Mudah Rupanya Nak Tidurkan Anak, Ibu Cuba Ikut 6 Petua Anak Mudah Tidur Malam Ini !

Perkongsian mengenai petua anak mudah tidur.

Rutin tidur yang teratur, amat penting untuk perkembangan otak anak kecil. Dan sebenarnya, rutin tidur yang teratur ini boleh dimulakan seawal bayi dalam kandungan lagi. Dalam sepanjang tempoh kehamilan, adalah amat penting untuk si ibu menjaga pola tidur kerana keadaan ini juga akan mempengaruhi pola tidur anak apabila lahir nanti.

Bagaimana nak buat anak mudah tidur malam?

Iyalah. Siapa yang tidak stress kalau dah hampir tengah malam, tapi anak masih aktif dan tiada tanda-tanda nak . Dah tentu kita akan mencari penyelesaian terbaik. Anak tidur awal, kita pun dapat rehat secukupnya. Kalau lewat tidur, tak cukup tidur, mulalah esok tu nak bertukar jadi naga jadian, emosi tak stabil dan rasa mudah je nak marah dengan benda-benda kecil.

Anak-anak yang tak cukup tidur pula, akan mengganggu tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Emosi pun kacau bilau, tapi tak tahu nak luahkan, maka keraplah berlaku episod-episod tantrum, episod tunjuk perasaan yang menguji kesabaran kita.

Apakah petua untuk mudahkan anak tidur malam? Jom baca di bawah:

1. Jauhi Kafein

Bagi ibu yang menyusu badan, pastikan tidak mengambil sebarang kafein apabila menjelang malam.Kafein mula memberi tindakbalas kepada badan selepas 30 minit pengambilannya. Pastikan ibu-ibu yang menyusu tidak minum kopi atau apa-apa yang mengandungi kafein, dekat dengan waktu kita nak tidurkan anak.

Nak tidur, mesti nak menyusu kan? Kafein boleh masuk ke dalam susu, dan masuk ke dalam badan bayi dan memberi kesan ‘mata buntang’. Ya. Segar terus bayi nanti terkebil-kebil tak boleh nak tidur. Kafein juga boleh menjadikan bayi meragam kerana perutnya tidak selesa. Kalau ibu-ibu nak minum kopi, minum lebih awal ya!

2. Turunkan suhu badan

petua anak mudah tidur

Ya. Mandikan anak atau biar dia main air, berendam sekejap! Mandi bersih-bersih, wangi-wangi. Dah sejuk badan ni, baru mudah nak tidur. Kita boleh gunakan bantuan gel mandian yang mengandungi essential oil yang menenangkan seperti Lavender, untuk beri kesan relax dan tenang pada anak.

3. Turunkan suhu bilik

Tak perlu sejuk beku. Bagi bilik yang ada aircond, suhu yang sesuai ialah sekitar 22- 24 darjah Celsius. Tak terlalu sejuk sampai terketar-ketar kena pakai selimut dan tak pula panas sampai rasa tak selesa nak tidur. Boleh pasang awal sedikit, 30 minit sebelum tidurkan anak. Bila masuk ke bilik tu nanti, dah dapat rasa sejuk selesa tu.

4. Gelap

petua anak mudah tidur

Untuk badan berehat dengan optimum pada waktu malam, memang perlu kepada keadaan gelap. Hormon melatonin hanya menjalankan kerjanya dalam suasana gelap. Bagi anak yang masih terlalu kecil dan mungkin takut gelap, kita boleh gunakan lampu tidur jenis malap. Salah satu jenis lampu yang menarik ialah keluaran IKEA, comel-comel design dia. Sesuai sangat untuk letak di bilik anak.

5. Whitenoise

petua anak mudah tidur

Whitenoise ialah gabungan bunyi pelbagai frekuensi yang biasa didengar. Bunyi- bunyi desiran ombak , bunyi hutan , bunyi air mengalir , bunyi kipas adalah contoh-contoh whitenoise. Bayi memang telah terbiasa dengan whitenoise sejak dari dalam perut lagi kerana di dalam Rahim, bayi akan mendengar degupan jantung ibu dan bunyi aliran darah ibu serta bunyi- bunyi dari dunia luar. Banyak aplikasi di dalam telefon pintar yang menawarkan bunyi-bunyi whitenoise yang sesuai dipasang sebelum tidur.

6. Essential Oil

petua anak mudah tidur

Essential oil memang dapat membantu memberi ketenangan pada anak-anak. Yang paling biasa digunakan ialah Lavender yang bersifat menenangkan dan Cedarwood yang melancarkan aliran darah ke otak. Terdapat banyak produk-produk bayi yang berasaskan essential oil di pasaran.

Tasneem Naturel contohnya, mengeluarkan produk Sleep time Balm dan juga Pillow Mist untuk membantu memudahkan anak kecil tidur lena. Ibu-ibu boleh buat urutan lembut pada tapak kaki anak dan bahagian belakang anak, dengan menggunakan essential oil ini. Urutan akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin iaitu hormon gembira dan tenang, seterusnya menjadikan mereka cepat rasa nak tidur tanpa perlu dipaksa.

Semoga petua-petua mudah di atas dapat membantu anak lebih mudah tidur malam. Untuk yang dewasa pun, boleh saja nak ikuti petua-petua ni.

Selamat mencuba!

Dapatkan Set Sweet Dream dari Tasneem Naturel DI SINI.


XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

1 Comment

0
Your Cart