All Posts By admin

Senarai Stokis Dan Ejen Tasneem Naturel

Mencari balm atau produk tasneem naturel sekitar kawasan anda? Perlukan cepat? Team MomQhalif ada berdekatan anda. Hubungi sahaja mereka dengan klik nombor handphone mereka atau boleh terus walk in ke Kedai/butik yang join ventures dengan team MomQhalif.

InshaAllah mereka sedia membantu dan konsult ibu-ibu cara penggunaan balm dan produk yang lain.

Ejen Tasneem Naturel Team MomQhalif

SENARAI EJEN DAN STOKIS MOMQHALIF

Kuala Lumpur

Syuhaidah (Sg Besi, KL) – 0173453305

Ain (Desa Pandan, Keramat, Wangsa Maju & sekitar KL) – 0126679507

Ifwah (keramat, ukay perdana,setiawangsa) – 0189494551

Nashrah (Ampang, Keramat) – 01128028758

Putrajaya

Reyna (putrajaya & klia) – 0134916053

Selangor

Yuhana (Semenyih) – 0173182218

Nursyah Ain (Puncak Alam) – 0176707301

Julie (Setia Alam/Puncak Alam) – 0133252835

Syahadah (Hospital Serdang/ UPM) – 0179258776

Nurul Huda (Puchong) – 0125319076

Shazren Asyiqin (Puchong) – 01114309903

Amira (Puchong/Hulu Langat) – 0136003274

Iza Samad (Klang, Shah Alam) – 01113182285

Fie (klang, shah alam) – 0173808016

Amalina (Klang dan shah alam) – 01137013462

Azie (Klang / shah alam) – 0169206052

Sue (klang/bukit naga/ jalan kebun) – 0174241169

Azu (Cheras, Balakong, Tun Razak ) – 013-3405534

Ifwah (Ampang) – 0189494551

Mellyana (Petaling Jaya) – 01162050109

Hawa (Shah Alam, Jalan Kebun) – 01119967176

Intan Thuraiya (Meru & Saujana Utama) – 0132331460

Farizul ( Tanjong Karang) – 01126820325

Sarah (Batu Caves) – 012 6328941

Susi (Damansara) – 017 2421893

Nazeyla (Port Klang) – 0139325654

Yuhaniza (Port Klang) – 0183667024

Jus (kapar/tanjong karang) – 0176299351

Intan Norasyikin (Rawang) – 01124029135

Kedah

Yana (Baling, Kedah) – 019 2809173

Hamidah (Kroh dan Kuala Ketil) – 013-2609411

Zetty (Sg Petani) – 0104672927

Farazetti (Alor Setar) – 0193994260

Pulau Pinang

Madihah (Balik Pulau/Batu Maung, Penang) – 012 542 1093

Ain (Teluk Kumbar, Penang) – 013-5937278

Perak

Alin (Batu Kurau, Kamunting, Taiping) – 0175972308

Ummu (Ipoh) – 0142437274

Kelantan

Elly (KB dan sekitarnya, kok lanas, ketereh,peringat,melor) – 0189574042

Farahah (Kota bharu, kubang kerian, pengkalan chepa, machang, salor) – 011-6131 0132

Najihah ( wakaf cheyeh dan sekitar ) – 01129490901

Noor asmah (kota bharu, pasir pekan,wakaf che yeh, tumpat) – 01114976310

Zawani (Bachok, Perupok, Jelawat dan sekitarnya) – 0139316648

Fniey (Pasir Mas, Kota Bahru) – 0132477834

Zuraidah (Pasir Mas) – 01125723163

Norehan (Tumpat) – 0132056157

Pahang

Ainatul (Balok) – 01126027096

Kak fiza (Karak-Bentong) 010-4175461

Laily (Bera) – 0166522040

Amira (Genting Highlands) – 0174051626

Melaka

Zila (Tanjong Minyak) – klik SINI 0196570549

Hidayah ( Bertam / Cheng, Melaka) – klik SINI 0196402668

Salmah ( masjid tanah, kuala linggi) – 0163072127

Nana (Alor Gajah) – 01126023173

Wahidah (Bukit Rambai) – 0122892344

Nazipah (Sg Udang) – 0142355234

Negeri Sembilan

Fiela (Rembau, Senawang, Seremban) – 013 4302643

Aziah (Sikamat, Seremban) – 0192349207

Liza ( Senawang, Seremban, Sikamat) – 0127013912

Paklong (Port Dickson) – 0136217519

Syazana (Nilai, Sepang) – 0163307476

Ezzy (Nilai) – 0136360228

Johor

Nuraqilah Nazihah (Masai) – 0177389942

Rara (Pasir Gudang) – 0137967114

Siti Jaida (Johor Bahru) – 0194028603

Normah (Muar) – 0108281820

Hana Khafif (Kluang) – 0127989925

Farah Sabriena (Pasir Gudang) – 0137967114

Zubiyami (Kota Tinggi) – 0137295752

Nurhanis Idayu (Kota Tinggi) – 0137294517

Rosaida (Johor Bahru) – 0195507356

SENARAI KEDAI/FARMASI

Mom’s House Melaka, Taman Bertam Perdana, Melaka
PIC Zila -klik SINI 0196570549

MyHoneyKidzzone, Bandar Baru Uda, Johor Bharu
PIC Zila – klik SINI 0196570549

Q&Q Good Baby Shop, Taman Tanjung Minyak Perdana,Melaka
PIC Hidayah – klik SINI 0196402668

Madison Kids Baby Shop, Seksyen 15, Shah Alam Selangor.
PIC Hidayah – klik SINI 0196402668

NurizShar Baby Shop, Jitra Kedah, PIC Aida – klik SINI 0173453305

NurizShar Baby Shop, Bangi Sentral, Selangor, PIC Aida – klik SINI 0173453305

Friend’s Pharmacy, Pekan Sungai Besi Kuala Lumpur, PIC Aida – klik SINI 0173453305

SERTAI KELUARGA MOMQHALIF

Ejen balm Tasneem diperlukan

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga MomQhalif?


Share

Kelebihan Diterima Bayi Yang Selalu Diurut

Urut bayi? Memang banyak kelebihannya iaitu bayi dapat merasai belaian kasih sayang, ransang kesihatan, minda dan tumbesaran bayi. Jadi Ibu ayah kena rajin mengurut bayi baru lahir tapi perlu mengikut teknik yang betul.

kredit kepada : Mater

1. Atasi rasa tak selesa

Urutan dapat melegakan ketidakselesaan akibat kembung angin dan sembelit. Bagi bayi-bayi pra matang, urutan juga mengurangkan stress yang kerapkali berlaku apabila prosedur dilakukan ke atas mereka semasa berada di inkubator.

2. Erat hubungan ibu dan bayi

Mampu merapatkan hubungan yang erat antara ibu dan bayi. Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa juga menambahkan interaksi antara mereka.

3. Membantu meransang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas

Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15%. Malah mengalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik dan meransang perkembangan otot dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan.

4. Urutan untuk bayi pra matang

Bayi yang lahir pra matang akan bertambah beratnya 72 peratus dengan lebih cepat. Penambahan berat badan ini akan memastikan bayi boleh discaj dari hospital lebih awal lagi kerana mereka akan mencapai berat badan 1.8 kgdengan lebih cepat lagi. Bayi yang cukup bulan dan sihat pula mempunyai stress yang lebih rendah serta daya ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.

Bila Urutan Boleh Dilakukan ?

Urutan pertama boleh dilakukan apabila bayi stabil dan tali pusatnya telah tercabut dari abdomennya. Namun urutan tidak perlu dimulakan dengan segera. Ketika ini, menyesuaikan diri anda dengan rutin baru dengan bayi adalah lebih penting daripada memulakan urutan.

Kredit kepada majalah Pa&Ma

Ibu-ibu boleh cuba buat urut bayi menggunakan massage oil dari Tasneem Naturel yang akan dilancarkan 1 march 2019.

Didatangakan dengan 3 produk iaitu:

  • Head to toe
  • Massage Oil
  • Lotion

Baby spa set ini dihasilkan 100 peratus dari bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya. Selamat untuk penggunaan seawal newborn. Dalam set ini ada booklet panduan urutan untuk bayi.

Untuk tempahan boleh hubungi whatsapp MomQhalif

Share

Punca Anak Mengamuk Atau Tantrum

Anak mengamuk? Tantrum? Asal tersilap sikit mulalah anak tunjukkan emosi memberontaknya. Peningkan bila anak mula mengamuk atau tantrum? Bukan mudah untuk atasi anak dalam keadaan begini dan semestinya emosi ibu ayah juga akan terusik.

Jika tidak dikawal ibu ayah juga boleh sama tantrum!

Biasanya anak tantrum ketika berusia 1 tahun setengah hingga 2 tahun setengah yang mana mereka mula memberontak, buang barang, protes dan merajuk.

Antara punca kenapa anak mengamuk atau tantrum

1. Keletihan

Anak-anak yang keletihan dan tak cukup rehat akan mudah terganggu emosinya. Maka, jika sesuatu berlaku anak-anak ini akan mudah menangis, mengamuk atau tantrum.

2. Kelaparan

Bila kita yang dewasa lapar pun boleh mengundang emosi negatif, begitu juga anak-anak. Lagi anak kecil belum pandai mengawal emosi, jadi bila kelaparan ada anak-anak mula menzahirkan rasa tak puas hati, menangis atau mengamuk.

3. Tak cukup tidur

Anak kecil memerlukan waktu tidur yang berkualiti bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Jadi bagi anak yang tidak mendapat tidur yang cukup atau lebih tepat lagi, berkualiti akan mudah keletihan. Akhirnya, mereka akan mudah mengamuk.

Tidur yang tak cukup juga boleh menganggu perkembangan tumbesaran anak-anak. Baca sini kesan anak tak cukup tidur.

4. Kecewa

Selain kita yang dewasa, anak-anak juga boleh wujud rasa kecewa . Misalnya, anak-anak akan menjadi cepat marah apabila mereka tidak dapat sesuatu yang sangat mereka inginkan.

Dalam erti kata lainnya, mereka gagal. Kegagalan inilah yang mendorong wujudnya rasa kekecewaan, dan akhirnya kemarahan itupun meledak

5. Terikut sifat emosional ibu ayah

Sikap ibu bapa juga sangat mempengaruhi anak-anak. Jika ibu bapa selalu menunjukkan contoh mudah marah, tidak mustahil anak-anak juga akan terikut character pemarah ini.

Jadi cek diri kita, adakah kita bersifat emosional?

Semoga ini akan dapat membantu kita mengendalikan anak-anak .

SHARE SEKIRANYA ANDA RASAKAN IA BERMANFAAT

Share

7 Tips Bercakap Dengan Anak Secara Positif Dan Terbaik

Mendidik anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah memerlukan kemahiran komunikasi yang tepat dan baik apabila berdepan dengan anak-anak.

Kemahiran berkomunikasi secara positif sememangnya wajib dilakukan oleh ibubapa. Ini saya kongsikan, tips dari Dr Norzila Zakaria dari Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia.

1. Jadilah pendengar yang baik

Fikirkan bahawa kita mahu mendengar masalah dan membantu anak menyelesaikan masalah tersebut. Berikan sepenuh perhatian kepada perkara yang anak cuba sampaikan.

Pandang matanya, biar kita sama paras dengan anak ketika itu. Jika anak duduk, kita juga perlu duduk. Jika anak berdidri jadi kita perlu rendahkan badan supaya sama paras dengan anak. Mata kita setentang mata anak.

Tunjukkan wajah yang kita bersedia mendengar luahan hati anak.

2. Beri perhatian kepada emosi anak

Bila kita memandang wajah anak, analisa emosi mereka. Adakah mereka dalam keadaan terkejut, gembira, sedih, malu, takut, marah dan sebagainya. Emosi anak boleh juga dikesan dari intonasi suara dan gerak tubuh mereka.

Kita boleh bertanya mengapa mereka kelihatan sedih seperti itu.

3. Akui emosi anak

Bila mereka memberikan jawapan tentang emosi atau perasaan mereka, akuilah perasaan itu dan jangan sesekali menidakkannya seperti “Ala… macam tu pun nak kecil hati?” tetapi hendaklah kita tanyakan semula benarkah mereka merasa demikian. “Oh jadi abang rasa kecil hati bila ayah kata begitu ya?”

Pengesahan emosi yang mereka sedang alami ini akan memudahkan kita menyelesaikan masalah mereka. Jika mereka takut, kita tenangkan. Jika mereka marah, kita redakan.

Namun adalah sukar untuk memahami emosi anak yang pendiam dan tidak mahu bercerita. Dalam hal ini kita mungkin pelu meneka emosi mereka berdasarkan reaksi mereka pada soalan kita.

4. Tangguhkan pembetulan dan dapatkan maklumat lanjut

Sebagai ibu bapa, kita jangan terlalu cepat memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah tanpa mengetahui cerita lanjut. Anak pasti akan kecewa kerana mereka mempunyai sudut pandangan mungkin berbeza daripada apa yang kita lihat.

Mereka mahu memberitahu isu lain tetapi oleh kerana kita terlalu cepat memberikan respon, masalah sebenar tidak kita dengari dan ini menyebabkan anak-anak kecewa.

5. Lihat situasi itu dari sudut pandang anak

Banyak kali kita bertindak kepada anak-anak kita seolah-olah mereka adalah orang dewasa. Anak-anak jadi bingung dengan tidakan ibu bapa. Contohnya mereka tidak faham mengapa mereka perlu masuk tidur pada jam 9 malam. Kita sepatutnya belajar untuk menerangkan kepada anak dengan baik. Terangkan satu persatu mengikut tahap umur mereka.

6. Elakkan memalukan anak, fokus kepada tingkahlakunya

Ramai dalam kalangan ibu bapa memalukan anak-anak tanpa disedari. “Maaflah anak saya terjatuhkan buku ini, Siti ni macam tak ada mata, tak tengok mana nak letak”

Adalah lebih baik jika kita kata, “Maaflah anak saya terjatuhkan buku ni,dia tak perasan meje tu senget”. Kemudian bercakap pula dengan anak kita, “Siti letak elok-elok buku tu ya”. Dengan berkata begitu kita mengakui kesilapan anak kita dan memberikan keyakinan kepada anak kita bahawa kesilapannya itu boleh diperbetulkan.

7. Galakkan anak berfikir secara proaktif

Bila anak mengadu atau bertanya, galakkan anak-anak memberi pilihan jawapan. Dengarkan jawapan dan cadangan dari anak-anak kita. Kemudian berbincanglah dengan mereka. Lihat bagaimana mereka seronok memberikan pandangan dan terasa dihargai bila pandangan mereka diambil kira dalam membuat keputusan.

Ini pastinya memberikan keyakinan kepada anak-anak untuk menyuarankan pendapat pada masa akan datang.

Sumber : Siti Ramlah Mahmud (penulis)

Moga dengan tips ini dapat kita pelajari cara berkomunikasi dengan baik dengan anak. Sedangkan Rasullulah saw dulu pun sangat meraikan kanak-kanak. Kita contohi tauladan dari Rasullulah saw.

Anak susah ikut arahan cuba baca sini. Ikhtiar dengan Calm Time balm untuk anak mudah tantrum.

Share

Senarai Kelengkapan Asas Untuk Bayi Baru Lahir

Ibu ayah mesti teruja menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga, lagi-lagi bayi pertama dan semestinya ibu ayah juga sangat teruja untuk membeli kelengkapan bayi. Disebabkan terlalu teruja, kadang kala perkara yang dibeli bukanlah keperluan penting.

Ini saya kongsikan tips dari Puan Intan Jastina Jamaluddin panduan asas membeli kelengkapan bayi baru lahir.

1. Set Tilam

Beli set tilam beserta dengan satu bantal tidur dan dua bantal peluk. Pastikan tilam di perbuat daripada kain cotton sepenuhnya.

set tilam

2. Selimut (hood)

Pastikan anda membeli selimut yang ada penutup kepala di hujungnya (hood). Selimut ini bukan sahaja berfungsi semasa bayi tidur, malah boleh digunakan semasa mahu membawa keluar seperti ke hospital.

3. Kain Lampin

Beli kain lampin yang tebal. Tidak perlu membazir dengan membeli terlalu banyak. Biasanya kain lampin ini digunakan sebagai bedung bayi. Lampin berwarna putih adalah lebih tebal dan berkualiti daripada kain lampin yang bercorak.

4. Set Mandian Bayi

Set mandian khusus untuk bayi perlu dibeli kerana dia perlukan barangan yang sesuai dengan kulitnya yang halus. Belilah satu set bersaiz sederhana yang tahan untuk kegunaan selama sebulan. Set mandian ini termasuklah gel mandian, syampu, losen dan bedak.

Baby Spa Set Tasneem Naturel

5. Stokin Tangan dan Kaki

Stokin tangan dan kaki perlu dibeli banyak. Sebaik-baiknya enam pasang. Hal ini kerana anda perlu kerap menukar pemakaiannya setiap hari.

6. Baju

Jumlah baju yang sesuai dibeli untuk bayi adalah 10 hingga 12 pasang sahaja. Semua baju ini tidak boleh dibeli didalam saiz baru lahir sepenuhnya. Bayi cepat membesar, jadi seelok-eloknya beli baju dengan satu saiz lebih besar iaitusaiz 3-6 bulan.

7. Barut Bayi

Barut penting untuk bayi. Walaupun ada barut jenis tampal (velcro) yang lebih mudah dan praktikal, namun barut bertali daripada kain cotton jangan dilupakan. Jenis ini lebih tahan lama penggunaanya walaupun dibasuh berkali-kali.

8. Lampin Pakai Buang

Lampin pakai buang saiz bayi baru lahir antara yang perlu dibeli. Namun,jangan dibeli dalam kuantiti yang terlalu banyak keran bayi cepat membesar. Malah anda juga belum mengetahui keserasian lampit terbabit dengan kulit bayi. Cukuplah sekadar satu pek sahaja.

9. Besen Mandian

Dengan perkembangan idea dan industri peralatan bayi, pelbagai jenis besen mandian khas bayi wujud di pasaran. Ada yang jenis besen besar yang biasa, ada yang seperti pelampung, yang mudah dibawa berjalan, konsep hammock dan banyak lagi. Perkara paling asas ialah anda memerlukan bekas untuk mengisi air dan memandikan bayi anda.

10. Kits Kesihatan Bayi

Bayi baru lahir mempunyai antibodi yang rendah, jadi ada bayi yang mudah terkena batuk selsema. Selain itu, mudah juga bayi baru lahir terkena kembung perut. Pasti dalam keadaan ini bayi susah tidur dan mudah pula meragam. Jadi Kits kesihatan dari balm Tasneem Naturel sangat penting untuk persediaan bayi.

Moga panduan ini dapat membantu para ibu bapa menyediakan kelengkapan bayi dengan sebaiknya.

Share

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Atasi Masalah Anak Sembelit

Masalah sembelit dikalangan bayi atau anak kecil biasa berlaku. Masalah ini semestinya mendatangkan kegusaran dikalangan ibu-ibu. Apa tidaknya melihat si manja menangis, meragam sambil memegang perut tanda tak selesa ketika membuang.

Merah-merah muka si manja meneran tapi najis tak juga keluar. Masalah sembelit ini biasa berlaku pada anak yang menyusu susu formula dan sudah mula makan makanan pejal. Jarang pula berlaku pada anak yang menyusu badan.

Sembelit berlaku apabila anak tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan,ibu ayah perlu membawa anak untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptom yang boleh dilihat termasuklah:

  • meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  • abdomen yang keras;
  • sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  • najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  • najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Tips Atasi Sembelit Si Manja Anda

1. Buat gerakan kayuh basikal

Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.

2. Tukar susu formula

Jika anak menyusu susu formula, cuba tukar susu lain. Mungkin ibu perlu tukar beberapa kali susu si manja.

3. Minum banyak air

Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar untuk anda anda. Serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya.

4. Yogurt

Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.

5. Serat Larut

Berikan si manja anda serat larut, serat larut ini boleh didapati di farmasi. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda. Tapi ingat! Serat larut ini tak sesuai untuk bati bawah usia satu tahun.

6. Urut Anak Dengan T-rub Balm

Ibu-ibu boleh cuba urutkan si manja secara perlahan-lahan untuk berikan kelegaan pada anak, caranya ialah

  • Beri mereka mandian suam untuk tenangkan mereka dan sediakan diri untuk diurut.
  • Baringkan anak atas katil.
  • Sapu T-rub balm pada perut si manja dan urut perut anak perlahan-lahan dengan urutan ‘I LOVE U”.
  • Gabungkan urutan dengan gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal 
URUTAN “I LOVE U” UNTUK SI MANJA ANDA

Share

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kawasan Kroh Dan Kuala Ketil

Assalamualaikum wbt

Nama diberi Hamidah binti Z Rosli. Lebih dikenali dengan panggilan Ida. Anak ketiga dari lima adik beradik. Berumur 28 tahun.

Pemilik akaun facebook Bunda Umar dan instagram tasneemnaturel_Baling_Bunda.

Ida sendiri berdepan dengan masalah selsema bila musim tidak menentu dan kesukaran untuk melawas dan membuang setiap hari sangat2 stress. Keadaan ini mengganggu kerja Ida di office. Melihat kepada kakak ipar yang selalu sapu kan sesuatu kepada anaknya semasa selsema menarik perhatian Ida untuk mencuba apakah balm yang digunakan? Bermula dari melihat anak saudara Ida muntah kahak dan membuang dengan banyak selepas menggunakan Balm Tasneem Naturel terdetik dihati untuk mencuba. Rasa teruja sebab dari kecil hingga dewasa boleh menggunakan balm Tasneem Naturel. Dengan berasaskan bahan semulajadi yang digunakan dalam produk ini, rasa tidak ada was2 untuk Ida menyebarkan kebaikkannya.

Ida sangat berbesar hati ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk memudahkan, mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak tersayang.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel ibu-ibu ayah-ayah boleh hubungi saya di 013-2609411(Ida).

Saya tidak menjanjikan emas permata, mutiara dan timah tetapi insyaAllah saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam memudahkan penjagaan anak-anak, Amanah kurniaan Allah swt yang tak ternilai.

Share

Kesan Selalu Memarahi Dan Pukul Anak

Sebagai ibubapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya bagaimana cara kita melayan atau medidik anak begitulah sikap anak akan terbentuk. Kita adalah acuan bagi anak-anak.

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan

Apakah kesan lain jika anak selalu dimarahi atau di pukul:

1. Mengaktifkan Bahagian Otak Bawah

Apabila anak dimarah, bahagian otak bawah anak akan diaktifkan (trigger) iaitu “Reptilian Brain” atau otak “Primitifnya”. Otak ini asasnya untuk proses “survival needs” iaitu makan. minum, tidur, bersih, selesa yang memberi emosi selamat, tenang kepadanya.

Ringkasnya bila anak dimarah bahagian otak ini akan diaktifkan dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat. Jadi anak akan bertindak balas untuk melawan semula iaitu dengan jerit, pukul dan melawan.

2. Membentuk Personaliti Negatif Anak, Agresif

Apabila berterusan memarahi anak, bahagian otak bawah anak akan sentiasa diaktifkan, jadi anak tindak balas anak ini (marah,tengking, pukul) akan diterapkan dalam personalitinya.

Sehingga dewasa personaliti ini akan dibawa dan semestinya personaliti begini sukar untuk mereka membimbing dan membentuk keluarga atau organisasi kelak.

3. Kurang Keyakinan Diri

Banyak kajian mendapati anak-anak yang diperlakukan sebegini cenderung untuk mengalami kemurungan, rendah nilai moral, dan bermasalah dari segi sosial. Ini kerana, sejak kecil lagi mereka kurang mendapat galakan positif dan sentiasa menganggap diri mereka ‘jahat’ akibat selalu dipukul.

Oleh itu, mereka akan membesar menjadi seorang yang tidak konfiden dan sukar membuat pertimbangan dan keputusan yang baik untuk diri sendiri.

4. Anak Sukar Mempercayai Ibu Bapa

Perbuatan memukul anak akan menjadikan anak ketakutan dan tidak percayakan ibu bapa mereka. Anak sering menganggap hukuman itu tidak adil kerana mereka masih belum dapat berfikir dan melihat masa depan sejauh ibu bapa mereka.

Akibatnya, mereka akan membina ‘dinding’ dan berlakulah jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Apabila terdapatnya ‘kelopongan’ ini, maka anak-anak akan mengisinya dengan mencari perhatian orang lain. Selain itu, mereka mungkin lebih mudah percayakan seseorang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berniat jahat terhadap mereka. Bahaya, bukan?

5. Daya Berfikir Yang Lemah

Apabila ibu bapa sentiasa memukul tangan anaknya dengan perlahan apabila mereka mencapai perkara yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, tangan itu adalah salah satu cara mereka meneroka dan belajar. Sebuah perbandingan mendapati anak yang dipukul tadi mengehadkan kebolehan tangan mereka dan akhirnya menjadi kurang mahir mengendalikan persekitarannya.

Menurut Elizabeth T. Gershoff,  Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin analisis yang dilakukannya mendapati semakin kerap seseorang anak dipukul, semakin buruk pencapaian akademiknya.

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

Sentiasa ingat bahawa anak adalah rezeki dan anak juga adalah ujian daripada Allah. Allah kurniakan anak kepada kita untuk kita belajar pelbagai perkara termasuk belajar cara untuk mengawal emosi kita.

Share

Anak Susah Nak Ikut Arahan Cuba 5 Perkara Ini

Macam mana kita ibu bapa boleh kendalikan tingkah laku anak yang mencabar contohnya macam tantrum, tidak dengar kata dan melawan. Maknanya anak buat lain dari yang kita mahu.

Saya nak kongsikan 5 cara macam mana kita nak becakap dengan anak supaya boleh mengurangkan stress kita sebagai ibubapa agar kita sendiri tak tantrum seperti anak juga.

Tantrum maksud disini ialah mengamuk, meragam.

Kalau kita terbawa atau terikut-ikut dengan anak kecil ini especially yang bawah 6 tahun yang masih otak kanan ini kita pun terbawa dan kita pun jadi tantrum macam anak kita.

Perkara yang boleh lakukan, boleh teruskan bacaan sehingga habis.

1. Elakkan Perkataan “Jangan”

Contohnya anak berlari kita kata “jangan berlari”. Bila hujan turun anak saja main bawah hujan biasa kita cakap “jangan main hujan”. Kalau anak lompat atas sofa kita kata ” Jangan lompat atas sofa” jadi kita ubah, kita stop, kita elak gunakan perkataan “jangan”.

Sebabnya bila kita kata jangan anak-anak kecil ini dia tak nampak apakah itu jangan tapi dia nampak bila “jangan berlari” dia nampak berlari maka dia akan lagi berlari. Jadi semua orang pun tahu bila kita sebut jangan itulah yang anak-anak akan buat. Jadi kita elakkan perkataan “jangan”.

2. Terus Sebut Apa Yang Kita Mahu Anak Lakukan

Contohnya, saya masih ingat masa anak saya setahun lebih suami nak tangkap gambar dia ramai-ramai dengan kanak-kanak lain suami kata, “jangan bergerak” jadi budak-budak ni pun bergerak-gerak, saya kata dengan suami, “abang tak boleh sebut jangan”. Suami fikir sekejap dan suami kata, “okey berdiri tegak”. Jadi budak-budak pun terus berdiri tegak.

Sebabnya kita terus beritahu apa yang anak-anak kena lakukan. Jadi katalah dia lompat atas sofa, kita terus kata”lompat dekat lantai”. Terus sebut apa yang kita nak anak lakukan.

3. Sebut Apa Yang Kita Tidak Mahu Anak Lakukan Disusuli Dengan Apa Yang Kita Mahu Dia Lakukan

Contohnya masa anak saya belajar toilet training dulu masa dua tahun lebih dia kerap kali tercicir kencing, biasa saya sebut “kencing dalam tandas sahaja, kencing dalam tandas”.

Tapi bila saya belajar teknik menyebut peraturan yang betul pada kanak-kanak, saya belajar untk sebut tidak disusuli apa yang boleh iaitu “tidak boleh kencing di ruang tamu, ruang makan tetapi hanya kencing di tandas”. Saya sebut peraturan itu dan Alhamdullilah success.

So anak faham apa yang tidak boleh dalam masa yang sama anak faham tahu yang dia boleh. Tidak boleh lompat atas sofa atau katil tapi boleh lompat atas lantai.

Yang itu untuk anak yang dah 2 tahun lebih nak dekat 3 tahun sebab mereka dah mula nak boleh berfikir tetapi untuk anak yang kecil iaitu 2 tahun kebawah terus beritahu apa yang kita nak dia buat.

4. Beritahu Awal Sebelum Kita Nak Pergi Atau Lakukan Sesuatu

Contohnya kita nak pergi rumah uncle A, ” jadi main elok-elok dengan kawan nama B”. Kita beritahu awal supaya kita dan anak bersedia.

“Ok, kita nak pergi stesen minyak hanya boleh beli air kotak warna putih satu sahaja”

“Kita nak pergi Giant, boleh beli mainan satu sahaja”

Maknanya beritahu sebelum, bila beritahu sebelum kanak-kanak bersedia jadi kuranglah tantrum atau perkara yang diluar jangkaan. Jadi anak sudah tahu apa batasan yang ibu bapa telah letakkan.

5. Buat Closure Sebelum Balik

Buat closure sebelum kita balik sebab anak bila dah attached atau tengah gembira, jadi anak-anak kadang-kadang tak nak lepaskan atau tak nak balik.

Contoh, anak main di taman permainan, dia sangat happy. Kita kata, ” ok! lagi 1 minit” dan kita kata, ” bye bye taman permainan, minggu depan saya datang lagi”.

Ulang dan ulang perkataan ini, nanti inshaAllah anak akan ulang semula apa yang kita perkatakan. InshaAllah anak 2 tahun lebih ke 3 tahun lebih boleh ulang perkataan kita.

Kelebihan teknik closure ini anak akan rasa tidak terkilan sebabnya anak dah “let go” dan dah bersedia. Jadi lebih mudah, makanya tidak berlakulah tantrum.

Moga tips ini membantu para ibubapa untuk menguruskan anak dengan lebih baik. Boleh share entry ini untuk manfaat bersama.

Ikhtihar atasi tantrum anak dengan calm time balm dari Tasneem Naturel

Sumber : Puan Maznah Ibrahim

Share

Balm Tasneem Naturel Membantu Atasi Masalah Bayi dan Anak kecil

Naluri ibu mahukan terbaik untuk anak

Produk berasaskan essential oils atau pati tumbuhan semakin mendapat tempat dihati ibu-ibu masa kini. Mana tidaknya, balm dari essential oils ini semestinya dari bahan semula jadi. Jadi tiada keraguan untuk digunakan pada bayi atau kanak-kanak.

Ada pelbagai jenama minyak pati di luar sana dan dalam banyak- banyak jenama ini saya suka pada satu jenama iaitu Tasneem Naturel.

Tasneem Naturel merupakan suatu jenama produk penjagaan bayi yang dipercayai ramai ibu bapa. Balm bayi  semulajadi keluaran Tasneem Business Legacy Sdn Bhd ini wajib dimiliki oleh setiap ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil.

Secara umumnya ada 4 masalah utama yang biasa terjadi pada anak kecil terutama bayi iaitu:

  1. Anak sukar tidur
  2. Anak tantrum, suka mengamuk
  3. Anak selsema, batuk dan berkahak berpanjangan
  4. Anak kembung perut dan sembelit

Balm Tasneem Naturel ini membantu keempat-empat masalah di atas. Yang menariknya balm Tasneem Naturel ini diperbuat dalam bentuk balm kerana untuk memudahkan ibu-ibu terus sapu pada anak tanpa menggunakan diffuser untuk mendapatkan manfaat dari essential oils yang ada.

Minyak pati atau essential oils tidak boleh disapukan terus pada kulit. Ada dos yang sesuai untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. Tetapi lain pula pada balm Tasneem Naturel kerana balm ini telah dirumuskan dan dos essential oils yang terkandung dalam balm sesuai untuk kegunaan bayi hingga orang dewasa.

Oleh itu, balm Tasneem Naturel ini boleh disapu terus pada bayi atau kanak-kanak.

Selain itu, balm Tasneem Naturel ini tiada bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, Balm bayi Tasneem Naturel diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM.

Bahan asas yang terkandung dalam balm Tasneem Naturel :

1. Esssential Oils (Mengikut Jenis Balm)

Setiap balm tasneem mempunyai 7-8 jenis essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok dinamakan telah di ‘dilute’.

Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Balm tasneemnaturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.

Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

3. Shea Butter

Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.

Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

4. Almond Oil

Minyak almond adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak almond sudah terkenal dengan 1001 manfaat.

Balm Tasneem Naturel mempunyai 5 jenis balm :

  • Sleep Time Balm
  • Calm Time Balm
  • CF-Rub Balm
  • T-Rub Balm
  • Skeenz Balm

Sleep Time Balm

Sleep time balm sesuai untuk membantu anak anda supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria. Baca lebih detail disini.

Kelebihan Sleep Time adalah dengan menyelesaikan masalah:

  1. – Anak susah tidur malam
  2. – Anak tidak tidur lama atau nyenyak
  3. – Orang dewasa yang tidur tidak teratur
  4. – Masalah tidur malam bagi kanak-kanak atau orang dewasa

Calm Time Balm

Calm time balm sesuai untuk bayi yang meragam. Membantu anak anda menjadi lebih tenang dan ceria. Baca lebih detail disini.

Kelebihan Calm Time adalah menyelesaikan masalah:

  1. – Anak kuat meragam dan tantrum
  2. – Anak kurang fokus
  3. – Anak sering menangis

Malah ia juga berfungsi dan berkesan kepada orang dewasa.

CF-Rub Balm

CF-Rub balm sesuai untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asma, mencairkan kahak dan mengurangkan suhu ketika demam.

Selain itu, balmini membantu melegakan hidung yang tersumbat juga bunyi kahak pada baby semasa bernafas. Baca lebih detail disini.

T-Rub Balm

T-Rub balm sesuai untuk sakit perut, gastrik, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan membantu masalah penghadaman.

Bagi saya T-Rub balm sangat wajib untuk ibu-ibu yang ada kecil terutamanya sudah mula makan makanan pejal kerana ada kebarangkalian anak akan mengalami sembelit. Jadi balm ini sangat membantu. Baca selanjutnya disini.

Skeenz Balm

Skeenz balm sesuai untuk masalah kulit sensitif, gatal-gatal, ruam dan ekzema.

Testimoni Pengguna

“Dulu susah tidur, sekarang sejak ada balm dah mudah tidur”

-Testimoni sleep time balm

“Sapu masa nak keluar rumah dan lepas penat main, Alhamdullilah anak-anak GOOD MOOD & HAPPY!”

-Testimoni Calm time balm

“Keluar lendir kahak, selsema dah kering!”

– Testimoni CF-Rub

“Lepas sapu t-rub tak sampai setengah jam anak buah terus berak! Eksperimen Berjaya!”

– Testimoni T-Rub balm

“Serasi sangat-sangat! Untuk anak jenis kulit sensitif”

-Testimoni skeenz balm

Boleh dapatkan balm tasneem naturel dari pengedar balm ini atau terus hubungi saya di whatapp 017-3453305. Boleh juga terus buat pembelian ke shopee MomQhalif

Share

0
Your Cart