Batuk antara masalah kesihatan yang sering berlaku tidak mengira umur. Berikut adalah cara hilangkan batuk bayi dari rumah. Mudah sangat untuk ibu ayah amalkan.
Menurut Portal Rasmi MyHEALTH batuk adalah tindak balas semula jadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Apakah Punca Batuk ?
Demam, selesema, alergik dan merokok boleh jadi punca umum berlakunya batuk. Tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Antara sebab batuk yang lain ialah
- Adanya lelah atau asma
- Jangkitan saluran pernafasan
- Kelemahan jantung
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
Bagi ibu ayah bila bayi terkena batuk ia sangat merisaukan. Tambahan pula bayi bawah 2 tahun belum sesuai untuk ambil sebarang ubat. Jadi perkongsian ini membantu ibu ayah dapatkan idea bagaimana cara hilangkan batuk bayi dari rumah. Akan tetapi ibu ayah wajib memantau keadaan bayi. Jika terlalu lama batuk atau pernafasan bayi makin teruk kesan dari batuk, terus bawa bayi ke klinik dengan kadar segera.
Cara Hilangkan Batuk Dari Rumah
Ibu ayah boleh iktihar lakukan kaedah ini, untuk melegakan batuk bayi. Moga ia membantu bayi kembali sihat dan ceria inshaAllah.
1. Mandi lemon
Lemon kaya dengan vitamin C. Ia dapat meningkatkan imun badan dan membantu mengatasi demam, batuk dan selesema bayi. Ibu ayah boleh cuba mandikan anak dengan mandian lemon. Petua ini boleh menghilangkan batuk dan mengeringkan hingus bayi dari terus mengalir.
Ibu ayah tak perlu susah-susah untuk potong buah lemon, gunakan sahaja mandian lemon yang ada di pasaran. Lebih mudah dan cepat. Boleh dapatkan sabun lemon ini DI SINI.

2. Minyak Cengkih Wagas Oil
Minyak cengkih ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami batuk dan kegatalan tekak. Antara fungsinya ialah melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan membantu bayi tidur lebih lena. Boleh gunakan minyak cengkih dari Ikhlas Herbs ini iaitu wagas oil. Minyak ini sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah dewasa.
Boleh dapatkan minyak cengkih ini DI SINI.

3. No More Cough Relief Patch (Pelekat batuk)
No more Cough Relief Patch ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami batuk dan kegatalan tekak. Antara fungsinya melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan meredakan kegatalan tekak.

Pelekat batuk ini sesuai digunakan untuk bayi berumur 3 bulan sehinggalah dewasa. Tetapi untuk mereka seperti dibawah sebelum menggunakannya perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- G6PD seumur hidup
- Ibu mengandung
- Pesakit yang ada kanser paru-paru
- Pesakit buah pinggang
- Pesakit jantung
- Alergik kulit
- Kegagalan Jantung
- Kegagalan pernafasan (Respiratory Failure)
Boleh dapatkan No More Cough Relief Patch ini DI SINI.
4. Sapuan CF-Rub balm Tasneem
Balm ini dirumuskan dari essential oil iaitu pati tumbuhan yang bantu memberi kelegaan pada batuk dan kahak anak. Sangat sesuai untuk bayi sehingga dewasa. Kelebihan CF Rub adalah untuk membantu :
- Selesema, hidung tersumbat dan sukar bernafas.
- Batuk yang berpanjangan
- Batuk berkahak
- Membantu mencairkan kahak bagi memudahkan anak mengeluarkan kahak
- Panas badan atau simptom demam
Boleh dapatkan CF-RUB BALM ini DI SINI.

5. Tepuk Percussion
Tepukan precussioms ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi. Ia sangat membantu jika bayi batuk berkahak. Tepukan ini bertujuan untuk melonggarkan lendiran kahak yang ada dalam badan bayi. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan secara melengkung.

6. Susu Ibu
Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang batuk selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi berlaku.
Susu ibu mempunyai kandungan antibodi yang tepat untuk keperluan bayi. Baca SINI
7. Aliran Udara Yang Baik Dalam Rumah
Cara menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikan nya. Usah terperap dalam bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.
Bolehlah ibu ayah mencuba kaedah diatas ini, moga bermanfaat dan dapat membantu bayi kembali sihat InshaAllah. Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu juga pantau keadaan bayi. Jika terlalu lama bayi batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik. Terutama sekali apabila nampak bayi kesukaran bernafas, tindakan segera.
Itulah dia petua hilangkan batuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

What do you think?