Cara Menaikkan Berat Badan Bayi

Saya kongsi kan sedikit cara menaikkan berat badan bayi dengan susu ibu. Tips ini atas pembacaan saya sendiri. Kebetulan check up bayi 5 bulan yang lepas nurse tanya kenapa berat bayi saya naik sedikit sahaja.

Biasa lah ibu-ibu, bila jadi macam ini terus risau dan mula lah pencarian macam-macam petua dan tips.Sebelum itu, cara ini lebih fokus kepada ibu-ibu yang direct breastfeeding atau pun menyusukan bayi secara terus ke payudara.

Baca juga : Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Semasa 6 Bulan Pertama

Cara menaikkan berat badan bayi

Tips atau cara ini sesuai untuk bayi 6 bulan kebawah iaitu yang masih menyusu susu ibu secara 100% . Moga membantu ibu-ibu.

1. Berikan susu ikut permintaan bayi

Berikan susu pada bayi bila-bila sahaja bayi minta. Perhatikan isyarat bayi yang ingin menyusu. Antara isyarat yang boleh diperhatikan ialah bayi mula menangis atau memasukkan tangan ke dalam mulut. Kemudian, susu kan bayi tanpa had masa.

2. Susu kan bayi sehingga payudara ‘kosong”

Ibu perlu susu kan bayi disebelah payudara sahaja sehingga “kosong”. Hal ini kerana, pada penghujung sesi penyusuan barulah bayi akan mendapat “hindmilk”. Hindmilk ini mempunyai kandungan yang lemak yang tinggi membantu menambah berat badan bayi. Selepas itu, barulah susu kan bayi di payudara satu lagi.

Hindmilk

  • Dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara.
  • Warnanya adalah lebih pekat berbanding foremilk dan agak kekuningan.
  • Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi.
  • Ia berfungsi untuk memberikan tenaga, membantu tumbesaran serta lebih buat bayi kenyang

Foremilk

  • Dikenali susu awal yang berada di hadapan payudara
  • Terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air.
  • Kandungan laktosa yang tinggi di dalam foremilk ini adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga bagi menghilangkan dahaga bayi.

Kredit kepada : Hello Doktor

3. Urut payudara

Semasa bayi menyusu secara direct dari ibu, ibu boleh urut lembut atau tuam payudara ibu. Ia membantu meransang lebih banyak kandungan lemak di dalam foremilk (susu awal).

4. Sesi penyusuan yang lama

Berikan bayi menyusu dan melepaskan sendiri puting. Sesi penyusuan yang lama membantu bayi mendapatkan hindmilk. Kemudian barulah alihkan bayi pada payudara sebelah lagi.

5. Kerapkan penyusuan

Susukan bayi dengan lebih kerap terutamanya di sebelah malam. Kejutkan bayi yang tidur untuk menyusu. Ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin banyak terhasil dan kandungan lemak dalam susu juga meningkat.

6. Banyak berehat dan jangan stress

Tips keenam ini khas untuk ibu. Untuk ibu yang menyusukan bayi, haruslah mendapat rehat yang cukup. Ia membantu penghasilan susu yang cukup untuk bayi. Juga pastikan ibu tidak stress. Hormon stress yang tinggi mengganggu penghasilan susu badan.

7. Makan makanan berkhsiat

Ibu wajib makan makanan berkhasiat dan seimbang. Ini penting untuk tenaga seharian dan memastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti. Ibu boleh juga amalkan makanan tambahan seperti milk booster yang ada di pasaran. Boleh dapatkan di SHOPPE, KLIK SINI

Kesimpulan cara naikkan berat bayi

Apa yang boleh saya simpul kan, penting untuk bayi dapatkan susu berkualiti yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi membantu penambahan berat badan bayi.

Cara ini sesuai buat bayi 6 bulan kebawah yang masih menyusu susu ibu secara eksklusif. Bagi bayi dah pun mula makan, ibu perlu pastikan bayi mendapat zat yang seimbang dan cukup buat bayi.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart