Kulit Bayi Sensitif ? Ikuti 5 Tips Memilih Produk Mandian Untuk Bayi

Kulit anak sensitif, dilema mencari mandian natural yang sesuai untuk anak? Tanpa memberi kesan pada kulit anak? Sedih tengok anak pakai sabun biasa, badan jadi merah-merah dan naik ruam.

5 Cara Memilih Sabun Yang Betul Untuk Bayi Mempunyai Kulit Sensitif

Mencari sabun yang sesuai untuk anak bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau nak cari sabun bayi yang mempunyai kulit alergik atau sensitif.

Sekarang ini, hampir kesemua sabun dilabelkan “organik” atau “semula jadi” tapi sejauh mana kebenarannya? Kulit bayi sangat sensitif dan ia memerlukan penjagaan yang terbaik. Membersihkan bayi dengan air biasa sudah memadai, tapi jika anda mahu gunakan sabun, ia tak akan memudaratkan mereka.

Jom kita semak bagaimana nak memilih sabun yang tepat untuk kulit bayi anda.

1. Sabun bayi lembut

Pilih sabun bayi bukan toksik, lembut dan bebas dari apa-apa kimia bahaya. Sabun yang kuat boleh merosakkan kulit bayi anda atau menyebabkan mereka mendapat ruam. Sabun lembut biasa juga boleh digunakan sebagai sabun untuk bayi anda.

2. Elak beli sabun yang ada buih berlebihan

Ada perbezaan antara membersihkan kulit bayi dan kulit dewasa. Sabun yang mempunyai buih berlebihan mempunyai bahan kimia tambahan yang mungkin akan membahayakan kulit bayi anda.

3. Jangan pilih sabun mandi bayi yang ada wangian.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan sabun bebas bau untuk bayi anda. Jika bayi tak suka bau sesetengah sabun yang anda pilih, mereka akan mula menangis kerana mereka tak ada cara lain untuk tunjuk yang mereka tak suka.

Sabun wangian juga mengandungi kimia kasar yang boleh menyebabkan reaksi pada kulit bayi. Lagipun bau bayi sendiri pun dah wangi, kan? Jadi, buat apa nak beli sabun yang ada pewangi lagi.

4. Sabun bayi untuk kulit alergik

Jika bayi anda mempunyai kulit yang sangat sensitif atau menghidapi kulit kering atau ekzema, anda perlu mencari sabun hypoallergenic. Baca kandungan dalam sabun untuk memastikan sabun bayi adalah hypoallergenic dan tanpa toksik, anda perlu menganalisa bahan-bahan dalam sabun.

5. Mandikan anak dengan Calm Bath

sabun-untuk-bayi-kulit-sensitif

Ibu boleh menggunakan mandian Calm Bath untuk kegunaan harian bayi. Ianya juga membantu tenangkan anak, kurangkan keletihan dan memudahkan anak tidur lena dengan khasiat minyak pati tumbuhan di dalamnya.

Calm bath ini diperkaya dengan minyak pati tumbuhan roman chamomile, tangerine, bergamot, marjoram, sweet orange dan geranium. Mandian Head To Toe Calm Bath ini bebas SLES, Paraben dan Sulphate substance.

Ianya selamat digunakan dari newborn hingga dewasa. Mandian ini agak likat, jadi hanya pam sedikit sudah memadai untuk sapu keseluruh anggota badan.

Testimoni dari Calm Bath

“Testimoni dari Mama Nia. Baru hari ke 2 guna Calm Bath Tasneem Mandian baby, emosi baby Nia ok jer kurang meragam dan yg paling best ruam kat pipi baby Nia beransur pulih..syukur sangat serasi dengan baby Nia. semoga baby Nia kekal sihat selalu.”

Moga entry ini membantu ibu ayah memilih sabun terbaik untuk bayi anda. Share entry ini jika bermanfaat.

Untuk mendapatkan Calm Bath Tasneem ibu boleh klik gambar di bawah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart