Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif Semasa 6 Bulan Pertama

Penyusuan susu ibu secara eksklusif 6 bulan pertama bermakna memberi susu ibu sahaja. Air masak, susu formula, susu lain, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi dalam 6 bulan pertama. Penyusuan eksklusif ini sangatlah penting bagi bayi dan ibu itu sendiri. Susu pertama ibu mempunyai kolostrum yang kaya dengan nutrien.

Apa kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi ?

  • Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan tubuh dan otak bayi yang cerdas dan sihat.
  • Melindungi bayi dari jangkitan penyakit dan mencegah kematian.
  • Mengurangkan risiko alergi dan penyakit seperti diabetes dan obesiti.

Apa kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu ?

  • Mengurangkan risiko ibu dari mendapat kanser payudara dan ovari.
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang.
  • Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil.
  • Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.

Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran

Menjadikan bayi dan ibu lebih selesa dan membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima. Selain itu, dapat menggalakkan hubungan dan membantu memulakan penyusuan.

Sentuhan kulit ke kulit ini juga membantu bayi belajar bahawa payudara ibunya adalah tempat selamat dan membenarkan pengkolonian bakteria baik dari sistem penghadaman ibu kepada bay. Akhir sekali, membantu menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan paras gula dalam darah bayi.

Kepentingan ibu dan anak bersama sepanjang masa (Rooming-in)

Apabila berlaku penyusuan eksklusif, ibu dan anak akan banyakkan meluangkan masa bersama. Kebaikkannya ialah :

  • Bayi dapat belajar mengenali ibunya
  • Bayi tidur lebih nyenyak
  • Membantu ritma jaga dan tidur bayi
  • Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue)
  • Ibu dapat memberi penyusuan awal
  • Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding)
  • Mudahkan ibu meneruskan penyusuan ibu seterusnya
  • Meransang pengaliran dan pengeluaran susu (menstabilkan penyusuan susu ibu)

Tanda-tanda bayi ingin menyusu (Feeding Cue)

Kredit kepada Happy Breastfeeding Malaysia
  • Membuka mulut dan mencari-cari payudara
  • Kelopak dan bebola mata bayi bergerak-gerak
  • Bayi menghisap jari atau tangannya
  • Membuat pergerakkan atau bunyi menhisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir.
  • Bayi memasukkan jari atau menarik kain, selimut atau benda-benda yang dapat dicapai kedalam mulutnya.
  • Mengegerakkan-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Bayi merengek (soft whimper sounds) atau menangis.

Pelekapan penyusuan susu ibu

Posisi ibu : Selesa (duduk atau baring) dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu.

Posisi bayi yang betul :

  • Badan bayi selari
  • Badan bayi dibawa rapat kebadan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi.
  • Bayi diampu sepenuhnya – kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir.
  • Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bayi bertentangan dengan payudara
  • Bayi menghisap sebahagian besar areola (bahagian gelap di sekeliling puting) ke dalam mulutnya.
posisi-Penyusuan -Susu- Ibu
4 posisi semasa menyusukan bayi

Teknik pelekapan bayi

Pelekapan menyusi yang betul dan salah

Teknik pelekapan yang BETUL

  • Mulut terbuka luas
  • Bibir bawah merlangkup keluar
  • Dagu bayi menyentuh dengan payudara
  • Areola : Kelihatan banyak diatas daripada dibawah mulut bayi

Teknik pelekapan yang SALAH

  • Mulut bayi tidak terbuka luas
  • Bibir bawah tertarik kedalam
  • Dagu berjauhan dengan payudara
  • Areola : kelihatan lebih banyak dibawah daripada di sana (atas dan bawah)

Tanda penghisapan berkesan dan tidak berkesan

Penghisapan berkesan : Pipi kelihatan kembung dan terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan.

Penghisapan tak berkesan : Penghisapan laju dan kedengaran bunyi “klik”. Pipi tegang dan termasuk ke dalam. Bayi juga tidak puas menyusu, bayi kelihatan tidak tenang, kerap menyusu tetapi tidak melepaskan payudara ibu pada tempoh yang lama dan ibu juga teras sakit.

Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain

  • Kepentingan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama.
  • Mengurangkan kematian bayi, melalui pengurangan insiden cirit birit dan penyakit berjangkit.
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan.
  • Kandungan antibodi yang tepat dalam susu ibu.
  • Dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik.

Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu, lagi-lagi ibu yang pertama kali nak menyusukan anak. Moga dipermudahkan segala urusan ibu-ibu. Susu ibu juga sangat penting dalam menurunkan kuning bayi.

Ibu-ibu mencari supplement untuk banyak kan susu ibu ? KLIK LOGO SHOPEE DIBAWAH.

XOXO
signature

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

4 Comments
  • Mr Ringgit
    January 18, 2023

    Mari menyira biji selasih,
    Tuang dibekal dijadikan serbat;
    Susu bonda merapat kasih,
    Agar kekal ke akhir hayat.
    Mr Ringgit recently posted…Infografik: Menukar Harga Dalam Ringgit Kepada Gram EmasMy Profile

  • famagusta_zxKl
    September 26, 2023

    Найдите удивительные постройки в Фамагусте
    фамагуста кипр купить недвижимость [url=famagusta-nedvizhimost.ru]famagusta-nedvizhimost.ru[/url].

  • Davidhuh
    September 30, 2023

    very good

  • Healthy_dqen
    October 28, 2023

    Make Sleep a Priority with These Healthy Tips
    sleep talk down [url=http://www.youtu.be/zo0eps2tcs8/]full-body relaxation[/url].

1
Your Cart