Anak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami batuk selesema dan kahak. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam.
Di sini saya nak berkongsi sedikit tips ibu bapa yang gelisah ketika anak-anak kecil atau bayi baru lahir yang mengalami selsema, batuk dan kahak.
3 JENIS BATUK BERBAHAYA PADA BAYI
Sebelum itu mari kenali 5 jenis batuk yang biasa berlaku pada bayi atau anak-anak, moga ini membantu ibu ayah pantau kesihatan bayi lebih baik lagi.
1. Bayi batuk berkahak
Jika bayi batuk berkahak ini mungkin disebabkan oleh selsema. Berikan anak minum air atau susu ibu yang banyak untuk membantu melegakan batuknya.
2. Bayi batuk seperti menyalak
Batuk seperti ini kedengaran seperti menyalak, dan kelihatan seperti sesak nafas pada anak maka ini mungkin tanda-tanda batuk croup. Batuk croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anda mengalami selsema.
3. Bayi batuk terkokol-kokol
Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol. Batuk ini disebabkan oleh bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.
Mari kita lebih berhati-hati agar si manja kita sentiasa sihat tanpa mengalami sebarang penyakit. Jika terkena batuk boleh iktihar dan pantau, jika perlu wajib terus ke klinik dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar.
TIPS HILANGKAN BATUK, SELSEMA DAN KAHAK BAYI
Moga perkongsian Rara ini dapat membantu ibu-ibu menguruskan anak dalam keadaan tak sihat. Ini antara tips dan cara membuatnya.
Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.
Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau bayi seeloknya umur setahun keatas baru boleh diberi madu,
madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa
Teknik tepuk @ percussion
Teknik tepukan percussion untuk melonggarkan kahak
Anak kecil tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa. Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk meyenangkan kahak keluar.
- Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak muntah susu.
- Bentukkan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan ber rentak pada depan, belakang dan sisi anak.
- Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk.Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
2. Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
3. Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
4. Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.
Gas Nebulizer
Untuk cairkan kahak, kahak akan keluar melalui najis atau muntah kerana wap-wap gas akan membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan.
Makanan Tambahan – Omega
Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega ia membantu mencairkan kahak
Bawang Putih
2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby
Daun kaduk
Daun kaduk + kapur + air
Cara :
– daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
– lulur ke dada, leher, belakang baby
Kunyit hidup
Cara:
– bakar kunyit hidup
– gesek pada lesung batu
– ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby.
Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.
Thermal steam therapy
Duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas.
Menu Singo Pear
Tahukah anda pear korea @ singo pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak dan batuk dari segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak kanak secara semulajadi tanpa ubat.
✔️ Untuk cara kegunaan buah pear pada bayi dibuat dalam bentuk puri malah untuk kanak-kanak pula anda boleh potongkan kecil utk anak-anak makan.
CF RUB Balm Tasneem Naturel
Boleh mencuba iktihar sapu balm CF rub dari Tasneem ni. Terdapat pelbagai essential oils yang terkandung di dalam balm ini seperti Tea tree, eucalyptus, lemon, lavender yang dapat membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam. Balm ini sesuai digunakan seawal newborn sehinggalah ke orang dewasa. Sudah 1000 lebih testimoni yang diterima dari pengguna balm tasneem naturel, syukur kesemuanya berpuas hati.



CF-Rub balm ini menjadi teman rapat ibu-ibu yang ada anak kecil. Balm yang membantu saat-saat kecemasan. Tambahan pula, kanak-kanak yang bawah setahun belum sesuai ambil pengambilan ubat. Jadi bolehlah ibu ayah iktihar untuk si manja anda dengan balm dari Tasneem Naturel ini.
Cara penggunaannya pun mudah sahaja, sapukan balm ini pada tapak kaki, sepanjang tulang belakang anak, dada, pergelangan tangan juga dihidung anak. Jika hidung anak tersumbat dekatkan balm ini untuk anak hidu. Jangan risau ibu ayah, balm ini tidak pedih dan tidak panas. InshaAllah seawal 3 hingg ke 4 hari boleh tengok perubahan pada anak.

Bolehlah ibu-ibu cuba kaedah diatas ini, moga bermanfaat. Disamping iktihar dengan cara ini perlu juga ibu-ibu pantau keadaan anak. Jika lama sangat batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik.
Untuk info lanjut mengenai CF Rub Balm Tasneem Naturel klik gambar dibawah atau boleh buat terus pembelian di kedai shopee saya ada tawaran istimewa khas bagi yang membeli di kedai kami sahaja.


What do you think?