fbpx

Newsletter

Home

About MomQhalif

MomQhalif  berkongsi  tentang pengalaman seorang ibu juga seorang mompreneur setelah melangkah ke gerbang perkahwinan. Inginkan yang terbaik untuk anak, mula membuat aktiviti homeschooling dirumah, jadi mula mencari bahan yang sesuai untuk anak. Secara tidak lansung, bermulalah journey dropship educational toys dan buku, kemudian terjebak pula dengan balm berasaskan essential oils, iaitu Tasneem Naturel.

Pada mulanya, menggunakan balm Tasneem Naturel untuk proses wean off (putus susu). Setelah merasai sendiri keserasian dari balm ini dengan izin Allah, terus mengambil keputusan untuk berkongsi kebaikan dari balm Tasneem Naturel. Dari detik inilah, ibu ini mula berbusiness dengan serius, pelbagai ilmu diajari dan dipelajari untuk sampai ke tahap ini.

Pelbagai suka dan duka juga diharungi, pernah untuk hentikan apa yang dimulai, tapi bila mengenangkan anak dan suami digagahi jua. Alhamdullilah, Allah permudahkan perjalanan mompreneur ini disamping mendidik anak-anak. Tidak terhenti disitu, ibu ini mula berusaha untuk bantu ibu-ibu diluar sana yang mempunyai big why yang besar dalam memperkasakan ekonomi keluarga.

Maka, wujud pula team MQ yang terdiri pelbagai latar belakang kaum ibu dan bapa bersungguh-sungguh mahukan yang terbaik untuk keluarga dan masyrakat.

Alhamdullilah.

Mana yang bermanfaat ambillah. MomQhalif mengalu-alukan komen dan perkongsian daripada para ibu.

 

MomQhalif,

31/12/2018

0
Your Cart