itu, bilas sahaja sabun ini. Mudah sahaja. Jika ada CF Rub balm, bolehlah disapu selepas mandi.
Testimoni Pengguna CF Bath
Saya dah buka oxygen nya, Alhamdullilah nafasnya okey.Anak keluar kahak dan hingus banyakAlhamdullilah, dengan izin Allah kurang dah batuknya
Dapatkan CF bath Tasneem Naturel ini di shopee. Klik logo shopeedibawah.
Masa mengandung, buasir adalah perkara biasa dan ramai yang mengalaminya. Bagi Ummi, tak malu nak share sebab kalau tidak di rawat segera boleh sebabkan komplikasi sehingga kena pembedahan.
Buasir sudah cukup sakit dan jika terpaksa lalui pembedahan, ia tentu lebih menyakitkan bukan?
Berbalik pada buasir. Buasir atau Hemorrhoid terjadi akibat salur venus (veins) membengkak dan mengembang sekitar dubur (rektum dan anus).
Jenis-jenis Buasir
Ada 2 jenis buasir :
Buasir Dalam
Buasir jenis ini boleh berlaku pada bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia memungkinkan rasa sakit dan rasa gatal terutamanya ketika pembuangan air besar. Hujung yang keluar terasa lembut jika dipegang.
Buasir Luar
Buasir jenis ini pula berlaku di bahagian dalam rektum. Ianya buasir yang tidak sakit. Orang yang mengalami akan perasan bila darah keluar semasa meneran buang air besar.
Kenapa boleh terjadi buasir?
Apabila fetus (baby) makin membesar dalam rahim, rahim akan membengkak dan makin menekan salur venus. Tambah-tambah kalau sepanjang mengandung, kita banyak berdiri dan berjalan jauh. Atau ada masalah sembelit. Bila beranak, kita meneran terlalu kuat semasa beranak dan bole memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada.
Ummi alami untuk kedua-kedua kali tempoh kehamilan. Paling teruk anak kedua, kandungan sedikit besar. Bengkak dia sampai nak duduk pun boleh menangis. Tidur pun mengiring dan pernah terjaga sebab sakit tu terbawa-bawa dalam mimpi. Jadi, sepanjang tempoh berpantang. Ummi cuba ubat sapu kat ujung yang keluar tu tapi kerap berulang ke tandas buat ubat tu tak sempat nak berkesan. Ubat Daflon (ubat makan) Ummi tak berani nak ambil sebab pharmacist cakap tidak di galakkan bagi ibu mengandung atau menyusukan anak. Last, klinik bekalkan Ummi krim lignocaine (kebas) untuk tahan sakit. Tapi bukan boleh menyembuhkan.
Petua kecutkan buasir
Jadi, ummi cuba 4 tips tanpa ubat untuk kecutkan Buasir secara alami
1. Jaga pemakanan
Ummi mengambil makanan yang tinggi kandungan serat. Antaranya, sayur hijau seperti sawi dan juga bayam. Selain itu, bayam mengandungi magnesium yang boleh bantu kendurkan otot2 usus. Chia seed, makanan tambahan yang sememangnya tinggi serat.
Hanya tabur di atas nasik panas atau rendam dalam minuman. Selain buah-buahan dan sayuran hijau. Makanan yang ‘rare‘ sikit, ummi cuba pop corn. Pop corn perisa asli tanpa mentega kerana olahan makanan ini rendah kalori tetapi tinggi khasiat seratnya.
2. Elakkan sembelit
Tak dinafikan, sembelit adalah punca yang paling meyumbang kepada buasir. Untuk elak sembelit, dinasihatkan untuk minum air kosong kerap. Ada juga petua orang dulu yang melarang minum air banyak takut kembang bawah. Jangan risau, air kosong ini tidak memudaratkan.
Boleh minum air sikit-sikit tetapi kerap. Air boleh bantu melembutkan dan melancarkan pergerakan najis dalam. Tambahan lagi, air juga membantu untuk penghasilan susu badan ibu. Selain itu, jangan sesekali tahan berak!. Perbuatan ini boleh mengundang najis dalam rektum akan kering jika dibiar atau ditahan dari terus dibuang. Jangan takut untuk membuang, atasi ketakutan itu.
3. Petua Kampung
Ummi cuba petua kampung. Ceritanya, bila adik Ummi ke kedai, ada seorang Aunty Cina syorkan 1 paket kayu kering yang dah siap campur dengan manjakani. Rebus dan minum. Boleh dapatkan herba ini DI SINI.
Ummi amalkan minum tu dan tambah keletik kering (maaf, ini tuk berkongsi sahaja jangan ada yang fikir lain). Yang ni pula orang jual ubat-ubat tradisional syorkan. Air rebusan tu rasa sedikit kelat sahaja. Masih sedap untuk ditelan tak seperti ubatan herbal lain yang pahit atau kelat melampau. Senang je nak amal.
4. Sapuan T-Rub Balm Tasneem Naturel
Rutinkan sapuan Trubbalm dari Tasneem untuk elak sembelit dan menyediakan buasir untuk cepat sembuh. Bukan sahaja untuk baby malah sangat sesuai untuk orang dewasa. Trub ini antaranya mengandungi :
wildmild: essential oil yang boleh menbantu kendurkan otot2 usus.
serai: essential oil yang berfungsi dalam proses penghadaman.
halia: essential oil yang merangsang pengeluaran jus gastrik dalam membantu proses penghadaman makanan.
Alhamdulillah. Setelah 2 hari, ummi lupa pasal buasir. Tak sedar bila masa mengecut sebab sakit tu tak terasa. Tahu-tahu laju je bangun duduk. Baru teringat. ‘oh, buasir dah sembuh ek’ 😅.
Hilang seksa menanggung sakit tu. Semoga ada ibu-ibu kat luar sana boleh cuba semua ikhtiar yang Ummi buat dan terbukti berjaya.
Untuk dapatkan trub balm bagi bantu elak sembelit yang boleh sebabkan buasir boleh lah tekan gambar dibawah.
Untuk dapatkan Trub balm boleh lah tekan gambar dibawah ini. Atau boleh dapatkan terus dari shopee.
Sekian. Coretan perkongsian. Ummi EL
Bukan senang melahirkan satu lagi nyawa ke dunia ini kan?
Ini rahsia saya hilangkan kahak anak cara turun temurun. Sedikit tips buat ibu bapa yang gelisah ketika anak-anak kecil atau bayi baru lahir yang mengalami selesema, batuk dan kahak.
Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami batuk selesema dan kahak. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam.
3 JENIS BATUK BERBAHAYA PADA BAYI
Sebelum itu mari kenali 5 jenis batuk yang biasa berlaku pada bayi atau anak-anak, moga ini membantu ibu ayah pantau kesihatan bayi lebih baik lagi.
1. Bayi batuk berkahak
Jika bayi batuk berkahak ini mungkin disebabkan oleh selsema. Berikan anak minum air atau susu ibu yang banyak untuk membantu melegakan batuknya.
2. Bayi batuk seperti menyalak
Batuk seperti ini kedengaran seperti menyalak, dan kelihatan seperti sesak nafas pada anak maka ini mungkin tanda-tanda batuk croup. Batuk croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anda mengalami selsema.
3. Bayi batuk terkokol-kokol
Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol. Batuk ini disebabkan oleh bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.
Mari kita lebih berhati-hati agar si manja kita sentiasa sihat tanpa mengalami sebarang penyakit. Jika terkena batuk boleh iktihar dan pantau, jika perlu wajib terus ke klinik dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar.
TIPS HILANGKAN BATUK, SELSEMA DAN KAHAK BAYI
Ini rahsia saya hilangkan kahak anak cara turun temurun. Moga dapat membantu ibu-ibu menguruskan anak-anak dalam keadaan tidak sihat. Dibawah ini antara tips dan cara membuatnya yang boleh ibu amalkan.
1. Minum air kelapa
Cara hilangkan kahak anak yang pertama, ibu ayah boleh beri anak minum air kelapa yang asli tanpa campuran gula, ianya sangat membantu kahak keluar melalui hingus atau najis. Tetapi air kelapa ini tidak sesuai lagi untuk bayi 6 bulan kebawah.
2. Makan madu
Ibu ayah gunakan madu asli untuk legakan masalah batuk, selsema dan kahak anak. Ikuti langkah dibawah berikut;
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Untuk bayi seeloknya umur setahun keatas baru boleh diberikan madu,
madu + air Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa
3. Teknik tepuk @ percussion
Teknik tepukan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam badan. Anak kecil tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa. Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk menyenangkan kahak keluar.
Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak anak muntah susu. Ikuti langkah dibawah;
Bentukan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan berentak pada depan, belakang dan sisi anak.
Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk. Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.
4. Ambil Gas Nebulizer
Gas ini membantu untuk cairkan kahak, kahak akan keluar melalui najis atau muntah kerana wap-wap gas akan membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan.
5. Makan Makanan Tambahan – Omega
Makan makanan tambahan atau pun supplement. Cari makanan tambahan yang mengandungi Omega ia membantu mencairkan kahak.
6. Gunakan Bawang Putih
Ambil 2 ulas bawang putih dan minyak masak. Ikuti langkah dibawah ini;
Cara : -Bawang putih dibakar hingga lembut -Lenyekkan + cikit minyak masak -Lulur ke leher, dada, belakang baby
7. Gunakan Daun kaduk
Sediakan daun kaduk, kapur dan air. Ikuti langkah dibawah
Cara : – daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas – lulur ke dada, leher, belakang baby
8. Gunakan Kunyit hidup
Cara: – bakar kunyit hidup – gesek pada lesung batu – ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby.
Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.
9. Gunakan Thermal steam therapy
Kaedah ini memerlukan, anak untuk duduk berdekatan dengan air humidifier beberapa minit atau letak muka atas mangkuk air panas. Ini bertujuan untuk dapatkan wap dari air panas tersebut.
10. Menu Singo Pear
Tahukah anda pear korea @ singo pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak dan batuk dari segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak kanak secara semulajadi tanpa ubat.
✔️ Untuk cara kegunaan buah pear pada bayi dibuat dalam bentuk puri malah untuk kanak-kanak pula anda boleh potongkan kecil utk anak-anak makan.
11.No More Cough Relief Patch, Pelekat Batuk
Boleh cuba iktihar lekatkan pelekat batuk ini. Ini juga salah satu cara hilangkan kahak anak.
Dalam pelekat ini terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.
Pelekat batuk ini sesuai digunakan seawal bayi 3 bulan sehinggalah ke orang dewasa. Testimoni yang diterima dari pengguna pelekat No More Cough Relief Patch ini, syukur kesemuanya berpuas hati.
“Ibu-ibu diluar sana boleh try patch ini, kalau anak batuk memang patut try. Lagi-lagi waktu malam nak tidur. Korang letak je belakang dan dada anak. Boleh Tidur tanpa gangguan batuk”
“Batuk anak berkurang, di syor kan. Boleh buat stok untuk anak lepas ini”
“At first I’m quite skeptikal is it true this patch good? Since that my son has really bad cough, I have tried. Suprisingly it works and effectively. My son cough slowly reducing and he can sleep better at night now. Will repeat order soon. Thank You”
Pelekat batuk No More Cough Relief Patch ini menjadi teman rapat ibu-ibu yang ada anak kecil. Pelekat batuk yang membantu saat-saat kecemasan. Tambahan pula, kanak-kanak yang bawah setahun belum sesuai ambil pengambilan ubat. Jadi bolehlah ibu ayah iktihar untuk si manja anda dengan Pelekat batuk dari No More Cough Relief Patch ini.
Cara penggunaannya pun mudah sahaja, lekatkan pelekat ini di belakang dan dada anak sahaja. Jangan risau ibu ayah, pelekat ini tidak panas. InshaAllah seawal 3 hingga ke 4 hari boleh tengok perubahan pada anak.
Cara penggunaan No More Cough Relief Patch
12. Minyak Cengkih NMC
Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi bunga dan minyak nya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.
Di pasaran terdapat pelbagai jenama minyak cengkih yang dijual, ia nya mudah digunakan oleh ibu-ibu terutama dalam keadaan anak yang tidak sihat.
Bagi minyak cengkih keluaran No More Cough (NMC) ini ia sesuai digunakan seawal newborn hingga dewasa. Minyak keluaran NMC ini tidak panas atau berangin.
Dibawah adalah antara feedback dari pengguna minyak cengkih NMC ini.
Anak suka pakai minyak cengkih ini. Tak panas dan tak berangin. Batuk selesema pun berkurang
Alhamdullilah asbab guna minyak cengkih NMC batuk berkurang
KESIMPULAN
Bolehlah ibu-ibu cuba kaedah diatas ini, moga bermanfaat. Disamping iktihar dengan cara ini perlu juga ibu-ibu pantau keadaan anak. Jika lama sangat batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik.
Untuk info lanjut mengenai No More Cough Relief Patch dan Minyak Cengkih NMC klik gambar dibawah atau boleh buat terus pembelian di kedai shopee saya ada tawaran istimewa khas bagi yang membeli di kedai kami sahaja.
Cara yang boleh ibu guna untuk kurangkan selsema dan batuk bayi.
“Kesian ibu tengok bila adik asyik menangis tak selesa bernafas bila diserang selsema dan batuk. Nak tidur pun tak selesa, asyik terjaga sahaja. Nak diberi ubat masih kecil. Bayi bawah umur 2 tahun tidak digalakkan makan ubat sebarangan Pening ibu nak cari ikhtiarnya.”
Menurut Jabatan Kesihatan Malaysia penyebab utama gejala selsema dan batuk di sebabkan virus yang menjangkiti saluran penafasan di atas hidung, faring (tekak) dan laring. Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus penyebab utama jangkitan.
Jadi disini dikongsikan 10 cara dan bahan semulajadi untuk menghilangkan selsema dan batuk anak.
Semoga bermanfaat.
Cara kurangkan selsema batuk bayi
1. Tepuk Precious
Tepukan precious ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi.
Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan secara melengkung.
2. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala
Tidur bayi akan terganggu apabila diserang selsema. Ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.
3. Kerapkan Penyusuan Susu Ibu
Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
4. Mandian Lemon
Ibu boleh memandikan anak dengan beberapa hirisan buah lemon. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.
5. Kunyit Hidup
Secara tradisional kunyit boleh digunakan untuk membantu bayi selsema. Ibu hanya perlu menumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung, belakang badan dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali ulang, hingus akan kering dan melegakan pernafasan
6. Minyak Bawang Putih
Untuk mendapatkan minyak bawang putih, ibu hanya perlu membakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan.
7. Bawang Merah
Ibu hanya perlu mengupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan air bawang. Ibu hanya letak kan air bawang tersebut berdekatan tempat tidur bayi bawah dua tahun. Ini dapat mengeringkan selsema bayi.
8. Lemon , Halia, & Madu
Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
9. Spray Hidung
Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Ia nya dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri.
10. Gunakan Pelekat Batuk
Pelekat Batuk No More Cough Relief Patch
Ibu juga boleh ikhtiar dengan Pelekat batuk No More Cough Relief. Pelekat batuk dari herba ini akan membantu mengeringkan selsema dan melegakan batuk bayi. Pelekat ini sesuai dari bayi 3 bulan sehingga dewasa. Bagi anak-anak yang takut makan ubat, bolehlah di iktihar lekatkan pelekat dari herba ini. Dapatkan pelekat ini DI SINI.
Kandungan No More Cough Relief Patch
Pelekat batuk ini mengandungi pelbagai herba semula jadi yang membantu melegakan batuk dan juga kahak. Bayi seawal 3 bulan hingga dewasa boleh menggunakannya. Pelekat ini tidak panas apabila ditampal dan bau herba dari pelekat ini sangat menenangkan.
Selain itu, ibu ayah boleh sapukanwagas oil iaitu minyak cengkih pada anak. Cadangan penggunaan, sebelah siang sapukan wagas oil ini. Kemudian di sebelah malam lekatkan pula pelekat ini. InshaAllah iktihar ini membantu anak-anak yang batuk. Dapatkan wagas oil DISINI.
Wagas Oil Minyak Cengkih Melegakan batuk juga kahak
Wagas Oil ini dapat melegakan masalah hidung tersumbat, melegakan masalah pernafasan dan melegakan batuk. Untuk mendapatkan pelekat batuk dan wagas oil ini ibu boleh klik link dibawah untuk info lanjut.
Atau ibu ayah boleh dapatkan terus dari shopee. Klik logo shopee dibawah.
Saya Puan Syuhaidah adalah seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang anak. Tujuan website ini diwujudkan adalah untuk berkongsi info, pengalaman dan aktiviti bersama anak serta produk-produk berkaitan.