Mama Jangan Panik! Amalkan Cara Terbaik Ini Keluarkan Hingus Bayi


Cara terbaik keluarkan hingus bayi.

Bagi yang ada anak kecil dan juga bayi, kejadian-kejadian hingus meleleh dan sentiasa ada, adalah perkara biasa yang datang dan pergi sepanjang usia membesar. Apabila bayi selesema biasanya bayi berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang ibubapa melihatnya.

Walaupun begitu, sudah menjadi satu kewajipan juga bagi ibubapa untuk mencari cara terbaik bagi mengeluarkan hingus tersebut. Nampak macam mengganggu pernafasan bayi, kan?

Rileks. Bawa bertenang wahai ibubapa sekalian. Hingus dan bayi berpisah tiada.

Apa punca Selesema/Hingus?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.

Pengeluaran mukus melalui hidung adalah tindak balas badan yang normal. Ia adalah sistem penapis semulajadi untuk mengeluarkan bendasing atau kuman yang masuk ke dalam badan.

Hingus akan wujud dalam pelbagai keadaan. Ada yang cair dan jernih, dan ada juga yang pekat, berwarna kekuningan atau kehijauan. Kalau yang pekat tu,mungkin bayi akan berasa sedikit tidak selesa kerana pernafasan terganggu.

kredit gambar : Cuddlecareblog.com

Cara keluarkan hingus bayi

 OK, yang pertama sekali, perlu diingat bahawa semakin kerap anda menyedut hingus bayi, semakin banyak pula hingus yang akan terbentuk. Jadi, kesederhanaan adalah kuncinya.

Boleh je nak sedut keluar hingus tu tapi jangan terlalu kerap dan berlebihan pula.

Sebab fungsi asal hingus tu ialah untuk menapis dan mengeluarkan bakteria atau virus yang cuba masuk ke dalam badan. Bila kita duk rajin sangat sedut hingus tu, kelenjar dalam rongga nasal tu akan dapat signal yang mukus berkurang, maka ia akan merangsang penghasilan mukus yang lebih banyak. Sedut dan keluarkan hingus secara berpada-pada ya!

Terdapat pelbagai cara untuk mencairkan hingus dan memudahkannya untuk dikeluarkan.

 1. Kaedah wap panas

Caranya ialah, dengan menggunakan water-heater yang terdapat di bilik mandi. Anda laraskan ke suhu yang sedikit panas. Biarkan air panas mengalir dan tutup pintu bilik air seketika. Kemudian anda boleh masuk ke dalam bilik air yang telah ‘ berwap’ panas itu dan laraskan kembali air ke suhu yang sesuai untuk tubuh bayi anda.

Anda boleh mandikan bayi seperti biasa dan biarkan hingus meleleh keluar sendiri.

Cara Keluarkan Hingus Bayi

2. Gunakan penyedut khas

Cara Keluarkan Hingus Bayi

Terdapat banyak alatan khusus bagi menyedut hingus bayi yang dijual di pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda boleh bereksperimen dan memilih yang terbaik untuk kegunaan bayi anda.

Walaubagaimanapun, jangan pula terlalu memaksa bayi anda untuk duduk diam semasa ingin menyedut hingus. Nanti ditakuti bayi akan ‘takut’ dan memberontak pula pada masa akan datang apabila terlihat alatan ini kerana otaknya telah merakam memori yang tidak enak, rasa kurang selesa bila ibu nak sedut hingus.

3. Sapukan Minyak Cengkih Wagas

Minyak cengkih wagas  ini dirumus khas untuk kegunaan bayi dan anak kecil. Ia mengandungi gabungan beberapa jenis minyak pati tumbuhan semula jadi iaitu bunga cengkih dan juga zaitun yang dapat membantu mencairkan mukus dan memudahkan hingus untuk keluar. Anda boleh sapukan minyak ini pada tapak kaki, kawasan dada dan juga belakang badan bayi anda dengan kerap, dalam tempoh banyak hingus tu.

Feedback pengguna wagas oil

4. Buat urutan lembut pada kawasan rongga sinus

Cara Keluarkan Hingus Bayi

Tujuannya ialah untuk merangsang pengaliran darah pada kawasan itu dan melonggarkan mukus supaya hingus mudah untuk keluar sendiri.

Ya, biar saja hingus tu keluar sendiri nanti.

Tugas kita, ulang urut dan jadi tukang lap hingus sampailah hingus tu nanti kering sendiri. Cara urutan elak hidung baby tersumbat boleh KLIK DISINI.

5. Gunakan humidifier

Cara Keluarkan Hingus Bayi

Fungsi humidifier ialah untuk melembapkan udara sekeliling. Letakkan humidifier di kawasan bayi anda tidur atau beraktiviti. Dengan menyedut udara yang lembap, kepekatan mukus atau hingus dapat dikurangkan dan bayi dapat bernafas dengan lebih selesa.

Hingus yang kurang pekat tadi lebih mudah keluar sendiri, dan kita hanya perlu lapkan dengan kain lembut yang sedikit lembap supaya kulit di kawasan hidung tidak melecet.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi ibubapa di luar sana. Apapun, kalau selsema dan hidung tersumbat masih tak lega, jangan teragak-agak pergi dapatkan rawatan di klinik ya!

Ibu Ayah nak dapatkan Wagas Oil ini ?

Boleh terus dapatkan minyak ini di kedai shopee Momqhalif, klik terus logo shopee dibawah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart