All Posts By admin

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kawasan Keramat/Pandan Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt

Nama saya Nurul Ain Arifah bt. Ghazali, berumur 38 tahun.

Saya adalah pemilik FB Nurin Hafira dan instagram tasneemnatural.desapandan

Saya mempunyai hobi berniaga dan disebabkan itulah saya menjadi Ahli kepada produk yang saya guna.

Dengan itu, saya juga pengedar SAH Balm Tasneem Naturel kawasan Keramat / Pandan dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak saya kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 012 6679507 @ 017 2532030 (Ain).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Share

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kawasan Kota Bharu

Assalamualaikum wbt

Nama saya Farahah binti Mohd Rusli, berumur 27 tahun.

Saya adalah pemilik page Bonda Orked dan instagram tasneemnaturel.bondaorked.

Saya amat mengagumi bagaimana tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan untuk diambil manfaat dan mengajar kita bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Mendidik kita supaya lebih disiplin dan berterusan dalam menjaga kesihatan.

Kebatasan mendapatkan sumber bahan semulajadi menjadikan saya seorang yang sangat cenderung kepada produk natural berasaskan bahan semulajadi. Dengan penuh rasa teruja saya daftarkan diri sebagai pengedar sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk kanak-kanak kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga. Paling penting bebas kimia.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 013-962 5132(Farah).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga anak-anak, Amanah Allah.

Share

Tips Untuk Bayi Tidur Lena

Saat bayi tidur lena adalah saat paling membahagiakan ibu-ibu. Itulah saat dimana ibu-ibu yang ada anak kecil untuk ber “me” time sementara anak lena diulik mimpi. Ada ibu-ibu yang gunakan waktu tersebut untuk mula mengemas rumah, memasak mahupun merehatkan diri.

Walau bagaiamanapun, saat menidurkan bayi boleh menjadi mimpi ngeri jika bayi susah untuk tidur atau tidur tak lena. Lagi-lagi jika perkara ini selalu berlaku pada waktu malam. Pasti, ibu-ibu juga tidak dapat rehat yang cukup akibat dari bayi yang susah tidur lena.

Menurut Kementerian Kesihatan, pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Disini, saya kongsikan beberapa tips yang saya dapat dari perkongsian Puan Ashikin Hashim dan dari pengalaman saya sendiri. InshaAllah tips ini dapat membantu ibu-ibu tidurkan bayi agar bayi dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti

1. SUSUKAN BAYI DENGAN TENANG

Ini tips paling penting, jika ibu-ibu melihat bayi menunjukkan tanda mahu tidur, ibu susukan bayi dengan tenang. Sambil menyusukan bayi, tepuklah bayi dengan perlahan dan peluk dia dengan erat. Waktu inilah kita dapat eratkan bonding atau ikatan kita bersama bayi. Tetapi jika kita beria mahu tidurkan bayi dalam keadaan kelam kabut, bayi mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja.

2. SENDAWAKAN BAYI

Pastikan selepas bayi minum susu, ibu-ibu sendawakan bayi dahulu. Jika bayi tidak disendawakan selepas menyusu ada kemungkinan untuk bayi tidur sebentar sahaja dan terbangun kemudian sendawa. Kadangkala ada juga, bayi yang sendawa beserta muntah susu.

3. TEPUK LEMBUT ATAU DODOIKAN

Apabila bayi dah tidur lena, jangan terus tinggalkannya. Letakkan bayi ditempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodoikannya supaya dia tidak terkejut kerana ditinggalkan.

4. BEDUNG BAYI

Antara sebab bayi mudah terjaga atau tidur tak lena adalah disebabkan bayi terkejut atau terganggu dari tidurnya. Jadi bedung adalah satu tips terbaik untuk pastikan bayi tidak terkejut dari tidur. Jika membedung bayi elakkan memakaikan bayi dengan baju yang tebal cukup sekadar baju yang nipis dan memberi keselesaan pada bayi. Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama berbanding bayi yang tak dibedung.

5. SUASANA TENANG DAN CAHAYA YANG MINIMA

Pastikan bayi tidur dalam keadaan tempat tidur yang tenang dan pada ketika waktu malam pula, pastikan cahaya lampu yang malap sahaja supaya anak boleh tidur lebih lena.

6. TIDAK TERLALU PANAS DAN TIDAK TERLALU SEJUK

Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk. Pakaikan bayi dengan pakaian yang bersesuaian mengikut suhu atau cuaca pada ketika itu. Jika tidurkan bayi dalam keadaan ber air-cond, biasanya saya akan sapukan CF-Rub balm pada tapak kaki, dada dan hidung bayi, bagi mengelakkan hidung bayi tersumbat atau selesema disebabkan kesejukan.

7. BEZAKAN TEMPAT TIDUR SIANG DAN MALAM

Bezakan tempat tidur waktu siang dan malam amat penting untuk bayi hal ini kerana bayi yang masih kecil tidak dapat membezakan tidur pada malam hari atau pada waktu siang hari. Jadi bertukar tempat tidur akan memberi isyarat pada bayi bahawa waktu sudah bertukar.

8. SAPUKAN CALM TIME BALM DAN SLEEP TIME BALM SEBELUM WAKTU TIDUR BAYI

Biasanya selepas solat isyak, saya akan sapukan calm time balm pada bayi, selepas 5 minit saya akan sapukan sleep time balm pula. Calm time balm ini berfungsi membantu bayi rasa relax dan tenang, maka inshaAllah bayi akan kurang meragam. Kemudian sapuan sleep time balm membantu memudahkan bayi tidur lena dan lama.

Semoga tips ini membantu ibu-ibu menguruskan bayi terutama pada semasa ingin tidurkan bayi. Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidur anak terganggu, anak tidak dapat membesar dengan baik.

Share

Tips dan Pengalaman Wean Off (Cerai Susu) Apabila Anak Dah 2 Tahun

Bila jadi seorang ibu, proses wean off ini siapa pun akan merasainya. Suatu proses yang bukan mudah sebabnya proses ini benar-benar akan buatkan emosi ibu dan anak dalam keadaan tak stabil.

Yer benar! Bukan emosi anak sahaja akan terjejas malah emosi ibu juga sama.

Bayangkan selama 2 tahun anak menyusu (susu badan) dengan ibu dan tiba satu hari si ibu decide untuk ceraikan anak dari susu badan. Bukan mudah tapi inshaAllah boleh. Aida mula ambil keputusan untuk wean off anak apabila Aida disahkan mengandung, jadi ketika itu Aida tekad untuk wean off anak.

Pada masa yang sama, anak soleh Nu’man juga umurnya sudah pun genap 2 tahun. Jadi inilah masa paling sesuai untuk Aida berazam sesungguh-sungguhnya untuk wean off anak. Jadi di entry ini aida ingin kongsikan apa Aida buat untuk melancarkan proses wean off.

Bolehlah, ibu-ibu cuba cara ini jika merasakan tips ini membantu para ibu.

1) CARI ILMU MENGENAI WEAN OFF – Sebelum wean off Aida ada buat bacaan melalui google. hehe Baca kisah dan pengalaman ibu-ibu yang lain. Supaya aida nampak apa yang bakal berlaku semasa proses wean off ini. Jadi, dari segi fizikal dan mental kita dah bersedia.

2) SELALU PESAN PADA ANAK UNTUK STOP MENYUSU – Setiap hari, aida akan pesan pada anak yang dia semakin besar dan tak perlu menyusu dengan ibu lagi. Pesan juga pada anak yang dia dah boleh makan, jadi perlu makan banyak untuk gantikan susu. Setiap malam sebelum anak tidur Aida akan pesan lagi pada anak. Apabila anak tengah mamai nak tidur, pada masa inilah anak berada dalam alpha mode, sub concious mind anak sedang bekerja menyerap segala input yang didengar.

Bercakap dengan anak seawal yang mungkin terutamanya sebelum kita benar-benar nak mulakan proses wean off. Jadi anak juga dapat bersedia.

3) MULAKAN TINDAKAN – Tindakan apa? hehehe macam Aida masa nak wean off  Aida terpaksa sapukan garam pada susu. Dengan harapan anak akan rasa masin dari garam tu dan rasakan susunya dah tak sedap untuk diminum. Ada juga ibu-ibu sapukan asam jawa dan kopi, jadi terpulang pada ibu-ibu. Macam Aida memang sapukan garam, permulaan tu memang agak lawak dan kelakar sebab tengok muka anak yang terkulat-kulat menahan rasa masin dari garam.

Anak soleh, Nu’man lansung tak nak minum. Katanya, “tak sedap susu”. Haaaa masa nilah bermulanya ujian emosi. Masa anak mula tolak tak nak menyusu tu, memang Aida rasa kesian sangat dan sedih. Anak pula dah biasa menyusu sebelum tidur, jadi memang meragamlah bila dia nak tidur. Bila malam pula, memang akan menangis  semua benda jadi tak kena. Akhirnya, anak akan tidur dalam keadaan menangis. Kesiankan? Tapi bila tengah malam anak akan terjaga, biasanya tengah malam anak akan minta susu tapi disebabkan garam tadi anak fobia nak susu.

Jadinya, anak kejut Aida dan ayahnya untuk ajak pergi ke dapur. Anak buka peti ais tapi dia sendiri tak tahu nak makan atau minum apa. Selama berjam-jam juga Aida dan suami kena mengadap peti ais bersama anak pada jam 1-3 pagi. Bukan sehari tapi hampir seminggu terpaksa kami lalui. Setiap malam, Aida dan suami jadi fobia nak tidur.

Cara letak garam, asam jawa atau kopi ni agak kejam sebenarnya. Jika ibu-ibu boleh elakkan lagi bagus.

4) TERUS MENERUS INGATKAN ANAK – Dalam proses wean off ni ibu-ibu teruskan ingatkan anak, bercakap dengan anak yang anak perlu stop menyusu sebab dah besar. InshaAllah bila setiap hari kita ingatkan anak, anak boleh terima. Cumanya memang ia ambil masa yang penting ibu-ibu tekadkan niat.

5) SAPUKAN CALM TIME BALM & SLEEP TIME BALM – Balm ini pada permulaan nak wean off Aida tak guna lagi sehingga lah suatu masa, memang dah tak larat sangat nak mengadap tiap malam anak meragam dan tidur tak lena. Jadi memang decide untuk guna balm ni secara konsisten.

Aida memang dah lama beli balm ni cumanya tak pernah guna sebab terlupa adanya balm ni, sampailah Allah izin untuk Aida teringatkan balm ni. Aida sapukan calm time balm setiap hari dan setiap masa pada anak untuk bagi anak rasa relax dan tenang. Malam pula Aida sapukan calm time balm sekali lagi bersama sleep time balm. Alhamdullilah, anak serasi dengan balm ni. Kalau tak, setiap malam anak akan terjaga nak ajak pergi dapur. Tapi dengan adanya balm ini anak tidur lena sungguh, kalau ada terjaga pun Aida sapukan kedua-dua balm ini lagi.

Alhamdullilah, walau ambil masa 2 minggu lebih untuk wean off tapi akhirnya berjaya juga kami. Memang ada anak-anak yang mudah sangat untuk wean off dan ada anak yang kita terpaksa lalui pelbagai ujian. Yang penting kita kena sabar, sabar dan sabar. Penat itu biasa. Selain itu, selalulah peluk dan ungkapkan kata-kata sayang pada anak.

Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu untuk wean off anak. Bagi ibu yang nak dapatkan sleep time balm dan calm time balm boleh whatsapp Aida di 017-345 3305 atau tekan sahaja link ini http://www.wasap.my/60173453305/BlogMQ

Share

Tips Mengajar Anak Mengaji Sejak Dari Bayi Lagi

Masa mula-mula dapat baby memang niat nak mengajar anak mengaji sendiri. Biarlah anak mengenal huruf Al Quran dari ibu ayahnya dahulu. Moga menjadi pahala buat kami nanti.

 

Jadi Aida nak share beberapa tips yang aida buat sepanjang proses mengajar anak mengaji.

1) Buat flash card dari kertas A4 dan tulis huruf jawi menggunakan pen marker hitam kemudian tampal di dinding bilik anak selalu berada. Sambil mendukung anak, sebut bunyi huruf tersebut dan tunjukkan. Masa ni Nu’man dalam 6 bulan keatas umurnya.

