fbpx

Balm Tasneem Naturel Balm Berasaskan Essential Oils Bantu Anak Tidur Lena

Pernah tak alami anak tak mahu tidur malam? Sampailah jam 2 pagi hingga ke 4 pagi barulah anak mula nak melelapkan mata? Kalau ibu bekerja memang penat tak cukup rehat melayan ragam anak.

Itu kalau ibu bekerja, kalau ibu sedang berpantang bagaimanalah nak dapat rehat yang cukup kalau si manja masih belum mahu tidur. Lagi -lagi kalau si manja merengek.

“Saya dah cek perut anak, okey je tak kembung pun. Susu pun baru lepas bagi tapi anak masih tak nak tidur. Terkebil-kebil mata ajak ibu main sama”, ni antara keluhan ibu-ibu yang berkongsi kisah. Selain perut kembung, lapar antara punca lain anak tak mahu tidur adalah disebabkan hormon tidur dan jaga anak tak stabil.

Ada anak yang badan dah mulai penat, tapi masih menahan mata tak mahu tidur. Jadi anda boleh ikhtihar menggunakan sleep time balm dari Tasneem Naturel.

Sleep Time Balm Tasneem Naturel

Sleep time balm ini dirumuskan dari essential oils iaitu pati tumbuhan. Membantu anak mudah tidur, juga membantu anak untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti. Selain itu, memberi rasa relaks dan mood yang selesa dan tenang.

Anak-anak memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti. Tidur yang berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak. Nampak seperti mudah tapi jika dipandang remeh waktu tidur anak, memang membahayakan perkembangan si manja. Baca selanjutnya di sini.

Balm ini dirumuskan dari campuran 8 jenis essential oils. Bagaimana 8 essential oils ini membantu masalah tidur anak-anak? Lihat detail dibawah

Vertiver

Essential oils ini berfungsi mengimbangkan hormon dan tekanan. Meningkatkan tumpuan. Boleh digunakan untuk terapi ADHD.

Ylang Ylang

Berfungsi merawat kemurungan, mengurangkan adrenalin dan membantu tekanan darah.

Bergamot

Mempunyai aroma citrus meransang rasa tenang. Bertindak sebagai antiseptik juga mengurangkan tegang otot.

Lavender

Essential oils ini berfungsi mengimbangkan hormon dan tekanan. Meberi mood yang lebih stabil dan membantu tidur yang lebih berkualiti.

Orange

Kaya dengan antioksida, membantu menghapuskan toksin dalam badan dan membantu lebih fokus dan produktif.

Cedarwood

Meransang penghasilan hormon melantonin, meningkatkan daya tumpuan dan meransang proses pemikiran.

Roman Chamomile

Aroma yang menenangkan menyokong sistem imun dan ianya tingggi Antioksida.

Marjoram

Juga dikenali sebagai ‘wintersweet’. Berfungsi menyokong sistem imundan bertindak pada sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

Boleh dapatkan Sleep Time Balm tasneemnaturel dari pengedar balm ini atau terus hubungi saya di whatapp 017-3453305. Boleh juga terus buat pembelian ke shopee MomQhalif

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

0
Your Cart