fbpx

Hand Sanitizer Tanpa Alkohol Selamat Untuk Anak-Anak

Tahun 2018, Malaysia dikejutkan dengan tersebarnya wabak HFMD iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut secara pesat di seluruh Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Untuk langkah pencegahan, kebersihan anak-anak wajib dititik beratkan. Cara terbaik adalah dengan membasuh tangan menggunakan sabun. Tapi bukan mudah setiap masa nak membasuh tangan dengan sabun, lagi-lagi jika kita susah nak dapatkan akses pada air.

Alternatif lain, kita boleh gunakan hand sanitizer. Hand Sanitizer membantu mematikan kuman-kuman yang ada pada tangan. Dalam masa yang sama ia juga meninggalkan satu permukaan perlindungan pada tangan dari jangkitan virus dan bakteria.

Hand Sanitizer yang ada dipasaran rata-ratanya ada alkohol. Untuk info, anak kecil mudah memasukkan tangan ke dalam mulut. Bayangkan jika selepas kita sapu Hand Sanitizer pada anak dan anak memasukkan tangan dalam mulut, ia membahayakan kesihatan anak-anak.

Selain itu, alkohol yang terdapat dalam hand sanitizer boleh menyebabkan keracunan bila termakan dan ia juga adalah bahan mudah terbakar. Apatah lagi jika hand sanitizer tersebut mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tiruan.

Oleh sebab ini, maka Tasneem Naturel menghasilkan Hand Sanitizer dari bahan semulajadi yang jauh lebih selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Hand Sanitizer tanpa alkohol dan bahan kimia berbahaya dirumus dari ekstrak sireh sebagai antiseptik.

Pemekat yang digunakan adalah dari ekstrak aloe vera yang juga bersifat merawat pada kulit. Tambah menarik wangian untuk hand sanitizer ini adalah mengggunakan minyak pati tumbuhan (essential oil) yang terbukti memberi banyak manfaat kepada pengguna.

Dengan kombinasi bahan-bahan terbaik ini diharapkan hand sanitizer Tasneem Naturel menjadi pilihan ibubapa yang mementingkan penggunaan bahan yang selamat kimia berbahaya untuk anak-anak kesayangan anda.

Untuk tempahan Hand Sanitizer ini, anda boleh klik link disini.

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart