Bila jadi seorang ibu, proses wean off ini siapa pun akan merasainya. Suatu proses yang bukan mudah sebabnya proses ini benar-benar akan buatkan emosi ibu dan anak dalam keadaan tak stabil.
Yer benar! Bukan emosi anak sahaja akan terjejas malah emosi ibu juga sama.
Bayangkan selama 2 tahun anak menyusu (susu badan) dengan ibu dan tiba satu hari si ibu decide untuk ceraikan anak dari susu badan. Bukan mudah tapi inshaAllah boleh. Aida mula ambil keputusan untuk wean off anak apabila Aida disahkan mengandung, jadi ketika itu Aida tekad untuk wean off anak.
Pada masa yang sama, anak soleh Nu’man juga umurnya sudah pun genap 2 tahun. Jadi inilah masa paling sesuai untuk Aida berazam sesungguh-sungguhnya untuk wean off anak. Jadi di entry ini aida ingin kongsikan apa Aida buat untuk melancarkan proses wean off.
Bolehlah, ibu-ibu cuba cara ini jika merasakan tips ini membantu para ibu.
1) CARI ILMU MENGENAI WEAN OFF – Sebelum wean off Aida ada buat bacaan melalui google. hehe Baca kisah dan pengalaman ibu-ibu yang lain. Supaya aida nampak apa yang bakal berlaku semasa proses wean off ini. Jadi, dari segi fizikal dan mental kita dah bersedia.
2) SELALU PESAN PADA ANAK UNTUK STOP MENYUSU – Setiap hari, aida akan pesan pada anak yang dia semakin besar dan tak perlu menyusu dengan ibu lagi. Pesan juga pada anak yang dia dah boleh makan, jadi perlu makan banyak untuk gantikan susu. Setiap malam sebelum anak tidur Aida akan pesan lagi pada anak. Apabila anak tengah mamai nak tidur, pada masa inilah anak berada dalam alpha mode, sub concious mind anak sedang bekerja menyerap segala input yang didengar.
Bercakap dengan anak seawal yang mungkin terutamanya sebelum kita benar-benar nak mulakan proses wean off. Jadi anak juga dapat bersedia.
3) MULAKAN TINDAKAN – Tindakan apa? hehehe macam Aida masa nak wean off Aida terpaksa sapukan garam pada susu. Dengan harapan anak akan rasa masin dari garam tu dan rasakan susunya dah tak sedap untuk diminum. Ada juga ibu-ibu sapukan asam jawa dan kopi, jadi terpulang pada ibu-ibu. Macam Aida memang sapukan garam, permulaan tu memang agak lawak dan kelakar sebab tengok muka anak yang terkulat-kulat menahan rasa masin dari garam.
Anak soleh, Nu’man lansung tak nak minum. Katanya, “tak sedap susu”. Haaaa masa nilah bermulanya ujian emosi. Masa anak mula tolak tak nak menyusu tu, memang Aida rasa kesian sangat dan sedih. Anak pula dah biasa menyusu sebelum tidur, jadi memang meragamlah bila dia nak tidur. Bila malam pula, memang akan menangis semua benda jadi tak kena. Akhirnya, anak akan tidur dalam keadaan menangis. Kesiankan? Tapi bila tengah malam anak akan terjaga, biasanya tengah malam anak akan minta susu tapi disebabkan garam tadi anak fobia nak susu.
Jadinya, anak kejut Aida dan ayahnya untuk ajak pergi ke dapur. Anak buka peti ais tapi dia sendiri tak tahu nak makan atau minum apa. Selama berjam-jam juga Aida dan suami kena mengadap peti ais bersama anak pada jam 1-3 pagi. Bukan sehari tapi hampir seminggu terpaksa kami lalui. Setiap malam, Aida dan suami jadi fobia nak tidur.
Cara letak garam, asam jawa atau kopi ni agak kejam sebenarnya. Jika ibu-ibu boleh elakkan lagi bagus.
4) TERUS MENERUS INGATKAN ANAK – Dalam proses wean off ni ibu-ibu teruskan ingatkan anak, bercakap dengan anak yang anak perlu stop menyusu sebab dah besar. InshaAllah bila setiap hari kita ingatkan anak, anak boleh terima. Cumanya memang ia ambil masa yang penting ibu-ibu tekadkan niat.
5) SAPUKAN CALM TIME BALM & SLEEP TIME BALM – Balm ini pada permulaan nak wean off Aida tak guna lagi sehingga lah suatu masa, memang dah tak larat sangat nak mengadap tiap malam anak meragam dan tidur tak lena. Jadi memang decide untuk guna balm ni secara konsisten.
Aida memang dah lama beli balm ni cumanya tak pernah guna sebab terlupa adanya balm ni, sampailah Allah izin untuk Aida teringatkan balm ni. Aida sapukan calm time balm setiap hari dan setiap masa pada anak untuk bagi anak rasa relax dan tenang. Malam pula Aida sapukan calm time balm sekali lagi bersama sleep time balm. Alhamdullilah, anak serasi dengan balm ni. Kalau tak, setiap malam anak akan terjaga nak ajak pergi dapur. Tapi dengan adanya balm ini anak tidur lena sungguh, kalau ada terjaga pun Aida sapukan kedua-dua balm ini lagi.
Alhamdullilah, walau ambil masa 2 minggu lebih untuk wean off tapi akhirnya berjaya juga kami. Memang ada anak-anak yang mudah sangat untuk wean off dan ada anak yang kita terpaksa lalui pelbagai ujian. Yang penting kita kena sabar, sabar dan sabar. Penat itu biasa. Selain itu, selalulah peluk dan ungkapkan kata-kata sayang pada anak.
Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu untuk wean off anak. Bagi ibu yang nak dapatkan sleep time balm dan calm time balm boleh whatsapp Aida di 017-345 3305 atau tekan sahaja link ini http://www.wasap.my/60173453305/BlogMQ
What do you think?