fbpx

Kesan Selalu Memarahi Dan Pukul Anak

Sebagai ibubapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya bagaimana cara kita melayan atau medidik anak begitulah sikap anak akan terbentuk. Kita adalah acuan bagi anak-anak.

Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan

Apakah kesan lain jika anak selalu dimarahi atau di pukul:

1. Mengaktifkan Bahagian Otak Bawah

Apabila anak dimarah, bahagian otak bawah anak akan diaktifkan (trigger) iaitu “Reptilian Brain” atau otak “Primitifnya”. Otak ini asasnya untuk proses “survival needs” iaitu makan. minum, tidur, bersih, selesa yang memberi emosi selamat, tenang kepadanya.

Ringkasnya bila anak dimarah bahagian otak ini akan diaktifkan dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat. Jadi anak akan bertindak balas untuk melawan semula iaitu dengan jerit, pukul dan melawan.

2. Membentuk Personaliti Negatif Anak, Agresif

Apabila berterusan memarahi anak, bahagian otak bawah anak akan sentiasa diaktifkan, jadi anak tindak balas anak ini (marah,tengking, pukul) akan diterapkan dalam personalitinya.

Sehingga dewasa personaliti ini akan dibawa dan semestinya personaliti begini sukar untuk mereka membimbing dan membentuk keluarga atau organisasi kelak.

3. Kurang Keyakinan Diri

Banyak kajian mendapati anak-anak yang diperlakukan sebegini cenderung untuk mengalami kemurungan, rendah nilai moral, dan bermasalah dari segi sosial. Ini kerana, sejak kecil lagi mereka kurang mendapat galakan positif dan sentiasa menganggap diri mereka ‘jahat’ akibat selalu dipukul.

Oleh itu, mereka akan membesar menjadi seorang yang tidak konfiden dan sukar membuat pertimbangan dan keputusan yang baik untuk diri sendiri.

4. Anak Sukar Mempercayai Ibu Bapa

Perbuatan memukul anak akan menjadikan anak ketakutan dan tidak percayakan ibu bapa mereka. Anak sering menganggap hukuman itu tidak adil kerana mereka masih belum dapat berfikir dan melihat masa depan sejauh ibu bapa mereka.

Akibatnya, mereka akan membina ‘dinding’ dan berlakulah jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Apabila terdapatnya ‘kelopongan’ ini, maka anak-anak akan mengisinya dengan mencari perhatian orang lain. Selain itu, mereka mungkin lebih mudah percayakan seseorang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berniat jahat terhadap mereka. Bahaya, bukan?

5. Daya Berfikir Yang Lemah

Apabila ibu bapa sentiasa memukul tangan anaknya dengan perlahan apabila mereka mencapai perkara yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, tangan itu adalah salah satu cara mereka meneroka dan belajar. Sebuah perbandingan mendapati anak yang dipukul tadi mengehadkan kebolehan tangan mereka dan akhirnya menjadi kurang mahir mengendalikan persekitarannya.

Menurut Elizabeth T. Gershoff,  Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin analisis yang dilakukannya mendapati semakin kerap seseorang anak dipukul, semakin buruk pencapaian akademiknya.

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

Sentiasa ingat bahawa anak adalah rezeki dan anak juga adalah ujian daripada Allah. Allah kurniakan anak kepada kita untuk kita belajar pelbagai perkara termasuk belajar cara untuk mengawal emosi kita.

Please follow and like us:
XOXO
signature

What do you think?

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart