Pengedar Balm Tasneem Naturel Kawasan Petaling Jaya, Selangor

Assalamualaikum

Nama diberi Nur Shazrinna Emylianna binti Ismail. Dikenali dengan nama panggilan Yana. Anak sulung dari 4 adik beradik dan berumur 27 tahun. Ibu kepada dua orang cahaya mata. Berasal dari Pahang dan menetap di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Yana mula mengenali Tasneem Naturel bila anak kedua Yana ada masalah selesema semasa berumur 2 bulan. Anak nampak agak sukar untuk bernafas dan nafasnya agak berbunyi mungkin disebabkan oleh kahak yang terkumpul. Memandangkan anak masih kecil tiada ubat yang boleh diberikan kepada bayi berusia 2 bulan.

Sebagai seorang ibu, mestilah Yana risau dan Yana mencari altenatif lain untuk mengurangkan selesema anak. Pada waktu itulah Yana ternampak satu iklan Tasneem Naturel di Facebook. Yana ikhtiar untuk bantu kurangkan selesema anak dengan CF-RUB Balm.

Alhamdulillah, CF-RUB balm sangat serasi dengan anak Yana. Yana sapukan balm pada waktu petang selepas mandikan anak, malam yang sama anak Yana muntah keluar kahak. Mula-mula Yana terkejut dan takut sebab muntah anak sangat banyak, tapi bila lendir kahak keluar sekali Yana jadi teruja. Asbab penggunaan CF-Rub sangat membantu untuk kurangkan selesema dan kahak anak Yana. Yana bersyukur sangat-sangat.

Oleh kerana serasi dan menampakkan kesan, Yana tergerak hati untuk berkongsi kebaikan balm Tasneem Naturel ini dengan semua ibu-ibu yang anaknya mempunyai masalah selesema sama seperti anak Yana. Yana ambil keputusan untuk sertai Tasnem Naturel sebagai Agent dan ingin menyebarkan manfaat yang ada pada setiap balm.

Selain CF-Rub balm, Yana juga ada mencuba Calm Time untuk menenangkan anak yang kuat meragam, Sleep Time untuk membantu anak yang mempunyai masalah sukar tidur dan T-Rub balm untuk melegakan kembung perut anak dan masalah penghadaman. Alhamdulillah, semua balm itu sangat membantu Yana dan juga anak.

Apa yang membuatkan Yana percaya dan yakin untuk meneruskan penggunaan produk Tasneem Naturel ini adalah kerana ianya dirumuskan 100 % dari bahan semulajadi dan diperakui oleh KKM. Ia selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

Kepada ibu-ibu yang mencari produk Tasneem Naturel di kawasan Petaling Jaya atau sekitar, bolehlah hubungi Yana. In shaa Allah, Yana akan sedia membantu. Yana juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan atau pembelian, boleh hubungi atau Whatsapp yana di SINI

Facebook : Cik Mellyanna

Instagram Business : tasneemnaturel.cikmell

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

No Comments Yet.

1
Your Cart