Nak Mula Mengajar Anak Membaca ? Mulakan Dengan 5 Tips ini

Bagaimanakah cara terbaik untuk anak boleh cepat membaca?

Apakah langkah-langkahnya?

Pastinya ramai ibubapa yang selalu terfikir perkara ini, kan? Banyak kelebihannya kalau anak dapat membaca di usia awal. Lagi cepat lagi bagus kerana boleh dapat banyak pengetahuan melalui buku dan internet. Tapi harus diingat, jangan pula kita paksa anak ya. Biarlah proses belajar membaca ini jadi suatu proses yang menggembirakan.

Ok, jomlah kita tengok macam mana nak memungkinkan anak cepat baca.

1. Biasakan dengan buku

Sebelum boleh membaca, anak-anak mesti sudah dibiasakan dengan buku dari usia bayi lagi. Jangan bila nak ajar baca tu lah, baru kita nak keluarkan buku. Memang tak jadi kalau begitu.

Apabila dah dibiasakan dengan buku sejak kecil, anak dengan sendirinya akan pandai menyelak helaian-helaian mukasurat di dalam buku. Pada peringkat awal, mereka akan hanya melihat gambar. Seterusnya masuk fasa boleh faham cerita melalui gambar. Dan kemudian barulah akan datang minat untuk membaca tu.

2. Ibubapa rajin membaca

Yang ni paling utama. Kalau kita lambakkan buku-buku depan anak, tapi kita sendiri tidak membaca buku di rumah, bagaimana anak mahu mencontohi perlakuan kita? Bagaimana anak nak suka pada buku? Pastikan kita juga meluangkan masa lebih banyak dengan buku di rumah, berbanding dengan memegang handphone.

3. Rajin bacakan buku pada anak

Yang ni tak susah nak dibuat, tapi rasanya ramai yang ‘malas’ nak buat betul-betul.

Anak-anak kecil ni sangat suka mendengar cerita. Banyak yang kita boleh sampaikan melalui penceritaan yang bersemangat dan dengan intonasi suara yang sesuai. Jadikan sesi baca buku ini sebagai rutin harian, tak kisahlah waktu bila pun. Di dalam kereta pun boleh. Biar anak terbiasa dengan buku dan sukakan buku, barulah boleh latih supaya cepat membaca.

4. Mulakan dengan buku tulisan sendiri

Hah? Anak kecil dah ada buku sendiri? Ya, benar. Kita boleh karang sebuah buku ringkas, berkisahkan perihal kehidupan seharian anak dan apa yang disukainya. Kita berbincang dengan anak apa yang ingin dimasukkan ke dalam buku itu.

Contoh:

Mukasurat pertama

Ilyas suka main.

Mukasurat dua

Ilyas suka main di padang.

Mukasurat tiga

Ilyas suka lari di padang

Mukasurat empat

Ilyas seronok main di padang.

Setiap mukasurat, hanya satu ayat sahaja. Tulis besar-besar, biar jelas anak nak baca. Ingat ya, penglihatan anak kecil tidak sama seperti orang dewasa yang boleh membaca tulisan yang halus dan kecil.

Sertakan gambar yang menarik pada setiap mukasurat, yang berkaitan dengan ayat dalam cerita tadi.

Siap projek tulis buku dengan anak. Baca buku ini dengan anak untuk beberapa sesi dan kemudian bolehlah dibuat buku mudah yang baru.

5. Gunakan buku Bacalah Anakku

Buku ini memang dah terkenal sebagai buku permulaan untuk mengajar anak cepat baca. Untuk sesi ini, tidaklah perlu terlalu lama. Bagi anak-anak yang sudah boleh bercakap, sekitar 3 tahun, kita boleh buat sesi pendek 5 minit setiap kali. Pagi dan petang. Cukup dah.

Kemudian ulang sahaja nanti esoknya. Boleh masuk mukasurat baru sekiranya anak dah nampak ok dengan yang lama, tak perlu perfect pun. Pengulangan yang berkali-kali nanti akan buat anak mahir. Bagi anak yang lebih besar, usia 5 tahun ke atas tu, boleh panjangkan sedikit tempoh masanya. 10-15 minit setiap sesi,setiap hari.

Anak cepat baca memang idaman kebanyakan ibubapa. Tapi harus diingat, setiap anak itu, keupayaannya tidak sama. Jangan kita terlalu memaksa anak untuk cepat membaca sehingga ianya jadi pengalaman yang tidak seronok bagi anak.

Raikan setiap kejayaan kecil anak dalam perjalanan membacanya. Reward sticker comel pun dah cukup bermakna bagi anak. Anak yang seronok dengan buku sejak dari awal lagi, akan lebih mudah untuk dilatih cepat membaca. Tugas kita sebagai ibubapa untuk menjadikan rumah kita ‘syurga’ buku bagi anak-anak dan kita sendiri perlu tunjukkan contoh rajin membaca kepada anak.

Barulah menjadi ‘plan’ kita ni, insyaAllah.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart