Ini cara atasi kahak bayi. Ibu wajib baca.
“Risaulah, saya perasan bila bayi bernafas ada bunyi kroh kroh, macam kahak. Kesian baby nampak tak selesa nak tidur dan tak selesa semasa menyusu. Normal ke bunyi kahak masa bayi bernafas? Kalau tengok selsema atau batuk bayi saya tak ada pun.”
Nafas bayi berbunyi biasanya tidak perlu dirisaukan, tapi ada kalanya memang harus dikhawatirkan. Ketahui penyebab nafas bayi berbunyi dan tindakan yang perlu dilakukan jika ibu memahami gejalanya.
Pada bayi yang baru lahir, nafas bayi berbunyi itu normal. Hal ini kerana, hidung dan paru-paru bayi baru sahaja diperkenalkan dengan konsep menghidup udara. Nafas bayi berbunyi ini kemungkinan akan berlaku selama beberapa minggu dan tidak perlu dirisaukan.
Tetapi jika ia masih membimbangkan ibu juga, perlu minta doktor untuk memeriksa pernafasan si kecil anda ketika membawanya pergi checkup.
Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya
1. Bunyi berdehit
Masalah ini disebabkan oleh saluran bronkus tersumbat. Jika keadaan ini tidak diubati, bayi ibu mungkin akan membesar dengan penyakit asma.
2. Batuk yang serak
Masalah ini berlaku kerana kotak suara atau larinks bayi tersumbat. Mungkin kerana hingus yang berlebihan dalam salur udara. Corak pernafasan ini berbahaya, kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.
3. Batuk yang dalam
Apabila sebahagian besar bronkus (cabang trakea ke paru-paru) tersumbat, bayi boleh mengalami gelaja batuk yang dalam ketika mereka tidur.
4. Bunyi berdesing/bersiul
Jika pernafasan bayi kedengaran seperti berdesing atau bersiul, ia kerana hidungnya telah tersumbat, sama ada kerana hingus atau susu. Biasanya, doktor akan melakukan proses penyedutan untuk masalah ini.
5. Pernafasan yang sukar dan kelihatan tercungap-cungap
Keadaan ini berlaku kerana kehadiran hingus atau mukus dalam paru-paru. Ia mengakibatkan bayi anda sukar untuk bernafas. Akan tetapi, radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan paru-paru juga boleh mengakibatkan masalah ini.
6. Bunyi “high-pitched” dan nyaring
Corak pernafasan ini juga dikenali sebagai stridor atau laryngomalacia. Bunyi ini sering berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Ia berpunca daripada pengumpulan tisu berlebihan di larinks bayi, lalu mengakibatkan bunyi nyaring yang berbahaya.
Cara atasi kahak bayi dengan Minyak Wagas
Jika pemeriksaan doktor telah dibuat dan tiada perkara serius berlaku pada bayi, tetapi ibu masih susah hati dengar bunyi kahak semasa bayi bernafas, ibu bolehikhtihar dengan sapukan Wagas Oil dan dari Ikhlas Herbs pada bayi.
Minyak ini mempunyai ekstrak bunga cengkih dan zaitun. Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.
Menurut Dr Ahmad Samhan, bunga cengkih adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan. Cengkih mengandungi Eugenol merencat Enzim 5-lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.
Ini bermakna wap air dari bunga cengkih amat bagus mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.
Testimoni Pengguna Wagas Oil
Harga minyak ini RM19.90 sahaja untuk 7ml. Iktihar untuk anak. Jangan dibiar batuk dan kahak berterusan.
Cara Dapatkan Wagas Oil
Untuk dapatkan minyak ini, boleh dapatkan dari mana-mana ejen berhampiran, TEKAN SINI atau terus buat pembelian dari shopee Momqhalif.
Kesimpulan
Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang risau akan kesihatan bayi. Cuma diingatkan pantau keadaan bayi dari semasa ke semasa. Jangan lupa bawa bayi berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum iktihar cara diatas.
Ibu perlu tahu dahulu keadaan sebenar anak. Jika tidak serius, bolehlah buat pantauan di rumah sambil iktihar dengan cara lain.
Di doakan anak-anak ibu diberi kesihatan yang baik inshaAllah.
What do you think?