2) Menggunakan set Al Furqan, set ini memperkenalkan sebutan bunyi setiap huruf dan baris dahulu. Setiap pagi Aida akan buka VCD lagu Al-Furqan. Secara tak lansung anak akan terikut dengan lagu ini. Bunyi pertama Nu’man sebut ialah “Ba, Da & Na”. Aktiviti ini semasa Nu’man berumur 6 bulan dan sehingga 2 tahun lebih.

Set ini akan memperkenalkan bunyi huruf yang mudah disebut oleh anak kecil dahulu kemudian barulah bunyi sebutan yang lain. Contoh, “Ba, Da & Na ”

3) Ajak anak main plastesin atau tanah liat untuk bentukkan setiap huruf dan baris. Kemudian meneka bunyi jika baris diubah-ubah. Aktivi ni sesuai masa anak dah setahun lebih dan keatas. Beraktiviti dengan tanah liat bagusnya juga untuk perkembangan sensory anak.

 

4) Mewarna bersama anak setiap huruf jawi sambil sebutkan bunyi.

 

5) Kukuhkan bacaan anak dengan guna pelbagai buku. Umur Nu’man 3 tahun lebih dah habis baca buku 2 Al Furqan, aida lompat ajar anak buku Iqra pula. Target untuk anak betul-betul mengenal huruf dan bunyi. Jadi belajar dari Iqra satu.

Sehingga sekarang masih belajar buku Iqra, bila aida betul-betul yakin tengok proses anak mengaji baru sambung semula buku Al Furqan 3.

 

Aida tak paksa anak untuk mengaji, tapi selalunya akan pujuk dan bagi pujian kalau dia nak mengaji. Kanak-kanak ada pasang surut mood nya. Kadang nak mengaji tak perlu diajak dan kadang terpaksa juga keluarkan segala umpan untuk ajak anak mengaji.

Sehingga sekarang, Nu’man masih dalam proses mengenal sebutan dan huruf. Mungkin tips Aida share ini membantu kalian untuk mula mengajar anak mengaji.
.
.
.
Syuhaidah Norazrin
Dalam proses belajar

Share

Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Bayi

Bila anak yang masih kecil terkena selsema selalunya, mak tak akan dapat tidur lena sebab risaukan bayi. Biasanya bayi yang tidak sihat juga akan mudah meragam dek kerana hidung yang tersumbat asbab dari selsema tersebut.

Oleh sebab ini jugalah ibu-ibu akan berusaha pelbagai cara, tips atau petua untuk menghilangkan selsema pada bayi sekaligus untus mengatasi masalah hidung tersumbat. Bermacam-macam petua seperti letak bawang atau sapu ibu kunyit di hidung untuk melegakan selsema si kecil.

Sebenarnya ada teknik urutan yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu untuk mengatasi masalah hidung bayi tersumbat kerana selsema.

Ibu-ibu yang ada anak kecil wajib tahu cara urutan ini. Paling best ia hanya memerlukan masa satu minit sahaja untuk dilakukan. Apa yang diperlukan hanyalah minyak bayi atau pun ibu-ibu boleh menggunakan CF-RUB Balm dari Tasneem Naturel untuk membantu melancarkan urutan dan mencairkan mukus selsema bayi.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT :

Langkah 1 : Baringkan bayi dan ratakan minyak/balm pada tangan ibu. Letakkan tangan pada dada bayi lalu gosok dengan gerakkan bentuk hati.

Langkah 2 : Selepas itu gosok bahagian dada bayi dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.

Langkah 3 : Akhir sekali letakkan kedua jari telunjuk ibu pada bahagian atas hidung bayi, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, nelakang telinga dan leher. Ulang gerakan ini sebanyak 3 kali.

Mudah sahaja kan? Jadi mulai hari ini, bolehlah ibu-ibu hafal cara urutan ini untuk dipraktikkan bila anak terkena selsema.

Untuk lebih jelas ibu-ibu boleh lihat gambar.

Share

Ada Ijazah Tapi Jadi Suri Rumah ?

Usahawan Tasneem, balm bayi. Bermula sebagai pengguna balm kemudian menjadi usahawan.

“Ada ijazah tapi jadi suri rumah, rugi!”

Siapa pernah kena dibawangkan macam ni? Hehe. Okay tarik nafas dan bawa bertenang. Saya dulu pun pernah juga orang sekeliling selalu cakap macam ni, even sekarang pun masih ada lagi yang bercakap.

