fbpx

Dua Hari Pengisian Menuntut Ilmu

Dua hari berturut-turut dapat belajar ilmu baru dari Cikgu Hidayah dan Cikgu KN.

Kelas memang awesome! Tanya jelah, cikgu memang jawab je, lagi-lagi peserta tak ramai jadi lebih mudah cikgu dan kami sendiri nak fokus.

Hari pertama belajar ilmu shopee, banyak sangat tak tahu tentang market place yang ni. Memang mula kelas blurr je. Haha Tapi ni Alhamdullilah, nampak la perjalanan nak mantapkan market place shopee ni. Cewah!

 

Hari kedua, kami belajar FB Ads. Lebih spesifik lagi belajar tentang messenger ads. Wah wah 😁 ! Sebelum ni Aida fokus engagement ads tak reti pun messenger ads ni. Jadi di kelas ni dapatlah ilmu baru. Mudah jugalah teknikal ads ni. Cikgu siap bagi template copywriting.

Selain belajar ilmu teknikal, cikgu ada berpesan dengan kami, buat business kena ada target yang jelas dan kena yakin.

Apa target kita nak buat business sebenarnya? Contoh, kalau isteri kata nak buat business untuk bantu suami. Bantu dari segi macam mana?

Bantu dari segi beli barang dapur?
Bantu dari segi duit belanja anak?
Atau apa?

Kena nyatakan target dan berapa amount yang nak dibantu. Bila target jelas, barulah kita nampak apa niat sebenar kita berniaga. Lagi satu cikgu pesan, nak buat sesuatu kena yakin, bila kita yakin inshaAllah apa yang kita nak buat tu akan tercapai.

 

Semalam sebelum kelas bermula sempat jugalah buat personal coaching selama sejam dengan founder Tasneem Naturel. Hehe Rezeki sangat ! Belajar ilmu blogging.

 

Wahhh banyak lagi ilmu nak kena terokai ni. Semangat! Semangat! 😁💪🏻

Malam ni inshaAllah nak turunkan ilmu dengan team MomQhalif pula.

Untung siapa ada dalam team MQ, lagi untung kalau ilmu tu terus dipraktikkan bukan diperam 😎
.
.
Syuhaidah Norazrin
Masih banyak ilmu perlu diterokai

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart