fbpx

Bagaimana Merangsang Otak Si Kecil? 5 Aktiviti Wajib Ibu Ayah Perlu Tahu Dan Lakukan!

Usia bayi hingga 7 tahun merupakan ‘usia emas’ yang sangat berharga dalam perkembangan otak anak kita. 7 tahun pertama ini sangat bernilai dan sangat rugilah jika kita biarkan berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya .

Jom kita lihat apa yang boleh dibuat bersama-sama anak untuk merangsang otak mereka!

Merangsang otak si kecil dengan membacakan buku

Mulakan dengan buku-buku mudah dengan perkataan jelas dan lukisan yang menarik. Tidak perlu terlalu panjang. Cukup sekadar 5 hingga 10 minit untuk permulaan. Kita bacakan dengan intonasi yang bersesuaian dengan kisah di dalam buku.

Baca dengan penuh semangat dan keterujaan. Anak- anak pastinya seronok dan akan ingin berinteraksi dengan kita sepanjang proses pembacaan. Banyak soalan-soalan akan muncul. Kita pun boleh berbual secara santai dengan anak semasa atau selepas sesi baca buku tu. Jadikan sesi ini rutin harian yang menyeronokkan dan dinanti-nanti oleh anak.

Merangsang otak si kecil dengan menjawab pertanyaan

Ya. Pastinya kita sebagai ibubapa ‘dihujani’ dengan ‘beribu-ribu’ soalan yang di luar jangkaan dan di luar kotak pemikiran setiap hari. Keadaan ini adalah fitrah anak-anak kecil yang berkembang normal, mempunyai ‘curiosity’ atau rasa ingin tahu yang tinggi. Jangan kita ‘matikan’ fitrah ini dengan sikap acuh tak acuh kita menjawap soalan mereka atau pun malas terus nak jawap soalan tu.

Usahalah sebaik mungkin untuk beri jawapan terbaik. Dan sekiranya kita memang tidak tahu jawapan itu, beritahu anak yang kita akan cuba cari jawapannya bersama-sama.

Merangsang otak si kecil dengan memberi tugasan

Anak-anak kecil seawal usia satu tahun, sudah boleh menerima dan memahami arahan-arahan mudah.

Gunakan peluang ini untuk melatih mereka menerima tanggungjawab dan melakukan tugasan-tugasan ringan di dalam rumah. Beri arahan ringkas yang tidak panjang dan rumit. Jika perlu, tunjukkan demo bagaimana nak lakukan perkara itu. Antara yang boleh dilakukan ialah:

  • Menggantung baju pada penyangkut baju
  • Memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh
  • Melipat pakaian

Kita bukan cari kesempurnaan dalam tugasan ini, tapi semata-mata untuk melatih anak menggunakan kemahiran dirinya dan menajamkan kemahiran memerhati bagaimana mahu buat suatu perkara itu (observation skill).

Merangsang otak si kecil dengan memberi peluang membuat pilihan

Mulakan dengan pilihan-pilihan yang mudah.

  • Mahu pakai baju yang mana selepas mandi, biar anak tunjukkan dan pilih sendiri
  • Mahu guna sudu yang mana, biar dia ambil sendiri walaupun semua sudu nampak sama sahaja
  • Mahu kasut merah atau kasut biru?
  • Mahu makan dulu atau main dulu

Latihan membuat pilihan perkara-perkara rutin harian ini menjadikan anak tahu apa yang dia kehendaki dan seterusnya boleh membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung dengan orang lain bila semakin besar nanti.

Kita sebagai ibubapa dengar sahaja pendapatnya dan terima saja jika tiada apa yang salah. Runding dengan anak sekiranya pilihan itu tidak bersesuaian dan ‘guide’ dia untuk pilihan yang lebih baik. Kemahiran negosiasi ini juga penting untuk perkembangan otak anak-anak.

Merangsang otak si kecil dengan meminta anak mengajar kita

Setiap anak ada kemahiran dan keistimewaannya yang tersendiri. Pastinya anak akan ada perkara-perkara yang dia suka sangat buat. Kita boleh minta anak untuk ‘mengajar’ kita dan menerangkan berkenaan perkara itu. Contoh, permainan ‘puzzle’. Nampak mudah. Tapi ada strategi bagaimana nak siapkan dengan cepat. Biar anak terangkan pada kita bagaimana dia buat.

 Perkembangan emosi, pembinaan kepercayaan pada diri dan ibubapa serta pembinaan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah yang terbentuk dalam tempoh 7 tahun pertama ini akan dibawa ke usia dewasa nanti.

Manfaatkan masa ini dengan sebaik-baiknya untuk merangsang otak si kecil dengan optimum. Bukan kepandaian akademik yang perlu difokus pada usia ini, sebaliknya terdapat kemahiran yang jauh lebih penting daripada itu, yang perlu difokus terlebih dahulu.

Rangsangan yang betul dalam lapangan yang pelbagai di usia awal ini, menjadikan perkembangan kognitif akan mengikut dan berkembang dengan mudah selepasnya nanti.

Jom kita buat yang terbaik!

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart