Ini Rahsia Saya Hilangkan Kahak Anak, Cara Turun Temurun

Ini rahsia saya hilangkan kahak anak cara turun temurun. Sedikit tips buat ibu bapa yang gelisah ketika anak-anak kecil atau bayi baru lahir yang mengalami selesema, batuk dan kahak.

Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami batuk selesema dan kahak. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam.

Cara hilangkan batuk kahak anak

3 JENIS BATUK BERBAHAYA PADA BAYI

Sebelum itu mari kenali 5 jenis batuk yang biasa berlaku pada bayi atau anak-anak, moga ini membantu ibu ayah pantau kesihatan bayi lebih baik lagi.

1. Bayi batuk berkahak

Jika bayi batuk berkahak ini mungkin disebabkan oleh selsema. Berikan anak minum air atau susu ibu yang banyak untuk membantu melegakan batuknya.

2. Bayi batuk seperti menyalak

Batuk seperti ini kedengaran seperti menyalak, dan kelihatan seperti sesak nafas pada anak maka ini mungkin tanda-tanda batuk croup. Batuk croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anda mengalami selsema.

3. Bayi batuk terkokol-kokol

Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol. Batuk ini disebabkan oleh bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.

Mari kita lebih berhati-hati agar si manja kita sentiasa sihat tanpa mengalami sebarang penyakit. Jika terkena batuk boleh iktihar dan pantau, jika perlu wajib terus ke klinik dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar.

TIPS HILANGKAN BATUK, SELSEMA DAN KAHAK BAYI

Ini rahsia saya hilangkan kahak anak cara turun temurun. Moga dapat membantu ibu-ibu menguruskan anak-anak dalam keadaan tidak sihat. Dibawah ini antara tips dan cara membuatnya yang boleh ibu amalkan.

1. Minum air kelapa

Cara hilangkan kahak anak yang pertama, ibu ayah boleh beri anak minum air kelapa yang asli tanpa campuran gula, ianya sangat membantu kahak keluar melalui hingus atau najis. Tetapi air kelapa ini tidak sesuai lagi untuk bayi 6 bulan kebawah.

2. Makan madu

Ibu ayah gunakan madu asli untuk legakan masalah batuk, selsema dan kahak anak. Ikuti langkah dibawah berikut;

Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air

Untuk bayi seeloknya umur setahun keatas baru boleh diberikan madu,

madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3. Teknik tepuk @ percussion

Teknik tepukan percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam badan. Anak kecil tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak secara efektif melalui batuk atau meludah seperti orang dewasa. Jadi, kita boleh lakukan teknik ini untuk menyenangkan kahak keluar.

Tepukan precussion untuk hilangkan kahak anak

Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu jam setengah hingga 2 jam bagi mengelak anak muntah susu. Ikuti langkah dibawah;

  • Bentukan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C curve dan tepuk perlahan dan berentak pada depan, belakang dan sisi anak.
  • Tepuk selama 1-2 minit pada tiap bahagian tulang rusuk. Untuk tepuk bahagian belakang, anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah dada supaya kepala lebih rendah dari dada.
  • Untuk bahagian depan, tinggikan kepala anak dari dada. Tepuk pada kanan dan kiri dada anak.
  • Kemudian, untuk tepuk bahagian sisi, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
  • Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah atau kahak akan keluar bersama najis.

4. Ambil Gas Nebulizer

Hilangkan Kahak Anak

Gas ini membantu untuk cairkan kahak, kahak akan keluar melalui najis atau muntah kerana wap-wap gas akan membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan.

5. Makan Makanan Tambahan – Omega

Makan makanan tambahan atau pun supplement. Cari makanan tambahan yang mengandungi Omega ia membantu mencairkan kahak.

6. Gunakan Bawang Putih

Ambil 2 ulas bawang putih dan minyak masak. Ikuti langkah dibawah ini;

Cara :
-Bawang putih dibakar hingga lembut
-Lenyekkan + cikit minyak masak
-Lulur ke leher, dada, belakang baby

7. Gunakan Daun kaduk

Sediakan daun kaduk, kapur dan air. Ikuti langkah dibawah

Cara :
– daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
– lulur ke dada, leher, belakang baby

8. Gunakan Kunyit hidup

Ini rahsia saya hilangkan kahak anak, cara turun temurun

Cara:
– bakar kunyit hidup
– gesek pada lesung batu
– ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby.

Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

9. Gunakan Thermal steam therapy

Kaedah ini memerlukan, anak untuk duduk berdekatan dengan air humidifier beberapa minit atau letak muka atas mangkuk air panas. Ini bertujuan untuk dapatkan wap dari air panas tersebut.

10. Menu Singo Pear

Ini Rahsia Saya Hilangkan Kahak Anak, Cara Turun Temurun

Tahukah anda pear korea @ singo pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak dan batuk dari segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak kanak secara semulajadi tanpa ubat.

✔️ Untuk cara kegunaan buah pear pada bayi dibuat dalam bentuk puri malah untuk kanak-kanak pula anda boleh potongkan kecil utk anak-anak makan.

11. No More Cough Relief Patch, Pelekat Batuk

Pelekat batuk untuk hilangkan batuk kahak anak

Boleh cuba iktihar lekatkan pelekat batuk ini. Ini juga salah satu cara hilangkan kahak anak.

Dalam pelekat ini terdapat pelbagai herba semula jadi yang terkandung seperti Pinellia ternata, cortex cinnamomi, Borneol dan banyak lagi. Herba-herba ini membantu mengurangkan simptom batuk selsema kahak dan demam.

Pelekat batuk ini sesuai digunakan seawal bayi 3 bulan sehinggalah ke orang dewasa. Testimoni yang diterima dari pengguna pelekat No More Cough Relief Patch ini, syukur kesemuanya berpuas hati.
Testimoni ibu gunakan cough patch
“Ibu-ibu diluar sana boleh try patch ini, kalau anak batuk memang patut try. Lagi-lagi waktu malam nak tidur. Korang letak je belakang dan dada anak. Boleh Tidur tanpa gangguan batuk”
Testimoni ibu untuk Hilangkan Kahak Anak
“Batuk anak berkurang, di syor kan. Boleh buat stok untuk anak lepas ini”
Testimoni ibu guna cough patch
“At first I’m quite skeptikal is it true this patch good? Since that my son has really bad cough, I have tried. Suprisingly it works and effectively. My son cough slowly reducing and he can sleep better at night now. Will repeat order soon. Thank You”

Pelekat batuk No More Cough Relief Patch ini menjadi teman rapat ibu-ibu yang ada anak kecil. Pelekat batuk yang membantu saat-saat kecemasan. Tambahan pula, kanak-kanak yang bawah setahun belum sesuai ambil pengambilan ubat. Jadi bolehlah ibu ayah iktihar untuk si manja anda dengan Pelekat batuk dari No More Cough Relief Patch ini.

Cara penggunaannya pun mudah sahaja, lekatkan pelekat ini di belakang dan dada anak sahaja. Jangan risau ibu ayah, pelekat ini tidak panas. InshaAllah seawal 3 hingga ke 4 hari boleh tengok perubahan pada anak.

Cara guna cough patch

Cara penggunaan No More Cough Relief Patch

12. Minyak Cengkih NMC

Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi bunga dan minyak nya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.

Di pasaran terdapat pelbagai jenama minyak cengkih yang dijual, ia nya mudah digunakan oleh ibu-ibu terutama dalam keadaan anak yang tidak sihat.

Bagi minyak cengkih keluaran No More Cough (NMC) ini ia sesuai digunakan seawal newborn hingga dewasa. Minyak keluaran NMC ini tidak panas atau berangin.

Dibawah adalah antara feedback dari pengguna minyak cengkih NMC ini.

Anak suka pakai minyak cengkih ini. Tak panas dan tak berangin. Batuk selesema pun berkurang
Alhamdullilah asbab guna minyak cengkih NMC batuk berkurang

KESIMPULAN

Bolehlah ibu-ibu cuba kaedah diatas ini, moga bermanfaat. Disamping iktihar dengan cara ini perlu juga ibu-ibu pantau keadaan anak. Jika lama sangat batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik.

Untuk info lanjut mengenai No More Cough Relief Patch dan Minyak Cengkih NMC klik gambar dibawah atau boleh buat terus pembelian di kedai shopee saya ada tawaran istimewa khas bagi yang membeli di kedai kami sahaja.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

4 Comments
  • Hey there! Do you know iff they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m
    trying to get my blog to rank for some targeted keywords but
    I’m not seeing very good results. If you know of any pleaqse share.

    Thank you!

    Take a look at my web site:
    https://61c31183E3715.site123.me/ recently posted…https://61c31183E3715.site123.me/My Profile

  • Neal
    December 29, 2023

    I needed to thank you for this very good read!!
    I absolutely loved every little bit of it. I have got you book marked to
    look at new stuff you post…

    Also visit my homepage; Neal
    Neal recently posted…NealMy Profile

  • apelacia.ru
    February 20, 2024

    Its like you read my mind! You appear to know soo
    much about this, like you wrote the book in it or something.
    I think that you cann do with some pics too drive the
    message home a litte bit, but other than that, this is excellent blog.
    An excellent read. I’ll certainly be back.

    Check out my web-site – apelacia.ru
    apelacia.ru recently posted…apelacia.ruMy Profile

  • forum.D-dub.com
    February 25, 2024

    I think that iss among the most important information for me.
    And i am happy reading your article. But wanna
    remak on ffew basic things, The site tast is ideal, the articles
    is in point of fact nice : D. Excellent job, cheers

    Feel frdee tto surf to my website forum.D-dub.com
    forum.D-dub.com recently posted…forum.D-dub.comMy Profile

1
Your Cart