Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Selamat

Perkongsian ini adalah cara hilangkan kahak bayi dengan selamat. Cara ini sangat sesuai buat bayi setahun kebawah. Caranya selamat dan mudah tetapi wajib ibu ayah perhatikan keadaan kesihatan bayi dari semasa ke semasa.

Bila sebut sahaja bayi ada kahak, semestinya ia mendatangkan kerisauan buat ibu ayah. Jika tidak dibendung dari awal masalah kahak ini, ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih serius lagi buat si manja. Lebih-lebih lagi si manja yang masih berumur setahun dan kebawah.

Ini saya kongsikan beberapa tips atau petua yang boleh ibu ayah lakukan.

7 Cara hilangkan kahak bayi dengan selamat

Berikut adalah cara buang kahak bayi yang mengalami batuk, selsema atau hidung tersumbat, moga membantu ibu ayah.

1. Kerapkan susu

Bayi bawah setahun akan mendapat khasiat dari susu ibu, walau dalam keadaan bayi tak sihat, bayi masih mendapat susu yang cukup. Jadi pantau jadual penyusuan bayi supaya bayi masih mendapat susu yang cukup.

Ibu juga perlu makan makanan berkhasiat terutamanya yang kaya vitamin C, ini membantu meningkatkan kualiti susu ibu.

2. Mandi wap

Mandi wap ini membantu buang kahak bayi dengan mudah. Ibu ayah boleh stim kan bilik mandi secara selamat sebelum mandikan bayi. Caranya, ibu ayah buka air panas atau shower, tutup pintu dan duduk bersama bayi dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit.

3. Tepuk Percussion

Teknik tepukan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam badan. Bayi masih tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa.

Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk menyenangkan kahak keluar.

teknik tepukan bantu legakan batuk kahak

Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak anak muntah susu. Ikuti langkah dibawah;

  • Bentukan tapak tangan seperti â€˜cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan berentak pada depan, belakang dan sisi anak.
  • Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk. Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
  • Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
  • Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
  • Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.

4. Sedut hingus

Jika bayi ada hingus, perlu untuk ibu ayah sedut hingus bayi. Ini akan memberi keselesaan pada bayi. Terutamanya semasa bayi menyusu. Hingus yang terlalu banyak akan menyukarkan bayi untuk menyusu dan tidur.

Ibu ayah gunakan alat yang sesuai untuk sedut hingus bayi. Elakkan mengguna mulut terus ke hidung bayi. Hal ini kerana mulut orang dewasa terdedah dengan bakteria. Jadi risau ia memberi jangkitan lain pula pada bayi.

Boleh dapatkan alat ini di SHOPEE. KLIK SINI

alat-sedut-hingus-bayi

5. Sapu minyak cengkih

Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan. Antaranya batuk, selsema, kahak dan sakit tekak.

Sapukan minyak cengkih ini di dada, tapak kaki, belakang badan dan leher bayi. Jika hidung bayi tersumbat, boleh sapukan sedikit di batang hidung supaya dapat memberi keselesaan pada bayi.

minyk-cengkih-hilangkan-kahak-bayi

Minyak cengkih No More Cough ini tidak panas, tidak melekit dan sesuai digunakan dari newborn hingga dewasa. Ia mengandungi peppermint essential oil, clove bud oil, coconut oil dan vitamin E.

Boleh dapatkan minyak ini di SHOPEE. Klik logo shopee dibawah.

6. Pelekat batuk

Pelekat batuk pula ibu ayah boleh tampal kan di dada dan belakang badan bayi. Ianya sesuai digunakan untuk bayi 3 bulan dan keatas.

cara-hilangkan-batuk-bayi

Terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung di dalam pelekat ini seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.

Boleh dapatkan minyak ini di SHOPEE. Klik SINI

Ibu ayah boleh baca lebih lanjut mengenai pelekat batuk ini di No More Cough Relief Patch Pelekat Batuk Herba

7. Gas Nebulizer

Gas nebulizer ini berfungsi mencairkan kahak dan biasanya diberikan pada kanak-kanak yang mengalami wheezing paling teruk hingga mengeluarkan bunyi dari paru-paru ketika bernafas.

Kesimpulan

Setiap bayi berbeza-beza. Maka, mungkin cara buang kahak bayi yang lebih berkesan buat sesetengah bayi juga berbeza. Paling penting ibu ayah adalah alert dan cepat bertindak dalam apa jua situasi.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah. Jika ada sebarang cadangan atau petua lain ibu ayah boleh juga berkongsi dengan kami.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart