“Anak saya umur sebulan lebih, tidur malam susah sangat. Pukul 12 malam dia akan bangun sampai pukul 5 pagi. Tak nangis, tapi terjaga je. Saya pula yang risau nak biar baby seorang terjaga dan saya juga penat nak tunggu sampai pukul 5 pagi.”
“Apa perlu saya buat untuk betulkan waktu tidur baby saya? Saya tak larat dah, lagi-lagi dalam berpantang ni.”
Ini antara keluhan ramai ibu-ibu diluar sana apabila melibatkan jadual tidur baby yang masih normal lagi. Jangan risau! Anda tidak bersendirian. Kebanyakkan bayi terutamanya yang baru lahir kerap terjaga malam, baby tidak tahu dan tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur waktu malam.
Kenapa baby baru lahir susah tidur ?

Ibu dan ayah jangan risau, sebenarnya bayi susah tidur atas sebab beberapa perkara. Berikut adalah beberapa kemungkinan
1.Tidak boleh membezakan antara siang dan malam
Selama 9 bulan bayi duduk dalam kandungan ibunya tanpa tahu bila berlakunya malam dan bila berlakunya siang. Jadi ibu jangan risau, kalau melihat bayi malam tidak tidur, siang pula tidur terlalu lama. Sedikit demi sedikit boleh perbaiki pola tidur bayi nanti.
2. Bayi tidak selesa dengan suhu bilik
Sebagian bayi baru lahir sangat peka terhadap suhu. Mereka boleh rasa sangat tidak selesa bila suhu bilik terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Ini menyebabkan bayi tidak boleh tidur dengan lena. Jika tidur pun, mungkin mudah terjaga.
Apa yang ibu boleh buat tengok suhu bilik, jika terlalu panas, pasangkan kipas dan pakaian nipis sahaja kepada bayi. Jika terlalu sejuk pakaikan bayi dengan pakaian yang lebih tebal sedikit.
3. Merasa lapar atau terlalu kenyang
Bayi baru lahir akan kerap bangun untuk menyusu, bayi minum susu tidak terlalu banyak tetapi kerap. Jika bayi terlalu lapar pula, pasti akan membuatkan tak lena tidur malah meragam atau menangis minta susu.
4. Mengalami masalah kesihatan
Bayi juga seperti orang dewasa, jika demam pasti buatkan tidur tak lena. Selain itu, bayi juga mudah kembung perut. Jadi periksa perut bayi dan amalkan sapuan minyak telon yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan bayi ibu ayah kembung perut.
Boleh juga sapukan bayi dengan T-rub Balm Tasneem Naturel.
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang haru saya lakukan? Ada beberapa perkara yang boleh ibu-ibu usahakan untuk bantu betulkan waktu tidur baby. Bukan mudah tapi inshaAllah boleh diiktiharkan. Jika selepas beberapa minggu masalah baby tidur malam susah masih berterusan, ibu cuba lakukan rutin ini :
- Bangunkan baby pada waktu ibu biasa terjaga. Biasanya ibu-ibu akan bangun pada waktu pagi. Jadi jangan biarkan baby bangun lambat, walaupun malam tadi baby dah berjaga sampai pagi. Kejutkan baby. Jika ibu-ibu membiarkan baby tidur waktu pagi, ini akan menyukarkan ibu pada belah malam nanti.
- Mandikan bayi. Mandikan bayi selepas dikejutkan tadi.Ini bantu baby rasa segar dan pakaikan pakaian siang.
- Bermain dengan bayi. Berminlah dengan bayi sekerap yang mungkin pada waktu siang, walaupun baby sedang tidur nyenyak. Bangunkan baby menyusu ikut jadual.
- Suasana bising dan terang. Buka langsir dan buatlah kerja-kerja biasa ibu-ibu buat. Buka TV atau radio, tak mengapa jika bising. Ini untuk melatih baby tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar bunyi.
- Aktiviti malam hari. Pada sebelah malam, elakkan bermain dengan baby. Tutup lampu dengan pencahayaan yang sedikit. Ibu-ibu juga harus bertenang dan senyap. Bergerak dan cakap perlahan-lahan.
Tambahan itu, ibu-ibu boleh juga amalkan rutin tidur malam ini untuk bayi, seperti;
- Mandikan baby dengan air suam atau lapkan badan baby. Boleh mandikan baby dengan Calm Bath Tasneem Naturel. Mandian ini bantu baby rasa tenang, inshaAllah bila baby tenang lebih mudah baby tidur.
- Massage atau urut baby sebelum tidur. Boleh sapukan Resty Oil atau Calm Time Balm Tasneem Naturel. Ini membantu baby rasa lebih relax dan tenang, inshaAllah baby akan kurang meragam. Bila baby kurang meragam, lebih mudah dia untuk tidur.
- Selepas sapu Resty Oil atau Calm Time balm, sapukan pula Sleep Time Balm, balm bantu baby tidur lena. Balm ini ada kandungan essential oils seperti lavender, cedarwood, ylang ylang, Marjoram, Orange, Bergamot, Veltiver dan Roman Chamomile membantu memperbaiki pola tidur anak dengan lebih teratur.

InshaAllah lama-kelamaan baby akan mula belajar waktu siang untuk bermain manakala belah malam adalah untuk tidur. Proses ini mengambil sedikit masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika tidak diusahakan sekarang, bila lagi?


Sanggupkah ibu, tidur lewat bersama-sama bayi? InshaAllah sedikit usaha ini mampu mengubah rutin tidur bayi untuk akan datang. Jangan ambil ringan masalah tidur bayi. Bayi yang cukup tidur, tumbesaran berlaku dengan baik inshaAllah.
Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur yang mencukupi serta berkualiti untuk merangsang perkembangan otak. Tidur yang mencukupi juga membantu memastikan perkembangan otak dan tubuh bayi membesar dengan baik, selain meningkatkan kecergasannya. Baca lebih lanjut disini.
Untuk dapatkan consultation, whatsapp sekarang.

What do you think?