Ibu Dalam Pantang, Sedih Baby Kena Kuning – Amalkan Tips ini Kurangkan Kuning Bayi

Ini perkongsian mengenai tips kurangkan kuning bayi.

Baru beberapa hari jenguk dunia, baby pula disahkan jaundice. Bacaan pulak tinggi, sampai buatkan ibu tersangat susah hati. Mana tak susah hati bila tengok bayi asyik menangis tiap kali kena ambil darah.

Adakah jaundise dikalangan bayi baru lahir adalah normal??

Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail, demam kuning atau jaundice adalah masalah biasa yang dialami oleh hampir 70% bayi yang baru lahir.

Demam kuning ini biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan di dalam darah. Potensi bayi yg mendapat jaundise adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mempunyai kumpulan darah O.

tips kurangkan kuning bayi

10 TIPS MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DARI RUMAH

Walaupun sebenarnya jaundice ini dianggap perkara normal, namun ianya juga perlu diberi perhatian. Ibu bapa seharusnya fikirkan usaha, sama ada secara moden ataupun tradisional untuk menurunkan bacaan jaundice bayi mereka. (Bacaan normal jaundis – 5mg/dL @ 85umol/l).

Antara yang boleh diamalkan ;

1) ANGGUR HITAM

Terdapat 2 jenis iaitu hitam dan hijau. Kebiasaan yg digunakan adalah anggur hitam.Caranya ambil anggur hitam hitam, lenyetkan sehingga keluar airnya dan titiskan ke dalam mulut bayi. Insha allah membantu. (Titiskan hanya beberapa titis sahaja)

2) TEBU HITAM

Lazimnya tebu hitam agak sukar didapati. Selalu mudah didapati di kawasan sawah padi. Caranya ambil sebatang tebu hitam bakar seketika diatas api ( 5minit).Ketuk-ketuk tebu tersebut untuk mendapatkan perahan airnya. Titiskan air tebu tersebut ke dlm mulut bayi(titiskan sedikit sahaj) Amalkan sehingga kuning bayi turun.

3) POKOK HUJAN LEBAT

Rebus daun pokok hujan lebat bersama air sehingga mendidih. Tunggu sehingga air suam, mandikan bayi anda beserta niat semoga kuning bayi cepat sembuh.

4) SENGKUANG CINA

Rupa luarnya seakan bawang merah. Namun rasanya tetap sama seperti sengkuang biasa. Caranya, kupas kulit, kisar isi sengkuang sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan air tersebut ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai dapat membantu menyejukan badan bayi & sekaligus dapat menurunkan bacaan kuning bayi.

5) DAUN KUCAI DAN ASAM JAWA

tips kurangkan kuning bayi

Ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Kemudian mmbil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

6) JEMUR BAYI DIBAWAH SINARAN MATAHARI PAGI

tips kurangkan kuning bayi

Letakkan bayi anda berdekatan pintu atau tingkap saat matahari mula terbit (7.00-8.00 a.m) supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.

7) POKOK DUKUNG ANAK

Ambil secekak pokok daun dukung anak, rebus sehingga airnya mendidih. Biarkan seketika sehingga ianya suam. Kemudian mandikan bayi anda. Insya Allah kuning akan berkurangan.

*Perlu diingatkan cara mandian dikatakan lebih praktikal berbanding memberi bayi makan atau minum, kerana umur bayi ketika ini bukanlah umur yg sesuai utk menerima sebarang makanan*

8) RAWATAN FOTOTERAPI

Rawatan fototerapi biasanya dilakukan apabila paras bacaan bilirubin bayi mencecah tahap tinggi. Kebiasaannya, rawatan ini bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi tersebut cukup bulan ataupun pramatang.

Rawatan ini hanya dilakukan oleh pihak hospital dimana bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.

9) RAWATAN TUKAR DARAH

Rawatan ini dikatakan langkah terakhir di ambil apabila situasi dimana paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu.

10) MENGGUNAKAN TRUB BALM TASNEEM NATUREL

Ramai yang tidak tahu Trub balm adalah merupakan bahan yang diformulasikan dari bahan semulajadi iaitu pati minyak tumbuhan. Antara pati minyak yg terdapat dalam trub balm adalah ginger, fennel lemongrass, patchouli, junipers, tangerine, anise, dan wild mint.

Apa yg perlu mommy buat, Sapukan Trub balm dari Tasneem Naturel pada tapak kaki serta perut bayi (urutan i love u) sekerap yang mungkin. Khasiat eo ginger, fennel lemongrass dapat melawaskan pembuangan najis & air kencing anak. Apabila bayi kita kerap membuang jaundise bayi juga akan cepat turun.

Ramai yang nak tahu sangat, apa yang ada dalam T-Rub balm yang dapat membantu turunkan kuning bayi dengan cepat?

Sebenarnya, jika Kita sendiri maklum, untuk masalah kuning memang tiada ubat atau rawatan khas, melainkan doktor atau pegawai perubatan Akan mencadangkan si ibu agar kerap menyusukan bayi, dan memastikan bayi aktif dan kerap membuang. Hal ini kerana dengan cara itu sahaja kuning dapat dikurangkan.

Kebiasaannya, bagi ibu bapa yang ikhtiar dengan T-Rub balm akan memberi makluman, selepas bayi disapukan balm tersebut, bayi Akan membuang dalam kadar yang banyak dari biasa. Dan tekstur najisnya agak kekuningan. Selain itu penggunaan CALM TIME balm pula akan membantu mengaktifkan pengaliran darah, sekaligus dapat mengaktifkan fungsi hati bayi Dan menyebabkan bayi lebih aktif. Hal ini secara Tak langsung dapat membantu menurunkan bacaan kuning bayi dengan lebih cepat.

tips kurangkan kuning bayi
Kuning baby dah turun, Alhamdullilah kuning anak saya memang lama, anak kedua pun g6pd macam abangnya
Bacaan kuning baby turun

tips kurangkan kuning bayi

Selain mengamalkan tips-tips yang dicadangkan ini, ibu bapa juga perlulah memberi perhatian kepada beberapa perkara penting :

1. SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN (SUSU IBU)

tips kurangkan kuning bayi

Jika kita perasan bayi yang terkena jaundice lebih suka tidur berbanding berjaga. Apa yg perlu dilakukan adalah kejutkan bayi sekerap yang mungkin untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.

2. JAUHKAN WARNA KUNING

Bagi sesetengah orang mungkin tiada perkaitannya, namun bagi bidan serta orang tua ianya salah satu pantang larang. Yg mana mereka amat menitik beratkan hal ini. Mereka melarang dipakaikan pakaian berwarna kuning kepada bayi selagi bayi belum bebas kuning.

Walau apa pun kaedah rawatan yang dilakukan. Sama ada secara tradisional mahupun klinikal. Sebagai ibubapa kita perlu titik beratkan hal keselamatan. Jika tidak memudharatkan pada bayi anda, tak salah mencuba asalkan bayi comel kita kembali sihat. Hanya ibu bapa yg faham keperluan semasa anaknya.

Perlu diingatkan bayi bawah usia 6 bulan sememangnya amat tidak digalakkan untuk memberi sebarang makanan melainkan susu ibu atau susu formula. Sebagai saranan, sebagai ibu bapa yang bijak seharusnya Kita mengetepikan petua yang perlu memberi bayi makan atau minum. Sebaliknya petua luaran seperti, mandian atau sapuan T-RUB balm amat-amatlah digalakkan

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk semua ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin iktihar menggunkan T-Rub Balm, boleh terus klik gambar dibawah. Semoga baby Kita semua dipelihara kesihatan ya.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

1
Your Cart