Teruja nya! Bayi dah pun genap 6 bulan. Ibu dah tak sabar nak perkenalkan solid food pada bayi. Ini jadual makan bayi 6 bulan. Perkongsian ringkas untuk panduan ibu-ibu.
Setiap ibu pasti teruja apabila si manja telah pun masuk 6 bulan. Lagi-lagi untuk first mom. Nak perkenalkan si manja dengan perkara baru.
Persediaan makan bayi 6 bulan
Dalam keterujaan, ibu mestilah mencari ilmu terlebih dahulu untuk perkenalkan bayi dengan solid food buat kali pertama. Ada nya ilmu yang betul barulah ibu-ibu tahu apa DO and DON’T untuk bayi mula makan.
Zaman teknologi canggih ini, pelbagai wadah ilmu boleh ibu dapatkan untuk bayi mula makan.
Saya banyak belajar ilmu baby mula makan ini dari kelas dan penulisan Dr Amalina Mohd Daud di social media.
Tanda bayi bersedia untuk makan
Mengikut guideline dari American Academics of Pediatrician (AAP) waktu sesuai memulakan pemakanan bayi adalah dari umur 6 bulan.
Selain itu, tanda anak bersedia untuk makan ialah;
- Mampu mengawal leher kiri dan kanan
- Boleh duduk dengan sokongan
- Tidak kenyang dengan hanya minum susu/ semakin kerap menyusu dari biasa
- Pandai menolak susu apabila kenyang
- Mula memasukkan tangan ke dalam mulut
Teknik makan bayi
Dari perkongsian Dr Amalina, barulah saya tahu rupanya teknik untuk beri makan bayi ini ada dua, iaitu;
- Teknik Puree
- Teknik Baby Led Weaning (BLW)
Kedua-dua teknik ini mempunyai kelebihannya yang sendiri. Ibu-ibu bolehlah belajar lebih lanjut mengenai teknik ini. Kemudian pilih teknik yang mana nak diamalkan buat si manja.
Apa yang penting menurut Dr Amalina, jangan beri bad experienced semasa proses bayi makan. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan pada bayi.
Antaranya ialah bayi akan jadi tidak seronok untuk makan. Lagi-lagi apabila ada sesi memaksa bayi makan.
Jadual makan bayi 6 bulan hingga 10 bulan
Pasti ibu-ibu tertanya-tanya berapa kali sehari patut si manja diberikan makan, menurut Dr Amalina secara umum;
- Bayi usia 6 bulan patut makan sehari SEKALI
- Bayi usia 7 bulan patut makan sehari DUA kali
- Bayi usia 8 bulan patut makan sehari TIGA kali
- Bayi usia 9 bulan patut makan sehari EMPAT kali
- Bayi usia 10 bulan patut makan sehari LIMA kali
Tapi apa pun ia bergantung juga pada selera makan si manja. Sesetengah bayi usia 6 bulan perlukan lebih dari sekali makan dalam sehari.
Ibu-ibu perlu perhatikan cue (isyarat) lapar bayi.
Waktu sesuai beri bayi makan
Waktu sesuai untuk beri makan pada bayi adalah pada waktu pagi sama ada satu jam selepas atau sebelum bayi minum susu.
Menurut Dr Amalina, beliau lebih galakkan ibu beri sarapan terus barulah beri susu sejam kemudian. Sarapan hanya simple sahaja.
Apa yang penting jarakkan waktu makan dengan susu lebih kurang sejam untuk pastikan bayi tidak terlalu kenyang dengan susu sahaja dan menolak pemberian makanan pula.
Untuk ibu-ibu yang nak belajar lebih lanjut mengenai baby makan boleh follow Dr Amalina Mohd Daud di Facebook atau Instagram beliau. Sangat berbaloi melabur masa untuk beri yang terbaik untuk si manja.
Checklist barang untuk bayi mula makan
Ibu pasti ada pelbagai idea resepi nak disediakan buat si manja. Ini saya kongsikan barang keperluan untuk bayi mula makan. Ia mudahkan ibu untuk buat persediaan bayi makan.
Baby food processor
Ibu boleh gunakan jenama Samu Giken harganya berpatutan dan mudah sangat untuk digunakan. Apa penting ada warranty.
Baby food processor ini senangkan ibu-ibu nak steam dan blend puree. Dapatkan DI SINI
Kerusi khas untuk bayi makan
Kerusi makan yang khas memudahkan ibu dan bayi semasa proses makan. Ia juga beri isyarat buat bayi, waktu makan sedang berlansung.
Ibu boleh dapatkan kerus makan bayi ini, ia mudah dilipat dan dibawa kemana-mana. Juga boleh digunakan untuk makan di lantai atau atas meja bersama ibu ayah. KLIK SINI
Pinggan mangkuk bayi
Ada banyak jenis mangkuk bayi dan semuanya comel-comel. Yang penting ia selamat untuk kegunaan bayi. Dapatkan DI SINI
Cawan khas bayi
Untuk ajar baby minum, boleh gunakan Richell AQ Straw Training Mug ini. Bila bayi dah pandai minum menggunakan cawan, cawan ini boleh diletakkan straw. Untuk ajar bayi menyedut pula.
Dapatkan DI SINI
Sudu bayi
Sudu ini saiz nya bersesuaian dengan genggaman tangan bayi. Bagi ibu yang mahu ajar anak suap sendiri sangat digalakkan menggunakan sudu ini.
Boleh dapatkan DI SINI
Kesimpulan
Moga perkongsian ini membantu ibu dalam mencari input buat persediaan bayi belajar makan. Apa yang penting ibu jangan stress apabila anak reject makan.
Bayi masih dalam proses belajar lagi. Berikan masa pada bayi untuk terima perkara baru dalam hidup mereka.
Untuk info ibu, bayi boleh merasakan vibes dari ibu. Jadi elakkan beri tekanan pada bayi semasa proses makan. Jadikan proses makan sesuatu yang FUN untuk bayi !
Baca mengenai tips hilangkan kahak anak DI SINI.
What do you think?