Pengedar Balm Tasneem Naturel Kawasan Damansara dan Sekitarnya

Assalamualaikum wbt.

Nama diberi Susisusanti Binti Bakar. Lebih dikenali dengan nama panggilan Susi. Anak kedua dari sembilan adik-beradik. Mama kepada 3 orang cahaya mata, berumur 30 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur, menetap di Damansara.

Tujuan utama adalah untuk berkongsi kebaikan produk yang saya pernah guna untuk anak-anak saya. Dengan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa menguruskan anak-anak mereka agar kekal aktif, sihat dan ceria sentiasa.

Saya mula mengenali produk balm Tasneem Naturel hasil dari perkongsian adik saya sendiri. Tertarik dan teruja dengan khasiat essential oil dalam membantu menyelesaikan masalah seperti anak meragam, susah tidur, sembelit, cirit birit, ekzema serta masalah batuk dan selsema. Membuatkan saya terus berminat untuk mencuba.

Alhamdulillah, ia amat serasi dengan keadaan anak saya yang mengambil masa untuk sembuh apabila batuk dan selsema. Dan dari situlah saya rasa perlunya saya berkongsi kebaikan produk ini untuk membantu ibubapa lain diluar sana. Sebagai ibubapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan Alhamdulillah, sememangnya bagi saya Tasneem Naturel adalah produk pilihan terbaik untuk anak-anak diluar sana.

Kenapa produk Tasneem Naturel adalah pilihan terbaik ibubapa?

1) 100% diperbuat dari bahan semulajadi. Kebelakangan ni lambakan pelbagai produk membuatkan ramai ibubapa risau nak cuba produk sembarangan untuk anak mereka. Risau lebih memudaratkan. Tapi Alhamdulillah produk Tasneem adalah 100% dari tumbuhan semulajadi iaitu pati minyak tumbuhan atau lebih dikenali sebagai essential oil.

2) Wangi, tak panas, tak melekit dan sangat selesa. Untuk bayi sememangnya kalau boleh kita nak guna produk yang tak panas dan selesa pada kulit mereka. Jadi balm tasneem adalah pilihan yang tepat, kerana bahan-bahan yang diguna dan diproses adalah khusus dan bersesuaian dengan dos untuk bayi. Jadi balm ini dijamin selamat digunakan dari seawal usia bayi newborn hingga dewasa.

3) Ada kelulusan KKM. Benda paling penting dan perlu dititikberatkan terutama bila melibatkan produk berkaitan kesihatan. Setiap balm Tasneem Naturel ada NOT KKM nya tersendiri. Jadi tidak perlu diragui lagi tahap keselamatannya kerana terdapat ramai pakar perubatan yang mencadangkan sendiri balm ini bila ada pesakit yang dirujuk kepada mereka.

4) Balm Tasneem Naturel adalah produk muslim keluaran Bumiputera dan ianya diproses dikilang bertaraf GMP, jadi tahap kebersihannya amat terjamin. Tidak hairanlah jika, ramai yang berpuas hati bila menggunakan balm ini.

Tak kenal maka tak cinta, tak guna maka tak tahu hasil dan keberkesanannya. Saya tidak mampu menjanjikan yang terbaik tapi yang pasti saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu ibubapa diluar sana dalam menjaga anak-anak amanah Allah SWT buat kita.

Sebarang pertanyaan atau pembelian balm Tasneem Naturel boleh hubungi saya di talian 017-2421893 (Susi).
In Shaa Allah, saya akan bantu sebaik mungkin untuk kepuasan semua.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart