“Bayi Dalam Pantang Kena Batuk Selsema, Anak Yang Sulung Kena Asthma, Risau Saya” – Ejen Tasneem Alor Gajah Melaka

Salam kenal dari saya, Nana Fendi, seorang ibu kepada dua cahaya mata. Saya mula menggunakan balm Tasneem Naturel apabila bayi saya batuk selsema dalam pantang. Pada masa yang sama, anak sulung saya ada asthma, jadi saya ikhtiar untuk kedua dua anak saya. Anak yang sulung sejak umur 10 bulan dah kerap keluar masuk hospital dan ambil neb sehinggalah umurnya 2 tahun.

Saya terjumpa posting mengenai CF Rub balm Tasneem Naturel dalam FB page Momqhalif. Saya pun terus pm admin page dan dia menerangkan saya tentang fungsi dan kandungan dalam balm Tasneem Naturel. Dan saya bertanyakan harga sekali. Memang saya berminat sangat tapi bagi saya mahal sebab saya belum cuba. Saya bertanya pada suami, suami kata ” beli lah untuk anak anak kita juga”. Saya dengan teruja terus pm admin page saya semula dan buat pembayaran.

Bila balm sampai, saya terus konsisten sapu pada kedua dua anak saya sebab kebetulan dua dua tak sihat juga. Alhamdulillah mereka serasi, lebih lebih lagi anak yang sulung. Asthma dia dapat dikawal dan seterusnya tiada sampai ke hari ini. Memang saya rasa gembira tak terkata sebab saya dah tak sanggup tengok anak kena selalu cucuk dan ambil neb.

Kini doktor pakar dah jarakkan tarikh appointment dari 3 bulan ke 4 bulan sekali untuk pantau lagi. Insyallah doktor kata kalau dia tengok perkembangan dia sentiasa baik, kes anak saya akan ditutup. Alhamdulillah. Anak yang nombor dua tu pun mestilah serasi sangat guna Cf Rub balm tu, memang tak bagi ubat batuk pun sebab umur dia masih 1 tahun. Sekarang bagi saya mahal tapi berbaloi apa salahnya kan,semuanya demi kesihatan anak anak.

Bermulanya asbab itu, saya terbuka untuk sebarkan manfaat balm Tasneem Naturel kepada ibu bapa diluar sana yang anak anak saya sendiri peroleh dan bantu mereka yang ada anak sama macam masalah anak anak saya.

Adatlah dalam berbisnes macam macam dugaan. Soal harga memang ada yang pertikaikan kerana katanya mahal dan tak mampu. Ada yang kata saya ni menjual semata mata sebab nak duit. Tapi tu semua tak patahkan semangat saya untuk bantu ibu bapa diluar sana. Saya tetap teruskan dengan niat saya. Saya tahu Allah kan ada. Alhamdulillah semakin hari semakin orang sekeliling kenali saya sebagai agent Tasneem Naturel dan anak anak saya pengguna tegar produk Tasneem Naturel. Bukan mudah nak dapat kepercayaan mereka, bila saya berjaya bantu mereka saya rasa bersyukur sangat.

Tasneem Naturel juga banyak buat kelas online dan offline, cuma kita ni ” rajin atau malas” je. Nak berjaya kena lah rajinkan. Bila saya dalam Family Tasneem Naturel, saya berada dalam circle yang positif sangat. Founder kami pula, Puan Haridah Sahri adalah orang yang sangat merendah diri dan tak kedekut ilmu untuk share pada semua anak anak team dia. Pihak HQ pula pun peramah dan rajin respond jika kami ada pertanyaan. Tasneem Naturel juga menggunakan sistem, jadi tiada unsur unsur penipuan. Dalam Tasneem ada untung runcit dan bonus bulanan tau, itu belum termasuk reward dari HQ atau Founder. Dengan adanya untung runcit dan bonus, dapatlah saya tambah duit poket dan belanja anak anak sebab saya suri rumah sepenuh masa.

Rezeki Allah itu luas dan ada di mana mana. Saya percaya kalau kita rajin dan berusaha, rezeki itu sendiri datang pada kita. Insyallah. Dan saya percaya satu hari nanti impian saya akan tercapai bersama Tasneem Naturel.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart