Minyak Cengkih wagas legakan batuk dan selesema.
Batuk merupakan gejala yang biasa dialami oleh semua peringkat usia mahu pun jantina. Sebenarnya, batuk terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan ingin mengeluarkan bahan asing atau sesuatu yang mengganggu. Batuk yang berbahaya adalah apabila ia berterusan serta berlarutan dan tidak sembuh walaupun setelah hampir lebih daripada satu ke dua minggu.
Batuk yang berlarutan ini boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia).
Bayi yang terkena batuk dan kahak pastinya ibu ayah akan berasa sangat susah hati. Terutama, bayi bawah setahun kerana pengambilan ubat adalah tidak sesuai lagi. Jadi antara yang boleh dibuat Ibu ayah boleh iktihar cara alami untuk melegakan batuk baby.
Cara Melegakan Batuk Bayi Secara Semula Jadi
Bagi ibu ayah yang tercari-cari apakah solusi terbaik buat anak yang batuk, bolehlah iktihar dengan menyapukan wagas oil ini. Wagas oil ini dihasilkan dari minyak cengkih yang diekstrak. Sangat membantu melegakan batuk, kahak dan ketidak selesaan pada rongga pernafasan seperti hidung tersumbat. Minyak ini sesuai untuk bayi bermula 3 bulan dan keatas sehingga dewasa.
Fungsi Minyak Cengkih Wagas Legakan Batuk dan Selesema.
Minyak wagas ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami batuk dan kegatalan tekak. Antara fungsinya ialah melegakan batuk, mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan dan membantu tidur lebih lena bila kita atau anak dalam keadaan selesa tanpa batuk.
Bahan Yang Terkandung Dalam Wagas Oil -Minyak Cengkih
Antara bahan yang terkandung dalam minyak ini ialah cengkih asli dan minyak zaitun.
Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.
Menurut Dr Ahmad Samhan, bunga cengkih adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan. Cengkih mengandungi Eugenol merencat Enzim 5-lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.
Ini bermakna wap air dari bunga cengkih amat bagus mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Minyak Cengkih Wagas?
Minyak ini sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah dewasa. Minyak ini TIDAK SESUAI digunakan dan perlukan persetujuan dari doktor bagi mereka yang ada masalah berikut;
- G6PD seumur hidup
- Ibu mengandung
- Pesakit yang ada kanser paru-paru
- Pesakit buah pinggang
- Pesakit jantung
- Alergik kulit
- Kegagalan Jantung
- Kegagalan pernafasan (Respiratory Failure)
Cara Penggunaan Wagas Oil
Ibu ayah boleh lakukan langkah ini untuk sapukan minyak wagas ini
- Roll minyak ini pada tekak dan dada anak. (Jika risau minyak ini panas, boleh sapukan minyak ini pada jari ibu dahulu, kemudian sapukan minyak pada jari ibu ke badan anak.)
- Roll pada tapak kaki dan belakang badan. (Jika risau minyak ini panas, boleh sapukan minyak ini pada jari ibu dahulu, kemudian sapukan minyak pada jari ibu ke badan anak.)
- Roll pada setiap penjuru bantal sebelum anak tidur
Testimoni Pengguna Wagas Oil – Minyak Cengkih
“Alhamdullilah, lepas guna wagas oil, anak muntah sekali dengan kahak”
“Si kecil ni selesema so macam susah nak bernafas, dah tanya nurse, nurse cakap baby macam ni tak ada ubat. So sapu minyak dan sedut je guna penyedut hingus tu. Tadi Maleeq macam susah nak nafas, sapu minyak wagas nampak dia okey sikit”
“Memang rugi tak beli. Puas hati. Anak punya pasal mahal tak apa. Hari pertama sapu, nampak baby tak lemas hidung. Hari ketiga keluar hingus hijau. Lega”
Persoalan yang biasa ditanya :
Bagi ibu atau ayah yang nak dapatkan wagas oil atau minyak cengkih ini, boleh dapatkan dari ejen-ejen berdekatan atau boleh terus dapatkan di kedai shopee dibawah ini. Harga hanya RM 19.90 sahaja untuk 7 ml. Berbaloi iktihar untuk melihat anak sihat InshaAllah.
What do you think?