Cara Hilangkan Batuk Bayi

Perkongsian ini untuk ibu ayah yang mencari cara mudah hilangkan batuk pada bayi. Bayi batuk amat merisaukan. Kesian melihat tubuh kecil ini sakit-sakit menahan batuk sampai muka pun naik merah. Sebagai ibu ayah mesti kita nak mencari iktihar terbaik buat si manja.

Moga perkongsian ini membantu sedikit sebanyak mengurangkan batuk bayi, InshaAllah.

1. Hilangkan batuk bayi dengan beri susu ibu

Cara hilangkan batuk bayi pertama ialah dengan beri susu yang kerap pada bayi.

Bagi orang dewasa seperti kita, kita boleh minum air masak sebanyak-banyaknya. Manakala untuk bayi yang berumur bawah daripada enam bulan kita sarankan ibu untuk bagi susu ibu atau susu formula secukupnya.

Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Selain itu, susu ibu juga membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

Baca lebih lanjut mengenai susu ibu di SINI

2. Tinggikan posisi kepala bayi

Tinggi kan posisi kepala bayi supaya pernafasan bayi itu lebih lancar. Bagi kanak-kanak yang umur bawah pada satu tahun ibu boleh letakkan bantal yang sedikit tinggi.

Posisi tidur yang mengiring boleh menyebabkan lendir menjadi terkumpul di kerongkong. Ini boleh mengakibatkan anak batuk tanpa henti dan berpanjangan.

3. Berikan bayi rehat secukupnya

Pastikan bayi dapat rehat yang secukupnya. Bayi yang sakit akan kerap menangis dan kurang rehat. Jadi, perlu pastikan bayi rehat cukup seperti tidur awal.

Elakkanlah membawa bayi keluar rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan kanak-kanak lain.

Selain itu, anak akan berasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.

4. Hilangkan batuk bayi dengan bersihkan peralatan, rumah dan pakaian

Walaupun rumah kita lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya ibu ayah membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk.

Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia. Selamat untuk bayi yang masih kecil.

5. Tepukan Precussion

Menepuk bahagian badan depan dan belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung seperti nak sendawakan bayi.

Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. Ibu ayah perlu berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi.

Sebelum buat teknik ini, bolehlah ibu ayah sapukan minyak cengkih bagi membantu melonggarkan lendir dalam paru-paru anak.

Menurut Dr Ahmad Samhan, bunga cengkih adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan. Cengkih mengandungi Eugenol merencat Enzim 5-lipoxygenaseEnzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Boleh dapatkan minyak cengkih ini DISINI

minyak-cengkih-untuk-hilangkan-batuk-bayi

6. Penjagaan makanan ibu

Seterusnya, ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Pemakanan yang sihat dari ibu juga memainkan peranan penting untuk kesihatan bayi. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih di dalam sup berkenaan. Selain itu, pengambilan makanan tambahan juga membantu ibu.

7. Pelekat batuk

Pelekat batuk ini sesuai digunakan untuk bayi berumur 3 bulan sehinggalah dewasa. Fungsi pelekat batuk ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami batuk dan kegatalan tekak.

Bahan yang ada dalam pelekat ini ialah 100% herba. Antara bahannya ialah Fructus Gleditsia Abnormalis, Cortex Cinnamomi, Pinellia Ternata, Rhizoma Arisaematis dan Jujube Nectar.

Boleh dapatkan pelekat batuk ini DISINI

Bolehlah ibu ayah mencuba kaedah diatas ini, moga bermanfaat dan dapat membantu bayi kembali sihat InshaAllah. Walau bagaimanapun, ibu ayah perlu juga pantau keadaan bayi. Jika terlalu lama bayi batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik. Terutama sekali apabila nampak bayi kesukaran bernafas, tindakan segera.

Itulah dia petua hilangkan batuk bayi yang ingin kami kongsi kan pada hari ini. Semoga bermanfaat.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart