Jangkitan Kuman Paru-Paru Pada Anak : Ibu Ini Berkongsi Pengalaman

Jangkitan kuman pada paru-paru anak ?

Ibu mana yang tak risaukan. Setiap saat akan diselubungi keresahan untuk memastikan anak yang disayangi sihat kembali. Ini kisah seorang ibu, berkongsi pengalaman apabila anaknya yang kedua terkena jangkitan paru-paru dan bagaimana ibu hebat ini mengharungi ujian dari Allah ini.

Anak ada jangkitan kuman pada paru-paru

Ini Umar Haydar, my second hero 💋

Waktu tu umur anak baru 4 bulan, Umar demam on off. Sekejap panas, sekejap tak dan dia batuk. Nak jadikan cerita, pada hari ke 4 batuk dia makin menjadi-jadi, batuk makin teruk. Sedihnya waktu tu. Umar batuk-batuk sampai dia menangis, mungkin perit dan sakit.

Melihat keadaan anak, Ummi mula tak sedap hati, demam cecah 39°C. Nampak gaya tak kebah macam hari sebelumnya walaupun dah sapu Resty Oil dari Tasneem seluruh badan (ini rutin setiap kali anak mula dedar-dedar panas badan). Mungkin ini flight or fight response untuk Ummi bawa pergi hospital untuk rawatan lanjutan.

Bila pergi bahagian emergency, demam masih tinggi. Doktor terus cek darah, hantar ke makmal. Kemudian, Umar kena tahan ward. Selepas result darah keluar, rupanya Umar kena Pneumonia (jangkitan kuman di paru-paru). Patut la demam dia tak macam biasa. Ummi resah, nanges2 dah di ward. Terus doktor on antibiotik, iv drip semua.

Doktor refer physio juga pada waktu pagi untuk sedut kahak (ni paling tak sampai hati, huwaaa). Nasib physio tu kawan lama, ummi boleh sabar tengok dia sedut kahak Umar. Tapi yang paling sedih bila Umar tak nak sedut oxygen guna nasal prog yang cucuk di hidung tu. Nangis-nangis dia meronta. Suara sampai serak-serak bercampur dengan batuk yang tak berhenti.

Nebulizer tu, ok la lagi nak paksa-paksa pekup di hidung sebab sekejap sahaja kena pakai tapi yang oxygen tu memang kena On je.

Keadaan Umar sangat menyedihkan. Kelihatan dada dia turun naik dengan ‘struggle’. Ummi tahu, dia seksa tiap kali menarik nafas dengan keadaan kahak penuh di dalam dan bercampur batuk. Doktor pula nasihatkan jika makin teruk, Umar akan dirujuk terus ke hospital besar. Ummi makin risau, lagi- lagi kadar oxygen Umar deflated. Ummi tak pandai nak paksa Umar untuk sedut oxygen supply tu.

Iktihar produk Tasneem asalkan anak sihat

Masa ni ape sahaja ikhtiar yang terlintas Ummi terus apply. Ummi capai CF-Rub balm dan CF bath, penyedut hingus dan kerapkan buat ‘percussion technique‘ selain On antibiotik. Memang kena buang kahak-kahak dia. Ummi mandikan dengan cf bath, mengigil sejuk badan Umar dalam aircond ward tu, Ummi tak hirau yang penting dia cepat keluar. Itu niat ummi buat masa tu. Sapu CF-Rub balm 3 jam sekali dan 2 jam sekali Ummi tepuk dada Umar. Selesai semua tu baru bagi susu. Ummi lumur je badan Umar dengan cf bath. Surprisingly, sepanjang tu Umar tak demam, suhu badan bila jururawat cek, normal. Syukur Alhamdullillah.

Hasil dari itu, 4 kali Umar bersembur muntah kahak yang sangat banyak. Sampaikan dia lemas bila muntah tu jatuh ke muka dia balik. Kemudian, Ummi pastikan Umar tidur mengiring sebab bila-bila masa dia akan muntah.

Alhamdulillah, keadaan dia makin baik dan habis tempoh untuk antibiotik, Umar discharged. Ummi sambung rutin buat 3 perkara itu di rumah. Cairkan kahak dengan CF-Rub balm dan CF bath , kemudian sedut hingus dan buat tepukan percussion. Ulang dan ulang. Kemudian, pergi follow up di Klinik Kesihatan lepas 3 hari, doktor terkejut bila dengar dada umar clear. Tak ada dah bunyi ‘cracking‘. Alhamdulillah. kuasa Allah, Ummi ikhtiar dan Allah izinkan dan sampai ke hari ni, Umar sihat-sihat sahaja. Itu la pengalaman paling ngeri dalam nak membesarkan anak.

Bila anak tak sihat, memang separuh jiwa kita akan hilang kan?

Inilah segala iktihar yang ummi buat

Sesiapa yang berminat nak cuba CF-Rub balm dan CF bath ini boleh lah hubungi Ummi El. Ummi guna dan nak berkongsi kebaikan dan manfaat ini pada ibu-ibu lain yang mungkin sedang alami masalah sama macam ummi.

Ibu mana tegar melihat anak dalam kesakitan, pasti sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang disayangi. Mudahan serasi sama macam mana produk ini bantu Umar hari tu dengan izin Allah. Ummi akan bagi bantu dan guide ibu-ibu bagaimana nak buat teknik tepukan precussion dengan betul.

Klik gambar dibawah ini untuk bantuan.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart