Pencinta Produk Semula Jadi, Saya Pilih Tasneem Naturel – Ejen Tasneem Naturel Beranang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya Fatimah binti Ismail. Saya pengedar Tasneem Naturel untuk kawasan Beranang dan sekitarnya. Bagaimana saya mula tertarik dengan Tasneem Naturel? Saya mendapat mesej umum dari seorang kawan saya tentang balm bayi Tasneem Naturel. Kawan saya berkongsi manfaat produk tasneem kepada kenalan beliau, salah seorangnya ialah saya.

Oleh sebab saya seorang yang berminat dengan kesihatan , saya tertarik untuk mencuba. Dulu masa saya di usia muda, saya suka membaca artikel kesihatan dan penyembuhan dari bahan-bahan alam semula jadi. Balm Tasneem Naturel ini tiada bahan kimia yang berbahaya, menambah minat untuk mencuba sangat sesuai pula dengan “passion” saya yang sukakan natural produk.

Produk Tasneem ada pelbagai jenis, ada losyen, minyak telon dan mandian. Semuanya dari bahan semula jadi.

Saya paling suka balm calm time dan Trub dari Tasneem Naturel. Yang bagus tentang produk Tasneem ini, ia boleh digunakan untuk semua peringkat umur dari newborn hingga dewasa kecuali bayi pramatang perlu tunggu umur 6 bulan keatas baru sesuai guna. Kalau cuba balm Trub tu , memang berdesup-desup angin keluar. Sendawalah biasanya bagi orang dewasa. Bagi bayi, Trub ini mengurangkan kembung perut dan sembelit bagi sesetengah bayi.

Set tidur lena Tasneem Naturel

Calm time pula selalu saya pakai untuk tidur. Bagi saya calm time balm cukup untuk beri deep sleep bagi saya, jadi saya tak perlu sleep balm. Bagi yang ada insomnia saya cadangkan guna calm time balm dan sleep balm, inshaAllah membantu. Kadang-kadang saya pakai juga spray Sleepy Mist bau seperti lavender yang menenangkan.

Awal-awal lagi saya memang mencuba untuk diri saya dan serasi. Saya pun ambil keputusan jadi ejen Tasneem Naturel. Masa tu saya jadi ejen Tasneem Naturel untuk kawasan Kota Bharu. Di Kota Bharu, saya dapat membantu segelintir ibu dan bapa menyelesaikan masalah seperti kembung perut, meragam dan sukar tidur anak mereka. Alhamdulillah ala kulli hal.

Ejen Tasneem Naturel Beranang

Sekarang saya ejen Tasneem Naturel Beranang dan kawasan sekitarnya. Menjadi ejen Tasneem Naturel, saya diajar pelbagai teknik perniagaan antaranya teknik mendapatkan pelanggan. Kelas yang diadakan ada ‘online’ dan ada yang ‘offline’ . Terdapat ketua yang digelar Master Leader dan leader yang tak jemu menitipkan nasihat dan berkongsi ilmu serta pengalaman.

Puan pengarah Tasneem Naturel, Puan Haridah Shahri dan staf ibu pejabat pun selalu buat perkongsian pelbagai ilmu teknikal dan bukan teknikal.

Itu sahaja perkongsian saya. Sesiapa yang berminat mencuba produk Tasneem Naturel, bolehlah menghubungi saya. Kita iktihar, Allah izinkan keserasian.

Klik gambar dibawah untuk consultation.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

0
Your Cart