Combo Anti Resdung Ikhlas Herbs Cara Terbaik Hilangkan Resdung

Sengsara akibat resdung ? Rasa tidak selesa sehingga kan hidung berair dan muka naik berjerawat. Ini perkongsian cara hilangkan resdung dengan menggunakan Kombo Anti Resdung dari Ikhlas Herbs.

Apa itu Resdung?

Menurut Portal Myhealth resdung ialah keradangan pada selaput yang menutupi sinus iaitu rongga berudara pada bahagian pipi dan dahi. Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung dan sinus.

Resdung berlaku kerana jangkitan yang disebarkan ke dalam sinus apabila selaput sinus bocor. Jangkitan boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat. Selain itu, alahan, iritasi kimia dan ketumbuhan dalam hidung juga boleh sebabkan masalah resdung.

Cara rawat resdung mungkin berbeza mengikut keseriusan simptom yang dialami seseorang individu.

Tanda-tanda resdung

Selalunya antara tanda resdung ia mirip dengan demam selesema iaitu kerap bersin dan hidung gatal serta berair.

Melalui laman portal Hello Doktor, jika mengalami penyakit resdung, gejala akan muncul beberapa jam setelah terdedah kepada sebarang jenis alergen. Masalah ini boleh mengakibatkan gejala seperti:

  1. Rasa gatal pada mulut, mata, tekak atau kulit
  2. Tidak dapat menghidu dengan baik
  3. Hidung berair
  4. Mata berair
  5. Kerap bersin

Antara tanda resdung yang teruk pula ialah

  1. Hidung tersumbat
  2. Telinga tersumbat
  3. Tidak dapat menghidu dengan baik
  4. Kerap batuk
  5. Sakit tekak
  6. Lingkaran hitam pada bahagian bawah mata
  7. Mata menjadi sembap
  8. Pening kepala
  9. Sering letih 
  10. Cepat marah

Cara hilangkan resdung

Individu yang mengalami tanda resdung yang teruk perlulah terus mendapatkan rawatan daripada doktor. Biasanya doktor akan berikan suntikan atau ubat sesuai dengan masalah resdung.

Jika resdung tidak terlalu teruk bolehlah iktihar legakan resdung dengan rawatan tanpa ubat.

Combo Anti-Resdung Ikhlas Herbs

combo anti resdung-cara hilangkan resdung

Cara hilangkan resdung, anda boleh gunakan set combo ini.

Combo Anti Resdung merupakan gabungan bahan semula jadi yang dijadikan sebagai penyelesaian untuk masalah resdung sejak turun-temurun lagi tanpa perlu makan ubat.

Kelebihan Combo Anti Resdung ini ialah

  • Mengurangkan masalah resdung
  • Memberikan kelegaan pada hidung
  • Membersihkan wajah dari kotoran
  • Menghilangkan parut jerawat

Dalam set kombo ini terdapat dua item iaitu Ikhlas Oil dan Sabun Citrus Oyen.

Ikhlas Oil – cara hilangkan resdung

Bahan-bahan yang terkandung dalam minyak ini ialah peppermint, cinnamon, winterfield, floral oil dan menthol.

Kebaikan Ikhlas oil ini dalam merawat masalah resdung seperti

  • Melegakan pening kepala akibat resdung
  • Menghilangkan kegatalan di hidung
  • Menghentikan bersin yang berterusan
  • Melegakan hidung tersumbat

Cara penggunaan minyak ini juga mudah sahaja. Ikuti langkah dibawah :

  1. Cuci tangan dan muka sehingga bersih dan lap kering
  2. Roll kan ikhlas oil di tempat bermasalah seperti hidung, zon T, atas kening dan kiri kanan kepala.
  3. Biarkan ikhlas oil meresap seketika
  4. Urut perlahan arah jam
  5. Guna 2 kali sehari siang dan malam

Sabun Citrus Oyen – cara hilangkan resdung

Sabun citrus oyen ini diperbuat dari bahan-bahan semula jadi seperti madu, ekstrak oren, kayu manis, olive oil dan shea butter.

Kebaikan sabun ini ialah

  • Mengecilkan pori
  • Agen anti penuaan
  • Melembapkan kulit wajah
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mampu menghilangkan parut jerawat
  • Mengawal minyak di muka
  • Mengatasi masalah kulit kering

Cara penggunaan sabun ini mudah sahaja :

  1. Potong dahulu sabun kepada 9 bahagian (1 bahagian tahan 1 minggu)
  2. Basahkan muka terlebih dahulu
  3. Ambil sabun yang dah dipotong. Gosokkan pada tapak tangan 3,4 kali. Kemudian sapukan pada wajah
  4. Bilas muka sehingga bersih dan lap sehingga kering

Set combo Anti-Resdung ini adalah solusi buat mereka yang mahu legakan resdung tanpa ubat. Set ini juga ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Testimoni pengguna set Combo Anti Resdung

Lepas pakai Combo Anti Resdung lendir hingus senang keluar. Hidung adik dah tak tersumbat dan selesa sangat

Kesimpulan

Individu dengan ciri-ciri resdung yang tak teruk boleh mencuba set ini. Jangan abaikan masalah resdung.

Pelbagai komplikasi berpunca dari masalah resdung seperti asma berulang, terjadinya resdung kronik atau jangka panjang, jangkitan akan merebak ke dinding otak yang akan menyebabkan meningitis, merosakkan organ penglihatan, serta menyebabkan berlaku jangkitan telinga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Bagi anda yang ingin mendapatkan set Combo Anti Resdung boleh terus dapatkan di kedai shopee kami. Klik dibawah.

Baca cara menaikkan berat bada bayi. Klik SINI

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

0
Your Cart