Bayi Kerap Menangis Tanda Kembung Perut? Ini 6 Tips Atasi Kembung Perut Bayi

Tips atasi kembung perut bayi.

“Susah hati bila bayi menangis tak selesa. Menyusu sudah, pampers dah tukar, tapi menangis lagi. Mungkin kembung perut agaknya”

Masalah ‘colic‘ biasanya dikaitkan dengan masalah sakit perut. Ini salah satu tanda bayi kembung perut dan kerap menangis.

Bayi yang berusia 2-3 minggu selalunya sering mengalami masalah kembung perut. Ibu bapa selalunya boleh melihat reaksi bayi akan menangis sekuat hati, menarik kedua belah kaki ke bahagian perut dan menggengam tangannya.

6 Tips atasi kembung perut bayi

Apa yang boleh dilakukan ibu-ibu bantu atau elak bayi dari kena kembung. Ibu-ibu boleh ikuti 6 tips dibawaH. Moga bermanfaat

1. Ibu Menyusu Dengan Teknik Yang Betul

Ibu perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Posisi penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari menelan ‘angin’. Ini juga dapat membantu ibu dari melecet atau terkena ‘nipple crack’ yang pedih !

tips atasi kembung perut bayi.

2. Tukar Susu Formula

Pemilihan susu juga sangat penting untuk mengelak kembung perut. Bayi akan mengalami masalah kembung perut jika alah terhadap protein susu lembu, laktosa atau usus bayi belum matang.

Ketidakselesaan pada perut bayi biasanya disebabkan oleh pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna.

Sebagai ganti, ibu boleh tukar susu lembu kepada susu soya atau susu kambing.

tips atasi kembung perut bayi.

3. Dapatkan Puting Botol Susu Yang Sesuai

Jika bayi menyusu menggunakan botol, ibu ayah perlu pastikan saiz puting botol yang sesuai untuk bayi.

Saiz puting sangat berperanan penting dalam mengalirkan susu sehingga boleh menyebabkan bayi tidak selesa perut.

4. Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

Ibu perlu sendawakan bayi selepas menyusu supaya tiada ‘angin’ yang terperangkap. Ini dapat mengelakkan bayi dari kembung perut.

Ibu perlu menggunakan teknik yang betul ketika sendawakan bayi dan *JANGAN* menggoncang badan bayi.

Jika bayi termuntah sedikit atau jeluak selepas menyusu itu perkara biasa.

tips atasi kembung perut bayi.

5. Bendung dan bengkung bayi

Cara balutan ini dapat membantu bayi dari masalah kembung perut.
Membendung bayi dapat memberi bayi tidur dengan selesa dan nyaman. Bengkung membuatkan bahagian perut terutama pusat tidak dimasuki angin luar.

tips atasi kembung perut bayi.

6. Sapu Dengan Trub Balm

Ibu boleh menggunakan Trub balm dari Tasneem untuk kegunaan harian bayi. Balm disapu selepas mandi dan ketika bayi nak tidur.

T-Rub diperkaya dengan essential oils seperti ginger, peppermint, lemongrass untuk membantu masalah bayi kembung perut dan sembelit. Ia juga dapat memudahkan proses penghadaman bayi.

Balm boleh digunakan untuk bayi yang baru lahir (newborn) sehingga dewasa. Balm tidak panas, tidak melekit, tahan 4-5 bulan dan bau yang menyenangkan.

Testimoni Pengguna T-Rub Balm

“Anak kentut, dan dah mula membuang”
“Serasi ! Lepas sapu mesti kentut! Malam pun dah tak meragam”

Untuk mendapatkan Balm Trub Tasneem ibu boleh klik gambar di bawah.


XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart