Urut bayi? Memang banyak kelebihannya iaitu bayi dapat merasai belaian kasih sayang, ransang kesihatan, minda dan tumbesaran bayi. Jadi Ibu ayah kena rajin mengurut bayi baru lahir tapi perlu mengikut teknik yang betul.
1. Atasi rasa tak selesa
Urutan dapat melegakan ketidakselesaan akibat kembung angin dan sembelit. Bagi bayi-bayi pra matang, urutan juga mengurangkan stress yang kerapkali berlaku apabila prosedur dilakukan ke atas mereka semasa berada di inkubator.
2. Erat hubungan ibu dan bayi
Mampu merapatkan hubungan yang erat antara ibu dan bayi. Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa juga menambahkan interaksi antara mereka.
3. Membantu meransang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas
Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15%. Malah mengalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik dan meransang perkembangan otot dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan.
4. Urutan untuk bayi pra matang
Bayi yang lahir pra matang akan bertambah beratnya 72 peratus dengan lebih cepat. Penambahan berat badan ini akan memastikan bayi boleh discaj dari hospital lebih awal lagi kerana mereka akan mencapai berat badan 1.8 kgdengan lebih cepat lagi. Bayi yang cukup bulan dan sihat pula mempunyai stress yang lebih rendah serta daya ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.
Bila Urutan Boleh Dilakukan ?
Urutan pertama boleh dilakukan apabila bayi stabil dan tali pusatnya telah tercabut dari abdomennya. Namun urutan tidak perlu dimulakan dengan segera. Ketika ini, menyesuaikan diri anda dengan rutin baru dengan bayi adalah lebih penting daripada memulakan urutan.
Kredit kepada majalah Pa&Ma
Ibu-ibu boleh cuba buat urut bayi menggunakan massage oil dari Tasneem Naturel yang akan dilancarkan 1 march 2019.
Didatangakan dengan 3 produk iaitu:
- Head to toe
- Massage Oil
- Lotion



Baby spa set ini dihasilkan 100 peratus dari bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya. Selamat untuk penggunaan seawal newborn. Dalam set ini ada booklet panduan urutan untuk bayi.
Untuk tempahan boleh hubungi whatsapp MomQhalif


What do you think?