“We cannot pour from empty cup”
Pernah dengar tak ungkapan ini?
Maksudnya, kita ni, sebelum boleh ‘memberi’ kasih sayang pada orang lain, kita perlu penuhkan tangki emosi kita sendiri dengan perkara-perkara yang membahagiakan kita. Mommies sekalian adalah tonggak penting dalam keluarga. Kalau mommies sakit dan tak bahagia, semuanya yang di dalam rumah akan turut terkena tempiasnya. Mommies memang ‘cahaya’ yang menyinari seluruh rumah, jadi jangan lupa jaga diri ya!
Jom kita lihat apa yang mommies boleh buat untuk selfcare – jaga diri supaya sihat, bahagia dan ceria sentiasa.
1. Tidur
Ya. Sangat faham, bagi mommies yang beranak kecil, sangat susah nak dapatkan waktu tidur yang teratur dan tidur yang mencukupi. Kadang tu sampai jadi mata panda dan dah rupa zombie dah sebab tak cukup tidur.
Apa yang mommies boleh buat?
Mommies beritahu semua ahli rumah, termasuk si kecil, yang mommies nak tidur sekejap. Nak rehat, nak recharge supaya mommies kuat nak berkhidmat untuk semua orang. Kalau ada anak yang besar, minta tolong tengokkan adik-adik sekejap. Kalau suami ada, gunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk ‘pass baton’ sekejap pada suami, minta dia jaga anak. Tidurlah sekejap tanpa gangguan. Mohon pada Allah, biar tidur yang sekejap ini berkat dan dapat bangun dengan segar.
2. Raikan Kejayaan Kecil – Hargai Diri Sendiri
Biasakan mencatat kejayaan-kejayaan kecil yang mommies berjaya buat untuk hari tu. Contohnya,
Berjaya ajar anak konsep tambah tolak, anak faham dengan baik
Berjaya baca 10 mukasurat buku
Berjaya hafal surah lazim yang belum pernah hafal
Begitulah.
Catatlah dan kemudian raikan diri sendiri. Beri hadiah untuk diri sendiri. Tak perlu hadiah mahal pun. Dapat belanja diri sendiri aiskrim pun dah happy dah. Nanti tukar- tukar dengan hadiah lain pula. Siapa lagi yang nak raikan diri kita, nak hargai diri kita, kalau bukan kita sendiri, kan?
3. Relax
Ya. Bertenang sekejap wahai mommies. Biarkan dan tinggalkan segala tugasan sekejap. Mommies pergilah ke spa, atau panggil tukang urut ke rumah. Atau mommies yang suka buat facial, boleh je pilih yang itu.
Kalau tak suka keluar, mommies boleh manjakan diri di rumah. Buat foot massage, foot bath, mandi lama-lama tanpa terkejar-kejar, urus diri mommies, pakai cantik-cantik wangi-wangi walaupun hanya duduk di rumah. Mommies boleh juga gunakan khidmat essential oil untuk menenangkan mommies. Buat urutan lembut dengan menggunakan essential oil atau pun gunakan diffuser untuk dapat manfaat essential oil. Mommies boleh pilih produk mana yang disukai.
4. Exercise
Kenapa exercise? Kerana exercise boleh merangsang pengeluaran hormon ‘gembira’ dalam badan. Exercise juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Nak jaga keluarga tu, bukan satu tugas yang ringan. Mommies perlu fit, sihat dan cergas. Kalau asyik lemah, lesu, hidup pun terasa tak best.
Mommies boleh pilih untuk buat jenis-jenis exercise mengikut keupayaan dan tahap kesihatan. Mulakan dengan rutin yang ringan dan cukup sekadar 30 minit. Kemudian boleh tambah lagi kadar intensitinya dan tempoh masanya bila dah biasa nanti.
5. Nutrisi
Makan makanan yang berkhasiat. Pastikan hidangan seharian mommies lengkap semua sumber nutrient yang diperlukan badan. Sayur hijau baik untuk bekalkan zat besi yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan membekalkan vitamin C. Pilih karbohidrat kompleks yang memberi efek kenyang lebih lama. Protein juga sangat penting untuk proses pembinaan dan pembaikan sel-sel badan.
Jika perlu, mommies boleh topup nutrient yang diperlukan badan dengan pengambilan suplemen, mengikut bajet dan keperluan.
Mommies biasa buat yang mana? Kalau belum pernah buat satu pun yang di atas, cubalah pilih satu dulu. Kemudian tambah lagi. Selfcare tu penting sangat. Jaga diri kita dengan baik dulu sebelum jaga orang lain. Mommies bukan robot. Robot pun boleh ‘crash’ programming nya kalau kerja tak berhenti. Rehatlah mommies. Ambil masa untuk diri sendiri sekejap. Bukannya maksud mommies ni pentingkan diri, tak peduli keluarga. Mommies berhak untuk dapatkan selfcare terbaik, untuk recharge energy, untuk jadi lebih bermanfaat buat semua nanti. Mommies bahagia, semua yang dalam rumah akan turut bahagia.
Percayalah!
What do you think?