Namun, nak buat macam mana? Haha mulut tempayan kitab oleh tutup, mulut orang? Jadi yang kita boleh buat adalah tutup telinga dan move one sahaja.

Bila saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi pengurus rumahtangga sepenuh masa, saya juga bersedia untuk maklum saya tetap kena cari income dari rumah. Niat nak bantu suami dan keluarga, juga untuk ada duit poket sendiri. Selain tu untuk isi masa lapang yang terluang, jadi tak adalah sunyi atau bosan sangat bila kat rumah kan.

Jadi saya pun bermula dengan menjadi dropship. Cari punya cari, saya terjatuh cinta dengan business Tasneem Naturel.

Sebenarnya dah banyak saya cuba buat business online, macam-macam produk dan jenama saya cuba namun tak memberi pulangan yang memuaskan. Mungkin masa tu belum ada ilmu business sangat dan juga dari sikap diri sendiri yang tak serius masa tu.

Dengan Tasneem Naturel, memang Founder korek dan korek Big Why kenapa kita nak berniaga. So dari situ, nampaklah matlamat kenapa aku kena berniaga dan secara tak lansung melalui Tasneem Naturel juga saya belajar pelbagai ilmu business.

Bukan sekadar belajar buat copywriting untuk pasarkan produk di Facebook dan Instagram je tapi sehingga bagaimana untuk membeli hartanah menggunakan income business.

Nampak serius kan? Haha Memang kak Idah (founder Tasneem Naturel) ajar sungguh-sungguh ejen bawah untuk berjaya sampai boleh beli rumah guna duit business. Semuanya terpulang pula pada diri sendiri.

Nak atau tak nak je.

Alhamdullilah setelah hampir 2 tahun sertai keluarga Tasneem Naturel ini, dengan status surirumah sepenuh masa saya juga mampu mempunyai income 4 angka seperti orang yang bekerja. Daripada menjadi dropship sahaja, kini saya dah bergelar Executive Leader.

Kalau dahulu ada yang mengata, “tak bekerja rugi duit mak ayah je”. InshaAllah dari apa yang ada sekarang dapat buktikan pada mereka bahawa dengan duduk dirumah sahaja kita mampu menjana pendapatan yang berlipat ganda.

Bukan nak mendabik dada, tapi sekadar menukar persepsi masyarakat bahawa isteri tak bekerja juga mampu menjana pendapatan dari rumah. Tiada istilah “rugi belajar tinggi-tinggi tapi duduk dirumah”.

Teringat kalau dulu pencetus nak guna balm Tasneem Naturel ni adalah sebab nak wean off anak, tak sangka dari titik permulaan itu mengubah hidup saya hari ini dan orang sekeliling. Alhamdullilah, tiada yang mustahil.

Allah kan Maha Kaya.
.

.
Syuhaidah Norazrin
Ada yang nak sertai team MomQhalif?

Share

Pengedar Balm Tasneem Naturel Sg Besi Dan Sekitarnya

Assalamualaikum wbt

Nama saya Syuhaidah Binti Norazrin, berumur 30 tahun. Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki. Tujuan website ini diwujudkan adalah untuk berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibu bapa diluar sana.

Saya juga adalah pemilik page FB MomQhalif dan instagram tasneemnaturel_sg_besi

Saya amat meminati aktiviti homeschooling dan disebabkan inilah, saya menceburi perniagaan online menjual educational toys dan buku untuk anak-anak pada permulaan awal saya menceburi business ini.

Disamping itu, saya juga pengedar sah Balm Tasneem Naturel yang berpusat di Sg Besi dan kawasan sekitarnya. Saya memilih balm Tasneem Naturel sebagai kit kesihatan untuk anak saya kerana balm ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi dan InshaAllah selamat untuk penggunaan seisi keluarga.

Saya ingin membantu ibu ayah diluar sana untuk mendidik dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Sebarang pertanyaan atau pembelian educational toys dan balm Tasneem Naturel ibu-ibu boleh hubungi saya di 017 345 3305 (Aida).

Saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi saya pasti akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibu ayah dalam menjaga dan mendidik anak, Amanah Allah.

Share

0
Your Cart