Didik Anak Cergas Dan Cerdas – Tips Ke Tujuh Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Setiap ibubapa mengimpikan anak-anak membesar dengan baik mengikut acuan terbaik, supaya kelak dewasa mereka jadi insan terbaik dunia akhirat.

Disini Aida kongsikan 7 tips didik anak jadi cergas dan cerdas. Sama-sama kita amalkan dari sekarang.

1. Curahkan kasih sayang sepenuhnya

Walau sibuk macam mana pun ibu ayah wajib tunjukkan dan ucapkan kata-kata sayang pada anak. Setiap hari.

Biasanya diawal pagi bila nak kejutkan Nu’man bangun aida akan peluk dan cium Nu’man. Bagi aida cara ni wajib, bagi booster semangat anak diawal pagi.

2. Jangan gunakan bahasa negatif pada anak

Ibu ayah bila marahkan anak elakkan menggunakan bahasa negatif seperti

Pemalas
Bodoh
Penakut
Lembap

Dan sebagainya. Ayat-ayat seperti ini akan buatkan anak hilang keyakinan diri. Risau, ayat-ayat dari ibu ayah menjadi doa pada anak. Nauzubillah.

3. Galakkan Membaca

Nak galakkan anak membaca, ibu ayah kena mula dulu. Anak belajar dari apa yang dilihatnya. Mungkin boleh buat satu sesi membaca setiap hari bersama keluarga.

Dengan membaca, anak dapat input-input baru bagus untuk perkembangannya.

4. Jaga pemakanan Anak

Nak ada cergas dan cerdas, dalaman anak perlu dijaga. Berikan makanan seimbang pada anak. Ada anak takut makan sayur.

Mungkin boleh iktihar berikan vitamin atau buatkan jus buah-buahan untuk tarik minat anak makan atau minum.

5. Bagi peluang anak berdikari

Ibu ayah boleh berikan tugasan kecil seperti angkat kain, basuh pinggan atau kemaskan katil pada anak. Bukan membebankan anak.

Tapi untuk memupuk sifat tanggungjawab dan berdikari dalam diri anak. Masa ini anak-anak belajar banyak perkara.

6. Biarkan anak meneroka

Beri peluang anak bebas bermain. Melompat, berlari, memanjat dan sebagainya.

Proses meneroka akan menstimulasi memori dan beberapa fungsi kognitif yang lain dimana ia penting bagi IQ anak.

7. Selami Emosi anak

Bila anak sedih atau gembira, cuba tanyakan kenapa mereka begitu. Semua ini bagus untuk perkembangan emosi dirinya.

Malah anak akan membesar menjadi insan yang sensitif dengan perasaan orang sekeliling.

Mari kita amalkan ! Gunakan peluang duduk di rumah ni untuk eratkan lagi hubungan antara ibu ayah dan anak-anak.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart