Newsletter

Home

Apa itu Momqhalif?

Momqhalif atau Ummul Khalifah, satu nama yang memberi makna besar bagi seorang ibu. Ibu kepada khalifah kecil. Tanggungjawab yang besar untuk memberi kasih sayang dan didikan yang baik buat anak-anak.

Begitulah tercetusnya nama momqhalif ini. Angan-angan atau boleh dikatakan impian seorang ibu. Dari sini wujudnya pula business berdasarkan nama ini.

Permulaan Momqhalif

Seorang suri rumah yang jatuh cinta dengan dunia “homeschooling“. Dari sini bermulanya saya meneroka dunia business tanpa sengaja.

Permulaan dulu, saya suka google ilmu parenting dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sulung. Dari hasil google ini saya nampak peluang untuk meneroka dunia business pula.

Saya terjebak dengan aktiviti business online menjual educational toys dan juga buku untuk anak-anak. Selepas itu, pelbagai cabang  business online yang saya teroka. Jatuh bangun dalam dunia business banyak mengajar diri lebih matang.

Pahit manis

Dunia business tidaklah mudah, ada turun naik. Walaupun begitu ia banyak mematangkan diri dan mengajar diri untuk jadi lebih baik lagi.

Pelbagai suka dan duka pernah untuk “noktahkan” apa yang dimulai, tapi bila mengenangkan keluarga tercinta digagahi jua. Alhamdullilah, Allah permudahkan perjalanan mompreneur ini disamping mendidik anak-anak.

Pernah terjebak dengan dunia membina ejen, alhamdullilah banyak yang dipelajari. Ada baik dan buruknya. Mungkin buruknya datang dari kelemahan sendiri. Baiknya dapat memberi manfaat pada ibu-ibu yang “sekasut” dengan saya. Terutamanya surirumah.

Kita merancang, Allah jua merancang dan rancangan Allah yang terbaik buat kita. Saya mengambil jalan untuk keluar dari dunia membina ejen atas faktor tertentu.

Pandang ke hadapan

Alhamdullilah. Masih kekal dalam dunia business ini disamping mendidik anak-anak. Walau banyak suka dan duka. Tapi ia satu pengalaman sangat berharga buat saya.

Banyak achievement yang berjaya dicapai dengan izin Allah. Syukur Allah beri peluang pada saya, seorang surirumah yang dahulu nya sangat demotivated. Rasa rendah diri teramat sangat.

Tapi dengan izin Allah asbab ingin mencari ilmu parenting mula terjebak ke dunia business dengan serius.

Sekarang, mengambil jalan untuk fokus sepenuhnya pada dunia blog. Disamping mendidik anak-anak. Lagi-lagi lahirnya anak kedua yang selama ini ditunggu-tunggu selama lebih 8 tahun. Alhamdullilah

Begitulah pecaturan Allah. Sebaik-baik perancang.

Kesimpulan

Itulah serba sedikit bagaimana wujudnya Momqhalif ini. Moga segala isi dalam blog ini dapat memberi manfaat pada ibu ayah atau sesiapa sahaja yang membacanya secara lansung atau tidak lansung.

Ia menjadi medan pahala buat saya inshaAllah.

Juga boleh baca satu perkongsian mengenai isteri bukan robot, Klik SINI

Coretan Ibu anak dua. 27 sept 2023.

1
Your Cart