All Posts By admin

Pengedar Tasneem Naturel Baling, Kedah Dan Sekitarnya

Assalamualaikum wbt

Nama diberi Nordiyana Binti Yahya. Lebih mesra dengan nama panggilan Ibu yana atau buyana. Anak kelima dari tujuh adik beradik. Ibu kepada dua orang puteri manis. Berumur 31 tahun dan berasal dan menetap di Kedah

Pemilik page Aqbabyland dan instagram tasneemnaturel_baling_kedah.

Disebabkan keberkesanan produk ini dalam membantu masalah anak saya yang selsema dan batuk yang teruk suatu ketika dulu. Membuatkan saya menceburkan diri dalam dunia Bisness Online, disamping dapat membantu lebih ramai anak dan ibu2 diluar sana, saya juga mendapat Income untuk membantu ekonomi keluarga saya.

Balm Tasneem Naturel merupakan produk bumiputera dan diiktiraf halal oleh JAKIM serta berkelulusan KKM. Isi kandungan yang tidak mempunyai bahan-bahan terlarang, menyebabkan saya lebih yakin akan fungsi dan keselamatan produk. Ternyata asbab dengan hanya sapu-sapu ini, baby lebih mudah diuruskan. Semuanya atas izin dariNYA. Alhamdulillah.

Pengalaman mudahnya menguruskan baby bersama Tasneem Naturel membuatkan saya terus mendaftar sebagai agen sah Seluruh Malaysia dan merupakan agen kawasan Baling, Kedah. Saya sedia membuat penghantaran di kawasan Baling,kupang,pengkalanhulu, Sik serta kawasan berhampiran bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan balm ini dengan segera.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 019-2809173 (Buyana). Saya

Saya tidak menjanjikan yang bulan, bintang dan matahari, tetapi insyaAllah saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam mudahnya menjaga anak-anak, Amanah kurniaan Allah swt yang tak ternilai.

Share

Tips Anak Masuk Tadika

PERSEDIAAN PENTING SEBELUM HANTAR ANAK MASUK KE TADIKA

Sudah pun masuk ke tahun baru, 2019. Kebiasaanya, pada awal tahun begini sudah menjadi rutin ibubapa yang mempunyai anak 4 tahun keatas menghantar anak ke tadika (playschool) atau sekolah.

Tapi bagi ibubapa yang pertama kali mendaftarkan anak ke tadika pasti tertanya-tanya bagaimana reaksi anak ketika di hantar ke tadika dan ditinggalkan disana. Adakah menangis, meraung atau bersemangat bertemu rakan-rakan baru?

Perasaan ini normal bagi ibubapa, tak perlu terlalu risau. InshaAllah dengan persediaan yang cukup segalanya pasti akan berjalan lancar.

1.  TIDUR YANG CUKUP DAN KONSISTEN

Dalam tempoh 1-2 bulan ibu ayah bolehlah melatih anak untuk tidur awal di waktu malam dan bangun awal pagi yang konsisten. Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk anak terutamanya yang perlu ke tadika atau sekolah.

Tidur yang tak cukup, dikhuatiri akan buat anak letih diawal pagi dan rasa tidak bersemangat. Bila ini berlaku, kemungkinan besar anak menangis atau meragam semasa ditinggalkan adalah besar.

2. BAWA ANAK MELAWAT TADIKA

Kebiasannya, setiap tadika akan buat “open day” ketika inilah peluang untuk ibubapa membawa anak bersiar-siar sekitar kawasan tadikanya. Buatkan anak rasa teruja, tapi diingati jangan sampai over excited. Ditakuti anak menjadi lebih gelisah. Tujuan, bawa anak melawat tadika adalah untuk memberi situasi sebenar apabila anak di sana.

3. BIASAKAN ANAK BERJUMPA ORANG

Shutterstock

Bawalah anak berjumpa orang baru, bertujuan untuk bagi anak biasa dengan orang yang baru dikenali sambil bermain dengan kanak-kanak lain. Selain itu, boleh berbual dengan anak tentang tadika, bila mereka akan pergi, apa yang akan dibuat dan pukul berapa mereka akan dihantar atau dijemput.

Ceritakan perkara yang seronok untuk didengari bagi mewujudkan rasa semangat dan teruja dalam diri anak-anak. Yang penting, jangan lupa beritahu mereka bahawa anda tetap sayangkannya walaupun terpaksa berjauhan seketika.

4. TINGGALKAN ANAK SECARA BERKALA

Untuk persediaan awal, boleh belajar untuk tinggal-tinggalkan anak secara berkala. Sebagai contoh, 10 minit, 30 minit, 1 jam dan seterusnya. Ini membantu anak belajar bahawa ibu akan sentiasa datang kembali walau mereka ditinggalkan.

5. PRETEND PLAY

kredit: centreofexcellence.com

Pretend play atau bermain berlakon adalah satu permainan yang boleh anda lakukan bersama anak. Permainan ini membantu anak memahami situasi apabila berada di dalam kelas. Jadi anda perlu sediakan props yang bersesuaian seperti kerusi, meja dan sebagainya. Boleh ajak suami untuk join sekali!

6. JANGAN BERPATAH BALIK

Selepas menghantar anak, jangan berpatah balik walau apa pun reaksi anak. Memang anda akan rasa bersedih melihat anak dalam keadaan begitu tapi untuk kebaikan anak anda harus kuatkan semangat.

Jika anda berpatah balik, apabila melihat anak menangis atau meraung anak akan memahami dengan tangisan dapat membantu mereka terlepas dari situasi apabila ditinggalkan. Jadi ada kemungkinan di hari seterusnya anak akan melakukan cara yang sama iaitu dengan menangis.

BERIKAN PELUANG DAN MASA

Ibu bapa perlu membuat persediaan mental dan fizikal dalam proses hantar anak ke taska. Jangan letak ‘expectation’ yang terlalu tinggi dan jangan pula marahkannya sekiranya anak belum dapat menyesuaikan diri.

Share

Petua hilangkan batuk dan kahak anak bawah setahun secara semula jadi

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK ANAK BAWAH SETAHUN

Bila anak bawah setahun kena batuk dan diikuti ada kahak, memang merisaukan. Apa tidaknya, anak umur bawah setahun kalau batuk berkahak tidak digalakkan mengambil ubatan. Kecuali atas nasihat doktor. Pengambilan ubatan tanpa nasihat doktor bagi anak bawah setahun boleh membahayakan.

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Jadi apakah jalan penyelesaian bagi anak bawah setahun yang terkena batuk berkahak ini? Anda boleh ikuti petua di bawah untuk atasi masalah ini.

1. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

2. BAWANG PUTIH

Ada 2 cara yang boleh anda lakukan menggunakan bawang putih. Pertama, bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak. Cara kedua, bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

3. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

4. KUNYIT

Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

5. SAPUKAN CF-RUB BALM & TEPUKAN PRECUSSION

Kaedah ini saya guna apabila anak saya terkena batuk berkahak. Saya sapukan CF-Rub balm pada tapak kaki, sepanjang tulang belakang, dada dan batang hidung anak. Buat urutan lembut pada anak.

Kemudian, saya buat tepukan precussion bertujuan untuk longgarkan kahak yang ada dalam paru-paru anak. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung. Boleh lihat video dibawah untuk rujukan anda,

AKHIR KATA

Semoga tips ini membantu anda berikhtihar untuk anak anda terutamanya yang berumur bawah setahun. Dan semoga anak-anak anda cepat sembuh dan sihat dengan izin Allah!

Nak dapatkan CF-Rub balm Tasneem Naturel untuk persediaan anak dirumah boleh klik link dibawah :

                  WHATSAPP MomQhalif

 

Beli di shopee MQ

 

Share

Tips Dan Petua Apabila Anak Demam, Cuba 7 Tips Ini !

TIPS & PETUA APABILA ANAK DEMAM

Anak demam panas? Lebih-lebih lagi apabila waktu malam? Rumah pula jauh di klinik? Mesti gelabahkan, Lagi-lagi kalau tengok anak mengigil dan muntah-muntah? Ibu ayah mana yang tak risau melihat si manja dalam keadaan begitu.

Anak adalah anugerah yang tak terhingga dari Allah, oleh sebab itu apa-apa berlaku pada anak kita sangat risau. Terutama bila anak sakit atau demam, boleh buat ibu ayah tak lalu makan. Ini tips yang boleh ibu ayah lakukan apabila berada dalam situasi ini, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk anak selebihnya kita serahkan pada Allah SWT.

1. SUKAT SUHU BADAN ANAK

‘Check’ suhu selalu

Suhu badan normal ialah 36.7 C. Jadi termometer atau penyukat suhu badan bagusnya disediakan oleh setiap keluarga. Termometer ini boleh didapati di farmasi atau di klinik. Termometer ada pelbagai jenis, ada termometer jenis letak di dahi, di mulut, atau telinga, terpulang pada bajet dan kemampuan. Alat ini sangat penting terutamanya dalam kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas ibu ayah untuk sentiasa cek suhu badan anak. Kawal suhu badan anak, jika terlalu panas melebihi 38 celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak.

2. TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK

cara atasi anak demam panas

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. Kemudian, tuamkan juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celahpeha dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam tadi dicelupkan semule kedalam air. Jangan biar tuala terlalu lama di kepala, jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal, cukup hanya singlet atau baju nipis untuk menutup badan.

Jika badan anak masih panas dan suhu masih tinggi, terus mandikan anak dengan air paip, pastikan kepala anak sejuk sikit dan tidak terlalu panas.

3. GUNA DAUN BUNGA RAYA

petua demam panas- daun bunga raya

Daun bunga raya diamalkan oleh orang tua-tua dulu, ini adalah satu tips atau petua yang membantu menurunkan panas badan. Daun bunga raya dipetik, kemudian dibasuh dan diramas-ramas dalam air. Lendiran yang keluar dari daun tersebut membantu menurunkan suhu panas badan. Boleh celupkan tuala dalam lendir daun itu atau sapukan air lendir itu ke seluruh kepala dan badan anak. Buat selama 20-30 minit dan kerapkan sapuan jika badan anak masih panas.

4. MINUM AIR ATAU SUSU BANYAK

petua demam panas- minum air banyak

Berikan anak air masak secukupnya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam suhu badan yang meningkat boleh menyebabkan badan anak mudak kekeringan (dehydrate). Badan yang kekeringan lebih lambat proses untuk sembuh dan perkara ini boleh mengakibatkan  kepada masalah yang lain pula seperti badan tak cukup garam galian. Jika dibiarkan badan anak terlalu lama dehydrate anak boleh terkena sawan, kerosakan buah pinggang dan otak. Juga boleh menyebabkan kematian.

Jika anak masih menyusu, berikan anak susu lebih kerap supaya panas badannya berkurang. Susu ibu adalah penawar dan antibodi melawan penyakit.

5. BERIKAN ANAK MAKANAN YANG MUDAH DIHADAM

bubur-untuk-anak-demam

Biasanya bila anak demam, anak tidak ada selera makan terutama apabila sakit tekak. Jadi berikan anak dengan makanan yang mudah dihadam seperti bubur atau sup, bagi memudahkan anak makan disamping masih mendapat tenaga dari makanan yang dimakan. Selain itu, ais krim vanila juga boleh diberikan pada anak jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, ais krim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak.

6. SAPUKAN CF-RUB BALM TASNEEM NATUREL

petua-anak-demam-sapukan- cf rub-balm

CF-Rub balm mengandungi essential oils yang seperti lavender, lemon, eucalyptus, orange, tea tree, frankinsence dan cypress yang membantu kurangkan suhu ketika demam. Selain itu, balm ini juga bantu kurangkan batuk, selsema juga bantu mencairkan kahak. Sementara menunggu untuk hantar ke klinik bolehlah disapukan balm ini sebagai ikhtihar lain.

7. DOA PADA ALLAH

Doa senjata orang mukmin, sejauh mana kita berikhtihar wajib untuk kita memohon dari Allah kesembuhan serta berdoa agar kita diberikan kesihatan yang baik kepada ahli keluarga. Tambah pula dengan solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya.

Boleh amalkan doa demam panas ini yang diambil screenshot dari buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Ustaz Ismail Kamus.

doa-demam-panas

Akhir kata, jangan ambil ringan apabila anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak mahu berbuat apa terus bawa anak berjumpa doktor. Jika berlaku tengah malam boleh terus bawa ke hospital.

Ada tips yang lebih berkesan? Boleh share di ruangan komen

Share

Bantu Anak Tidur Lena dan Berkualiti Dengan Sleep Time Balm Tasneem Naturel

“Anak saya selalu tidur jam 2 hingga 3 pagi, tak larat dah tiap malam mengadap benda yang sama. Saya bekerja, suami lagilah. Bila teman anak sehingga lewat malam saya pulak jadi tak semangat bila bangun tidur esoknya. Anak saya ni bila saya ajak tidur awal memang susah, kalau tengok mata dia memang dah merah-merah mengantuk tapi masih tak nak tidur, heran saya.”

Ini antara luahan hati ibu-ibu yang biasa PM Aida bila mereka ingin bertanyakan detail balm Tasneem Naturel. Dari cerita mereka ni dah terbayang bagaimana penatnya nak melayan anak sampai jam 2 pagi. Teringat anak Aida tidur lewat semasa proses wean off dulu.

Terfikir bagaimana perkembangan anak kecil ini, kerana tidur yang tak cukup dan tak berkualiti boleh memberi kesan negatif pada anak-anak yang masih kecil. Baca di sini kesan tidur yang tak cukup bagi anak.

Jadi, biasanya bila dapat masalah macam ni Aida akan suggest Sleep time Balm Tasneem Naturel. Bagaimana balm ini dapat membantu masalah anak susah tidur ini? Sleep time balm ini ada essential oils iaitu pati tumbuhan membantu anak tidur lena.

Sleep time balm ini mengandungi minyak pati kayu cedarwood. Ianya merangsang perembesan hormon melatonin iaitu hormon tidur. Hormon ini yang membolehkan seseorang tidur dengan lebih nyenyak. Ianya juga mampu untuk meningkatkan daya tumpuan.

Minyak pati lavendar pula mampu meningkatkan kualiti tidur, mood yang lebih stabil & juga daya tumpuan yang lebih baik. Bergamot essential oil yang ada juga dapat mengurangkan ketegangan otot. Aromanya yang segar merangsang ketenangan dan rasa rileks dalam diri.

Minyak pati ylang ylang, membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan & mengurangkan adrenalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut. Sesuai untuk memudahkan tidur, mendapatkan tidur yang nyenyak dan juga untuk kanak² ADHD.

Balm ini disapu sebelum anak tidur, InshaAllah sapuan secara konsisten membantu anak ini. Ini antara feedback Aida terima dari pengguna Sleep Time Balm;

“Lepas guna balm beberapa hari, memang nampak kesan positif pada anak-anak. Tak sesusah dulu masa nak tidurkan, pola tidur anak pun dah ok sikit. Kalau sebelum guna balm ini anak tidur pukul 3 pagi ke 4 pagi. Sekarang sebelum pukul 12 dah tidur dah. Kena keep konsisten lagi sapu balm supaya dapat improve lagi masa tidur dia. Lepas ni nak target anak-anak tidur sebelum pukul 10 dan tak lebih pukul 11 pula.”

Testimoni

Bagi ibu-ibu yang nak ikhtihar bantu anak tidur lena bolehlah cuba sleep time balm, dengan harga mampu milik RM49/ balm ibu-ibu boleh hubungi agent balm tasneem naturel di whatapp 0173453305

Share

Pengedar Tasneem Naturel Kawasan Cheras Dan Sekitarnya

Assalamualaikum.

Saya Azzue, 34 tahun. Saya ada menjual barang² bayi dan kanak seperti educational toys dan buku. Saya juga merupakan Agen sah Tasneem Naturel yang berpusat di Tun Hussein Onn, Cheras Selangor.


Saya pemilik fb page dan histagram tasneemnaturel_cheras.Saya sangat meminati produk yang berasaskan bahan semula jadi.

Saya memilih Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak² kerana ianya berasaskan bahan semulajadi dan natural. Ia juga sangat membantu saya menguruskan anak² dengan lebih baik apabila emosi, perilaku dan kesihatan anak² berada dalam keadaan yang sangat baik.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana yang mempunyai anak yang selalu terganggu tahap kesihatan dan kerap sakit serta sukar makan ubat ubatan.

Dengan TASNEEM NATUREL hanya “sapu sapu je” InshaAllah berkesan.

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Berikhtiar mencari yang terbaik untuk anak anak syurga kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di Whatsapp.

Share

Sindrom Mak-Mak yang Pasti Ibu-Ibu Terkenangkan

Pernah tak bila masuk bilik air dengar bunyi baby menangis? Tapi bila keluar, tengok baby okey je bermain atau tidur.

Yang ini jangan risau, ini bukan cerita seram tapi Aida kategorikan sebagai sindrom mak-mak. Sebenarnya ada banyak lagi sindrom mak-mak ni. Mostly, kalau ditanya pada ibu-ibu mereka semua melalui perkara yang sama.

Antaranya ialah;

1) Bila anak buat salah, marah anak. Bila malam tengok anak tidur dengan lena. Mulalah perasan bersalah marah anak siang tadi pun wujud. Yang ini moment paling sayu hati kalau dikenang, lagi-lagi kalau anak semakin membesar pasti akan timbul rasa menyesal.

Baiknya, mulai hari ini cuba ubah sikap mudah marah pada anak. Lagi-lagi kalau stress dengan kerja elak jadikan anak sebagi mangsa keadaan.

 

2) Tak sabar nak tengok perkembangan anak terutama yang baby. Bila anak pandai meniarap, tak sabar nak tengok anak pandai merangkak. Bila anak pandai merangkak, tak sabar nak tengok anak pandai berjalan. Bila anak pandai berjalan tak sabar nak tengok anak berlari dan seterusnya.

Kesimpulannya, semua perkembangan anak memang ibu-ibu sangat excited menanti.

 

3) Bila anak semakin membesar, pandai berjalan dan bercakap rindu pula saat anak masih bayi. Rindu bau baby. Hehe Part ini memang tak dinafikan, akan mulalah dialog, “rindunya anak masa baby, rindunya anak masa mula nak belajar berjalan. Kiranya ibu-ibu ini suka flashback. Aida pun sama!

4) Bila anak semakin membesar, ibu-ibu mula rindu untuk mengandung semula. Rindu saat bayi dalam kandungan bergerak-gerak dalam perut. Tapi pada masa yang sama rasa ngeri bila teringatkan labour room.

 

 

5) Bila ibu masak di dapur, pasti lebih 10x ibu akan ulang alik menjenguk anak. Risau anak bermain sesuatu yang berbahaya atau risau kalau anak menangis.

 

6) Bila anak ramai pula, mulalah ibu-ibu tersasul panggil nama anak. Nak panggil Ali, tersebut nama Aminah. Ataupun nak bercakap dengan Aminah tapi tengok muka Ali.

Gambar Kredit kepada : memetikdurian.blogspot.com

 

Ini antara 6 perkara yang umumnya berlaku pada ibu-ibu, ikutkan ada banyak lagi. Jiwa seorang ibu itu memang sentiasa prihatin dan sayang akan anaknya. Sehabis baik ingin melakukan yang terbaik ❤️❤️❤️
.
.
.
Syuhaidah Norazrin
Rindu Nu’man masa baby

Share

Pengedar Tasneem Naturel Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt

Nama diberi Madihah binti Hashim. Lebih dikenali dengan nama panggilan Mamadihah. Anak keempat dari lima adik beradik. Mama kepada seorang princess, berumur 31 tahun.

Pemilik page Wajihah Souq dan instagram tasneemnaturel_wajihahsouq.

Gemar meneliti setiap bahan dalam produk yang digunakan membuatkan saya menjadi seorang yang lebih teliti dalam pemilihan apa saja termasuklah produk penjagaan bayi. Atas asbab ini jugalah saya memilih untuk memulakan perniagaan online produk bayi berasaskan bahan semulajadi.

Disebabkan perhubungan jarak jauh (pjj) saya dan keluarga, saya memilih untuk mencuba produk semulajadi Tasneem Naturel berkelulusan KKM. Isi kandungan yang tidak mempunyai bahan-bahan terlarang, menyebabkan saya lebih yakin akan fungsi dan keselamatan produk. Ternyata asbab dengan hanya sapu-sapu ini, baby lebih mudah diuruskan. Semuanya atas izin dariNYA. Alhamdulillah.

Pengalaman mudahnya menguruskan baby bersama Tasneem Naturel membuatkan saya terus mendaftar sebagai agen sah Seluruh Malaysia dan merupakan agen tunggal Balik Pulau, Pulau Pinang.

Saya berbesar hati ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk memudahkan, mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 012-542 1093 (Mamadihah).

Saya tidak menjanjikan yang bulan, bintang dan matahari, tetapi insyaAllah saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam mudahnya menjaga anak-anak, Amanah kurniaan Allah swt yang tak ternilai.

Share

Dua Hari Pengisian Menuntut Ilmu

Dua hari berturut-turut dapat belajar ilmu baru dari Cikgu Hidayah dan Cikgu KN.

Kelas memang awesome! Tanya jelah, cikgu memang jawab je, lagi-lagi peserta tak ramai jadi lebih mudah cikgu dan kami sendiri nak fokus.

Hari pertama belajar ilmu shopee, banyak sangat tak tahu tentang market place yang ni. Memang mula kelas blurr je. Haha Tapi ni Alhamdullilah, nampak la perjalanan nak mantapkan market place shopee ni. Cewah!

 

Hari kedua, kami belajar FB Ads. Lebih spesifik lagi belajar tentang messenger ads. Wah wah 😁 ! Sebelum ni Aida fokus engagement ads tak reti pun messenger ads ni. Jadi di kelas ni dapatlah ilmu baru. Mudah jugalah teknikal ads ni. Cikgu siap bagi template copywriting.

Selain belajar ilmu teknikal, cikgu ada berpesan dengan kami, buat business kena ada target yang jelas dan kena yakin.

Apa target kita nak buat business sebenarnya? Contoh, kalau isteri kata nak buat business untuk bantu suami. Bantu dari segi macam mana?

Bantu dari segi beli barang dapur?
Bantu dari segi duit belanja anak?
Atau apa?

Kena nyatakan target dan berapa amount yang nak dibantu. Bila target jelas, barulah kita nampak apa niat sebenar kita berniaga. Lagi satu cikgu pesan, nak buat sesuatu kena yakin, bila kita yakin inshaAllah apa yang kita nak buat tu akan tercapai.

 

Semalam sebelum kelas bermula sempat jugalah buat personal coaching selama sejam dengan founder Tasneem Naturel. Hehe Rezeki sangat ! Belajar ilmu blogging.

 

Wahhh banyak lagi ilmu nak kena terokai ni. Semangat! Semangat! 😁💪🏻

Malam ni inshaAllah nak turunkan ilmu dengan team MomQhalif pula.

Untung siapa ada dalam team MQ, lagi untung kalau ilmu tu terus dipraktikkan bukan diperam 😎
.
.
Syuhaidah Norazrin
Masih banyak ilmu perlu diterokai

Share

Tidur yang Berkualiti Penting untuk Anak. Ini 5 Kesan Bila Anak Tak Cukup Tidur!

Tidur yang berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak. Nampak seperti mudah tapi jika dipandang remeh waktu tidur anak, memang membahayakan perkembangan si manja. Bagaimana untuk kita tahu anak cukup tidur atau tidak?

Ini Aida kongsikan nota Parenting dari Dr Taufik Razif, 4 tanda anak kita tidurnya tak cukup dan tak berkualiti :

1) Susah dibangunkan
2) Mengamuk bila dikejutkan
3) Selalu tersengguk
4) Selalu lesu

Jika 4 tanda ini ada pada anak kita, maksudnya ibu ayah harus lakukan perubahan untuk kesejahteraan anak-anak. Nak kan tips bayi tidur lena, boleh baca di sini.

Jom rujuk jadual tidur anak kita berdasarkan National Sleep Foundation :

Jika tidur anak kurang dari jadual yang dipaparkan anak kita di kategorikan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidak cukup tidur boleh memberi kesan pada perkembangan kesihatan, emosi dan perkembangan minda anak.

Ini Aida kongsikan 5 kesan yang berlaku pada anak :

1) Kurang Daya Tumpuan – Anak yang cukup tidur mindanya lebih peka berbanding dengan anak yang tak cukup tidur. Malah  anak yang cukup tidur lebih ceria dan bersedia terokai ilmu baru.

2) Sukar Mengawal Emosi – Anak yang tak cukup tidur emosinya lebih sensitif, mudah tantrum atau kata lainnya meragam. Pantang ada salah sikit pasti anak cepat meragam. Ini jika tidak sabar, ibu ayah juga boleh pening nak melayan ragam anak.

Gambar Kredit Kepada : keluargakita.com

3) Lewat Perkembangan Minda – Tidur bagi anak-anak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya diransang.

4) Cenderung Menjadi Agresif – Kanak-kanak yang tak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skill kognitif, hyperaktif, ADHD dan perkembangan neurologi terjejas.

5) Tak Bersemangat – Waktu tidur adalah waktu rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh. Jadi bayangkan anak yang tak cukup tidur bagaimana reaksi mereka seharian, mudah menjadi lesu dan mudah mengantuk.

Info dari nota Parenting Dr Taufik Razif  lagi, jauhkan anak kita daripada CAHAYA segala gadjet dan TV sebelum masuk tidur iaitu dalam 2-3 jam sebelum tidur. Cahaya gadjet (blue light) akan ganggu Circadian Rhythms anak kita. Disebabkan ini waktu tidur anak kita jadi kacau bilau.

Nak ikhtihar anak tidur lena dan mudah? Boleh ikhtihar dengan sapuan balm Calm time balm dan Sleep time balm Tasneem Naturel. Balm yang berasaskan essential oils. Klik link ini untuk maklumat lanjut mengenai balm Tasneem Naturel di sini.

Share

0
Your Cart